SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

17 Disember 2013

NAJIB MAHU PENJAWAT AWAM TERUS JULANG NEGARA DI MATA DUNIA

Bernama
17/12/2013





KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak mahu anggota perkhidmatan awam terus bekerja keras menjayakan misi menjadikan Malaysia negara maju dan terus dipandang tinggi oleh pemimpin dunia.

Perdana menteri berkata dengan kerjasama 1.4 juta penjawat awam yang mendukung aspirasi itu, beliau yakin Malaysia akan terus berkembang menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi seperti yang dihasratkan.

"Bila saya bersalaman dengan perdana menteri dari negara lain, misalnya Perdana Menteri Jepun (Shinzo Abe) atau Presiden China (Xi Jinping) dan lepas ini Presiden Obama (Presiden Amerika Syarikat Barack Obama) pula nak datang, saya nak mereka melihat dan menghormati Malaysia sebagai negara yang semakin hari semakin menjurus kepada sebuah negara maju yang sama-sama kita boleh banggakan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Konvensyen Tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) ke-26 di sini Selasa.

Najib berkata hubungan dan kerjasama baik penjawat awam dan kerajaan perlu diteruskan dengan setiap daripada mereka perlu menjadikan misi itu sebagai komitmen yang perlu didukung, dihayati dan dilaksana untuk kebaikan bersama.

"Mudah-mudahan kerjasama ini akan menjadikan kita sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi, kita tak nak lagi orang perlekehkan kita," kata perdana menteri.

Obama yang dijadual ke Kuala Lumpur sempena Sidang Kemuncak Keusahawanan Global kali ke-4 pada 11 hingga 12 Okt lepas terpaksa menangguhkan lawatannya berikutan penutupan operasi sebahagian agensi pentadbiran negara itu.

Najib ketika mengumumkan perkara itu pada 2 Okt lepas berkata Obama menyatakan beliau tetap komited membuat lawatan ke Malaysia.

-- BERNAMA

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku lagi first...

Tanpa Nama berkata...

kalau nk bela naikkan gji&elaun2 PA selari dengan peningkatan kos sara hidup bkn skdar bercakap jea..

Tanpa Nama berkata...

MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA MEGARA

Tanpa Nama berkata...

ni penulis blog, ada bahasa baharu ka MEGARA ganti NEGARA macam baru diganti baharu.

Tanpa Nama berkata...

najib mahu penjawat awam terus julang megara di mata dunia.....ohhh....najib...najib permintaan tu terlalu tinggi...mcm mana nak menjulang megara sedang nak bekerja pun x de mood...duk pikir mana nak cari duit......

Tanpa Nama berkata...

ulasan dari PA kurang kat sini sebab tiada kaitan kenaikan Gaji...

Itu lah PA hahahahahhaha

kekasih berkata...

Cara-cara memberi kritikan yang positif ialah :

o Kritiklah di bawah empat mata dan jangan sekali-kali mengkritik di depan orang ramai.
o Lakukan itu dengan senyum simpul, secara bersahabat.
o Mula dengan memuji, untuk mententeramkan orang yang bakal dikritik.
o Kritiklah dengan mengemukakan kepentingan orang yang dikritik dan organisasi.
o Kemukakan kritik yang membina. Tunjukkanlah bagaimana yang sebaiknya. Jangan hanya
mencari kesalahan. Kalau tidak tahu bagaimana yang sebaiknya lebih baik berdiam sahaja.
o Akhiri kritikan dengan memuji, dan tepukkan ke bahu orang berkenaan.

Sehubungan dengan ini, Allah SWT telah berfirman dalam surah Al-Nuur : 22 yang bermaksud : “.... dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.

Selamat beramal & bermuhasabah. WALLAHU'ALAM

Tanpa Nama berkata...

JANJI nak umum keputusan penambahbaikan elaun pada bulan DISEMBER...
senyap je.... buat-buat lupe la pulak....

Tanpa Nama berkata...

hahaha tul tuh. pa xberminat dgn topik2 psl julang negara, kemajuan, prestasi, pembangunan tuh sume. pa hanya berminat dgn ELAUN, GAJI jer. psl derang nih sume MATA DUITAN & CINTAKAN DUNIA!

Tanpa Nama berkata...

Salahkan PT yg taip laporan. Negara jd megara. Lawak2...

Tanpa Nama berkata...

Julang negara ni menteri kita dh lakukan, RosMsr.....
Org lain tkyah cbuk2...

Tanpa Nama berkata...

aku tak paham..kenaikan gaji tuk jawatan yang jumut sbenarnya takde pun..gaji akhir jek yg dinaikkan..sedangkan harga barang sudah pun dinaikkan...kalo camnih PM hanya memikirkan ttg masalah menteri2 jek bukan masalah rakyat yang terbeban ngan janji2 palsu yang banyk dah dicapatikan,lagi 5 tahun kerajaan bn pasti akan tumbang...tukar pemerintahan..supaya tidak digula2kan...

Tanpa Nama berkata...

Julanglah dgn harga yg melambung naik sdgkan gaji tak cukup. Bila masa nak buat itu.. ini.?

KEMUT berkata...

patut jawatan juruteknik j17 bukan ditukar kepada penolong jurutera, tapi ditukar kepada JUMUDteknik JA29, sesuai dengan penjumudannya.




wwaaaaaaaaah ah ah ahahahahahahah uhuhuhu ihihihi

Tanpa Nama berkata...

Nak julang..gaji tak di julang.....tol yg di julang