Berita Harian
20/12/2013
20/12/2013
Kuala Lumpur: Isu keahlian automatik penjawat awam dalam kesatuan,
antara usul utama untuk dibahaskan di Konvensyen Tiga Tahun Sekali
CUEPACS di Menara PGRM Cheras di sini, hari ini.
Saranan yang membabitkan pindaan perlembagaan kesatuan itu akan menyaksikan keahlian CUEPACS meningkat daripada 750,000 kepada 1.1 juta ahli iaitu jumlah penjawat awam kumpulan bukan pengurusan, jika diluluskan
Saranan yang membabitkan pindaan perlembagaan kesatuan itu akan menyaksikan keahlian CUEPACS meningkat daripada 750,000 kepada 1.1 juta ahli iaitu jumlah penjawat awam kumpulan bukan pengurusan, jika diluluskan
Melalui cadangan usul itu, mana-mana penjawat awam yang layak diwajibkan
menyertai kesatuan mengikut bidang dan kepakaran masing-masing dalam
sektor awam.
Wajibkan keahlian
Bekas Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman yang melepaskan jawatannya pada sesi konvensyen kali ini berkata keahlian automatik dicadangkan untuk dibahaskan 1,400 perwakilan CUEPACS yang bersidang sejak Selasa lalu.
Usul tumpuan perwakilan kali ini tentunya cadangan mewajibkan penjawat awam yang layak menjadi ahli mana-mana kesatuan kebangsaan... jadi ahli CUEPACS.
Kita tidak mahu perjuangan CUEPACS hanya manfaat kepada ahli dan ada (penjawat awam) menumpang.... semua perlu bersuara (dengan menjadi ahli kesatuan), katanya kepada BH sebelum proses pemilihan kepemimpinan tertinggi kesatuan itu di Konvensyen Tiga Tahun Sekali CUEPACS di Dewan Wawasan, Menara PGRM di ibu negara, semalam.
Ketika ini, CUEPACS menaungi 135 kesatuan sekerja sektor awam dengan keahlian sekitar 750,000 ahli di seluruh negara, menjadikannya kesatuan berpengaruh.
Sasar 1.1 juta keahlian
Jika usul ini diterima, kita sasarkan untuk meningkatkan jumlah keahlian CUEPACS kepada 1.1 juta ahli. Kalau kita tengok (dalam profesion) guru saja dah dekat 400,000 orang (guru), kata Omar.
Mengulas perjalanan proses pemilihan, Omar berkata, ia berjalan lancar dengan 40 peratus daripada perwakilan terdiri daripada generasi muda.
Omar juga berharap barisan kepemimpinan baru CUEPACS akan meneruskan kesinambungan kejayaan kesatuan itu dalam menyuarakan kepentingan penjawat awam tanpa perlu turun ke jalanan atau demonstrasi untuk menuntut hak mereka.
Saya juga harap kepemimpinan baru akan menjaga hubungan baik dengan kerajaan dan JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) dan pilih perundingan sebagai penyelesaian, katanya.
22 ulasan:
ssaya first,,,,
Automatik jd ahli tapi tanpa yuran. Ok. Kalau ada yuran biar PA sendiri buat pilihan, jgn dipaksa. Dah xlarat lg nak byr itu dan ini.Harga barang semakin naik.
Jangan Paksa ! Potong Melalui Angkasa !
Mcmmana nak harapkan semua PA menjadi ahli sdgkn terang-terangan pemimpin ceupacs hanya hendak perjuangkan kumpulan pelaksana. Begitu juga komen2 sumbang yg banyak dibuat seblm ni yg mengatakan ceupacs harus perjuangkan gaji dan elaun2 kump pelaksana supaya hampir sama dgn gaji pnp. Bahlol betoi.
sesiapa yg dah dapat untung berganda tu jadilah ahli cuepacs.
Bila usul dibawa hanya rapatkan gajingan pnp...aku masih ingat zaman dollah badawi kumpulan pelaksana naik byk.....jadi aku tak sudi nak bayar yuran ceupacs jika pa wajib jd ahli
siapalah nak berketuakan puak yang berkelulusan macam presiden kupek ni...cari lah orang cerdik dan pandai jadi presiden..sekurang-kurangnya pemegang ijazah pertama...baru nampak logik sikit.
siapalah nak berketuakan puak yang berkelulusan macam presiden kupek ni...cari lah orang cerdik dan pandai jadi presiden..sekurang-kurangnya pemegang ijazah pertama...baru nampak logik sikit.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
NUTP ADALAH SEBUAH KESATUAN YANG BERNAUNG DIBAWAH CUEPACS.
KEBANYAKAN ANGGOTA NUTP ADALAH DARIPADA KUMPULAN P & P DALAM SKIM DG (PENDIDIKAN).
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (National Union of the Teaching Profession) atau ringkasnya, KPPK telah ditubuhkan dan didaftarkan secara rasmi. Penubuhan KPPK adalah hasil gabungan dua buah kesatuan guru iaitu National Union of Teachers (NUT) dan Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan (KKGSK).
Keahlian KPPK terdiri daripada pelbagai kategori guru-guru dari semua jenis peringkat sekolah.
Wajibkan semua PT kat sekolah menjadi ahli kerana mereka punyai kepandaian yg sama dgn semua gred jawatan walaupun mereka dibyr gaji rendah. Mereka juga yg membayar gaji semua PA. Mereka sungguh hebat dan layak menerajui mana2 organisasi. Pembantu Tadbir dah ditukar dengan gelaran dan gaji baru Pegawai Tadbir (sama2PT)
Kalau semua PA wajib bayar yuran, agak-agaknya elaun Presiden Cuepacs boleh bagi banyak sikit macam wakil rakyat kat Selangor.
Bodoh keparat ko. NUTP memang kesatuan guru tapi bukan semua guru menjadi ahlinya. Hanya berapa kerat je cikgu ahli, tak percaya tanya setiausaha agung ceupacs. Tak sampai satu perempat pun guru jd ahlinya. Kalau ko tak tau fakta dan bukan ahli NUTP jgn pandai2 buat komen.
Memang ke situ lah niat di hati. Sebagai seorang pemimpin baru mesti ada visi dan misi.
Alah apa nak diribut2kan. PT N17 pun boleh jd presiden ceupacs kerana mempunyi tahap kepandaian yang sama dgn mana2 jawatan meskipun cuma SPM je.
Bodoh keparat ko. NUTP memang kesatuan guru tapi bukan semua guru menjadi ahlinya. Hanya berapa kerat je cikgu ahli, tak percaya tanya setiausaha agung ceupacs. Tak sampai satu perempat pun guru jd ahlinya. Kalau ko tak tau fakta dan bukan ahli NUTP jgn pandai2 buat komen.
TTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT
keahlian KPPK terdiri daripada pelbagai kategori guru-guru dari semua jenis peringkat sekolah. Tidak dapat dinafikan hari ini di Asia, KPPK merupakan kesatuan yang diiktiraf dengan bilangan keahlian 172,995 orang ahli (2012) di 12 cawangan.
CUEPACS MERUPAKAN KESATUAN BAGI PENJAWAT AWAM, WALAUBAGAIMANAPUN TAK SEMUA PENJAWAT AWAM MENGANGGOTAI CUEPACS.
Ko ni memang bijak tapi kenapo dpt kerjo gaji ciput je? Idea yg tiada asas langsung, angkat bakul sendiri.
hapuskan jer jawatan kasta paria cam r1/r3/n1/n3/ tuh semua. keje derang tu gred 17 pun leh buat. mmg kebanyakan jabatan pun keje derang 17 yg buat pasal gred sampah ni byk yg hilang, mia, awol. wujudkan semula exit policy supaya sampah2 nih leh diterminate secara terhormat.
Tanpa nama yg kutuk2 ni semua bangang...macam dia yg bagus...kalau berani tulis nama tulis jabatan mana..boleh kita periksa peribadi kamu d sana...
Berilah pandangan yg membina kpd kesatuan..bukan mengutuk....ini semua utk anak cucu kita juga...
aku x kan join cuepacs sbb x berupaya membantu PA ..asyik kaji....kaji....kaji....tp kalu presiden baru ni lebih jantan....aku akn isi borang.....
Ko mmg kurg cerdik. Nak mkn hrp duit n hasil org je. Kalau aku malula. Baik ko dok swastala. Glc pn ada kesatuan. Org pa yg lembab mcm ko la. Tros dpt kerja gov jd bodo. Apa kesatuan buat ko nak tp kedekut. Keluar dr gov n ko bisnesla sndri. Oop lupa kku bisnes knfem x carum kwsp pekerja dia sbb dasar kedekut. Kesatuan mintak semya pa naik gaji tp kuasa kt pemimpin. Ko apa tahu. Jbtn aku xde naik gaji jgk tp xdela aku kndem kesatuan sbb aku dr glc dulu n aku tau apa kesatuan buat. Kou trai jd pemimpin kesatuan tgk. Thn ke dgn caci maki. Berdarah telinga aku rs ko nti. Otak biar cardik bkn lmbab. Yang bkn kesatuan tu kira mkn nk org blnja je. Duit kedekut nk kuar. Pirahhh
Ada baik dan buruknya keahlian automatik, bila sesuatu itu dibuat menguntungkan itu terbaik dan jika merugikan sesuatu pihak itu membebankan mereka. Saya yakin dan percaya, sebulat suara adalah kaedah terbaik.seeloknya sikap autoritik ini tidak diamalkan dalam negara demokrasi. Penjawat awam juga mempunyai pilihan sendiri. Biarlah mereka membuat keputusan dengan tangan mereka sendiri.
Macam mana nak jadi ahli cuepacs? Adakah semua anggota jpa (contoh bahagian kkm) boleh memohon untuk menjadi ahli cuepacs?
Catat Ulasan