SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

24 Disember 2013

LEBIH 52,00 DILANTIK KE DALAM SEKTOR AWAM TAHUN INI - MAHMOOD ADAM

Bernama
24/12/2013



PUTRAJAYA, 24 Dis (Bernama) -- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah melantik 52,383 orang untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam persekutuan bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Pengerusinya Tan Sri Mahmood Adam berkata daripada jumlah itu, 34,112 merupakan pekerja tetap dan baki 18,271 lagi dilantik secara kontrak.

"SPA menerima lebih dua juta permohonan dan daripada jumlah itu SPA telah memanggil 219,137 orang untuk temu duga.

"Jumlah yang hadir untuk temuduga ialah 143,177 orang," katanya dalam sidang media selepas penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2013 SPA di sini Selasa.

Sebanyak 42 penjawat awam menerima APC kali ini dengan masing-masing membawa pulang Sijil Simpanan Premium bernilai RM1,000 dan Sijil Perkhidmatan Cemerlang.

Mengulas isu berkaitan, Mahmood berkata SPA akan memuat naik senarai calon yang berjaya mengisi 300 jawatan dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik malam ini menerusi laman sesawang www.spa.gov.my.

Beliau berkata SPA juga akan mengumumkan senarai calon yang berjaya untuk jawatan pemeriksa kapal terbang dalam kumpulan pengurusan dan profesional di Jabatan Penerbangan Awam.

Sementara itu, Mahmood berkata bagi memastikan pemohon benar-benar bersedia untuk menyertai perkhidmatan awam, SPA akan menganjurkan seminar yang memberi pendedahan awal kepada masyarakat mengenai persediaan yang perlu dilakukan.

Setakat ini lebih 600 orang sudah memohon untuk mengikuti kursus itu yang akan diadakan di seluruh negara sepanjang tahun depan, katanya.

"Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia, pencari pekerjaan dan sesiapa yang berminat untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam," katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi urus setia Seminar SPA Outreach di talian 03-88856459 (Anwar Umar Ruszaman), 03-88856062 (Diana Amira Mustapa) atau 03-88856069 (Akmal Firdaus Aziz).



-- BERNAMA

41 ulasan:

Anonymous berkata...

beruk2 yang suka main 1st 2nd 3rd takda ke hari ni? ohhhh patutla hari ni hari sabtu, beruk2 ni bercuti tak dapat guna internet pejabat. kah kah kah!

Tanpa Nama berkata...

PADA PANDANGAN AKU SPA SEPATUTNYA MELAKSANAKAN TRNFORMASI PENGAMBILAN STAF PA SPRTI YG AKU FIKIRKAN SUPAYA TIADA BIAS ATAU KABEL2 ATAU SUKU SAKAT DGN MELAKSANAKAN PROSES SPRTI BERIKUT,

MELANTIK PANEL PENEMUDUGA DLM KALANGAN GOLONGAN PRO YG TERKENAL SPTI DR FAZILAH KAMSAH, DR RIDZUAN TEE,DLL YG TELAH TERBUKTI PRO MEREKA,
SEORG WAKIL SPA,SEORG WAKIL JABATAN,DUA WAKIL DR KONSULTAN BEBAS,DAN BOLEH MASUK WAKIL PARTI POLITIK JG,
KESEMUA PENEMUDUGA SEKURANG2NYA 6 ORG DAN MARKAH SETIAP DR MEREKA DIKUMPULKAN UTK DICAMPURKAN KESEMUANYA, DAN MARKAH YG PALING TINGGI BARU DITERIMA UTK LULUS TAPISAN
SEKIAN HNYA PANDANGAN AKU SJL,,,

PSB berkata...

sepatutnya markah yang dibuat kekal seperti sedia ada pada sesi temuduga dan bukannya "diubah-ubah" ketika "semakan semula" di spa.

sebab tu lepas proses temuduga, ambil masa 40-50 hari nak tau keputusan. ntah apa benda diorang buat kat pejabat tu ntah. ada campur tangan tertentu, ubah keputusan.

sepatutnya keputusan keluar dalam tempoh seminggu saja. ini sampai sebulan lebih nampak sangat ada benda tak betul yang berlaku. dahla memberi tekanan emosi kepada sesetengah calon yang menunggu terlalu lama.

sepatutnya kaedah temuduga adalah mengambil kira pengalaman seseorang calon samada dalam bidang berkaitan mahupun pengalamannya sebagai penjawat awam sekiranya dia sedang berkhidmat. sebagai contoh, ada kisah seorang yang boleh dianggap hampir menyamai taraf pakar dalam bidang keselamatan rangkaian internet yang telah bekerja hampir 10 tahun mencuba nasib temuduga sebagai pegawai teknologi maklumat f41 dengan spa. keluar keputusan, dia gagal.

sebenarnya apa kriteria yang digunapakai oleh spa? ambil budak fresh graduate dengan alasan mereka takda kerja? ataupun penampilan menarik disebabkan dia cantik, kacak, segak, berpakaian mahal yang belum tentu mencerminkan keperibadian dia yang sebenar? ataupun mengambil yang bodoh alang dengan harapan dia akan mengikut telunjuk apabila diambil bekerja?

percayalah, spa masih terkebelakang, bukannya sudah "transformasi". retorik je tu.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kpd yg berjaya dilantik. Semoga mereka adalah yg benar2 layak bukan dibantu oleh 'tangan2 ghaib' yg sanggup menidakkan calon2 yg benar2 layak. Semoga berjaya memikul tanggungjawab yg diamanahkan.

Tanpa Nama berkata...

Memang benar komen ko ni, sebab tu lah segelintir PA zaman skrg lebih mementingkan gaji drpd meningkatkn prestasi kerja masing2. Gaji yg tinggi, bergaya dgn pakaian berjenama, berkereta mahal dan pakai gadget2 mahal dll semua benda glamour. Maaf bukan semua PA tapi segelintir memang spt tu.

Tanpa Nama berkata...

Kat negara kita ni semua hebat atas kertas je. Cakap lain buat lain pastu apabila ada pihak pertikaikan keputusan mereka kata fitnah meskipun benda tu berlaku terang2an. Utk lebih adil panel temuduga dan pemilihan PA baru harus terdiri drpd pelbagai kaum jika jawatan itu terbuka kpd semua rakyat malaysia. Penyelewengan dan tuduhan liar spt pilih calon layak berdasarkan kaum, sahabat handai, rakan taulan, kroni dsbnya mungkin dpt dikurangkan. Isu ini pihak ceupacs patut perjuangkan juga jika ingin melihat kualiti PA bukan setakat nak kejar gaji yg tinggi sdgkn prestasi/mutu PA tidak setimpal. Jgn asyik bincang pasal gaji.

Tanpa Nama berkata...

Eloklah pegawai pelaksana berijazah dan berpengalaman lebih dari 20 tahun dipertimbangkan ke P&P, terutamanya jawatan Teknikal dan kritikal....Transformasi

Jika grup lain diberi jalan mudah naik ke 41 kenapa grup pelaksana dianak tiri? Kepandaian sama, iq sama, kami boleh kemukakan result spm dan poiter degree kami sebagai bukti, kami bukan pengecut.

Mohon keadilan tuan.

Tanpa Nama berkata...

Kwn antara pekerja2 kontrak yang telah ditamatkan kontrak pada 31hb 12 ni setelah berkhdmat selama 6 tahun...Pihak Cuepacs...kalau awk nak tahu..sekarang ini ramai pekerja2 kontrak yg telah ditamatkn kontrk mereka dan tidak juga terkecuali yg telah berkhidmat selama bertahun-tahun dan berbelas-belas tahun menerima nasib yg sama...Bila ditanya pihak SPA tntang pekara ini, pihak SPA menjawab yg mereka mengambil temuduga ngn begitu telus?? Seberapa teluskah penilaian dan cara pengambilan mereka itu yang lebih mengutamakan orang2 luar...tak kisahlah nak amek orang luar tapi berilah keutamaan yg dah sedia ada ini dan mereka juga mempunyai pengalaman yang luas dlm sektor awam...Ada yg mengatakan kerajaan xder Bajet nak serapkan pekerka kontrak yg dah bertahun-tahun lamanya berkhidmat kat sektor awam ini tapi amek orang luar ade plak bajet?? Bukan ke itu satu kerugian kerana membuang org yg berpengalaman dlm sektor awam dan mengambil org baru yg kne diajar dari A sampai ke Z...Apa pun kami yg telah ditamatkan ini amat2 kesal dan kecewa ngn tindakan Kerajaan.Kami dibuang kerana digantikan ngan pekerja2 tetap yg baru dan masih ZERO lg tentg sektor awam akn masuk sesi tahun 2014..Pucuk Pimpinan dan urus tadbir kerajaan dah x btol skrg ni...KECEWA2...

Tanpa Nama berkata...

Pengalaman vs pengalamaan. Kalau dah lama berkhidmat ditambah pula dgn prestasi kerja yg baik dan kelulusan yg mencukupi tetapi masih dibuang memang ada yg tak betul. Tetapi ada pegawai kontrak yg bekerja berpuluh tahun tapi cuma dpt penglamaan bekerja sdgkn prestasi kerja hanya biasa2 saja. Maka jika berlaku situasi2 spt di atas pasti yg berprestasi baik diberi keutamaan. Malangnya dlm.banyak kes calon2 yg tak layak pun diambil dan diketepikan calon yg lebih layak. Ini yg menjadi duri dlm daging skrg ini. Isu ini mesti ditangani, keadilan dan ketelusan mesti wujud jika tidak negara kita akan dipimpin atau dikuasai oleh beruk2 malas dan bodoh ini. Mana anda pilih?

Tanpa Nama berkata...

Kepandaian sama, IQ sama, spm sama dan pointer degree pun sama dan segala2 sama. Kalau saya dlm kedudukan ko di atas ni, saya tak akan bekerja dgn kerajaan; elok saya menjadi CEO syarikat2 gergasi yg menawarkan gaji puluhan hingga ratusan ribu ringgit sebulan. Buat apa nak rebut jawatan pnp 41 ke atas je. Dah bosan sgt dgn komen ko yg seolah2 tidak ada kekurangan daripada org lain ni. Malah ko sama je dgn doktor pakar, jurutera, para saintis, juruterbang dll. Ko sungguh hebat dlm segala hal sebab tu ko sanggup samakan diri ko dgn org lain tanpa sikit pun xde beza. Untung ibubapa dan keturunan ko ni kerana mempunyai segala2 kepandaian. Mcm mana rupa org yg hebat spt ko ni yg tak segan2 membanggakan diri ni.

Tanpa Nama berkata...

Kmi bukan sama dgn grup engineer, doktot, pilot, santis dan yg pandai dpt bnyk A. Kmi compare hat depa yg result spm sma dgn kami tpi dpt layanan istimewa degree pree naik 41 mudah.

X phm ka sja buat2 x phm ni.

Tanpa Nama berkata...

Buat ayat biar jelas dan mudah difahami spya org aku yg gred N1 ni faham. Ko kata srmua sama, tapi sama dgn apa? siapa? Tapi ko perlu rasional sikit berfikir sbb ko dah ade degree dan pandai orgnya. Tengok skop/skim jawatan ko skrg, degree ko apa bidang yg ko ambil, ada menjalani latihan khusus yg ada sijil tambahan utk jawatan ko skrg kah tidak? Satu lagi yg paling penting iaitu adakah tertera dlm skim perkhidmatan jawatan ko skrg ada menyatakan jika ko ada pengalaman yg luas dan ada degree maka ko secara automatik naik ke gred 41 dan.ke atas? Jika takde maka ko sekadar menjadi anjing yg menyalak bukit. Salahkan diri ko kerana salah buat pilihan dulu, atau ko terlalu taksub dgn jawatan ko skrg yg sememangnya diwujudkan utk kump pelaksana je? Nasi dah jadi bubur, ekonomi negara semakin tenat maka cadangan ko ni tak akan dilayan tambahan pula sudah terlalu ramai pengganggur kat luar sana yg perlu kerajaan beri keutamaan. Ko yg dah ada kerja ni sepatutnya brsyukur sgt.... jgn lg melalak.

Tanpa Nama berkata...

pap n1 naek n11 secara percuma. j17 naek j29 secara percuma.

jd pelaksana gred 17 yg ade diploma/degree tuh, elok bakar jer transkrip & skrol tuh. xde guna. pi interview 3-4x pun asyik gagal jer. mmg xde harapan dh psl spa xleh pikir camne nko pikir psl derang tuh bkn mula dr bawah. derang masuk2 jer dh p&p n dh selesa dh. mana nk phm..

atau cari keje tempat len, klu dpt, resign jer. sektor awam nih xsesuai utk org yg ingin memajukan diri psl ianya dh kotor, busuk, dipenuhi dgn manusia yg kotor, busuk, meminta2, materialistik & so on.

Tanpa Nama berkata...

Apa ko merepek ni labu

Tanpa Nama berkata...

Lama bekerja, ada degree tapi prestasi kerja atau rekod perkhidmatan mcmmana? Takkan majkan nak tangkap muat je, hujung2 pengganas suluk pun masuk. Cerminlah kebolehan/pencapaian diri dulu elok2. Aku tak kasihan dgn nasib ko pasal ko dah ada kerja tetap. Aku lebih kasihan kat depa yg xde kerjo yg jumlahnyo ribuan org. Ada degree xsemestinya ko lebih hebat drpd org lain. Ko dah lama bekerja tak semestinya ko jd seorang pakar utk menjawat jwtn lain. Ambil contoh seorang PAP yg cemerlang dan pakar dlm bidang tugasnya dan punyai ijazah dlm jurusan lain, adakah majikannya akan sewenang2nya menaikkn grednya ke 41? Pasti tak semudah itu. Apa yg ko fikir hanya sebahagian kecil kelebihan je kerana ada banyak lagi kriteria dan syarat yg perlu dipatuhi.

Tanpa Nama berkata...

Sbg seorang PTN17, saya ada niat nak sambung belajar kerana nak dpt ilmu tambahan dan menjdi cth kpd anak2. Tapi malangnya keputusan SPM yg ku ada sekadar cukup layak utk PT yg gaji cuma cukup utk menyala keluarga dari segi makan minum je. Takde wang lebih utk sambung belajar. Lg pun kalau dpt ijazah pun bukan boleh naik gred kerana xde jaminan mengatakan PT yg ada ijazah boleh naik ke gred 41. Adakah jawatan pembantu tadbir N41? Apa kerja tambahan yg perlu dibuat?

Tanpa Nama berkata...

Jgn merajuk, jgn marah nanti cepat tua. Gah dan hebat sgtkah kamu yg ada degree? Tapi aku nampak mcm biasa je.

Tanpa Nama berkata...

Transformasi SPA, perlu lebih telus, mengutamakan kualiti dlm pengambilan pegawai baru. Elakkan amalan pengambilan mengikut kuota kaum secara umum, ambil tindakan terhadap penggunaan 'kabel', kroni, suku sakat.
Elok lagi diguna sistem mengikut keadaan setempat, cth jika kat kawasan org asli ada kekosongan jawatan dan ada org asli yg layak telah memohon maka elok calon org asli diberi keutamaan xkira siapa penemuduganya. Penemuduga jgn sesekali salahguna kuasa dgn memilih kaum sendiri/kroni sendiri je. Ambillah yg benar2 layak spt yg disyaratkn.

Tanpa Nama berkata...

perkhidmatan awam ni tempat longgokan manusia takda kualiti. sebab tu ramai sangat yang berebut masuk perkhidmatan awam terutamanya graduan baru lebih lagi mereka akan dapat tempat sebagai eksekutif atau pengurusan & profesional. jadi tempat ini menjadi persaingan sengit lantas, percayalah, aktiviti pancung memancung, guna kabel akan berlaku.

yang menjadi mangsa adalah mereka yang takda kabel, yang dapat pointer ala kadar bukan disebabkan dia malas mahupun bodoh tetapi disebabkan dia tak pandai membodek pensyarah.

jadi kepada mereka yang rasa dirinya mampu pergi jauh, tinggalkanlah perkhidmatan awam. tempat ini menjadi lubuk mereka yang menjadikan kerjaya kerajaan sebagai jalan terakhir mahupun dijadikan lubuk oleh mereka yang ada sangkut paut dengan orang atasan.

Tanpa Nama berkata...

hapuskan jer jawatan kasta paria cam r1/r3/n1/n3/ tuh semua. keje derang tu gred 17 pun leh buat. mmg kebanyakan jabatan pun keje derang 17 yg buat pasal gred sampah ni byk yg hilang, mia, awol. wujudkan semula exit policy supaya sampah2 nih leh diterminate secara terhormat.

Tanpa Nama berkata...

Semoga kesedaran ini wujud sepenuhnya supaya dpt kita bekerjasama perangi salahguna kuasa dlm pengambilan pegawai baru. Terlalu banyak yg jelas berlaku penipuan dan penyelewengan cthnya anak buah saya mohon jawatan yg had minimum kelayakan masuk cuma lulus spm dgn kepujian BM je sdgkn kelulusan spm anak buah saya jauh lebih baik tapi malangnya sentiasa je tertera ulasan oleh SPA yg menyatakan tidak melepasi kelayakan semasa; dipanggil temuduga pun tak layak. Adakah SPA memang sentiasa ada 'calon simpanan emas' dan iklan dibuat sekadar utk menunjukkan kpd rakyat negara kita punyai banyak peluang pekerjaan?

Tanpa Nama berkata...

Yang peliknya apabila negara kita dilanda musibah, para pemimpin akan melaung2 minta rakyat bekerjasama membantu pihak2 yg terlibat bencana tapi apabila bab pengambilan pegawai baru kriteria pilih bulu/pilih kasih pula diutamakan. Sama2 kita makhluk tuhan, sama2 kita mempunyai darah berwarna merah dan di saat2 kecemasan kita tidak tanya darah kaum mana yg kita mesti guna. 1msia ape citer?

Tanpa Nama berkata...

ANDA SUDAH BEKERJA, BANDINGKAN DENGAN ORANG YANG BELUM DAPAT KERJA ATAU PENGANGGUR.
PENGANGGUR, BANDINGKAN DENGAN GOLONGAN GELANDANGAN.
GELANDANGAN, BANDINGKAN DENGAN PELARIAN.
MAKA BERCUKURLAH,
JUSTERU, GELANDANGAN FOR EVER.

GELANDANGAN FOR EVER berkata...

BERCUKURLAH.

Tanpa Nama berkata...

Bukan x pndai bodek pensyarah tapi mmg x pndai. Check result upsr dan spm tgk sbb pkai angka giliran.

Tanpa Nama berkata...

Nak becukur apa tu? Bercukur bulu kemaluan? bulu betis? bulu ketiak? Sah BM.SPM ko ni 9G. Tapi tahniah dpt juga kerja tetap dgn kerajaaang.....

Tanpa Nama berkata...

STARTING GAJI STPM 1362 gred 27

STARTING GAJI SIJIL POLI 1416 gred 29
STARTING GAJI DIPloma 1826 gred 29

Tanpa Nama berkata...

saya berkhidmat 5 tahun lebih dalam sektor kerajaan, habukpun xdak...bila dah xnak buang bgtu saja. kesian alahai nasib badan...nasip la...akan ku pangkah pembangkang

Tanpa Nama berkata...

Baru 5 thn je dah mengeluh? Masih blm lewat, kenapa tak cari rezeki di bidang dan sektor lain? Kerja dgn sektor swasta atau buat bisnes boleh kaya cepat. Tengok kaum tionghua mana nak pandang sektor awam... Bisnes....bisnes.....kaya cepat tu jeeeeee....

Tanpa Nama berkata...

hg boleh la ckp mcm tu sbb xkena btg hidung....porah

Tanpa Nama berkata...

52,00? 52 ribu ke, 5ribu 2ratus

Tanpa Nama berkata...

Mana janji kata nak serah opsyen baru utk 81 skim yg ditambah baik??????....nak tunggu berapa lama nak dpt sain opsyen tu-????......

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Mana janji kata nak serah opsyen baru utk 81 skim yg ditambah baik??????....nak tunggu berapa lama nak dpt sain opsyen tu-????......

Isnin, Disember 30, 2013 6:31:00 PTG

------------------------

sabar la bangang! ni mesti spesis mata duitan & gila harta ni. lambat sikit pun nak menyalak! dapat kerja dengan gov tu ada pernah ucap syukur tak? lambat sikit pun heboh!

ni la dia spesis 'skim 81' yang gilakan dunia.

Tanpa Nama berkata...

BERCUKURLAH

Tanpa Nama berkata...

DAH MENGUCAP SYUKUR, SEBAB DAPAT LAHIR KE DUNIA????....
DAPAT MELIHAT KEINDAHAN ALAM MAYA????....
DIBEKALKAN OKSIGEN PERCUMA, TANPA DIMINTA BAYARAN WALAU SESEN PUN????....
DIBERIKAN PACAINDERA/MATA/TELINGA/HIDUNG/MULUT DAN SEBAGAINYA SECARA PERCUMA....
NIKMAT-NIKMAT YANG X TERNILAI DAN X MAMPU DIBAYAR DENGAN RM....
SUDAHKAH KITA MENGUCAP SYUKUR????....
MASIH BELUM TERLAMBAT UTK KITA BERBUAT DEMIKIAN....
UCAPLAH SYUKUR DAN KEMBALIKAN RASA KESYUKURAN KEPADA TUHAN YANG MEMBERI RAHMAT/NIKMAT DENGAN MELAKSANAKAN PERINTAHNYA DAN MENINGGALKAN SEGALA YANG DILARANGNYA....

U X MENTION berkata...

APA ERTINYA BERSYUKUR,

-JIKA APA YANG DIUCAPKAN TIDAK SEIRING DENGAN PERBUATAN????....
MAIN SEBAT JER, X KIRA HALAL/HARAM....

-MULUT MENGUCAP SYUKUR, TAPI PERBUATAN LANGSUNG X MENGGAMBAR RASA KESYUKURAN KITA KEPADA PENCIPTA....

-INILAH SIKAP YANG MENUNJUKKAN KITA JAUH TERSASAR DARI PENGERTIAN SYUKUR YANG SEBENARNYA....

Tanpa Nama berkata...

BERI PELUANG PENJAWAT AWAM KATEGORI SOKONGAN(W27,W32) YANG MEMPUNYAI IJAZAH, BERTUGAS MELEBIHI 10 TAHUN UNTUK DINAIKKAN KE KATEGORI PELAKSANA & PROFESIONAL N/W 41

selamat tahun baru berkata...

turunkan balik semua gred subsidi a.k.a. jumud ke gred asal sebagai langkah penjimatan. lepastu hentikan pengambilan pekerja baru terutama graduan universiti. mereka belajar tinggi dah cukup cerdik dah, takkan tak reti berusaha cari kerja selain dari kerja dengan kerajaan?

dari situ boleh kurangkan perbelanjaan mengurus yang banyak habis dengan bayar gaji & elaun saja.

lepastu gunakan sehabis baik tenaga manusia/kerja yang ada. kalau dulu skim jongos a.k.a. J ni sekadar jadi "mandur" dan "pemantau", sekarang kerah mereka buat kerja2 yang sekarang ni dibuat oleh konsultan luar. bagi skim fucker a.k.a. F ni kerah "kepintaran" mereka dalam bidang IT untuk buat itu dan ini dimana sekarang ni hampir 90% dibuat oleh vendor. apa guna sembang pasal SDLC hebat ketika temuduga tapi tak adaptasikan dalam kerja? asyik harapkan vendor je.

begitu juga dengan skim lain yang banyak gunapakai konsultan luar. buat sendiri kerja tu. puak2 ptd yang ramai dalam kerajaan ni pun gunakana "kepakaran" anda untuk merangka dasar yang hebat2 tu jangan asyik pakai konsultan je. begitu juga dengan pegawai lembu a.k.a. L (undang-undang) buat kerja tu betul-betul bukan asyik sub ke konsultan je.

dari situ dah boleh jimat begitu banyak sekali. masalah dalam kerajaan ini adalah kakitangan kemain ramai, tapi buat kerja sambil lewa.

mereka yang sambil lewa ni elok berhentikan saja, dari pemberhentian mereka ini boleh jimatkan kos, dan naikkan sedikit gaji mereka yang benar-benar efisyen tersebut kerana mereka telah menganggung beban kerja yang ditinggalkan oleh mereka yang diberhentikan ini.

selamat tahun baru.

Tanpa Nama berkata...

Hang dibuang dahulu spya org lain ikut. Berani cakap berani buat. Jgn buat tak serupa bikin. Apabila kita nilai diri sendiri sentiasa hebat tapi jika org lain buat penilaian terhadap kita ada juga kekurangan.

Tanpa Nama berkata...

BERCUKURLAH

Tanpa Nama berkata...

Salam tahun baru 2014,harap harap penjawat awam kontrak akan terus di hargai dan duabelas oleh pm AMIN!! !!!!!!!???