SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

10 November 2008

43,000 PEKERJA MAHU SERTAI SKIM PENCEN

Berita Harian
Oleh Azman Mahmood
bhnews@bharian.com.my
10/11/2008



KUALA LUMPUR: Cuepacs yakin kira-kira 43,000 kakitangan awam di seluruh negara yang memilih skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum ini berpeluang untuk memilih menyertai skim pencen. Presidennya, Omar Osman, berkata Cuepacs menerima pelbagai keluhan daripada mereka yang memilih skim KWSP kerana tidak menikmati kemudahan seperti kad persaraan, perubatan percuma di hospital kerajaan dan menerima faedah persaraan (gratuiti) seperti kakitangan awam yang memilih skim pencen. Beliau berkata, mereka sekadar mendapat ganjaran dalam bentuk dividen daripada KWSP.
“Rundingan sedang dijalankan dengan JPA untuk membolehkan kira-kira 43,000 kakitangan awam dalam skim KWSP diberi peluang menyertai skim pencen. “Kita mendapat reaksi positif menerusi rundingan peringkat pertama dengan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Ismail Adam, Julai lalu, yang menyatakan kesediaannya menimbang perkara itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Beliau diminta mengulas nasib kakitangan kakitangan awam yang menyertai skim KWSP yang diperkenalkan pada 1991 dan menyesal apabila menyedari mereka kehilangan beberapa faedah yang dinikmati rakan mereka yang memilih skim pencen.
Katanya, isu 43,000 kakitangan awam itu bagi membolehkan mereka memilih semula skim pencen juga akan dibincang pada mesyuarat Kongres Cuepacs selama tiga hari bermula 13 November ini di Kota Kinabalu, Sabah. Mengenai cadangan KWSP membuat pengurangan caruman pekerja tiga peratus secara automatik, beliau berkata, Cuepacs turut membantah sistem itu yang me-rugikan kakitangan awam kumpulan sokongan dalam skim KWSP kerana jumlah caruman bulanan mereka semakin kurang.

6 ulasan:

Name me berkata...

SALAM..PADA PENDAPAT SAYA RUNGUTAN TIDAK AKAN TIMBUL SEKIRANYA PENCARUM KWSP DALAM KERAJAAN DIBERIKAN HAK DAN KEMUDAHAN YANG SAMA DENGAN SKIM PENCEN. DIHARAP PIHAK CUEPACS MEMANDANG SERIUS HAL INI. SEKIAN TERIMA KASIH.

Tanpa Nama berkata...

Saya bahrharap Cuepacs berjaya dalam membolehkan para pencarum KWSP bertukar kepada skim Pencen. Masa depan kakitangan kerajaan akan lebih terjamin dengan memilih skin pencen. Jaminan tersebut merupakan salah satu faktor terbesar mengapa seseorang itu memilih untuk bekerja dengan kerajaan dan bukan dengan pihak swasta. Diharap Kerajaan dapat memberikan kami peluang kedua!

Tanpa Nama berkata...

Salam

Semoga usaha yang dibuat oleh CUEPECS mendapatkan hasil yang positif. Penjawat awam yang memilih KWSP sepatutnya adalah sepatutnya mendapat kemudahan yang sama dengan penjawat awam yang memilih pencen. Yang membezakan mereka hanyalah dari segi bayaran pencen sahaja. Yang lain tidak patut dibezakan sedemikian rupa. Terimaksih banyak-banyak kepada Tuan Hj Omar dan teamnya kerana usaha yang ditunjukkan dalam memperjuangkan hak-hak penjawat awam. Wasallam.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih CUEPACS! Tolong perjuangkan nasib kami....Saya suami isteri tidak pernah tahu kebaikan dan keburukan KWSP atau Skim Pencen, dan hanya diminta menandatangani borang untuk memilih KWSP kerana itu adalah trend masa itu.... Kita baru bekerja... tanya banyak pun disuruh sign saja mana suka... Kata kerani, sama saja.. dan dibandingkan dengan kemudahan yang diperoleh oleh pihak swasta.. Terasa dianiya, bila dah lama memasuki KWSP, barulah tahu penjawat awam akan kehilangan banyak keistimewaan.... Bantulah kami... sekurang-kurangnya salah seorang daripada suami isteri yang memilih KWSP boleh bertukar ke Skim Pencen.... Tolonglah kami...

Tanpa Nama berkata...

tiada penerangan yang jelas berkaitan SKIM KWSP semasa kami diberi pilihan. Pegawai yang memberi ceramah semasa kursus Induksi adalah tidak jujur dan kurang berpengetahuan. Mengaburi mata kami dengan jaminan kewangan yang banyak dan tidak menjelaskan bahawa faedah-faedah lain seperti Perubatan, ganjaran pencen tidak dimaklumkan.Kami yang memilih skim terasa tidak dihargai jasa dan pengorbanan kami dalam menjalan tugas sebagai Penjawat Awam sedangkan kami sam dengan yang memilih skim Pencen.

Tanpa Nama berkata...

Berilah peluang kepada para pencarum KWSP kali ke-2 untuk memilih skim Pencen. kami yang memilih skim KWSP semacam dianaktirikan dalam perkhidmatan. Ini kerana jasa dan pengorbanan kami dalam perkhidmatan awam tidak dihargai setelah kami pencen. Bantulah kami, kami hanya kumpulan sokongan yang tidak mempunyai kemahiran untuk meneruskan sisa-sisa hidup selepas pencen. Berapa banyak sangatlah yang boleh diharap dengan wang caruman KWSP untuk menampung pada masa akan datang. Jika dilihat abad ke 21 ini pun kos kehidupan meningkat dengan tingginya. Dengan itu saya amat berharap pihak Cuepacs berusaha membantu bilangan pencarum KWSP yang minoriti ini secepat mungkin kerana ada segelintir kami cukup tertekan dengan masalah ini. contoh jika seseorang itu telah mengalami penyakit sebelum ia bersara dan tiada jaminan perubatan percuma setelah beliau bersara dari jawatan.TOLONGLAH KAMI CUEPACS menyelesaikan MASALAH YANG MEMBELENGGU PEMIKIRAN INI...