SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

19 Disember 2013

RUMAH PENJAWAT AWAM RM90,000

Utusan Malaysia
19/12/2013


ALI Hamsa (tengah) diiringi Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Sharif Haron (dua, kiri) melihat orkid spesies baharu yang diberi nama 'Renanthtra Tan Sri Ali Hamsa' hasil penyelidikan MARDI ketika mengadakan lawatan ke ibu pejabat MARDI, Serdang, semalam. Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Hashim Abdullah (kiri).
KUALA LUMPUR 19 Dis. - Kerajaan bersedia membina projek perumahan untuk penjawat awam dalam lingkungan harga sekitar RM90,000 bagi membolehkan semua peringkat golongan itu dapat memiliki rumah sendiri.Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, perkara itu akan dipertimbangkan dengan kajian menyeluruh untuk menambah satu lagi projek perumahan rakyat selain Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), projek perumahan rakyat (PPR) dan program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) yang sedang dibangunkan ketika ini.

Kata beliau, kerajaan sedar bahawa penjawat awam peringkat kumpulan pelaksana sebahagian besarnya tidak mampu memiliki rumah PPA1M yang ditawarkan pada harga RM150,000 hingga RM300,000."Saya telah bercakap dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencari jalan membina rumah kepada penjawat awam dalam lingkungan harga tersebut kerana itu yang terbaik tetapi kita perlu rancang dahulu."Kita akan cari satu model rumah lagi dengan harga RM90,000, kita akan kaji untuk dilaksanakan di Putrajaya dan bandar-bandar utama, apa yang penting kita mahu merealisasikan pemilikan rumah oleh penjawat awam," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab bersama warga kakitangan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) ketika sesi lawatan beliau di institut tersebut di Taman Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.Pada April lalu, Perdana Menteri melancarkan PPA1M sebagai satu usaha terbaharu kerajaan membantu penjawat awam membeli kediaman mampu milik yang bermutu.Pada peringkat permulaan, sebanyak 10,336 unit rumah mampu milik akan dibina menerusi projek tersebut di Putrajaya pada harga RM150,000 hingga RM300,000 mengikut keluasan lantai dari 1,000 kaki persegi hingga 1,500 kaki persegi berkonsepkan kondominium yang dilengkapi pelbagai kemudahan.
Dalam pada itu, beliau turut memberi jaminan untuk mempertimbangkan cadangan daripada Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya pinjaman perumahan dapat disamakan dengan harga rumah.

"Ada juga syor CUEPACS supaya potongan rumah itu sehingga sampai masa pencen tetapi kita tidak mahu pula penjawat awam berada di bawah garis kemiskinan, apa pun kita akan cari jalan untuk menyelesaikan masalah," katanya.

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hentam sajalah labu. Kenapa hanya nak bina di kawasan tertentu saja sdgkn masalah perumahan berlaku di seluruh negara. Mcm ni masalah xkan dpt selesailah labi.

Tanpa Nama berkata...

Salam.
Kalau di kampung ,90k dapat bunglo. Tanah murah.
Tapi, dibandar pun boleh buat, Banyak lagi tanah kerajaan yang belum dibangunkan, Haa... bina sajalah untuk penjawat awam. Baru dapat harga murah.
Jom, kita cari tanah-tanah kerajaan yang tak diusahakan, atau dikurniakan tetapi tak dibangunkan, kita beri maklumat kpd KSN, dan dia boleh beri idea macamana nak bina rumah harga 90,000.
Sekian, Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Apa nak disibukan pasal rumah ni..biarkanlah mereka uruskan sendiri..kami dulu beli rumah tiada siapa yg tolong malah ikat perut utk keluarga...org2 baru ini beli kereta mahal2 handphone 2..3.. takkan rumahpun nak bantu..harap kerajaan uruskan dulu pasal gaji kami pa sampai selesai....belum nampak hasilnya lagi...

Tanpa Nama berkata...

Betul tu...baru keja dah beli kreta mahal2....rumah pun nak bantu....naik gaji semua 1.4juta pa merasa nikmatnya....baru adil

Tanpa Nama berkata...

Betul tu, ramai kump pelaksana baru bekerja dah beli kereta baru, pakai smartphone ribuan ringgit sdgkn gaji N17 tapi mcm pegawai atasan. Malu nak pakai motosikal dan hp biasa; biar mati action jgn mati accident. Inilah generasi skrg ni yg xtau ukur baju di badan sendiri. Apabila gaji xcukup salahkan org lain.

Tanpa Nama berkata...

Betul tu.....cuepacs sila uruskan gaji pa dahulu...rumah tu biar mereka uruskan sendiri...kami dulu tak da komplen apa2 pasal rumah ni....gaji pokok dulu hanya rm270 saja

Tanpa Nama berkata...

ETOOOOOO DOLOOOOOOOOOOOOOOOOO....DOLOOOOOO, DOLOOOOO PUNYA CERITA......ETOOOO DOLOOOOOOOOOOOOOO.....
ITU DULU, DULU, DULU PUNYA CERITALAH........

Tanpa Nama berkata...

MALAYSIA TARAF DH NK MUFLIS DH BAWAH NAJIB HABIS HARTA NEGARA NK DILELONGNY UTK NAK MENAMPUNG BLNJAWAN DEFISIT INI BUKAN CUBAAN INI SUNNGUH2 STATMENT DARI WORLD ECONOMIC, KALAU SEMUA NK GAJI BAGUS N ELAUN OK KITA SEMUA WAJIB JATUHKAN NAJIB SELAGI ADA PM BERNAMA NAJIB SELAGI ITULAH KITA AKAN DIPAKSA JADI BODOH, AKUJANJI NAJIB PRU13 UTK TIDAK MENAIKAN TOL SELAMA 5 TAHUN MANA JANJINYA, DH MENANG YG AKAN JADI MANGSA ADALAH RAKYAT DIDAHULUKAN,ADAKAH KITA MAHU DIPAKSA JADI BODOH OLEH PEMIMPIN YG KURANG CERDIK DLM MENILAI KESUSAHAN RAKYAT, FIKIR2KANLAH

Tanpa Nama berkata...

NAJIB MAHU DUNIA MELIHAT MALAYSIA BIAR PAPA ASAL HIDUP KU N ANAK BINIKU BERGAYA

Tanpa Nama berkata...

LEPAS 10 TAHUN KO MASUK BLOG INI BALIK...MESTI DEPA CAKAP BENDA YANG SAMA....RUMAH TAKDE DAN TAKDE PUN RM90000.....

Tanpa Nama berkata...

kerajaan perlu mengatur strategik dr skrg.kerajaan perlu menempatkan ramai kakitangan awam duduk di bandar2 besar dan menjaga kebajikan penjawat awam kerana sokongan dr kakitangan awam pd pru14 nti akan menyelamatkan dan mempertahankan pentadbiran kerajaan sehingga 2020.hrp dpt sediakan kemudahan yg selesa dan menyenangkan.kami golongan gred 27 kebawah mmg susah nak memiliki rumah dgn komitmen terhadap isteri dan anak2.apatah lg pd mereka yg berkerja di tmpt yg berjauhan dgn isteri n anak2 seperti jpj,imegresin,kastam dan sebagainya.sudah tentu kos sara hidup lg tinggi kerana terpaksa menyewa 2 penempatan berasingan dgn anak isteri.hrp dpt menyediakan kemudahan rumah yg selesa,gaji n pinjaman perumahan yg tidak membebankan.pd sy,sy bekerja hanya utk kesenangan anak isteri sahaja.sy xkisah kalo serba kekurangan pd diri sendiri,tp terasa emosi jika anak dan isteri juga turut terasa tempiasnya.harap ada pihak atasan yg dpt menyelami hati kami golongan bawahan ni.wlupon kami golongan bawahan,tp kami juga pekerja yg bekerja utk anda yg berada di atas.

PAP Tunggak Pentadbiran Negara berkata...

Berita terbaik dan berita tambahan!
Peluang miliki telefon pintar

PETALING JAYA - Penjawat awam kini berpeluang memiliki telefon pintar terkini melalui skim potongan gaji yang diperkenalkan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa).

Presiden Angkasa Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, skim itu diperkenal melalui kerjasama dengan Clixster Mobile Bhd.

"Program ini dibuat bertujuan memenuhi aspirasi era digital dan komunikasi tanpa sempadan dalam kalangan masyarakat," katanya ketika melancarkan inisiatif di bawah program Bijak MyCoop Clixster di sini hari ini.

Buat permulaan, 12 koperasi yang bernaung di bawah Angkasa menyertai program itu, antaranya Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Malaysia Berhad, Koperasi Kebajikan Bekas Tentera, Koperasi Warga Kastam Kelantan Berhad, Koperasi Pemandu JB, Koperasi Belia Islam dan Koperasi Guru-guru Kelantan.

Pada sidang media kemudian, Penolong Ketua Pegawai Eksekutif Clixster Mobile Bhd Mahadzer Arshad berkata program itu memudahkan pembelian telefon pintar dengan penjawat awam tidak perlu membuat bayaran pendahuluan yang tinggi.

"Kita mudahkan pengguna dengan potongan gaji yang dibuat mengikut tempoh pembayaran yang ditetapkan," katanya.

Beliau berkata, program itu dilihat dapat membuka peluang keuntungan tambahan kepada koperasi yang bernaung di bawah Angkasa. - Bernama

bolehlah penjawat awam bermain2 dengan HP canggih sambil makan2, minum, dan isap2 rokok di tpt makan setiap masa dan hari seperti di cookies wagon dengan memakai uniform pap berjata negara untuk paparan kepada orang awam betapa hebatnya berkerja kerajaan! Hebat!

biar PAP asal bergaya berkata...

rumah rm90k? kompommm rumah kotak jauh dari tanah a.k.a. rumah flat re-branded jd apartment.

makin hari makin jd hamba di negara sendiri ler wehhh..

Tanpa Nama berkata...

Naikkan gaji dulu...baru cerita pasal rumah

Tanpa Nama berkata...

berikan tanah kurnia kepada penjawat awam. bukan susah mana pun. tanah pertanian yang tak guna tu tukar status jadi kediaman. harga pun murah. lepastu terpulang kepada penjawat awam nak bina rumah camana kat atas tanah yang diberi. mana yang berduit boleh buat banglo. mana yang boros tak reti menyimpan sampai setiap bulan asyik tak cukup je, boleh buat rumah guna daun nipah.

Tanpa Nama berkata...

hapuskan jer jawatan kasta paria cam r1/r3/n1/n3/ tuh semua. keje derang tu gred 17 pun leh buat. mmg kebanyakan jabatan pun keje derang 17 yg buat pasal gred sampah ni byk yg hilang, mia, awol. wujudkan semula exit policy supaya sampah2 nih leh diterminate secara terhormat.

Tanpa Nama berkata...

Uuihhh... sama aje . Klu harga rumah turun p RM90,000 tpi harga barang melambung naik takde ke mananya rumah tu . Silap2 hari bulan dah kena lelong sbb duit belanja dapur dah increase .