SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

11 Disember 2013

PEGAWAI AWAM WANITA PDRM MENINGGAL DUNIA AKIBAT WABAK INFLUENZA A

Bernama
10/12/2013


KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Seorang pegawai awam wanita Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, disahkan meninggal dunia Selasa akibat dijangkiti selesema, Influenza A.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mangsa didapati dijangkiti virus itu selepas menghadiri majlis Perjumpaan Pegawai Awam PDRM bersama KPN di Melaka, Khamis lepas.

Pegawai awam berusia 48 tahun itu meninggal dunia di Hospital Melaka, kira-kira jam 11.10 pagi.

"Kita percaya wabak ini bermula daripada salah seorang kakitangan yang datang dari Kedah menghadiri majlis berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah Balai League Table 2013 di ibu negara.

Khalid menggesa kira-kira 300 orang pegawai awam PDRM yang menghadiri majlis itu agar menjalani saringan kesihatan segera.

"Rombongan dari Kedah yang menaiki sebuah bas kini dikuarantin di hospital Kedah untuk pemeriksaan lanjut manakala beberapa orang lagi dikuarantin di Melaka," katanya.

Khalid berkata beliau juga telah dipanggil untuk menjalani saringan kesihatan kerana menghadiri majlis itu.

Katanya, virus itu dikesan apabila beberapa kakitangan didapati demam selepas menghadiri majlis berkenaan.

Mengenai laporan tentang seorang rakyat Malaysia dikatakan terlibat dalam rusuhan di Little India, Singapura Ahad lalu, beliau berkata individu berkenaan berstatus pemastautin tetap (PR) negara itu, telahpun dibebaskan selepas siasatan lanjut dijalankan.

"Saya telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan dia sudah dibebaskan tanpa syarat," katanya.

--BERNAMA

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam..Aku first ..!! www.akufirst.yahoo.com.my

Tanpa Nama berkata...

JOM TUKAR KERAJAAN PRU-14 NIE KEPADA PAKATAN RAKYAT.Sebab-sebabnya:
1. Harga rumah mampu milik paling murah RM200 ribu tapi rumah Jamil Khir RM12 juta.
2. Harga kereta nasional Persona RM58 ribu, Preve RM90 ribu, Suprima S RM85 ribu, My V RM62 ribu, di buat di malaysia tapi mahal kereta anak Nzari Hummer RM1 juta.
3. Cukai tanah, cukai pintu, cukai harta, cukai pendapatan semakin naik tapi Menteri-Menteri ada ladang berpuluh ekar di Australia.
4. Gaji PM,TPM,MENTERI,YB,SENATOR,PRESIDEN CUEPACS, RM50-60 ribu tak termasuk MOU sana-sini, tapi gaji PA Malaysia paling rendah di dunia berdasarkan dengan kos sara hidup.
5. Harga barangan semakin naik spt gula, beras, gandum, barangan berempah, dsbnya tapi MENTERI,YB,KSN,KSU,KPPA breakfast, dinner ,lunch di hotel-hotel 5 star.
6. Harga barangan kereta spt tayar, minyak enjin, minyak gear, barangan spare 4 semakin naik tapi KSN,KSU,KPPA,PTD,MENTERI,YB pakai kereta Mercedes AMG, BMW 9 series, Hummer dllnya.
7. Harga minyak semakin naik, ramai rakyat malaysia tertekan dengan kenaikan harga minyak kerana ia satu kegunaan harian bagi kenderaan bermotor tapi YB,MENTERI,KSN,KSU,KPPA,PTD tuang minyak kat kereta sekali-sekala lebihnya ada org sponsor atau driver pakai card minyak.
8. Gred 41-54 senang naik, 4 tahun berkerja dah naik gred 44, 5 tahun lagi kerja naik 48, 7 tahun kerja lagi naik 52-54 sampai pencen nak mampos tapi gred 17 berkhidmat 13 tahun(tak masuk akal) baru naik 22, lepas tue 13 tahun lagi berkhidmat baru naik 26, jumlah perkhidmatan 30 tahun, sape punya dasar bodoh-tolol nie, makan duit haram agaknya bagi anak-bini makan..
9. GST akan dikuatkuasakan, bermakna semua barangan akan naik termasuk dengan perkhidmatan, skg pun harga semua barang sudah naik bawa RM100 tiada apa yg dapat, yg dapat ikan sekilo, beras, gandum, sayur kobis dan 2 biji kelapa tapi KSN,KSU,KPPA,MENTERI,YB diperuntukan bajet untuk barangan dapur.

Tanpa Nama berkata...

majlis membazir duit kerajaan..tu la balasan nya

Tanpa Nama berkata...

Alo mangkuk tu namanye ajal..klau dh ajal kt mana pun meniggal..majlis tu cm sebab je..mangkuk btol..ni la manusia perlu dipupuskn..rosak agama..

Tanpa Nama berkata...


Tanpa Nama berkata...
Ikut Formula aku....
Gaji sikit bt kerja sikit....
(tapi jgn smpai curi tulang & tak siapkn kerja hakiki)
Hati tak sakit....
Balik sharp....
Xde nak overtime....
Balik rumah bt partime....
Cukup bln tekan atm...
Cmpur gaji goment & parttime,senyum bkn main.
Huhuhu,xboleh harap sgt gaji goment ne,kerja keras sikit.
Pasti ok.
Klu naik lagi gred syukur sgt bkn main.
..................................
aku setuju dengan cadangan ko..mcm aku gred 17 kene ambik sijil 2 tahun baru dapat 17..x bising mcm puak2 pt ni...aku pun da lama amalkan cadangan ko tu..aku keje ikut gaji aku dibayar....kalo suh lebih2 aku wat2 blur ngn berbuih2 mulut..trus tak jadi suh...hahahhahah..tu je cara kita protes..xpayah nk marah2....kita wat keje hakiki..tapi lebih2 pandai2 la mengelak...biar modal insan tu jatuh je..xpayah nak naik sgtla..da menyampah dgn harapan....

Tanpa Nama berkata...

Memohon untuk menyelaraskan kepada semua PA tanpa mengira skim perkhidamtan agar semua PA dapat dimotivasi bagi memberi perkhidmatan cemerlang demi mengharumkan nama negara Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Apa perkembangan terkini guru yg dah ada master or phd? Dapat berapa hadiah kenaikkan? Ada sesiapa ada info?

siti hajar berkata...

memanglah gaji kumpulan sokongan lagi tinggi dari kumpulan PNP TETAPI itu pun kumpulan sokongan tu dah kerja lama.dah 10 ,20 tahun,so jgn nak pertikaikan nampak kamu yg pertikaikan kurang bijak n x berfikir.jgn lupe selaraskan jugak gaji kumpulan sokongan.kumpulan sokongan berlambak2 ade ijazah sarjana muda.malah dah ramai yg ada sarjana n PHD..dah lah naik pangkat pun susah sebab tak banyak kekosongan.7,10 tahun berkhidmat x naik pangkat lagi.PNP terutama PTD M41 7 tahun berkhidmat dah naik sampai gred 48.nak belajar full time pun dapat separuh gaji.PNP belajar full time bergaji penuh.dah lah gaji sikit dapat pulak separuh.