SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

11 Disember 2013

CUEPACS : TAMBAH BAIK SKIM GRED 17

Utusan Malaysia
10/12/2013


KUALA LUMPUR 10 Dis. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan memberi keutamaan dalam penambahbaikan skim perkhidmatan awam kepada kira-kira 650,000 kakitangan gred 17 ke atas.Presidennya, Datuk Omar Osman  berkata, kumpulan itu terdiri daripada kumpulan pelaksana satu, melibatkan jawatan pembantu tadbir kerajaan, badan berkanun serta badan beruniform antaranya bomba, imigresen dan sebagainya.

"Kita minta kerajaan memberi keutamaan semakan semula gred gaji kakitangan gred 17 dan kita menjangkakan kenaikan gred gaji itu dapat dilaksanakan bermula sambutan Hari Pekerja iaitu pada 1 Mei tahun hadapan."Ini kerana terdapat kakitangan awam dalam gred tersebut yang sudah berkhidmat selama 15 tahun masih belum menerima sebarang kenaikan gred gaji," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat perjumpaan khas di Wisma CUEPACS di sini hari ini.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan 100 skim perkhidmatan awam akan dikaji semula awal tahun hadapan selepas 81 skim ditambah baik dalam bajet 2014.Sementara itu, Omar berkata, beliau menyambut baik langkah kerajaan memberikan insentif melalui penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi kepada pegawai kerajaan yang mempunyai kelayakan akademik doktor falsafah (Ph.D) dan sarjana."Usaha ini mampu memberikan motivasi kepada golongan muda untuk berkhidmat dengan lebih berkualiti dan melahirkan generasi akademik yang lebih cemerlang," jelasnya.

Dalam pada itu, Omar berkata, CUEPACS juga akan mengadakan tabung kutipan derma untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Pahang dan Terengganu."Kita akan menulis surat kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr. Ali Hamsa minggu hadapan untuk memohon mengadakan kutipan derma ikhlas di pejabat kerajaan seluruh negara," jelasnya.

211 ulasan:

«Lebih lama   ‹Lebih lama   201 – 211 daripada 211
aini berkata...

aku nak naik N27 sbb ada diploma,,ha3

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
Ikut Formula aku....
Gaji sikit bt kerja sikit....
(tapi jgn smpai curi tulang & tak siapkn kerja hakiki)
Hati tak sakit....
Balik sharp....
Xde nak overtime....
Balik rumah bt partime....
Cukup bln tekan atm...
Cmpur gaji goment & parttime,senyum bkn main.
Huhuhu,xboleh harap sgt gaji goment ne,kerja keras sikit.
Pasti ok.
Klu naik lagi gred syukur sgt bkn main.
..................................
aku setuju dengan cadangan ko..mcm aku gred 17 kene ambik sijil 2 tahun baru dapat 17..x bising mcm puak2 pt ni...aku pun da lama amalkan cadangan ko tu..aku keje ikut gaji aku dibayar....kalo suh lebih2 aku wat2 blur ngn berbuih2 mulut..trus tak jadi suh...hahahhahah..tu je cara kita protes..xpayah nk marah2....kita wat keje hakiki..tapi lebih2 pandai2 la mengelak...biar modal insan tu jatuh je..xpayah nak naik sgtla..da menyampah dgn harapan....

Tanpa Nama berkata...

Bersyukur je la.ada perubahan terima,kalo xde tggu je. KITA YANG MINTA KERJA .lain la kalo KERJA YANG CARI KITA.so terima je la..nak bising2 pn xleh wtpe..buat keje lillahitaala je.

Tanpa Nama berkata...

Betul tu, takde org paksa mohon PT, takde org paksa terima lantikan jawatan PT. Takde org kata dlm skim PT gaji akan naik hingga 5k. Takde tandatangani perjanjian utk PT yg ada ijazah akan naik ke gred 41. As simple as 'a, b, c' pun xfaham ke?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. Saya ada beberapa soalan.
1. Bagaimana dgn mereka yg berada di gred W17 (cth. PT Kew. & Kastam)? Mereka ni masuk kja guna SPM (tp WAJIB kredit subjek Matematik di peringkat SPM) padahal klu masuk kja PT P/O (N17) pun guna SPM tp x perlu kredit Matematik, xkan gaji sama kot?

2. Bagaimana pula dgn gred W17 yg dh berkhidmat lebih drpd 10 thn & ada STPM/Diploma tp msh dok kat W17? Ada yg dpt prinsipal lg utk subjek Pengajian Am, Matematik S & Pengajian Perniagaan di peringkat STPM tp nak dpt W22 pun kene tunggu 13 - 15 thn, adil ke? Walhal mereka sepatutnya dinaikkan terus ke W27 sbb dh ada STPM/Diploma...

3. Ada sesetengah W17 yg ambik STPM masa dlm service & juga yg smbg study buat Diploma/Degree tp bila interview, yg ramai dipanggil interview adalah mereka yg cuma lulus exam KPSL, adil ke? Kesian tgk kwn2 yg berhempas-pulas smbg belajar amik STPM/Diploma/Degree; bila dh ada kelulusan tu, mengharapkan boleh naik pangkat tp bila interview, yg cuma lulus KPSL yg ramai promoted, mcm mane SPA arrange sapa yg layak utk naik pangkat? Apa komen SPA & CUEPACS? Terima kasih.

Anak Tiri JKDM

Tanpa Nama berkata...

Gred n1 ni pun naik n11 x naik pun tangga gaji n11. Penipu betul

Tanpa Nama berkata...

MANTAN PRESIDEN QUEPAC BERCAKAP SATU MALAYSIA PELUKIS PELAN NASI GRADE PABILA KELUAR SKIM 81 JAWATAN PELUKIS PELAN TANPA SIJIL POLITEKNIK DIPINGGIR HANYA DIANUGERAH JA DARI J WALAU DAH BERPENGALAMAN LEBIH 30 TAHUN APA DAH JADI QUEPAC

Tanpa Nama berkata...

ppk - pembantu perawatan kesihtan
org lama kup u12 skrg dah turun u11

org kja 8,9 tahun jd baru msuk keja bila sign opsyen. bagus2

tahukah anda keja ppk (gj 900-2.8k) ni di wad2 mandikan pesakit, cuci air kencing & tahi setiap hari wlaupun gaji kecil tanpa ada elaun khas spt misi (gj 3k-6k) + elaun kritikal yg byk.

azmannkemasswk@yahoo.com berkata...

Aslm Tuan2 yg dihormati..
Mengapa di sini langsung tiada disentuh ttg Penyelia KEMAS yang berjawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat S17 .Kami pun sbhgian drp Penjawat awam persekutuan juga. Kami seperti dianak tirikan dan lgsung tiada pembelaan . Kami amat2 berharap kepada Kerajaan Pusat supaya meluluskan permohonan kenaikan gred Penyelia KEMAS dari S17 ke S22 atau S27 yg setimpal dgn keadaan semasa dan berdasarkan thp pendidikan,kerana ada juga Penyelia KEMAS yg memiliki STPM,DIPLOMA dan Ijazah Sarjana. Bagi penyelia yg masih memiliki SPM,mohon kerajaan persekutuan menggesa mereka supaya menyambung pelajaran atau mengambil peperiksaan semula. Ini bertujuan bg melicinkan pentadbiran jabatan KEMAS kerana pd masa kini,sistem Gred gaji kakitgn KEMAS yg tidak sekata . Pemaju Masyarakat KEMAS ada di antara mereka memiliki gred S27 dan penyelia KEMAS masih di takuk lama S17.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum w.b.t,
Lepas ni pihak kerajaaan kena ambil ramai2 pekerja skim gred 17 ke bawah kerana mereke ni la yang banyak membuat kerja dan mereka ini jugaklah yang membuat kerja apa yang disuruh dari pihak atasan.
Bagi Juruteknik yang sedia ada yang akan dinaikkan dari gred 17 ke 29 sepatutnya pihak kerajaan kena selidik dan kaji semula kerana Juruteknik yang ada sekarang membuat kerja2 yang senang dan apabila dinaikkan ke gred 29 lagi la mereka bertambah senang.Sebagai contoh jaga Makmal dan Bengkel sahaja bagi yang berkerja di Universiti.Kerja yang paling senang tapi gred gaji 29.
Sepatutnya macam mereka ini(Juruteknik)skim mereka tidak perlu dinaikkan pada masa sekarang tapi mungkin bole naik pada 5 tahun akan datang atau 10 tahun akan datang sebabnya Juruteknik yang ada sekarang ramai sangat yang akan naik 29 tetapi kerja senang lenang sahaja.Ini perlu di kaji oleh pihak kerjaaan dengan segera bagi memastikan perkara ini tidak merugikan pada sesiapa nanti.Pihak kerajaan kata nak JIMAT CERMAT,jadi renung2kanlah demi masa depan negara.
Sekian terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Gred F xda cita pn...server down lg masalah...semua cerita N J G Dsbnya..ape plak nsib gred F..ft17

«Lebih lama ‹Lebih lama   201 – 211 daripada 211   Terbaru› Baru»