SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

10 Disember 2013

DEWAN NEGARA: GAJI PERMULAAN TINGGI UNTUK PENJAWAT AWAM BERKELULUSAN PhD DAN SARJANA

Bernama
9/12/2013


KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Kerajaan akan menetapkan gaji permulaan yang lebih tinggi sebagai insentif untuk penjawat awam yang mempunyai kelayakan akademik Doktor Falsafah (PhD) dan Sarjana meliputi 33 skim perkhidmatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata 33 skim perkhidmatan gaji tersebut termasuk pensyarah universiti, pegawai teknologi maklumat, pegawai penyelidikan, akauntan, pegawai kanan polis serta pegawai tadbir dan diplomatik.

Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dan masih berada di gred lantikan, dan kemudiannya memperoleh kelulusan akademik tersebut, beliau berkata kerajaan akan turut menawarkan insentif hadiah kenaikan gaji (HKG).

"Ini adalah khusus bagi skim-skim perkhidmatan seperti pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma," katanya kepada soalan Senator Baharudin Abu Bakar pada persidangan Dewan Negara di sini Isnin.

Teks jawapan Najib dibaca oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berhubung soalan mengenai langkah pemberian insentif khas kerajaan kepada penjawat awam yang mempunyai kelulusan akademik di peringkat PhD dalam bidang-bidang kritikal kepada pembangunan negara.

Selain itu, Najib berkata Lembaga Kenaikan Pangkat akan menimbang pegawai yang layak bagi urusan kenaikan pangkat berdasarkan sistem merit.

"Pegawai yang mempunyai PhD mendapat kelebihan dalam proses pertimbangan ke sesuatu jawatan kenaikan pangkat.

"Sebagai contoh, bagi pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah di Kementerian Pendidikan Malaysia, pegawai dinaikkan pangkat melalui Laluan Cemerlang yang mengambil kira kelayakan akademik termasuk PhD dan pengalaman yang dimiliki," katanya.

Najib berkata wajaran yang akan pegawai penilai berikan ialah 15 peratus daripada keseluruhan kriteria kecemerlangan.

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya first

Tanpa Nama berkata...

BERI JUGA INSENTIF UTK PA SOKONGAN YG ADA IJAZAH SUPAYA MEREKA ADA SUMBER KEWANGAN UTK BELAJAR KE PERINGKAT SARJANA ATAU PHD

Tanpa Nama berkata...

MACAM MANA GRED22, 32, 36 DAN SELANJUTNYA...KEBANYAK KATEGORI INI YG TERSEPIT DITENGAH MEMBUAT KERJA DIARAH OLEH P&P DAN MEMANTAU STAF BAWAHAN

JANGAN BUAT PENAMBAIKKAN SKIM & GRED TIDAK MENYELURUH...MESTI ADIL UTK SEMUA

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dengan komen anda..JPA patut meneliti perkara ini setidak2 nya mereka ada sumber kewangan bagi mengalakkan melanjutkan ke peringkat sarjana atau PHD.

Ini adalah kerana PA Sokongan terpaksa cuti belajar hanya dibayar separuh bulan gaji manakala P&P diberi cuti belajar bergaji penuh.

Harap kerajaan adil dlm memberi insentif

Tanpa Nama berkata...

PA SOKONGAN YG ADA IJAZAH PATUT JUGA DIBERI INSENTIF KERANA NAK TUNGGU PENAMBAHBAIKKAN DAN NAIK KE JAWATAN GRED 41 TERLALU LAMBAT DAN BYAK BUREAUCRACY

Tanpa Nama berkata...

Sistem sekarang dah ok. Kalau nak jadi P&P gunakan ijazah yang ada tu dan apply jawatan P&P. Kerajaan tidak pernah menghalang mana-mana kakitangan bawahan yang berijazah untuk apply ke jawatan P&P. Sistem yang ada sekarang sudah baik dan jelas bahawa kemasukan berdasarkan sijil yang dikemukakan semasa permohonan. Tidak perlu kenaikan terus ke P&P tanpa melalui sistem dan amalan biasa.

Tanpa Nama berkata...

Adakah kenaikan ini termasuk kpd mereka yg sudah berada pada gred kenaikan pangkat.cth mereka dh dpt 44.slps setahun dpt master.adakah mereka termasuk juga pd kpd kenaikn gaji..sbb tgk pada ayat tuh, kenaikan gaji hnya pd yg masih digred lantikan..tgk pd knyataan tu mcm utk benifit pd yg baru msk keje n org yg blum naik pngkat lg..iaitu gred 41...

Tanpa Nama berkata...

tu la i pun pelik.....nampaknya yang mula bekerja disektor kerajaan dapat keistimewaan ini....

Tanpa Nama berkata...

1)Ini dasar yang sedia ada atau yang baru? Yang sedia ada , hanya untuk yang di gred lantikan, misalnya 41. Bila dah naik ke 44, tiada kenaikan gaji untuk yang dapat Sarjana atau PhD.
2) Untuk skim pensyarah yang dapat PhD dapat naik terus ke 51/52.
3) Untuk skim pegawai penyelidik yang dapat PhD hanya kekal dalam gred yang sama sahaja.
4) Skim yang lain , takda maklumat.
5) Cadangan , CUEPACS haruslah meminta JPA untuk membuat penyelarasan untuk semua skim yang ada PhD boleh naik ke 52/54.

Tanpa Nama berkata...

Bila keluar post ni..sikit je yang komen..maknanya berlambak yang mengulas komen2 dlm ceupacs ni tidak ada kelulusan tinggi..kantoi PA banyak yang pemalas sambung belajar..nak gaji tinggi je :)

Tanpa Nama berkata...

HMMMMM......BERTAMBAH JAUH LA LAGI JURANG PERBEZAAN GAJI KAKITANGAN BAWAHAN DGN PIHAK ATASAN.

Tanpa Nama berkata...

Bagi Pandangan saya ramai pegawai - pegawai yang gred sarjana , memasuki perkhidmatan awam, kalau nak di katakan semua bidang - bidang yang ada di Malaysia kian kritikal dari segi sumber tenagan kerja(resources) kerajaan tidak seharusnya memilih 33 skim sahaja, tetapi semua mereka yang berada dan menjawat jawatan kerajaan dan mempunyai Sarjana dan PhD perlu diberikan kenaikan kagi dan pangkat. Ini bagi membolehkan mereka bermotivasi dan menyumbangakan kepakaran mereka dengan lebih baik dan terfokus.

Tanpa Nama berkata...

Xpyh pelikla. Ko ni tamak gila. Nk brapa naik lg. Gila duit ke nk mendidik. Brsyukurla

Tanpa Nama berkata...

ada maklumat tak mengenai 33 skim perkhidmatan tu? nak tahu apa je skim yg tersenarai selain yg disebutkan.

Tanpa Nama berkata...

HMMMMM......BERTAMBAH JAUH LA LAGI JURANG PERBEZAAN GAJI KAKITANGAN BAWAHAN DGN PIHAK ATASAN.

Khamis, Disember 12, 2013 8:59:00 PG
___________________________________
harap maaf saudara...bukan jurang pihak atasan dengan bawahan, tetapi jurang antara pihak berpendidikan tinggi dan berpendidikan rendah. memang perlu ada pun jurang ini. apa yang pm buat adalah meniru model sistem gaji negara2 maju seperti UK dan US...dimana mereka juga diberikan gaji yang sangat tinggi jika ada master /phd..harap maklum

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan BN

Tanpa Nama berkata...

TOL NAIK 15% MULAI JAN2014....THAN KIU....

Tanpa Nama berkata...

TU SEBAB KAKITANGAN KERAJAAN MALAS UTK SAMBUNG BELAJAR, SEBAB PE??? JIKA SEKARANG JAWATAN 17 OR 27 DAN BILA SAMBUNG IJAZAH KE PHD KE APE KE, KENA COMPETE PLAK UTK POHON GRED 41 UTK BAGI BERBALOI ADA IJAZAH, PHD. LETIH OIII....TU YG RAMAI PENJAWAT AWAM ADA IJAZAH TAPI GRED 17 JE. MULUT2 AKAN BERCAKAP, SAMBUNG BELAJAR TINGGI2 GANTUNG KAT DINDING JE. JAWATAN 17 JE

Tanpa Nama berkata...

bagi kenaikan satu gred gaji bagi kakitangan sokongan yang ada ijazah or diploma

Tanpa Nama berkata...

Harap skim ini termasuk semua pnjwat awam bg jabatan2 kerajaan yg mula memasuki perkhdmtn awam yg dah ada sarjana dan phd...bg skim guru rsnya x payahlah...