SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

05 Disember 2013

1,402 INSPEKTOR DINAIKAN PANGKAT KE ASP JAN 2014

Bernama
4/12/2013



MELAKA, 4 Dis (Bernama) -- Kerajaan bersetuju menaikkan pangkat seramai 1,402 anggota polis berpangkat Inspektor kepada Asisten Superitenden Polis (ASP), mulai Januari depan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kesemua mereka merupakan anggota yang sebelum ini berpangkat Cif Inspektor sebelum ditukarkan kepada Inspektor setelah jawatan Cif Inspektor dimansuhkan.

"Ini merupakan satu perkara yang ditunggu-tunggu terutama oleh Persatuan Inspektor Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan pegawai awam PDRM bersama Ketua Polis Negara di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman.

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan sudut khas sejarah pegawai awam di Muzium PDRM bagi menghargai pegawai awam yang memulakan khidmat sejak penubuhan pasukan polis di bawah kerajaan British pada 25 Mac 1807.

Khalid berkata anggota polis berpangkat Inspektor yang lain akan menerima kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan iaitu selepas 8 tahun.

Dalam pada itu, beliau berkata seramai 7,402 anggota polis telah ditugaskan menjalankan tugasan luar pejabat seperti rondaan apabila penjawat awam dari pelbagai kementerian mengambil alih tugas pentadbiran selepas proses penstrukturan semula PDRM pada 2010.

Bagaimanapun katanya pada masa ini terdapat lebih 500 anggota polis berpangkat ASP ke bawah di seluruh negara masih menjalankan tugas pentadbiran.

-- BERNAMA

42 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah.....

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya inspektor yang naik ke ASP tu menti ada ijazah...baru adil pada semua penjawat awam....

Tanpa Nama berkata...

Orang yang tidak tahu tentang sesuatu perkara perlu mencari maklumat sebelum memberi sebarang ulasan supaya forum ini tidak dilihat terlalu bodoh pengkritiknya. Kenaikan pangkat sesuatu organisasi bukan diberi secara semborono. Tolong jangan meampakkkan diri anda sebagai orang yang terlalu bodoh

sekian terima kasih

Tanpa Nama berkata...

tahniah tuan2

from harry

Tanpa Nama berkata...

KALAU DAPAT JPA TIMBANGKAN GRED W32 DINAIK KE GED W36...SYUKUR JUGA...DAN GRED W32/W36 YG ADA IJAZAH BERKHIDMAT MELEBIHI 10 TAHUN NAIK KE GRED W41

Tanpa Nama berkata...

KALAU BOLEH KATEGORI "W" KEWANGAN JUGA DINAIK TARAF SEPERTI W22 KE W26, W26 KE W27, W27 KE W32 DAN W32 KE W36.TAPI TEMPOH PERKHIDMATAN MESTI MELEBIHI 8 TAHUN. DAN YG W32/W36 YG ADA IJAZAH NAIK KE GRED W41

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong anda. dah lama dpt ijazah tapi sebab bureucracy, kerugian melibatkan brain drain di kalangan pejawat awam yg berpengalaman & berijazah...harap kerajaan perihatin..terima kasih

Tanpa Nama berkata...

"Bakri yang berasal dari Penampang, Sabah, memiliki Diploma Sains Kepolisan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), memulakan perkhidmatan dalam polis pada 6 November 1975 sebagai inspektor percubaan."

...bukan soal bodoh...memang bodohpun sistem yang digunakan...ada diploma je...terus dilantik sebagai pemolong ketua polis negara...logik akal ke..

Tanpa Nama berkata...

sokong...sokong...yg berijazah patut diberi keutamaan

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kepada CUEPACS yang banyak berjuang untuk kakitangan awam. Misalnya sekarang CUEPACS benar-benar mendesak kerajaan utuk kenaikan COLA,ITP hingga RM450. Persoalannya bagaimana kami yang sudah menerima ITP sebanyak itu, tidak diperjuangkankah oleh CUEPACS.
walaupun sedikit kenaikan? Bukan cemburu dengan rakan-rakan lain tapi biarlah sama-sama merasa dengan perjuangan CUEPACS.

Tanpa Nama berkata...

Sahabatt PA, Kumpulan pelaksana berijazah dan berpengalaman lebih 10 tahun, 15 tahun dan 20 tahun , dipertimbangkan naik ke P&P 41...keludsan akedemik dan pengalaman ada, jawatan dlm kumpulan pelaksana yg dikosongkan boleh diisi oleh pegawai lain pulak, tidak rugi laksanakan sistem macam ni....CEUPacs mohon angkat permohonan ke JPA dan kerajaan...Insya-allah, Aameen..

Tanpa Nama berkata...

SAHABATT CEUPACS + JPA + KERAJAAN = KAJI DAN PERTIMBANGKAN SISTEM BARU KPD KUMPULAN PELAKSANA BERIJAZAH DAN BERPENGALAMAN LEBIH 10 TAHUN DINAIKKAN KE P&P 41 ....INSYA-ALLAH,AAMEEN.

Tanpa Nama berkata...

SEBAIKNYA PENAMBAHBAIKKAN UNTUK 186 SKIM DIPUTUSKAN PADA BULAN MAC 2014.

JPA DAN KERAJAAN JANGAN MENGAMBIL TERLALU LAMA UNTUK MELAKSANAKAN PENAMBAHBAIKKAN. INI KERANA PENJAWAT AWAM KATEGORI PELAKSANA MENGHADAPI BEBANAN KOS SARA HIDUP YG TINGGI SEPERTI HARGA MINYAK, SEWA RUMAH, BRG2, HARGA RUMAH DAN TARIF ELETRIK YG AKAN NAIK

Tanpa Nama berkata...

IKA J22 PEGI J29 DIBOLEHKAN... SAMA JUGA KALAU N/W32,36 YG ADA IJAZAH DAN LEBIH 10 TAHUN BERTUGAS DINAIK KPD N/W 41, SAMA JUGA TAPI INI ADA IJAZAH PULA...APA RUGI NYA?

Tanpa Nama berkata...

tak habis2 dgn polis,oi omar sial,berapa kali polis,cikgu nak naik gaji ni,kau ni bangang atau buta,tak hbs2 dgn polis,jenayah makin byk jgk,ape diaowg bt,owg keshtan yg tugas selamatkn nyawa owg ni ape citer,baik kau undur diri je la sial

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kpd yg terlantik ke jawatan ASP.

Naik gaji naik gred maknanya naiklah tanggungjawab anda.

Teruskan Op Op...... untuk terus membanteras jenayah yg bermaharajalela di negara kita. Negara kita dah jadi hutan rimba ....banyak sangat binatang buas.

wmwi

Tanpa Nama berkata...

Sahabatt PA, kalau dikatakan PA berijazah dapat ijazah secara beli..ok, pilihlah kumpulan pelaksana berijazah dan berpengalaman lebih 10 tahun, dapat ijazah dgn cuti belajar separuh gaji atau tanpa gaji, tinggal anak isteri 3 tahun, buat pinjaman pelajaran PTPTN/JPA, masa mohon sambung belajar penilaian prestasi 3 tahun, mohon kelulusan ketua jabatan dan JPA....Maka pilihlah dari kalangan PA kumpulan pelaksana berijazah macam nilah utk dinaikakn ke gred Jawatan P&P 41....ok, ...CEUPacs buatlah sesuatu...TRANSFORMASI KUMPULAN PELAKSANA MACAM KAMI PULAK....insya-allah...Aameen, geranti ijazah bukan beli atau klon..

Tanpa Nama berkata...

Polis Angkasa Gaban bagaimana plak... bila bleh naik gred... byk gorgom perlu ditewaskan...

Tanpa Nama berkata...

- Tahniah kepada semua ASP yang baru dinaikkan pangkat. Bersama menyumbang kepada pengurangan kadar jenayah di Malaysia.
-Tak perlu naikkan Penjawat Awam yang berijazah atau lama berkhidmat ke gred 41.
-Setiap pengambilan pegawai gred 41 akan mengurangkan atau mengorbankan sekurang-kurangnya 3 orang gred 17.
-Kalau semua naik gred 41 bermakna kekosongan untuk gred 17 akan semakin berkurangan. Siapa nak buat tugas Gred 17.
-Galakan kerajaan kepada penjawat awam yang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah adalah supaya meningkatkan lagi golongan ilmuan dalam kerajaan, tidak bermakna perlu disusuli dengan pemberian imbuhan kenaikan pangkat ke Gred 41.
-Kekosongan gred pegawai bergantung kepada ketua setiap organisasi. Bagaimana beliau sebagai ketua dalam sesuatu organisasi membuat permohonan untuk penambahan perjawatan baru dalam organisasinya.
-Pendapat saya tidak perlu menaikkan secara automatik kepada penjawat awam yang berijazah kerana masing-masing boleh memohon kepada kekosongan jawatan yang sedia ada sekarang dan bersaing dengan graduan yang baru bergraduasi yang lain.
-Lama berkhidmat adalah subjektif dan tidak boleh dijadikan penanda aras untuk menaikkan terus ke gred 41. Perlu juga melalui proses umum yang biasa dilakukan untuk perjawatan ke gred 41 seperti peperiksaan dan temuduga.

Tanpa Nama berkata...

Tidak semudah itu kah kawan. Lu ingat lu seorang saja yg ada ijazah kah? Mana jawatan untuk lu orang, cakap memang senang tapi kemampuan dan kekosongan harus diambilkira.Cakap dan fikir spt budak hingusan. Cerminkan diri dari segi prestasi kerja bukan ijazah menjadi ukuran. Berratus ribu yg ada ijazah kat luar sana belum ada kerja, kesianlah mereka.

Tanpa Nama berkata...

Ko ni ckp mcm budak tak sekolah....Dato Seri Bakri Zinin tu bukan nya penolong ketua polis negara tspi Timbalan Ketua Polis Negara....ada faham ker

Tanpa Nama berkata...

bagaimana pula dengan KPL yang dah 15 atau 20 tahun....bila nak bagi pangkat SJN.

pokku berkata...

"Bakri yang berasal dari Penampang, Sabah, memiliki Diploma Sains Kepolisan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), memulakan perkhidmatan dalam polis pada 6 November 1975 sebagai inspektor percubaan."

...bukan soal bodoh...memang bodohpun sistem yang digunakan...ada diploma je...terus dilantik sebagai pemolong ketua polis negara...logik akal ke..


p/s: jgn la menampakkan kebodohan komen ko ni..diploma sains kepolisan tu baru je diperkenalkan 6-7 tahun yg lps..ko ingat datuk seri bakri tu tiba2 terus dpt pngkat buta2 cmtu ke?nape ko x tnya berapa ijazah yg dia ada?aduiii..dia belajar dh byk tmpt pun xkan nk bgtau ko,apsal ko x tanya kt menteri2 brapa keping diploma yg diaorg ade..sedih tgk IQ penjawat awam cmni..

Tanpa Nama berkata...

bila org bawah nak naik kene ade sijil la dip la. awat kumpulan atasan just guna ijazah leh sapai KSN. padahal ade lagi 2 kategori kelayakan iaitu master n phd. xnak lak wak dasar nak naik 48 mesti ade master. nak naik jusa mesti ade phd. mane berani nak buat gitu sbb ade ijazah cabuk pon leh guna sapai KSN

Tanpa Nama berkata...

Semua kira bab duit n gaji lebih. Kerja lebih marah n merungut. Bg byk mn gajipn org mcmni ttp xcukup. Tlg fkr apa blh bg pd gov utk mjkn ngra. Asyik duit n gred je nak. Yg ada ijazahpn cbk dok tayang ckp ada itu ini. Kerja korg ada kualiti ke. Ingt xsemua org pandai akn jd pntdbir yg bgs n xsemua yg xpndai jd pntdbir x bgs.

penulis berkata...

best la polis ada time based lain-lain PnP tengok jer la.. sekarang ni PTD, Polis, Cikgu, Farmasi dan Doktor sudah ada time based..awat kerajaan tidak selaras ke semua sektor..

Tanpa Nama berkata...

nk bg pun pada2 la..polis n askar dlm diam2 naik gred elaun.pelarasan gaji dah dpt.PA yg lain dah lama berkokok xdpt2..ini kepala cuepac kena kasi tukar la.

Tanpa Nama berkata...

TIDAK ADA KEADILAN DALAM SISTEM KENAIKAN GRED!!! BEBERAPA SKIM DINAIKKAN...BAGAIMANA DENGAN SKIM LAIN?? DUDUK DITEMPAT YANG SAMA SAMPAI PENCEN??

Tanpa Nama berkata...

CEUPACS,JPA dan KErajaan, tenggoklah PA kumpulan pelaksana berjihad ijazah dan pengalaman dah nak pencenpun,...buka minta minta tapi penambahbaiakan utk ke gred P&P 41, sah ada kelulusan akedemik/pengalaman....paling tidak 25 tahun dah servis....Insya-allah, Aameen...

pokku berkata...

klu xde ilmu jgn la nk komen benda yg ko sendiri xtau..bila masa plk polis dan askar naik gred?klu ko nk tau yg dpt tu bkn naik gred,tp tukar gred..dlu polis guna gred YA skrg N,xde yg naik gred pun..dh kurg pndai jgn la buat2 pndai

iliyas Razali berkata...

Asyik2 polis yang diutamakan....cif. insp. Yang nak dinaik pangkat ke asp tu sebenarnya baru naik pgkt melalui upgrade llasifikasi perkhidmatan dn kod gaji...dulu cif inspektor dlm gred 32 kemudian diselaras menjadi inspektor tetapi dinaik taraf gred 41...dgn gaji baru siap back dated lagi..baru tak smpai dua tahun pun..sdgkan skim lain jgn harapla nak merasa mcm tu sekiranya tiada ijazah. Tp polis terima bermcm2 keistimewaan ini sehinggakan sub inspektor yang dulu gred 26 kini dah gred 38 tanpa melalui proses kenaikan berperingkat..semua diupgrade sekaligus sdgkan mereka kebanyakkan hanya ada mce atau pmr sahaja.adakah ini adil kepada skim perkhidmatan yang lain?ini yang kita pertikaikan, ketelusan dan keadilan menggunakan harta negara untuk sesetengah kelompok sahaja.jpa perlu teliti impak kepada such excersice kepada peg. Awam pdrm.dah banyak kali mereka makan hati dengan keistimewaan demi keistimewaan yang diberi pada polis sehingga awam di anggap kelas kedua dan tiada pengiktirafan sewajarnya.

iliyas Razali berkata...

Tak naik gred apa nya? Mgkn ko yan tak tahu ape2 jgn mengata org pulak.kalau dulu insp. Setara dengan gred 27/32 dan dln jategori kump. Sok9ngan sekarang dan sama dengan gred 41 dn dinaik kumpulan pnp. Dengan gaji2 sekali di upgrade.tu bukan naik gred kah? Sdgkan mereka hanya ada diploma setahun dan ada tu spm/stpm...tambahan pula kenaikan itu adalah secara automatik pula melibatkan semua dlm pangkat tersebut. Dulu sarjan hanya gred 17 sekarang dinaik kepada gred 29..bukan naik gred kah itu?hanya lulusan upsr sahaja.skimnlain ada n8kmati seperti tu tak?

Tanpa Nama berkata...

Soal kenaikan pangkat adalah bidang tugas di JPA...mereka lebih arif.....kita sebagai penjawat awam mematuhi kenaikan saja tanpa komen sebab kita perlu patuhi SAYA YANG MENURUT PERINTAH...

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya inspektor yang naik ke ASP tu menti ada ijazah...baru adil pada semua penjawat awam....

??????????????????????????????????
BODOHNYER.... INSPEKTOR SKRG NI SMUE ADA DGREE LAH NGOKK

Tanpa Nama berkata...

KALAU BOLEH KATEGORI "W" KEWANGAN JUGA DINAIK TARAF SEPERTI W22 KE W26, W26 KE W27, W27 KE W32 DAN W32 KE W36.TAPI TEMPOH PERKHIDMATAN MESTI MELEBIHI 8 TAHUN. DAN YG W32/W36 YG ADA IJAZAH NAIK KE GRED W41

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

MASIH ADA PA YANG BANGANG TAK BLEY DIAJAR..SEBAB ITU ORANG SUH BELAJAR PANDAI2..BUKAN PANDAI MENGUMPAT..

SKIM UNTUK KENAIKAN DARI SPM, DIPLOMA DAN IJAZAH ADALAH BERBEZA...CUBA FAHAMI BEB..

SEMASA ANDA MEMOHON KERJA TERSEBUT HANYA SPM MAKA SAMPAI AKHIRNYA PUN SPM LA GAK..SEBAB TU TANGGA GAJI MATI SPM ADA...TAKAN ANDA AKAN DUDUK DIKERUSI KERANI DENGAN KELULUSAN DGREE,...

RAMAI PA MENRUNGUT MEREKA ADA DGREE SKRG NI NAMUN X NAIK GAJI ATAU GRED...KALAU ANDA ADA DGREE MAKA POHONLAH JAWATAN YANG SETARAF DENGAN DGREE ANDA...

DIDALAM PERKHIDMATAN AWAM....SISTEM NAIK PANGKAT ADALAH MENURUT JAWATAN YANG ANDA POHON DULU..BUKAN SEKARANG NI ANDA ADALAH DIDALAM GRED 17 KEMUDIAN ANDA MIK DGREE ..SLPEAS TU BALIK MNTAK NAIK GRED 41...

KENAPA BODOH SANGAT PA NI...

iliyas Razali berkata...

Yang baru masuk insp. je ada degree...yang dari cif insp. Dan insp. Dulu2 Mana ada degree..tak tahu buat cra tak tahu..mengata org bodoh ko lagi bodo

Tanpa Nama berkata...

Aku sokong JPA jika naikkan inspektor yg sediada ada IJAJAH SAHAJA DGN LULUS SEKURANG KURANGNYA 2.5 ke atas baru adil bagi semua penjawat awam...sbb belajar dgn pengalaman tidak sama..mereka yg belajar di universiti telah mempelajari pelbagai subjek walaupun bukan belajar bidang kepolisian..asasnya mesti ada IJAJAH PELBAGAI BIDANG YANG SESUAI...mereka yg berijajah kelak dibagi kursus dlm bidang kepolisian so mereka ini nanti boleh mendapat pengalaman berdasarkan lama perkhidmatan...mcm juga kita didik anak kita belajar sembahyang darioada tidak tahu sehingga dia tahu sendiri cara sembahyang utk meneruskan hidup di dunia yg hanya bersifat pinjaman sahaja...

Tanpa Nama berkata...

Izajah ko hebat ke? Brapa pointer? Klu ijazah main muat ada je buat frame lg baik.

Tanpa Nama berkata...

Ramai orang yang ada ijazah bekerja dengan Tan Sri Syed Mukhtar Bukari. he he he. lu pikirlah sendiri !

Tanpa Nama berkata...

Ko kerja brp hari setahun...askar ngan polis tu kerja 365 hari setahun.tak naik pangkat pon nail gaji ok la

shamal66 berkata...

Cif insp ke asp tu omong kosong nak menyedapkan..hati..sebab nak pilihanraya..lepas pru13 lupa da,,,,,macam syarat di kenakan..

Zahid bin muhammad nor berkata...

Yg kondem polis tu kena pikir,diorang keja macam2 risiko.takyah nak dengki la ngan diorang..