SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

19 Disember 2013

TERUSKAN PERJUANGAN GAJI SETIMPAL KAKITANGAN AWAM

Utusan Malaysia
19/12/2013


KUALA LUMPUR 19 Dis. - Kepemimpinan baharu Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bertekad memperjuangkan agenda pendapatan RM4,000 sebulan untuk penjawat awam negara ini.Presiden CUEPACS yang baharu dipilih, Azih Muda berkata, perkara itu akan diusahakan bersungguh-sungguh dalam tempoh tiga tahun akan datang berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat.Beliau berkata, jumlah pendapatan yang diraih oleh penjawat awam terutama peringkat paling rendah seperti pembantu am rendah dan pemandu tidak mencukupi jika dibandingkan dengan kos yang perlu dibelanjakan setiap bulan.

"Untuk dua jawatan ini, gaji asas mereka ialah RM820 dan selepas dicampurkan dengan elaun jumlahnya hanya sekadar RM1,100. Jumlah ini tidak mencukupi."Oleh itu kita perlu memperjuangkan pendapatan yang lebih baik untuk penjawat awam kita ini dan saya lihat jumlah paling sesuai adalah RM4,000 sebulan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diumumkan sebagai Presiden CUEPACS dalam Konvensyen Tritahunan CUEPACS di sini hari ini.

Azih berkata, untuk merealisasikan hasrat tersebut, kepimpinan baharu CUEPACS akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Selain memperjuangkan pendapatan lebih baik, Azih berkata, pihaknya akan melihat beberapa perkara lain bagi tujuan penambahbaikan penjawat awam sekali gus menjaga kebajikan mereka.Dalam perkembangan lain, beliau mengucapkan penghargaan kepada bekas Presiden, Datuk Omar Osman kerana mewariskan sebuah kesatuan yang cemerlang dan stabil.

"Memang tidak dinafikan Omar telah meletakkan CUEPACS pada kedudukan terbaik. Kami mewarisi satu legasi kepimpinan yang begitu cemerlang."Sebagai Presiden yang baharu saya akan berusaha mengekalkan kecemerlangan yang telah diasaskan oleh Omar selama beliau menjadi Presiden CUEPACS sejak tujuh tahun lalu," ujarnya.Dalam pada itu beliau berharap kerajaan dapat menimbangkan permintaan CUEPACS untuk melantik Omar sebagai Ahli Dewan Negara.

41 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sblm semakan gaji diputuskn pihak kerajaan harus mdpt pandangan drpd semua peringkat gred jawatan supaya xde gred/kump yg kerugian. Cthnya kenaikan gaji PA pd thn 2007 yg menyebabkan ada yg kerugian hingga hari ini xdi bela nasib mereka. Jgn buat kerja sekadar syok sendiri atau asalkan tugas selesai dibuat maka beres. Sentiasa lihat drpd sudut kekuatan n kelemahan, pengurusan strategik yg berkesan. Elak 'rumah siap dibina, pahat berbunyi lg.'

Tanpa Nama berkata...

Jika gaji PAR dan pemandu harus berada dlm lingkungan 4 ribu maka gaji gred jawatan lain pun perlu dinaikkan mengikut peratusan yg diberi kpd Gred 1 tersebut. Baru adil dan saksama. Cth sijil - Rm4000, Diploma/Stpm -rm6000, Ijazah - rm8000 dan seterusnya.

Tanpa Nama berkata...

haha..4000..korang jgn berangan le...mane ade hasil kerajaan nak bagi.1.4juta penjawat awam tu..even kalo tolak elaun menteri 100% pun xkan cukup..buat headline blh...

contoh:

- semua gaji diluluskan dan minima 4k
- subsidi 100% potong/ minyak naik kerana nak tumpu pada golongan sasaran.

lastly, skim perlu dikaji semula..ia beri impak pada kewangan negara..kahkahkah..

takkan korang masih percaya lagi kot game ni..dh banyak kali kene kencing..kuikuikui

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan malaysia dah terarah ke muflis skrg. Nilai ringgit akan menyamai rupiah dan kita akan dibayar gaji berjuta ringgit sebulan. Harga sepeket mi segera maggi akan rm100. Inikah yg dikatakan negara berpendptn tinggi? Gi mampus lah....

Tanpa Nama berkata...

Gaji par 4k....dlm masa 3 thn...semuanya penipu...nak naik gaji rm100 pun..nak kena sembah2...yg mohon dulu pun tak d layan lagi..dah nak pilihanraya nanti baru nak semak...

Tanpa Nama berkata...

apa-apa pun kita sama-sama lihat perjuangan baru PRESIDEN,jika ianya positif dan hasilnya dapat dinikmati oleh ahli kita merasa.

saya cuma nak bangkitkan soal pertukaran skim N1 & N4 KE N11 tiada perubahan gaji langsung.Kenapa ini berlaku..ada wakil setakat nama sahaja tapi takut untuk melontar suara demi ahli yang lain.Kalau setakat gah pada nama sahaja sebagai wakil tak layak untuk jadi wakil.

Tanpa Nama berkata...

kpd n1 n4 sebab skim gaji pa skrg tiada lg tangga gaji itu yg menyebabkan kita skrg boleh dipermainkan oleh puak2 pembuat dasar sedangkan utk mereka dikira berdasarkan peratus kenaikan

Tanpa Nama berkata...

jangan menyalak mcm anjing je,tp habuk takde,gaji menteri2 naik berpuluh ribu,kitaowg naik gred gaji tak naik.sial perjuangan kauowg ni.tekak owg atasan kau jaga,ni najib ckp perjuangan utk kakitangan kerajaan,takyah kau nak penipu la najib,kau dgn anjing lg baik lagi anjing,jujur ckp.tak mcm kau lidah bercabang.sokong omar undur diri,kau memang tak berguna

Tanpa Nama berkata...

Guru2 d sanjung d beri macam2 kenaikan dan d manjakan......tengok hari ini dlm tv guru besar wanita buat kerja x senonoh dng org pakistan....inikah contoh yg baik...memalukan......

Tanpa Nama berkata...

Guru2 d sanjung d beri macam2 kenaikan dan d manjakan......tengok hari ini dlm tv guru besar wanita buat kerja x senonoh dng org pakistan....inikah contoh yg baik...memalukan......

Jumaat, Disember 20, 2013 8:38:00 PTG
____________________________________
ITU GURU BESAR...BUKAN GURU...KAU TAU TAK BEZANYA BODOH....GURU=TENAGA PENGAJAR. GURU BESAR=PENTADBIR....BADIGOL.....
SAMA LAH BEZA MACAM JURU-RAWAT DENGAN JURU-TERBANG DAN JURU-WANG...NAMPAK BEZA TAK?...$#@^

Tanpa Nama berkata...

Nasib baik bukan semua guru yg buat hal ni, jika tidak thn depan sekolah semua tutup kerana guru2 digantng tugas. Mcm ibu ayam yg bertelur sebiji je tapi riuh sekampung, sdgkn banyak lg ibu ayam yg tak bertelur.

Tanpa Nama berkata...

cadangan biarlah REALISTIK.

gaji MINIMUM RM4,000????

memang senyum lebar la golongan gred paling rendah. tak payah susah belajar kan?

oklah, gaji R1 RM4,000

habis gaji minimum P&P berapa? RM7,500.00???

mana datang duit nak bayar tu?

10 tahun lepas kerajaan banyak duit dari peruntukan belanja mengurus untuk menyediakan prasarana terbaik untuk pejabat kerajaan, dalam erti kata lain setakat nak beli kertas A4 1 kontena tu takda masalah. nak cat bangunan, malah nak bina bangunan baru untuk pejabat kerajaan pun tak jadi hal.

sekarang? jangankan nak buat bangunan, nak beli alatulis pun kadang2 takda DUIT katanya. peruntukan tahunan setakat puluhan ribu je untuk beli stationary, kertas a4 semua tu. dinding pejabat makin berlumut.

mengapa? sebab penjawat awam terlalu ramai, pengambilan hampir seganda. pulak tu kenaikan gaji dan elaun. mana datang duit tu? itulah duit dari belanja mengurus yang sepatutnya digunakan untuk membiayai kemudahan pejabat.

jadi nak bayar RM4,000 sebagai gaji minimum? duit mana nak dipotong pula?

akhir kata, ambillah orang BIJAK menjadi pemimpin, tak kiralah di peringkat kesatuan sekerja, jabatan, mahupun peringkat jawatan politik. jangan ambil yang tak reti congak matematik mudah!

Tanpa Nama berkata...

Tak payahlah nak mulakan dgn RM4000, tnjukkan kekuatan yang ada pada peminpin baru kesatuan, supaya dapat naikkan gaji, dari gaji sekarang ke gaji baru kepada gred 1 - 4 dulu tegok apa kata kerajaan najid. Kalau dapat 40% pun dah besar. fikir2 lah.

PAP Tunggak Pentadbiran Negara berkata...

Berita terbaik dan berita tambahan!
Peluang miliki telefon pintar

PETALING JAYA - Penjawat awam kini berpeluang memiliki telefon pintar terkini melalui skim potongan gaji yang diperkenalkan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa).

Presiden Angkasa Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, skim itu diperkenal melalui kerjasama dengan Clixster Mobile Bhd.

"Program ini dibuat bertujuan memenuhi aspirasi era digital dan komunikasi tanpa sempadan dalam kalangan masyarakat," katanya ketika melancarkan inisiatif di bawah program Bijak MyCoop Clixster di sini hari ini.

Buat permulaan, 12 koperasi yang bernaung di bawah Angkasa menyertai program itu, antaranya Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Malaysia Berhad, Koperasi Kebajikan Bekas Tentera, Koperasi Warga Kastam Kelantan Berhad, Koperasi Pemandu JB, Koperasi Belia Islam dan Koperasi Guru-guru Kelantan.

Pada sidang media kemudian, Penolong Ketua Pegawai Eksekutif Clixster Mobile Bhd Mahadzer Arshad berkata program itu memudahkan pembelian telefon pintar dengan penjawat awam tidak perlu membuat bayaran pendahuluan yang tinggi.

"Kita mudahkan pengguna dengan potongan gaji yang dibuat mengikut tempoh pembayaran yang ditetapkan," katanya.

Beliau berkata, program itu dilihat dapat membuka peluang keuntungan tambahan kepada koperasi yang bernaung di bawah Angkasa. - Bernama

bolehlah penjawat awam bermain2 dengan HP canggih sambil makan2, minum, dan isap2 rokok di tpt makan setiap masa dan hari seperti di cookies wagon dengan memakai uniform pap berjata negara untuk paparan kepada orang awam betapa hebatnya berkerja kerajaan! Hebat!

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana orang seperti ini boleh terpilih untuk mengepalai CUEPACS?.cakapnya begitu angkuh, nadanya sangat retorik.apakah ini caranya untuk.mendapat sokongan segera ataupun mencari pengaruh.ini bukannya medan perang yang mana keputusan perlu dilakukan segera.cakap-cakap yang tiada asas hujahnya seumpama ini membuatkan rakyat lebih dibuai angan-angan dan mimpi.barangkali beliau lupa bahawa beliau kini adalah Presiden CUEPACS.

Tanpa Nama berkata...

GAJI RM4000 UTK GRED BAWAH... HAHAHAH... MIMPI LAGI LAH KAU... MU TUNGGU HINGGA MAMPUS PUN TAK DAPAT !! ITU SYOK PRESIDEN BARU JE.

PAP perabih beras berkata...

bolehlah penjawat awam bermain2 dengan HP canggih sambil makan2, minum, dan isap2 rokok di tpt makan setiap masa dan hari seperti di cookies wagon dengan memakai uniform pap berjata negara untuk paparan kepada orang awam betapa hebatnya berkerja kerajaan! Hebat!

------------------------


hahahaha tul tuh brooo... yg dok jd jakun gayat cam beruk tuh sume set2 pap pra drebar R1 R3 N1 N3 tuh sume jerr... gaji nek rm10 jer, teruih tuka itu ini. gayat nk mamposssss... pastuh sembang cam pandai sgt kt opis. klu pandai, xkan dok keje jd R1 R3 N1 N3 ehh?

Tanpa Nama berkata...

Biar PA pemalas dibuai mimpi hingga tak ingat buat kerja lepastu senang je; yg tak buat kerja memang logik pun dibayar rendah, kankankan? Hari2 main sms/online kat kantin/kaki lima pejabat. Inilah senario kakitangan pelaksana, handphone bukan calang2, ditambah dgn smartphone gik beberapa buah. Kerja PT je tapi tengok smartphone yg dipakai mcm org kaya. Mereka cukup bergaya sambil menunjuk2. Lelaki dan perempuan sama je, inilah cara hidup kaum kita yg tak spt kaum2 yg dah benar2 kaya/berpelajaran tinggi. Aku pakai hphone rm70 pun dpt gak cal kawan2 sana sini. Aku tak malu gunakannya sebab aku kena ukur baju di badan sendiri, yg penting aku tak stres fikir pasal hutang dan gaji xcukup makan.

Tanpa Nama berkata...

Beri pinjam berhutang beli hp...kita mahu naik gaji utk semua pa...ada faham

Tanpa Nama berkata...

fuyoo blagaknye ckp, jgn hina kumpln bwhan anggap sama jer..kdg2 ada antara mereka ada ijazah tp tk blagak pun mgkin x ada rezeki lg..kbykn peg ni suka mgarah tp dia sendiri x btul. dpt keja guna kbel mcm tu ler. pg2 keja main game ngan fb. blagak nk mampus. blah la

Tanpa Nama berkata...

hahaha parah tul sampai koperasi pun leh provide loan utk beli telefon bimbit. hahahaha.

adakah itu suatu keperluan? atau keinginan? tepuk dada tanya selera.

sampai mati esok penjawat awam akan menyalak gaji tak cukup itu tak cukup ini tak cukup kalau takda sedikit pun "kebijaksanaan" dalam menguruskan perbelanjaan harian.

Tanpa Nama berkata...

4000 sebulan.. HAHAHAHAHAHA... BODOH MALASBELAJAR PON BOLEH DAPAT GAJI 4000?? HAHAHAHA.. APE BODOH PRESIDEN BARU NI WOI??!! HAHAHAHA.. KEBODOHAN KENYATAAN INI MENGGAMBARKAN KEBODOHAN PENJAWAT AWAM SECARA KESELURUHANNYA..HAHAHHAHAHA

Tanpa Nama berkata...

4000 sebulan.. HAHAHAHAHAHA... BODOH MALASBELAJAR PON BOLEH DAPAT GAJI 4000?? HAHAHAHA.. APE BODOH PRESIDEN BARU NI WOI??!! HAHAHAHA.. KEBODOHAN KENYATAAN INI MENGGAMBARKAN KEBODOHAN PENJAWAT AWAM SECARA KESELURUHANNYA..HAHAHHAHAHA

Tanpa Nama berkata...

CADANGAN BIAR REALISTIK??..

baru ura-ura saje..belum pun sampai ke peringkat cadangan/kajian/semakan dan seterusnye..

baru peringkat lower ground..
lobby pun x sampai lagi..
dah keluar kata-kata momokkan, bencana/hura-hara/haru-biru berbagai-bagai lg lah..

kata tuan presiden:-
"Untuk dua jawatan ini (pembantu am rendah dan pemandu), gaji asas mereka ialah RM820 dan selepas dicampurkan dengan elaun jumlahnya hanya sekadar RM1,100. Jumlah ini tidak mencukupi."Oleh itu kita perlu memperjuangkan pendapatan yang lebih baik untuk penjawat awam kita ini dan saya lihat jumlah paling sesuai adalah RM4,000 sebulan,"..

gaji minimum RM4,000.00??..

ada sebut ker, gaji minimum nie??..
yg disebut pendapatan, bukan gaji minimum..

pendapatan = gaji termasuklah pelbagai elaun dan sbgnye..{ GAJI + ELAUN + OT }..

-gaji = gaji pokok seseorang pegawai..
-emolumen = segala saraan dalam bentuk wang yang kena dibayar kepada seseorang pegawai dan termasuklah gaji pokok, imbuhan tetap, bayaran insentif dan elaun bulanan yang lain..
-elaun lebih masa (OT) = kerja lebih masa bermaksud kerja-kerja yang dijalankan di luar waktu bekerja pejabat biasa yang ditetapkan kepada seseorang pegawai untuk menjalankan tugas-tugas rasmi jawatan hakikinya atau PTj atau yang diarahkan oleh jabatan..

bukannye ape, org kite nie belum ape-ape lagi dah kondem..
ape macam lu punye bangsa mau maju??..

Tanpa Nama berkata...

hal gaji atau pendapatan ni mmg satu isu kritikal. kamu tahu tak kerana pendapataan atau gaji di negara kita ini terlalu rendah berbanding dengan kos sarah hidup yang ditanggung, ia menjadi penyebab kepada byk maksiat dan jenayah berlaku.

Tanpa Nama berkata...



gaji minimum RM4k??..

ntah laaa..sy dah cari setiap entry yg di post kat dlm blog nie..
x jumpe pun, qpacs nak minta gaji minimum RM4k..

lain yg ditulis, lain pulak yg diterjemahkan oleh pihak-pihak cendekiawan kat dlm nie..

nie la sikap mereka yg suka memutarbelitkan (putau alam) fakta, untuk memperbodohkan org lain dan supaya idea pihak yg mencadang dilihat bodoh..

inilah modal insan yg dihasilkan tanpa berkonsepkan dakwah dan tarbiah..

Tanpa Nama berkata...

Gaji naik Vs Kenaikan harga barang:
Sepatutnya apabila -
1. gaji naik kualiti/mutu kerja pekerja pun patut bertambah baik seiring dgn peningkatan gaji.
2. kenaikan harga barang seolah2 tiada kawalan namun kualiti/mutu dan kuantiti barangan kekal sama tanpa sebarang peningkatan.

Kesimpulannya:
Kenaikan gaji sepatutnya berdasarkan peningkatan prestasi/mutu kerja yg dihasilkan, kenaikan harga seharusnya berdasarkan peningkatan kualiti dan kuantiti barangan.
- tapi apa yg berlaku adalah sebaliknya. Mungkin dunia dah nak kiamat agaknya; biar semua mampus(miskin dan kaya akan mampus sama2) Adil dan saksama.

Tanpa Nama berkata...

Peningkatan harga barang oleh penyangak2 tamak haloba adalah punca pemasalahan yg dihadapi skrg. Penyangak2 ni sudah kaya raya tapi mereka takde nilai kemanusiaan hingga mereka tidak nak rugi 1 sen pun walaupun pendapatan mereka berjuta setiap bulan. Jika harga barang tidak meningkat pasti keperitan hidup dpt dikurangkan. Gaji naik barang pun naik harga; apa erti semua ni?

Tanpa Nama berkata...

Bangang juga Presiden BARU CEUPACS ini,mana boleh dari gaji PA rm 1200 dalam masa tiga tahun hdk dijadikan rm 4000K ini tak masuk akal malahan lagi melalut dari omar,yg penting elaun naik dah terbaik ...Pastikan elaun naik mengikut aliran semara ekonomi dan pastikan ia yg terbaik ,malahan betulkan gaji PA yg berkhidmat lama,kerana gaji mereka dgn yg berkhidmat bawa mereka satu tahun lebih tinggi,ini tiada sinoriti..Byk aduan yg diterima tapi masih buat2 bodoh ajer..Kenaikan elaun tu penting utk semua.bukan agenda yg tak mungkin dapat..Tlg beri perhatian...

Tanpa Nama berkata...

TERIMA KASIH GURU kerana tahun ini PMR meningkat ke tahap yg memberangsangkan.TERBAIK GURU,jgn di layan ANJING BODOH yg menyalak di sini ,mereka dulu BODOH tak mau sekolah itulah sebabnya dan inilah jadinya.

Tanpa Nama berkata...

TAK KAN TERJADI HDK NAIKKAN GAJI KE 4 RIBU kerana pekerja swasta akan MOGOK besar-besaran tau kerana ini boleh menjatuhkan sektor swasta malahan boleh menjatuhkan negara dan blh menyembakkan rusuhan besar2ran ini...presidon baru ini,baru ajer masuk cupek dah hdk org beri perhatian penuh pada dia...OMAR juga yg terbaik kerana berasas dan berfikiran sebelum melepaskan kata2

ZXR berkata...

ape justifikasinye?

pt kew anita berkata...

wow menariknya! mcm mana nak mohon? note3 ada x? brp bln byr?

Tanpa Nama berkata...

hapuskan jer jawatan kasta paria cam r1/r3/n1/n3/ tuh semua. keje derang tu gred 17 pun leh buat. mmg kebanyakan jabatan pun keje derang 17 yg buat pasal gred sampah ni byk yg hilang, mia, awol. wujudkan semula exit policy supaya sampah2 nih leh diterminate secara terhormat.

Jacson berkata...

Tahniah kepada En.Azih kerana terpilih sebagai presiden baru Cuepacs.
Semoga tuan dapat memperjuangkan nasib kakitangan professional negeri Sabah GredJ41 yang telah berkhidmat lebih 8 tahun untuk dinaikkan ke Gred J44 secara timebase seperti kakitangan professional jabatan persekutuan.Pada Mei 2012 satu dialog dengan Datuk Osman telah diadakan di Hotel Promenade, Kota Kinabalu membincangkan perkara ini namun sehingga kini belum ada sebarang berita. En. Azih, kes di Sabah untuk naik ke J44 banyak birokrasi dan pilih buluh walaupun pegawai telah berkhidmat lebih 8 tahun dan lulus PTK, tetapi pegawai junior 5 tahun saja sudah dapat J44 kerana satu bangsa dengan pegawai di bahagian direktorat. Separkara lagi En.Azih,kenaikan pangkat berdasarkan markah prestasi SKT banyak birokrasi.Pegawai yang mahu staf sebangsanya naik akan diberikan markah tinggi walaupun kurang pengalaman serta masi junior dan ini tidak adil sama sekali bagi staf senior. Tolonglah En.Azih agar dapat menangani kes di Sabah ini.Malah ada yang pencen dengan jawatan J41 selama berkhidmat lebih 20 tahun.

Yang benar,
Jacson
Kakitangan Awam Sabah

Tanpa Nama berkata...

Ha.. HA.. Ha.... nk cuepacs bantu PA kat sabah ni . Tak sangka yea.. ada juga org cam ni . Cuba buka slip gaji PA semenanjung dan PA sabah yang sama taraf pendidikan dan gred ada nampak perbezaan tak ? sedangkan PA dari sabah kena hantar bertugas kat semenanjung pun elaun dia tersangatlah rendah berbanding PA dari semenanjung yang kena tukar kat sabah ni . Selagi isu diskriminasi antara PA sabah dan PA semenanjung masih ada jurang perbezaan selagi itulah harapan menggunung kau tu tak kan di layan punya . Mungkin diorang tgah ketawa tgok statement ko ni . Punyalah banggang .

Tanpa Nama berkata...

apasallah korang percaya sangat kenaikan ceceh RM4ooo dalm tempoh 3 tahun yang di war2kan oleh Azih tu . Walaupun presiden dah tukar nama tapi asal usulnya dari cuepacs juga . nak minta elaun rumah naik RM300-350 pun tak lepas ni kan pula RM4,000 . klu masalah yang isu etp bertahun lamanya masih belum selesai camna pula nak selesaikan cadangan baru dlm tempoh 3 thun . Tu nak pancing undilah tu sblum PRU14 . cuba korang buka dompet selak 1 not wang kertas lepas tu belek ada nampak muka azih tak ? paling koman pun tandatangan ? smua ork kat cuepacs ni sama aje , semua kaki politik .

Tanpa Nama berkata...

PA semua ni tak serik-serik lagi . Sedap sangatkah air kencing cuepacs ni sampai muka basah baju lenjun oleh air kencing diorang masih tak sedar-sedar masih melopong buka mulut luas-luas .

Tanpa Nama berkata...

saya ni cuma PA gred rendah aje . saya pun sedar diri juga takkan gred rendah cam saya dan kawan2 lain boleh naik sampai p RM4,000 . Kerja kitaorang cuma bawa kereta , hantar notis dan membantu kat pejabat aje camna pula boleh naik RM4,000 . Tu ramai lagi PA yang sekolah tinggi tapi dapat gaji yang tidak sepadan dengan gred . kalau ia pun nak perbodahkan gred bawahan ni agak-agaklah . cuba buat sidang jemput semua PA gred bawah ni satu negara lepas tu cakap gaji akan naik RM4,000 dalam tempoh 3 tahun . confirm ko kluar bawa ludah kitaorang .

Tanpa Nama berkata...

pekerjaan pemandu harus dibela kerana pemandu adalah satu nadi dalam segala urusan tampa pemandu maka gagal la segala misi.lagi pun pemandu kerjanya amat merbahaya kerana berada dijalan raya yang penuh dengan cabaran.pemandu ibarat senjata api dia dibunuh dan membunuh dari itu harus dinilai dari tugas yang dijalankan oleh pemandu.

Tanpa Nama berkata...

bagaimana dengan gaji gred R kerana tugas sebagai pemandu ni amat penting.tampa pemandu segala urusan akan terbatal.contohnya bila bos nak pergi metting tampa pemandu maka gagal la metting tu dijalankan begitu juga kiranya mengunakan bas kompeni sekiranya pemandu sakit atau bercuti maka lawatan kesesuatu tempat terpaksa dibatalkan jadi kena nilai tugas sebagai pemandu jangan kira kelulusan yang ada tapi kena nilai dari tugas yang dipertanggung jawapkan.