SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

10 Disember 2013

PENJAWAT AWAM PERLU ADA DAYA KETAHANAN MINDA DALAM MELAKSANAKAN GTP

Bernama
10/12/2013



KOTA KINABALU, 10 Dis (Bernama) -- Penjawat awam perlu mempunyai daya ketahanan minda bagi membolehkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dapat dilaksanakan dengan berkesan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.
Beliau berkata dengan adanya ketahanan daya minda yang tinggi, penjawat awam akan dapat menangani pelbagai masalah dan isu dari semasa ke semasa, sekali gus berupaya memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

"Minda yang tidak bersedia untuk menghadapi tekanan akan menjadi bebanan seseorang penjawat awam, malah ia akan menimbulkan tindakan yang tidak rasional di kalangan penjawat awam terbabit, katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Psikologi Perkhidmatan Awam dan Majlis Pentauliahan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) peringkat Sabah di sini Selasa.

Katanya aspek kesejahteraan mental, kestabilan emosi, kemantapan sahsiah dan personaliti, kecergasan fizikal serta perhubungan sosial yang positif amat penting untuk melahirkan generasi minda kelas pertama.

Mohamad Zabidi berkata program AKRAB yang berperanan membantu membangunkan potensi manusia secara profesional dan berterusan, bersifat responsif kepada pembelajaran, tingkah laku dan sentiasa bersedia untuk membimbing, mampu melahirkan penjawat awam yang mempunyai ketahanan minda yang jitu.

Pada majlis itu, seramai 53 penjawat awam dari pelbagai agensi ditauliahkan sebagai Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam.



-- BERNAMA

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya first

Tanpa Nama berkata...

GTP Tak menyeluruh, minda dan fizikal penat dah kerja...

Tanpa Nama berkata...

MINDA YG KUAT JIKA TIDAK ADA TONIK PENAMBAHBAIKKAN UTK GRED N/W 22, 32, 36.

TAMBAHAN PA SOKONGAN YG ADA IJAZAH PATUT JUGA DIBERI INSENTIF SUPAYA MEREKA ADA SUMBER & MODAL UTK MELANJUT PELAJARAN KE PERINGKAT SARJANA

Tanpa Nama berkata...

Untuk ketahanan minda gunakan Tongkat Ali, minda atas-bawah keras, jitu tiada diragu lagi, yg penting ada beras dan keras, tak gitu..

Tanpa Nama berkata...

GTP apa bendanya kalau SPA pun menganaktirikan pegawai pelaksana sedang berkhidmat untuk menempuh temuduga jawatan peringkat P&P.

Tanpa Nama berkata...

Kumpulan pelaksana berijazah/pengalaman dah memang kental,...tambah ilmu dgn sambung pengajian ijazah, cuti belajar,buat pinjaman pelajaran, tinggalkan anak & isteri, habis belajar bayar balik pinjaman, mcm mcm lagi,..Berilah ruang dan peluang kerjaya yg munasabah kpd kumpulan ini utk ke P&P....YBhg Tan Sri..

Tanpa Nama berkata...

Kumpulan pelaksana berijazah dah ada daya ketahanan minda, kalau tidak masakan nak sambung pengajian peringkat ijazah...bukan senang nak dpt ijazah...emosi, mental, rohani dan jasmani mesti kuat utk dptkan ilmu dan segulung ijazah, tapi ijazah berkarat dan tak laku...pasal tu kumpulan ini banyak sekatan ke P&P 41.....

Tanpa Nama berkata...

MOHON AGAR CEUPACS BERI PENJELASAN MENGENAI KAJIAN (ROMBAKAN SEMULA) ELAUN-ELAUN KAKITANGAN AWAM YANG DIJANJIKAN SEBELUM PILIHAN RAYA UMUM DAHULU. DIKATAKAN KEPUTUSANNYA AKAN DIUMUM PADA PENGHUJUNG TAHUN 2013