SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

22 Disember 2013

CUEPACS SOKONG RUMAH RM90,000

Utusan Malaysia
21/12/2013




KUALA LUMPUR 20 Dis. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyambut baik kesediaan kerajaan membina projek perumahan untuk penjawat awam dalam lingkungan harga sekitar RM90,000.
Presiden CEUPACS, Azih Mudagambar) berkata, projek perumahan rakyat itu sudah tentu menjadi khabar gembira kepada para penjawat awam terutama di peringkat kumpulan pelaksana untuk memiliki rumah sendiri.
(
"CUEPACS yang mewakili kira-kira 1.4 juta kakitangan awam di seluruh negara amat menyokong cadangan kerajaan untuk membina rumah dalam julat harga berkenaan."Penjawat awam dalam kumpulan pelaksana pastinya paling mendapat manfaat menerusi projek ini kerana sememangnya sebahagian besar daripada mereka tidak mampu untuk memiliki rumah melalui program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) yang sedang dibangunkan ketika ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.Beliau mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr. Ali Hamsa semalam tentang kesediaan kerajaan membina projek perumahan untuk penjawat awam dalam lingkungan harga sekitar RM90,000 bagi membolehkan semua peringkat golongan itu memiliki rumah sendiri.
Sementara itu, Azih berharap projek perumahan tersebut bukan sahaja dibina di Putrajaya tetapi di bandar-bandar utama yang lain.

42 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku pun sokong, bleh beli 2,3 bijik

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH!!!!!!

SELAMAT MENJALANKAN TUGAS EN AZIZ.

Dari gred N kannnnn....

Diharapkan nanti gred N akan bertambah mutu kerja secara menyeluruh dan disiplinnya yang tinggi. Jadilah Pelaksana yang baik dan bukan hanya pandai mengomen saja. Pastikan segala arahan kerja diikuti berasaskan piawaian yang ditetapkan, bukan hanya slogan yang tercatat kat depan pejabat sahaja.

TQQQQ

Selamat menjalankan tugas gred NNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN

Tanpa Nama berkata...

rumah IBS boleh dapat dalam RM90K. apapun jangan jadi mcm pr1ma... bukan semua boleh dapat... hazab betul

nurul izzah berkata...

Bagus idea ni TAPI halangan sebenarnya ialah KORUPSI.

"Cik mau ka sewa rumah pakcik ku, dia kerja kesihatan sudah ada rumah dapat lagi rumah PR1MA, murah sewanya RM200"

"Kami tengah tunggu rumah prima, kalau mahu cepat kena bayar orang tu, tapi kami tiada duit"

Objektif tak sampai sebab ada orang korup tak ingat nak mati, macam cikgu dan ustaz yang ditugaskan berkhidmat dengan kanak-kanak sabah sarawak yang setahun 2x minta tukar.

Sila pantau sebelum dipantau di padang mahsyar.

Tanpa Nama berkata...

Minyak Petrol !

Gula !

Karan Elektrik !

Tolak ! ooppppp Tol !

Rumah mampu milik !

tetap naik !

Ujan aja turun !

Tanpa Nama berkata...

Webmaster Cuepacs !
kamu tukar lerr foto Omar bekas presden cuepacs tuhh !
masuk foto Azih Muda sbg Presden.
Jkuasa baru pun kamu masuk lerr !
aku nak tngk muka handsome dia org !

Tanpa Nama berkata...

Setiap kali pihak berwajib hendak menaikkan sesuatu harga mereka selalu beri a lasan pembandingan harga Negara tertentu lebih tinggi daripada Negara kita. Anehnya pihak berwajib tidak pula membandingkan pendapatan bulanan atau gaji pekerjanya dengan ngara berkenaan.

Begitu juga kita lihat Saham Amanah kini kian menujaum dan pemberian dividen yang tidak ketelusan daripada pengurusan terdahulu. Setiap kali pengumuman dividen boleh dijangka samada naik 0.1% atau akan kurang 0.1% daripada tahun selepasnya. Anehnya apabila ekinomi negera melonjak dan harga pasaran naik keuntungan adakalanya kurang. Setiap tahun keuntungan dividen dipotong tak kurang daripada 3% untuk diniagakan semula. Kemana hilangnya pelaburan pokok pelabur?. Sudah menjangkau belasan tahun keuntungan tersebut diambil tiap-tiap tahun dan apa salahnya dikembali 1% daripada diambil 3% dikembalikan kepada pelabur sebagai divider istimewa kepada pelabur tegar. Hakikatnya pelabur akan menerima keuntungan tersebut tak kurang 10% bonus istimewa tersebut.

Kita lihat bahawa pihak pengurusan Saham Amanah dahulunya bergelar Encik dan kini sudah bergelar Tan Sri dan sudah berjutawan hartanya hasil menjadi kuli daripada majikan rakyat yang menyumbang modalnya. Majikan terus merintih sedangkan kuli terus bermaharaja lela dan berkuasa veto.

Dimana hilangnya konsep menang-menang dan amalan konsep wasatiyyah yang pihak berwajib laung-laungkan. Berbalik pada pelaburan amanah saham kini siapa kuli dan siapa tuannya. Hakikat pelabur yang memberi modal (TUAN EMPUNYA HAK) menjadi kaldai dan KULI sebagai tuan.

Tanpa Nama berkata...

boring..PA xyah komen n minta apa apa..semua sama jer..

Tanpa Nama berkata...

CADANGAN BIAR REALISTIK??..

baru ura-ura saje..belum pun sampai ke peringkat cadangan/kajian/semakan dan seterusnye..

baru peringkat lower ground..
lobby pun x sampai lagi..
dah keluar kata-kata momokkan, bencana/hura-hara/haru-biru berbagai-bagai lg lah..

kata tuan presiden:-
"Untuk dua jawatan ini (pembantu am rendah dan pemandu), gaji asas mereka ialah RM820 dan selepas dicampurkan dengan elaun jumlahnya hanya sekadar RM1,100. Jumlah ini tidak mencukupi."Oleh itu kita perlu memperjuangkan pendapatan yang lebih baik untuk penjawat awam kita ini dan saya lihat jumlah paling sesuai adalah RM4,000 sebulan,"..

gaji minimum RM4,000.00??..

ada sebut ker, gaji minimum nie??..
yg disebut pendapatan, bukan gaji minimum..

pendapatan = gaji termasuklah pelbagai elaun dan sbgnye..{ GAJI + ELAUN + OT }..

-gaji = gaji pokok seseorang pegawai..
-emolumen = segala saraan dalam bentuk wang yang kena dibayar kepada seseorang pegawai dan termasuklah gaji pokok, imbuhan tetap, bayaran insentif dan elaun bulanan yang lain..
-elaun lebih masa (OT) = kerja lebih masa bermaksud kerja-kerja yang dijalankan di luar waktu bekerja pejabat biasa yang ditetapkan kepada seseorang pegawai untuk menjalankan tugas-tugas rasmi jawatan hakikinya atau PTj atau yang diarahkan oleh jabatan..

bukannye ape, org kite nie belum ape-ape lagi dah kondem..
ape macam lu punye bangsa mau maju??..

**********************************************************************



gaji minimum RM4k??..

ntah laaa..sy dah cari setiap entry yg di post kat dlm blog nie..
x jumpe pun, qpacs nak minta gaji minimum RM4k..

lain yg ditulis, lain pulak yg diterjemahkan oleh pihak-pihak cendekiawan kat dlm nie..

nie la sikap mereka yg suka memutarbelitkan (putau alam) fakta, untuk memperbodohkan org lain dan supaya idea pihak yg mencadang dilihat bodoh..

inilah modal insan yg dihasilkan tanpa berkonsepkan dakwah dan tarbiah..

**********************************************************************

SOKONG.

Tanpa Nama berkata...

WAYANG JER SEMUA NIH...

Tanpa Nama berkata...

Berita Gembira Elaun Ahli Parlimen akan dinaikkan dan dipersetujui Anwar Ibrahim Sebagai Pembangkang.

Berita Paling Sedih apabila sebahagian besar kakitangan awam tidak dinaikkan Gred. Ini kerana kalangan PA semua kaya raya jika dibandingkan dengan YB. Malahan gaji kakitangan awam di Malaysia paling tinggi didunia.

Tanpa Nama berkata...

lantak p la gaji ahli parlimen brp pun... ada aku kisah...

Tanpa Nama berkata...

lantak p la gaji ahli parlimen brp pun... ada aku kisah...

Ahad, Disember 22, 2013 5:40:00 PTG
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Jangan marah...... apa nak buat jika presiden cuepacs sendiri menikam ahlinya dan ada hati nak jadi senator pula.....

Tanpa Nama berkata...

wayang atau x, itu bukan persoalan nyer..

soal nyer skang, ulas ikut fakta la..
jangan putau alamkan fakta!!..


peace!!..not war!!..

Tanpa Nama berkata...

borang opsyen naik gred sampai sekarang ni pun belum tengok lagi...entah bila boleh tandatangan

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
wayang atau x, itu bukan persoalan nyer..

soal nyer skang, ulas ikut fakta la..
jangan putau alamkan fakta!!..


peace!!..not war!!..


Ahad, Disember 22, 2013 6:53:00 PTG

ppppppppppppppppppppppppppppppppp

fakta ker auta ker... lantak p la... lu panas lu kipas... gua panas gua kipas...

Tanpa Nama berkata...

portal link setempat perkhidmatan berkaitan penjawat awam. hanya satu url utk semua perkhidmatan kerajaan.

layari http://www.perkhidmatanawam.com

laman web masih dalam percubaan dan akan terus dibangunkan dari masa ke semasa. tolong sebarkan

Tanpa Nama berkata...

pelik lak guna domain .com, slalu portal gomen guna domain .gov.my

Tanpa Nama berkata...

Guru English tak malu.. ajar BI dlm BM.. tapi makan elaun BISP.. setiap daging yang tumbuh dari rezeki yang haram api neraka lah yang utama baginya.. sekadar peringatan.

Tanpa Nama berkata...

Kita org melayu juga yg ajar spt kan? Kondem jgn tak kondem.

Tanpa Nama berkata...

eh!!..erk!!..yer saye..
oh..yer x yer gak laaa..
sa..saaa..sayeee sokong gak lah, yg..yg..ulasan kat atas nie..

Tanpa Nama berkata...

wa paneh, wa kipas..lu paneh, lu kipas..
ooo!!..lau cam tue kipas lipas (DOREMI) la broo..

Tanpa Nama berkata...

Eh sejak bila melayu buat dosa takapa ni, org umno ek..

Tanpa Nama berkata...

apa pulangan Kem. Belia dan Sukan (KBS)setelah tamatnya temasya sukan sea...

adakah berbaloi dengan bajet 2013 yang diperuntukkan utk KBS.

hasil drpd sukan bola sepak negara, setelah eksperimen demi eksperimen dilakukan...

Tanpa Nama berkata...

Kuala Lumpur: Hanya disebabkan mencintai kekasih berlainan agama, seorang wanita berusia 24 tahun tergamak membiarkan ayah kandung dicekik abang teman lelakinya ketika si bapa cuba membawanya pulang dari rumah kekasih, di sini.

Lebih menyedihkan, si anak tidak menghiraukan rayuan ayah dan ibu kandungnya yang datang menjemputnya pulang, sebaliknya menyuruh kedua-dua orang tuanya itu membiarkannya tinggal di kawasan rumah panjang itu bersama teman lelakinya.

Menceritakan kisah itu, ayah malang yang hanya mahu dikenali Omar, 53, berkata, dugaan diterimanya amat berat apabila anak perempuan disayanginya terjebak dengan cinta menjurus ke arah murtad.

“Walaupun saya kurang berpelajaran, namun didikan agama terhadap anak tak pernah saya abaikan. Malah, kami sekeluarga selalu berkumpul dan bertazkirah selepas Maghrib.

“Tiba-tiba seorang daripada anak yang selama ini mendengar cakap, rajin mengaji al-Quran dan menutup aurat berubah sikap sebaliknya.

sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Cintamurtad//Article?BeritaUtama

Tanpa Nama berkata...

Guru English tak malu.. ajar BI dlm BM.. tapi makan elaun BISP.. setiap daging yang tumbuh dari rezeki yang haram api neraka lah yang utama baginya.. sekadar peringatan.

Ahad, Disember 22, 2013 9:15:00 PTG
____________________________________
YANG POLIS/KASTAM/IMIGRESEN RASUAH BERJUTA-JUTA ITU TAK HARAM KER?...TU KO TAK NAK SEBUT?...PEHAL? SEBAB KO SATU DARIPADANYA KAN?

Tanpa Nama berkata...

Habis yang pemimpin umno rasuah pkfz, kapal selam, condo lembu berbillion-billion ko tak nak sebut? Pehal? Sebab ko untung drpd dasar tak adil mereka kan?

Tanpa Nama berkata...

TUDUHAN MELULU/SERKAP JARANG/TOHMAHAN X TENTU PASAL....
SIAPA LG KLU BUKAN KITA....
BUDAYA NEGETIF SEBEGINI, SEOLAH-OLAH SUDAH SEBATI DLM MASYARAKAT KITA....

Tanpa Nama berkata...

boleh buat rumah dengan kos tersebut dengan syarat kos infra seperti jalan, longkang, taman permainan semua tu ditanggung oleh pemaju dan bukannya diserap ke dalam harga rumah.


ataupun serah saja kos tu kepada kerajaan, pemaju hanya buat rumah sahaja.

Tanpa Nama berkata...

jgn bagi kroni jd kontraktor/pemaju, tuh jer solution dia.

Tanpa Nama berkata...

Komen menuduh guru BI terima duit BISP di atas mesti dibuat oleh puak2 kat sekolah yg iri hati kerana mereka tak terima elaun BISP. Andainya mereka pun dpt BISP sudah tentu mereka akan berwatak lain pula. Inilah cara kehidupan manusia yg penuh dgn sifat2 dengki/cemburu dan mereka spt inilah yg sebenarnya menjadi duri dlm.daging di dlm.sesebuah organisasi. Mereka juga merupakan pekerja yg berprestasi rendah/pemalas dan suka mencari kelemahan org lain daripada berusaha membetulkan kekurangan mereka sendiri. PT sekolah adalah di antara dalang buat komen di atas.

agro bank berkata...

tolongla citer sket sal penjawat awam yg kerja kononnye kat luar bandar..kat mna2 pon harga serupa je wehh..spe lg nk bantu kami law bukan cueacs..bukak mata dan minda tlg kitorg2 ni ye Presiden baru azih muda =p

Tanpa Nama berkata...

Kalau PT, penguatkuasa dan lain-lain dinaikkan ke gred lebih tinggi, maka eloklah kerajaan menaikan gred 11 ke gred 17 pula, tapi sekarang nampak semua perjawatan perkhidmatan awam kita dah cantik 11-PMR, 17 - SPM, 27 - Diploma dan 41 - Ijazah, cuma sekarang kerajaan perlu buat semakan gaji sahaja agar seiring dengan kenaikan kos harga barang.

Tanpa Nama berkata...

hapuskan jer jawatan kasta paria cam r1/r3/n1/n3/ tuh semua. keje derang tu gred 17 pun leh buat. mmg kebanyakan jabatan pun keje derang 17 yg buat pasal gred sampah ni byk yg hilang, mia, awol. wujudkan semula exit policy supaya sampah2 nih leh diterminate secara terhormat.

Tanpa Nama berkata...

Tuduh?

Tanpa Nama berkata...

DI BINTULU BILA LAGI NAK BUATTT OIIII....BINTULU HARGA RUMAH MAHAL OIII..BUAT LA CADANGAN SUPAYA DIBUAT KAT KAT BINTULU PRESIDEN CUEPACS..TOLONGLAH KAMI PENJAWAT AWAM DI BINTULU...

Tanpa Nama berkata...

lepas j17 dapat je jawatan yg diidamkan tuh, omar pun letak jawatan... hahaha. cantik sungguh agenda mereka ini.

The Red Buret@D'Janggo berkata...

SOLUTE SAME TUAN PRESIDEN AZIH MUDA....TERUSKAN AGENDA AND LANGKAH TUAN UMPAMA SEORANG PAHLAWAN DAHULU KALA...INGAT TUAN...RAJA ADIL RAJA DISEMBAH...RAJA ZALIM RAJA DISANGKAH....INGAT TU TUAN...JGNA ASYIK ANGGUK ANGGUK DAN NGELENG NGELENG SAJE...INGAT TU TUAN

Tanpa Nama berkata...

takde tuh derr... sok dh dpt datuk cam omar tuh, senyap & angguk le dia...

Tanpa Nama berkata...

INFO Baru dari PutraJaya Bonus Masuk pada 9 jan 2014 harap maklum semua,harap rancang pebelanjaan anda semua OK.

Tanpa Nama berkata...

Harap dapat dapat update carta organisasi.

Mr Jack Warmer berkata...

Hari baik untuk Anda semua Aku Mr Jack Warmer , Sah , Reputasi uang Lender . Kami memberikan pinjaman kepada perusahaan Bisnis Pria dan wanita yang menjadi transaksi bisnis, kami memberikan pinjaman jangka panjang selama tiga sampai 30years maksimal dengan tingkat bunga rendah 3 % , dalam hal ini Anda dapat juga memberitahu kami jumlah yang Anda butuhkan sebagai pinjaman . Pinjaman diberikan dalam Pounds Euro dan USD $ maksimal yang kita berikan adalah 500.000.000 baik dalam pound EURO dan USD $ dan minimum £ 5.000 euro dan USD $ jadi jika Anda benar-benar tertarik hubungi kami di ( jackwarmer1loanlender@gmail.com ) untuk lebih informasi tentang cara untuk mendapatkan pinjaman .