SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

30 Disember 2013

CUEPACS MAHU PENJAWAT AWAM DIBERI KUOTA KHAS HAJI MULAI TAHUN DEPAN

Bernama
30/12/2013



KOTA KINABALU, 30 Dis (Bernama)-- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu penjawat awam diberi kuota khas, terutama pesara, untuk menunaikan ibadah haji mulai tahun depan.
Presidennya, Azih Muda berkata kuota khas itu bagi mengelak penjawat awam menunggu dalam tempoh yang lama selain menggalakkan lebih ramai penjawat awam menunaikan ibadat suci itu.

"Cuepacs mahu penjawat awam juga perlu diberi kouta bagi menunaikan haji, terutama mereka yang hampir bersara tetapi tidak berpeluang untuk menunaikan haji, boleh mengambil kuota ini daripada Tabung Haji," katanya dalam sidang media selepas bertemu pemimpin kongres itu di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi CUEPACS Sabah Jamian Dom.

Azih berkata cadangan itu antara perkara yang diberi penekanan oleh Cuepacs bagi tempoh tiga tahun selain semakan elaun, pencen dan peningkatan tangga gaji untuk membantu kebajikan penjawat awam.

Beliau berkata selain kouta khas haji, kerajaan juga harus membenarkan penjawat awam yang berusia 55 tahun mengeluarkan 20 peratus ganjaran wang pencen mereka bagi tujuan tertentu, termasuk umrah dan haji serta perubatan dan bayaran pendidikan anak-anak.

"CUEPACS juga mencadangkan formula ganjaran persaraan penjawat awam disemak semula kepada 10.5 peratus daripada tempoh perkhidmatan sebelum ini iaitu 7.5 peratus," katanya.

Selain itu, CUEPACS mencadangkan agar Gantian Cuti Rehat (GCR) penjawat awam yang tidak dapat menghabiskan cuti atas sebab perkhidmatan ditambah daripada 150 hari kepada 180 hari, dan jika masih ada cuti tahun terakhir semasa persaraan, ia perlu dibayar dengan wang tunai dalam sekali bayaran sahaja.

Beliau berkata CUEPACS juga akan memastikan tangga gaji untuk semua jenis jawatan dalam perkhidmatan awam dikaji semula selain semakan semula 231 jenis elaun yang belum dikaji sejak 10 tahun lepas.

Dalam perkembangan lain, Azih meminta Jabatan Kesihatan Sabah memberi penjelasan berhubung isu tuntutan elaun pakaian seragam kakitangannya yang menimbulkan kekeliruan.

Beliau berkata CUEPACS menerima aduan berkaitan arahan meminta kakitangan jabatan itu membayar balik baki elaun tempahan pakaian seragam pada 2011, tahun lepas dan tahun ini.

Azih berkata menerusi pekeliling yang dikeluarkan sebelum ini, kakitangan jabatan itu dibenar membuat tuntutan tempahan pakaian seragam sehingga RM690 setahun untuk tiga pasang pakaian.

"Bagaimanapun, pada September lalu, jabatan berkenaan mengeluarkan arahan meminta kakitangan membayar baki elaun berdasarkan kadar jahitan ditetapkan Pejabat Kesihatan di seluruh negeri, dan jika gagal, mereka dikenakan tindakan tatatertib," katanya.

-- BERNAMA

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

First.... Selamat Tahun Baru...

Tanpa Nama berkata...

Selamat Tahun Baru 2014.

Sama samalah berdoa agar kuota Khas ini menjadi kenyataan.Sumbangan PA yang mencurahkan baktinya wajar dihargai, peluang untuk menunaikan Rukun Haji tentunya dinantikan oleh semua umat Islam.Dapatkan Data berkaitan dari semua jabatan kerajaan. Rasanya PA yang akan menunaikan haji untuk kali pertama yang mana umurnya mencecah lebih 55 tahun tentunya tidak ramai.Insya Allah pengorbanan yang sedikit ini akan memberi kerahmatan kepada seluruh penjawat awam di negara kita. Amin.

Tanpa Nama berkata...

Good idea..insyallah akan membuahkan hasil..

NAJIB + JIMAT = NAJIMAT berkata...

turunkan balik semua gred subsidi a.k.a. jumud ke gred asal sebagai langkah penjimatan. lepastu hentikan pengambilan pekerja baru terutama graduan universiti. mereka belajar tinggi dah cukup cerdik dah, takkan tak reti berusaha cari kerja selain dari kerja dengan kerajaan?

dari situ boleh kurangkan perbelanjaan mengurus yang banyak habis dengan bayar gaji & elaun saja.

lepastu gunakan sehabis baik tenaga manusia/kerja yang ada. kalau dulu skim jongos a.k.a. J ni sekadar jadi "mandur" dan "pemantau", sekarang kerah mereka buat kerja2 yang sekarang ni dibuat oleh konsultan luar. bagi skim fucker a.k.a. F ni kerah "kepintaran" mereka dalam bidang IT untuk buat itu dan ini dimana sekarang ni hampir 90% dibuat oleh vendor. apa guna sembang pasal SDLC hebat ketika temuduga tapi tak adaptasikan dalam kerja? asyik harapkan vendor je.

begitu juga dengan skim lain yang banyak gunapakai konsultan luar. buat sendiri kerja tu. puak2 ptd yang ramai dalam kerajaan ni pun gunakan "kepakaran" anda untuk merangka dasar yang hebat2 tu jangan asyik pakai konsultan je. begitu juga dengan pegawai lembu a.k.a. L (undang-undang) buat kerja tu betul-betul bukan asyik sub ke konsultan je.

dari situ dah boleh jimat begitu banyak sekali. masalah dalam kerajaan ini adalah kakitangan kemain ramai, tapi buat kerja sambil lewa.

mereka yang sambil lewa ni elok berhentikan saja, dari pemberhentian mereka ini boleh jimatkan kos, dan naikkan sedikit gaji mereka yang benar-benar efisyen tersebut kerana mereka telah menganggung beban kerja yang ditinggalkan oleh mereka yang diberhentikan ini.

selamat tahun baru.


p/s: gred-gred yang tersenarai di atas pasti akan sentap. tengok jela nanti sapa quote post aku ni. kah kah kah.

Tanpa Nama berkata...

Kuota haji kepala pak hang! Kami nk sara hidup hari2 pun susah... lain la hang mintak kjaan sponsor setiap PA buat haji mcm di BRUNEI! Ku sangka Presiden baru cerdik rupanya lg bengap dari yang lama! Bangang punya Presiden... pi berambus mintak naik elaun PA dgn SEGERA!!!

Tanpa Nama berkata...

Yg hg duk bangkang ni pasai pa..ku sangka hg cerdik..rupanya lebih bodoh dari lembu yg paling bodoh...lembu bodoh pun geli baca komen hg...p mampus la wei...hidup duk prabaih ke beras je..bahlul..

Tanpa Nama berkata...

Selamat tahun baru,hermione saya harap pa kontrak akan dibela amin,?????

MAMBO KWEK MAMBO berkata...

LAMAN WEB KEMENTERIAN PENDIDIKAN KENA DEFACED 01/01/2014 yang lalu

LAMAN WEB KEMENTERIAN PENDIDIKAN OFFLINE SAMPAI KE HARI NI

apa benda PTM & PPTM di MOE ni buat sampai ke harini masih "maintenance" lagi? database joomla/mambo yang kau guna tu dah kena delete ka? www folder dah kena delete?

itulah akibatnya apabila SPA mengambil orang bodoh yang tak tau apa pasal IT harapkan "cemerlang" dalam peperiksaan dengan pointer yang tinggi je menjawat jawatan penolong/pegawai teknologi maklumat.

lepastu guna jalan mudah pasang joomla/mambo sebagai laman web. dahla guna CMS, lepastu tak reti nak maintain, patch, update dan sebagainya. biar macam tu je. tak hairan la senang kena defaced.

spa pun sama bodoh dengan ptm/pptm tu.

Tanpa Nama berkata...

Ni sekoq balaci aka macai... haha org dok tgk situasi skarang ni. Bg pembelaan pd PA ikut yg mana lagi penting drp dok buat keluaq idea2 bangang yg tak sesuwai. Kos sara hidup pun tak tertanggung, nk beli rumah sediakan keperluan asas kt keluarga pun tak mampu.... nak suruh pi haji???? Kapla pak ang sama tongong dgn presiden kupeks!!!

Tanpa Nama berkata...

habis kalau kepala kuota dipecah2kan jadi sub kuota, yang tak termasuk dalam kuota apa cerita?

mak bapak aku sampai sekarang tak dapat pegi haji lagi. umur masing2 dah 60-70an. ntah panjang lagi ke tak umur masing2. bila buat surat kepada tabung haji setiap tahun, jawapannya semuanya mendukacitakan. nak buat camana, semua kuota dah kena booking. ada kuota menteri, ada kuota VIP, ada kuota khas. sekarang ni nak minta kuota penjawat awam/cuepacs pula???


abis apa nasib mereka yang takda kuota? janganlah zalim sangat.

hapuskan semua kuota tu. kalau malaysia ada kuota 30,000 setahun, susunlah setiap kuota tu mengikut siapa menyimpan dulu dia dapat. bukannya pecah-pecahkan 5,000 untuk VIP, 5,000 untuk kerabat, 5,000 untuk orang khas dan sebagainya.

itu zalim namanya!

ISTRIYAH DAWI berkata...

Adakah anda memerlukan bantuan kewangan atau pinjaman segera? Kami antarabangsa Syarikat Pinjaman Persendirian, komited dalam membina perniagaan yang mampan dalam jangka panjang. Kami menyediakan berbagai-macam perkhidmatan untuk pelanggan-pelanggan pinjaman peribadi dan perniagaan pada kadar faedah 2%, terma pinjaman penentu. Kembali kepada kami Untuk maklumat lanjut dan keperluan borang permohonan, Hubungi kami melalui e-mel usl.associates005@gmail.com

Nama Penuh:
negara:
Jumlah Diperlukan:
jangka masa:
telefon:
pendudukan:
Bertujuan bagi Pinjaman tersebut:

Yang benar
pengurusan
Syarikat Pinjaman Perkhidmatan Inc