SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

08 Disember 2013

PENJAWAT AWAM DIMINTA BANTU MANGSA BANJIR

Bernama
7/12/2013



KUCHING, 7 Dis (Bernama) -- Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal hari ini meminta penjawat awam yang berkhidmat di negeri dilanda banjir, agar membantu mangsa banjir di kawasan mereka dalam usaha merakyatkan perkhidmatan awam.

Mohamad Zabidi berharap ketua jabatan dapat menggalak kakitangan mereka untuk turut serta dalam kumpulan sukarelawan yang membantu mangsa banjir di negeri yang terjejas seperti Terengganu, Pahang, Kelantan dan Johor.

"Saya berharap ini menjadi satu daripada sumbangan kita merakyatkan (perkhidmatan awam) dalam keadaan kesusahan ini kita membantu mereka (agensi relevan) yang terlibat dengan mangsa banjir," katanya.

Mohamad Zabidi yang juga peneraju transformasi perkhidmatan awam berkata kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) bagi pekerja am dalam kumpulan pelaksana di sini Sabtu.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Morshidi Ghani.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang terlibat dalam usaha membantu semua mangsa banjir, termasuk pejabat daerah, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPA), Jabatan Kebajikan Masyarakat serta pegawai JPA di Institut Tadbiran Awam Negara wilayah timur, yang terputus bekalan makanan dan elektrik selama tiga hari di Kemaman, Terengganu baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mohamad Zabidi berkata opsyen pertukaran pelantikan ke 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik di bawah Bajet 2014 itu akan melibatkan 635,000 penjawat awam di seluruh Malaysia.

Beliau berkata JPA sedang mengambil tindakan untuk melaksanakan skim itu, yang berkuat kuasa 1 Nov tahun ini, dengan memberi penjelasan berperingkat, termasuk di negeri-negeri dan badan berkanun yang terlibat.

Mengenai mesyuarat MBK kali ini, katanya kewujudan MBK jelas menunjukkan komitmen dan kesungguhan kerajaan dalam memastikan semua pekerja melalui wakil yang dilantik mempunyai ruangan yang terbaik untuk membincangkan perkara berkaitan soal saraan, elaun, kemudahan dan syarat perkhidmatan secara keseluruhan.

Ia juga dapat mewujudkan kerjasama erat antara kedua-dua pihak ke arah meningkatkan kualiti dan kelestarian perkhidmatan awam yang cekap, berkesan serta harmonis selari dengan program transformasi JPA kerana banyak membantu menyelesaikan permasalahan yang dibangkitkan, katanya.

Ditubuhkan pada 25 Jun 1992 sebagai jentera perundingan, MBK terdiri daripada tiga kategori -- bagi pekerja pengurusan dan profesional, pekerja sains dan teknologi dalam kumpulan pelaksana serta pekerja am dalam kumpulan pelaksana.

-- BERNAMA

218 ulasan:

«Lebih lama   ‹Lebih lama   201 – 218 daripada 218
Tanpa Nama berkata...

Tajuk berita "PA di minta Bantu Mangsa Banjir" ramai pembahas lari tajuk...

Yang aku dapat kesan ialah Ramai PA tak cukup duit sebab tu ramai minta naik gaji, naik elaun naik pangkat.

Punca yang aku dapat kenal pasti PA banyak hutang.

Dapat gaji setelah di tolak hutang-piutang tinggal rm 600.00

Itu lah bila mula masuk kerja, dapat gaji terus pi cari bank rakyat buat loan,buat loan sampai rapat....

Jika buat loan ada tujuan yang tepat tak mengapa...

Ini buat loan lepas habis begitu sahaja.....

Elok sangat bank negara limit 10 tahun pinjaman....

Elok setiap PA bumiputra pergi buat loan ASB...hujung tahun dapat dividen.....loan 100K = monthly 560...hujung tahun dapat 8Ribu..........cukup 25 tahun nak pencen....

Rm 8000.00 x 25 = 200,000.00
pinjaman 25 tahun =100,000.00
bila pencen dapat =300K.....

Tanpa Nama berkata...

RABU, 18 DISEMBER 2013, TAKLIMAT BAGI J17 KE JA29 DI KEMENTERIAN KERJA RAYA.

SEKIAN MAKLUMAN DAN TINDAKAN

Tanpa Nama berkata...

Berita kegembiraan dan kedukaan kpd PA hari ini.....

Tanpa Nama berkata...

Zaman Kegelapan bagi PA pemegang sarjan muda dan pencerahan PA sarjana dan PHD.....entahlah nujum pak belalang...

Tanpa Nama berkata...

Ada segelintir PA ada sarjana punyai tahap prestasi kerja org lulusan sijil. Kerja hakiki dijadikan perkara kedua. Kalau tak percaya cuba buat kajian terhadap mereka ni di setiap peringkat supaya hanya mereka yg berprestasi baik saja diberi HPG 2 tangga spt yg diwar2kan. Jika prestasi tidak diambilkira maka ia akan memberi gambaran bahawa sijil tu saja yg penting. Sedih sgt apabila ada rakan sekerja yg ada sarjana buat kerja spt lepasan SPM je. Hari2 jadi bahan bualan di kalangan rakan sebagai contoh yg amat teruk dan perlu ada sekatan buat org spt ini sblm dpt diberi sebarang ganjaran. Kenyataan ikhlas bukan cemburu kerana jika si sarjana ni memang baik rakan2 sekerja tak akan mengata.

Tanpa Nama berkata...

Prestasi kerja dan laporan daripada rakan sekerja amat penting. Elakkan istilah automatik dan confirm dpt. jika hendak PA yg bertaraf dunia. Sijil tidak menggambarkan segalanya.

Tanpa Nama berkata...

KEBANGGAN OMAR OSMAN J17 NAIK J29
BERKUAT KUASA JULAI 2013

KEJADIAN RUNTUHAN SILING DIHOSPITAL SERDANG
20 Jan 2011 Rutuhan dilobi Utama
30 Jan 2012 Runtuhan dilobi Utama
13 Ogos 2013 Runtuhan Di Jabatan Kecemasan (3 nurse dan 1 Doktor cedera)
30 Sept 2013 Runtuhan Di Wad Bersalin
14 Nov 2013 Runtuhan di Zon Merah Jbt. Kecemasan
9 Dis 2013 Kuarters Kakitangan Hospital Serdang

Tanpa Nama berkata...

Hairan Bin Ajaib. Hari2 kita disajikan dgn isu kenaikan gred dan gaji dibuat tanpa pertimbangan yg adil dan saksama. Kenaika gred dan gaji utk kump yg bernasib baik dibuat secara automatik tanpa mengambilkira prestasi seseorang pegawai itu. Adalah pelik jika semua PA berkenaan 100% baik prestasi kerana sudah pasti akan ada saja yg 'gila2' makan gaji buka. Harus ada laporan/penilaian sblm dapat diberi kenaikan gaji dan gred. Tiada guna bermegah kata PA kita bertaraf dunia sdgkan realitinya hanya ditahap biasa je jika dibuat perbandingan dgn negara lain.Tak perlu cemerlang sgt kerana yg penting semua PA harus komited, jgn curi tulang dan salahguna kuasa. Buat kerja dgn jujur dan ikhlas tanpa berlengah maka kualiti perkhidmatan akan diiktiraf cemerlang oleh rakyat kerana rakyat dan pelanggan yg menilai.

Tanpa Nama berkata...

kalau nk minta pi tolong boleh, tp kena istihar ct utk pa pi tol mangsa banjir, kalau x datang bertugas kerana tol mangsa banjir kira dpt pelepasan dari tindakan tidak hadir bertugas....sila jawab.

Tanpa Nama berkata...

Prestasi kerja dan laporan daripada rakan sekerja amat penting. Elakkan istilah automatik dan confirm dpt. jika hendak PA yg bertaraf dunia. Sijil tidak menggambarkan segalanya.


----------------------------------------------------------------------------

Sijil tidak menggambarkan segalanya ?
Awak masuk dalam perkhidmatan sekarang pakai apa ? Sila letak jawatan kalau masuk tak pakai Sijil.

Sudah menjadi asas kepada perkhidmatan bahawa sijil merupakan asas kepada sama ada perjawatan baru, kenaikan tangga gaji dan juga kenaikan pangkat.

Sudah rezeki kepada mereka yang ada Srjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD). Bukan senang nak buat master dan PhD. Kalau rasa senang nak dapat, pergilah daftar sekarang dan buat. Pasti akan dapat sebab senang kan :)

Sikit-sikit rasa orang lain tak bagus dan rasa diri sendiri bagus. Bila diberi peluang bercakap depan-depan menikus, gelabah tak tahu nak cakap apa.

Tanpa Nama berkata...

Kumpulan pelaksana berijazah mahukan kenaikan gaji yg munasabah dgn kelulusan semasa....

Kumpulan pelaksana dan mempunyai ijazah dlm skim perkhidmatan semasa, bekerja SKim J dan punyai ijazah Kejuruteraan..

Kumpulan pelaksana dan mempunyai ijazah bukan dlm skim perkhidmatan, bekerja skim J dan punyai ijazah lain seperti Teknologi maklumat, Statistik, Pembangunan dan sebagainya...

Berilah laluan kerjaya yg munasabah kpd kumpulan pelaksan diatas....

Tanpa Nama berkata...

Kau yg bodoh tak faham bahasa yg mudah pun. Sijil tak menggambarkan segalanya bukan bermaksud sijil tu tak berguna tapi prestasi kerja dan integriti PA bukan hanya tertakluk kpd sijl tu biarpun dpt 20A spm atau pointer 4. Masih juga prestasi yg diambil kira apabila penilaian prestasi LNPT dibuat. FAHAM????????? Sah bahawa sijil yg kau ada cincai punya sebab tu bahasa pun tak faham.

Tanpa Nama berkata...

Ada master, ada Phd bahasa inggeris mcm tahi. Hanya mampu jd jaguh kampung ni yg banyak di kalangan generasi baru skrg. Kalau hebat sgt kerana ada master/phd pergilah berucap pd seminar atau forum yg dihadiri masyarakat antara bangsa. Tapi saya tabik generasi lama yg ada master/phd ramai antara memang pandai berbahasa inggeris.

Tanpa Nama berkata...

Kau yg bodoh tak faham bahasa yg mudah pun. Sijil tak menggambarkan segalanya bukan bermaksud sijil tu tak berguna tapi prestasi kerja dan integriti PA bukan hanya tertakluk kpd sijl tu biarpun dpt 20A spm atau pointer 4. Masih juga prestasi yg diambil kira apabila penilaian prestasi LNPT dibuat. FAHAM????????? Sah bahawa sijil yg kau ada cincai punya sebab tu bahasa pun tak faham.

------------------------------------------------------------------------------------------

Haha LNPT memang menjadi amalan dan dilaksanakan setiap tahun.

Dalam konteks ini pemberian kenaikan tangga gaji merupakan GANJARAN di atas kecemerlangan penjawat awam yang mendapat master atau PhD.

Ganjaran kepada mereka yang dapat master atau PhD bukan baru. Pegawai dalam bidang penyelidikan misalnya akau automatik dapat kenaikan gaji sebanyak dua tangga gaji sebaik sahaja mendapat ijazah master mereka.

Manakala bagi pegawai yang ada PhD ada agensi yang memberikan kenaikan tangga gaji manakala terdapat juga yang memberikan kenaikan satu gred yang lebih tinggi (contoh dari Q44 ke 48 (memangku)). Cukul syarat nanti ditetapkan terus dalam gred Q48.

Boleh rujuk kepada Mardi, Mint sebagai rujukan.

Sekian, terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Ya, tambahan pegawai tersebut perlu mengemukakan CV terkini dan ulasan daripada ketua kepada beliau diperlukan.

Tanpa Nama berkata...

Selain itu, Najib berkata Lembaga Kenaikan Pangkat akan menimbang pegawai yang layak bagi urusan kenaikan pangkat berdasarkan sistem merit."Pegawai yang mempunyai PhD mendapat kelebihan dalam proses pertimbangan ke sesuatu jawatan kenaikan pangkat. "Sebagai contoh, bagi pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah di Kementerian Pendidikan Malaysia, pegawai dinaikkan pangkat melalui Laluan Cemerlang yang mengambil kira kelayakan akademik termasuk PhD dan pengalaman yang dimiliki," katanya. Najib berkata wajaran yang akan pegawai penilai berikan ialah 15 peratus daripada keseluruhan kriteria kecemerlangan.

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya gomen kena ubah cara... bila kpi setahun skali, itu yg ramai hilang sasaran...

patutnya SKB (Sasaran Kerja Bulanan) tiap tiap bulan kena ada sumbit laporan kerja, tahap mana dah tercapai... kerja utama di samping kerja iringan.

ramai sangat P.A, duk di opis layan movie sambil kaki boleh bersila di atas kerusi high-back... di sebalik partition yang strategik.

bukan semua begitu... tapi ramai begitu.

itu satu hal... yang datang awal pagi, punch kad... pukul 10 dah kuar, gi part time... petang ada supporter punch kad utk ceo ni.

eloklah semua pejabat perlu peralihan guna thumb print.

bukan mendengki pada yg sedemikian... tapi ikrar amanah, aku janji khidmat...

Tanpa Nama berkata...

Perlu ada transformasi pd amalan yg lapuk. Perlu ada penambahbaikan kerana ada PA yg hanya pentingkan gaji dan sijil yg dimiliki. Prestasi kerja perkara no.2 bagi mereka. Siapa yg makan cili rasa pedaslah baca cdgn ni.

«Lebih lama ‹Lebih lama   201 – 218 daripada 218   Terbaru› Baru»