SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

30 Disember 2013

TINDAKAN KERJAAN KURANGKAN PERBELANJAAN SEKTOR AWAM TEPAT - NGO

Bernama
30/12/2013


KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Tindakan kerajaan dalam mengurangkan perbelanjaan sektor awam mulai 1 Jan adalah satu tindakan tepat bagi mengelakkan pembaziran dan menjimatkan perbelanjaan negara, menurut beberapa badan bukan kerajaan.
Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk N. Marimuthu berkata kerajaan perlu terus sentiasa mengaudit perbelanjaannya bagi memastikan kewangan negara dibelanjakan dengan sebaik mungkin.

"Kami mengalu-alukan langkah yang diambil kerajaan untuk memastikan kos pentadbiran dapat dikurangkan. Ia adalah satu langkah yang membawa negara ke arah yang betul dalam mengatasi kegawatan.

"Kita boleh banyak berjimat contohnya dari segi penggunaan elektrik dan air," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai tindakan penjimatan kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Jan.

Tindakan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Maa'mor Osman pula berkata walaupun langkah yang diambil itu amat baik, kerajaan perlu mempertimbangkan pelaksanaan penerbangan kelas ekonomi bagi pegawai yang memegang jawatan Gred Jusa C ke bawah.

Kerajaan perlu mengambil kira penerbangan jarak jauh yang akan memberi kesan negatif kepada penjawat awam seperti kepenatan dan mengganggu kesihatan terutama bagi mereka yang telah berumur 50 tahun ke atas, katanya.

Pandangan itu turut disokong Presiden CUEPACS Azih Muda yang turut berpendapat kerajaan perlu melihatnya dalam keadaan menyeluruh terutama dalam hal kebajikan penjawat awam.

"Insentif itu perlu dikekalkan dan tidak perlu dipertikaikan kelayakan mereka kerana berkemungkinan tindakan itu akan meninggalkan kesan negatif terhadap perkhidmatan mereka," katanya.

Beliau turut menyarankan kerajaan agar membuat penambahbaikan dalam beberapa langkah itu dan mencadangkan agar mengawal serta mengurangkan perbelanjaan yang tidak memberi daya saing atau manfaat kepada rakyat.

-- BERNAMA

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya Jusa C,B,A...yang dikurangkan, kesian Jusa C. Apalah sangat 10% elaun keraian dikurangkan naiklah sedikit 20%. Bukan juga dia orang nak raikan siapa-siapa juga, semua dibayar oleh mereka yg nak raikan mereka.

Tanpa Nama berkata...

Dah jusa c, gaji masih tak cukup? Elaun je yg dikurangkn dah sedih? Elaun2 jusa c dah kalahkan gaji N17 yo. Fikirlah logik sikit.

Tanpa Nama berkata...

Harap kerajaan negeri sarawak turut buat program penjimatan. Cthnya tidak menggunakan helikopter sewenang2 utk melawat kawasan sdgkn jalanraya/air ada. Biarlah pemimpin rasa sendiri keadaan sukar yg rakyat alami. Jgn kerana hendak menjadi calon anda sanggup meredah hutan belantara/lautan yg bergelora tapi selepas dah bergelar YB dan ada pangkat maka nak 100% senang. Rakyat yg angkat anda bukan kerana sijil akademik anda.

Tanpa Nama berkata...

bila najib mau kurangkan perbelanjaan peribadi dan keluarga?..baru lah rakyat akan respect..ini u potong elaun orang lain pastu bagi kat ur family... u think malaysia heran ka?

Tanpa Nama berkata...

actually tak payah nak potong elaun/gaji....yang penting kurangkan berbelanja. stop meeting/kursus di hotel2 lima bintang...kurangkan lawatan ke luar negara (PTD ke luar negara semata2 nak meeting sesama mereka...bukan dengan wakil di negara luar..perlukah). gunakan dewan2 sekolah/ orang ramai untuk kursus2 kerajaan. nah...dalam sebulan dah jimat at least 100 juta...

Tanpa Nama berkata...

Kita ni terlalu ghairah nak jd negara maju hingga meniru cara sehebat mereka. Tapi malangnya sikap dan kedudukan ekonomi negara dan rakyat masih jauh ketinggalan. Andaikan negara ini sebuah keluarga yg punyai pendapatan isirumah yg tak seberapa tapi kita berbelanja dan menonjolkan diri kpd keluarga lain seolah2 kita ni kaya sgt apabila jiran2 lihat. Sedangkn yg tak nampak amat dahsyat; hutang sekeliling pinggang semata2 nak tunjukkan diri dan keluarga. Akibatnya berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul. Biar mati action jgn mati accident.

NAJIB + JIMAT = NAJIMAT berkata...

turunkan balik semua gred subsidi a.k.a. jumud ke gred asal sebagai langkah penjimatan. lepastu hentikan pengambilan pekerja baru terutama graduan universiti. mereka belajar tinggi dah cukup cerdik dah, takkan tak reti berusaha cari kerja selain dari kerja dengan kerajaan?

dari situ boleh kurangkan perbelanjaan mengurus yang banyak habis dengan bayar gaji & elaun saja.

lepastu gunakan sehabis baik tenaga manusia/kerja yang ada. kalau dulu skim jongos a.k.a. J ni sekadar jadi "mandur" dan "pemantau", sekarang kerah mereka buat kerja2 yang sekarang ni dibuat oleh konsultan luar. bagi skim fucker a.k.a. F ni kerah "kepintaran" mereka dalam bidang IT untuk buat itu dan ini dimana sekarang ni hampir 90% dibuat oleh vendor. apa guna sembang pasal SDLC hebat ketika temuduga tapi tak adaptasikan dalam kerja? asyik harapkan vendor je.

begitu juga dengan skim lain yang banyak gunapakai konsultan luar. buat sendiri kerja tu. puak2 ptd yang ramai dalam kerajaan ni pun gunakan "kepakaran" anda untuk merangka dasar yang hebat2 tu jangan asyik pakai konsultan je. begitu juga dengan pegawai lembu a.k.a. L (undang-undang) buat kerja tu betul-betul bukan asyik sub ke konsultan je.

dari situ dah boleh jimat begitu banyak sekali. masalah dalam kerajaan ini adalah kakitangan kemain ramai, tapi buat kerja sambil lewa.

mereka yang sambil lewa ni elok berhentikan saja, dari pemberhentian mereka ini boleh jimatkan kos, dan naikkan sedikit gaji mereka yang benar-benar efisyen tersebut kerana mereka telah menganggung beban kerja yang ditinggalkan oleh mereka yang diberhentikan ini.

selamat tahun baru.


p/s: gred-gred yang tersenarai di atas pasti akan sentap. tengok jela nanti sapa quote post aku ni. kah kah kah.

Tanpa Nama berkata...

KAMI PEJAWAT AWAM PERTENGAHAN TERBEBAN TIDAK DAPAT BRIM DAN SKIM W DAN KATEGORI SOKONGAN W32/36 BELUM DITAMBAHBAIKKAN. HARGA BARANG DAN PERKHIDMATAN KIAN NAIK DAN GAJI DI TAHAP LAMA

MAMBO KWEK MAMBO berkata...

LAMAN WEB KEMENTERIAN PENDIDIKAN KENA DEFACED 01/01/2014 yang lalu

LAMAN WEB KEMENTERIAN PENDIDIKAN OFFLINE SAMPAI KE HARI NI

apa benda PTM & PPTM di MOE ni buat sampai ke harini masih "maintenance" lagi? database joomla/mambo yang kau guna tu dah kena delete ka? www folder dah kena delete?

itulah akibatnya apabila SPA mengambil orang bodoh yang tak tau apa pasal IT harapkan "cemerlang" dalam peperiksaan dengan pointer yang tinggi je menjawat jawatan penolong/pegawai teknologi maklumat.

lepastu guna jalan mudah pasang joomla/mambo sebagai laman web. dahla guna CMS, lepastu tak reti nak maintain, patch, update dan sebagainya. biar macam tu je. tak hairan la senang kena defaced.

spa pun sama bodoh dengan ptm/pptm tu.

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak menuding jari, minta selidik dahulu.jgn memaki hamun sesuka hati. MOE ni sgt besar skim F bersepah di setiap bah, jpn, ipg. Kena kaji la nak maki supaya tepat pada sasaran. Bukan semua skim f ni bangang x reti buat keje. Kadang2 xde ruang utk pegawai bawahan membuat keputusan.