SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

10 Oktober 2011

KELEMAHAN "BELANJAWAN PAKATAN" TERSERLAH

Bernama
10/9/2011



KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Dalam cubaan untuk memanfaatkan setiap peluang yang ada, pakatan pembangkang turut tidak ketinggalan membentangkan apa yang dipanggil sebagai "belanjawan memastikan kesejahteraan untuk semua".

Namun disebalik pelbagai janji manis dan angka-angka besar, apa yang dikenali sebagai belanjawan bayangan itu, sekiranya dilaksanakan, bakal mendatangkan lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan kepada rakyat biasa Malaysia.

Tidak sepertimana Belanjawan 2012 komprehensif yang dibentangkan Perdana Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, yang memilih pendekatan perbelanjaan lebih besar bagi memastikan pertumbuhan mampan ekonomi, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengambil pendirian lebih berhati-hati.

Di bawah belanjawan Najib, ekonomi diunjurkan tumbuh pada kadar 5.0 hingga 6.0 peratus. Di bawah perancangan pakatan, aliran pertumbuhan diunjurkan naik secara perlahan daripada 4.0 kepada 4.5 peratus, berbanding 5.0 kepada 5.5 peratus pada 2011.

Malahan, menurut penganalisis politik, dokumen belanjawan pembangkang mengandungi preskripsi ortodoks Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk Malaysia ketika Anwar menjadi menteri kewangan semasa krisis kewangan Asia 1997-98 sebelum beliau dipecat.

Cadangan pemulihan itu termasuk mengenakan kadar faedah tinggi, memperketatkan pinjaman bank, meningkatkan duti import dan melakukan pemotongan besar-besaran terhadap perbelanjaan infrastruktur awam, yang sekaligus menyekat pertumbuhan ekonomi.

Rakyat Malaysia yang mengharungi krisis itu selama lebih satu dekad sukar untuk melupakan penderitaan yang mereka terpaksa lalui.

Pakatan Rakyat, gabungan parti-parti pembangkang, memperuntukkan belanjawan RM220 bilion bagi 2012, lebih kecil daripada belanjawan kerajaan sebanyak RM232.8 bilion.

Bagaimanapun, ia meramalkan pendapatan kerajaan sebanyak RM181 bilion mustahil boleh dicapai. Kerajaan menyatakan bahawa pendapatannya boleh mencecah RM187 bilion tahun depan. Najib memilih untuk berbelanja lebih pada 2012 (lebih tinggi daripada RM212 bilion tahun ini) untuk merangsang permintaan domestik dan pelaburan.

Lagipun, asas ekonomi negara kekal kukuh dan mantap. Aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) telah meningkat enam kali ganda kepada RM29 bilion pada 2010, pertumbuhan tertinggi di Asia. Pada separuh pertama 2011, FDI mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 75 peratus kepada RM21.2 bilion berbanding RM12.1 bilion bagi tempoh yang sama pada 2010.

Bagaimanapun, Najib memberikan jaminan bahawa kerajaan akan memastikan fiskal tidak terjejas dan akan berusaha mengekang defisit fiskal.

Terdapat beberapa contoh lain bagaimana kehidupan akan berdepan kesukaran di bawah cadangan belanjawan pembangkang. Pertamanya ialah peruntukan subsidi yang amat kecil iaitu RM22 bilion berbanding subsidi kerajaan sebanyak RM33.2 bilion dan ini bermakna lebih ramai orang, khususnya golongan miskin, akan berdepan kesukaran untuk menyara kehidupan berikutan kos hidup yang semakin meningkat.

Dalam "Belanjawan Rakyat", Perdana Menteri secara terperinci menggariskan setiap barangan perlu yang akan terus disubsidi oleh kerajaan. Bukan sesuatu yang luar biasa jika rakyat Malaysia, termasuk golongan kaya, sering meremehkan pemberian subsidi itu. Subsidi berkenaan termasuk petrol, diesel, gas memasak, gas asli, gula, beras, tepung dan bil elektrik.

Cadangan pakatan untuk memotong sejumlah besar peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) tahun depan iaitu RM10 bilion, pastinya akan menjejaskan bayaran gaji untuk ribuan warga kerja JPM. JPM merupakan tunjang ekonomi negara dan badan pembuat keputusan kerajaan dan badan pelaksana.

Mungkin cadangan belanjawan pakatan yang paling kontroversi ialah penetapan gaji minimum RM1,100 untuk mengatasi masalah kebergantungan kepada pekerja asing. Bagaimanapun, banyak penganalisis politik berpendapat cadangan itu tidak praktikal dan memudaratkan daripada segi sosio-ekonomi.

Gaji yang dicadangkan itu jauh lebih tinggi berbanding kadar pasaran semasa bagi buruh tidak mahir. Adalah tidak masuk akal untuk menjangkakan kenaikan gaji yang begitu tinggi untuk pekerja tidak mahir tanpa mempertimbangkan kesan langsung dan tidak langsung terhadap permintaan buruh, inflasi dan produktiviti.

Pendekatan lebih baik ialah kenaikan secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi kadar gaji minimum. Menariknya, gaji minimum RM1,100 itu juga akan memberi manfaat kepada kira-kira 300,000 pekerja sektor awam yang berada dalam kumpulan berpendapatan rendah. Cadangan itu dan perancangan pembayaran bantuan khas untuk kanak-kanak, warga tua dan wanita, semuanya akan dibayar setiap tahun, telah menimbulkan kebimbangan terhadap kekukuhan kewangan negara di bawah pentadbiran pakatan.

"Kita hanya boleh mengagihkan wang apabila kita mempunyai lebihan fiskal atau ia mungkin akan membebankan lagi negara," tulis kolumnis Lim Sue Goan dalam MySinChew.com column.

Tumpuan khas yang diberikan kepada penjawat awam membabitkan peruntukan sebanyak RM5.9 bilion turut menimbulkan tanda tanya ekoran sejak awal lagi pakatan menegaskan perkhidmatan awam sudah terlalu besar dan perlu dikecilkan.

Mungkin orang akan mempersoalkan bahawa motif pakatan dalam mengambil pendekatan populis itu sebenarnya bertujuan untuk memancing semula sokongan penjawat awam.

Natijahnya ialah pakatan membelanjakan wang yang tidak dimiliknya dan belanjawannya kekal dibayangi oleh pelan induk sosio-ekonomi kerajaan Barisan Nasional yang pragmatik.

-- BERNAMA

90 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

HAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAH.....PANAS-PANAS....PA buat kerja...jgn layan dok cerita2 politik mcm ni...

Tanpa Nama berkata...

HAHAHA BLOG CUEPACS PUN DH POLITIK.ROSAK2..

Tanpa Nama berkata...

KALAU DIFIKIR SECARA UMUM MEMANG KITA PANDANG JENGKEL ISU POLITIK DIMUATKAN DALAM BLOG INI.TETAPI BILA DIFIKIRKAN SECARA ILMUAN SATU PENAMBAHAN ILMU PENGETAHUAN PA TERHADAP ISU POLITIK...HEHEHEHEH

Tanpa Nama berkata...

WOI..PR PUNYA BAJET LAGI BEST DARI BE END. BAJET BN BAJET GURU WAKAKAKAK

Tanpa Nama berkata...

perlu ada pendedahan. perlu tahu. perlu menilai.

Tanpa Nama berkata...

Walapun bajet ni meringankan beban tapi mewujudkan jurang diantara PENJAWAT AWAM PENDIDIKAN DAN PENJAWAT AWAM LAIN.

KERAJAAN PATUT AMALKAN TIME BASE SEKURANG2NYA 10 (TAK MINTAK MCM GURU PUN) BAGI PENJAWAT AWAM LAIN.

Tanpa Nama berkata...

SETUJU..PEnJAWAT AWAM LAIN pun patut diperkenalkan dengan system time base bukan nak disamakan dengan GURU tapi Sekurang-kurangnya 10 tahun, tidak seperti sebelum ini 15 tahun,

Tanpa Nama berkata...

BAGET BN COPY DR BAGET PR,UBAH SITU SKET SINI SKET..PASTU MENGAKU BAGET DIA LG BAGUS DR PR,HUHU..LAST TALIAN FOR BE END..

Tanpa Nama berkata...

cerita politik xperlu masuk dalam nii
admin tgok betol2 baru masukkan k..

Tanpa Nama berkata...

admin pun ikut jer kehendak parti tutt..tutt...dah dpt gula2 katakan..huhu

Tanpa Nama berkata...

akhirnyacikgu gak dpt byg manfaat..hmmm

Tanpa Nama berkata...

outa ja lebih

Tanpa Nama berkata...

kahkahkah....citer ngan org x skolah boleh la wei....22b dlm budget alternative tu khas tuk minyak ja...as for brg2 lain cadangannya ialah hapuskan monopoly n price will drop n silap2 x payah subsidi pun...budget bn budak botak tu dok keja carik jalan ja nak bayar subsidi kat adik beradik n kroni depa ja....

Tanpa Nama berkata...

Kepala bangang betul siapa yang paste cerita sampah nie...blog nie pun dah jadi najis najib ke??

Tanpa Nama berkata...

perjalanan karier guru berumur 25 tahun

kerja 8 tahun naik 44 (umur 33)
kerja lagi 8 tahun naik 48(umur 41)
kerja lagi 8 tahun naik 52 (umur49)
kerja lagi 8 tahun naik 54 (umur57)

mcm mana dengan gred J,W,S,and so on yang setaraf dengannya? atau pun gred yang lebih rendah...

Tanpa Nama berkata...

Bagi peluang sepenggal kpd pakatan utk merealisasikan belanjawan yg telah mereka bentangkan. Dah terlalu jemu dgn belanjawan Be End yg berpenggal-penggal lamanya.

Ezzu Raza berkata...

Info pasal gaji..

http://ezzuraza.blogspot.com/2011/10/jadual-kenaikan-gaji-penjawat-awam-2012.html

Tanpa Nama berkata...

Omar ngko tipu kami PA yer !!!
Ngko sokong sngat dgn guru-guru sifu kamu tuuu , ngko tak cerdik lagi omar !!!
baik ngko letak jwtn ...
udah ler .. aku dak muak dgn POLITIK ngko omarrtrr

ngko nak jadik senator kannn????
poorahhh..!!

Tanpa Nama berkata...

apa komen anwar di harakahdaily.com:
KUALA LUMPUR, 10 Okt: Rakyat Malaysia masih dalam keadaan daif, manakala di kalangan pekerja masih terdapat yang diperlakukan seperti khadam serta dibayar gaji di bawah paras kemiskinan

Tanpa Nama berkata...

Ini blog cuepacs makan gaji ke blog parti UM..no, blog Bend ni ka ka ka ka ka......hancurk !

Tanpa Nama berkata...

SEBENARNYA PAKATAN TIDAK PEGGANG KEMENTERIAN-KEMENTERIAN PENTING ATAU AGENSI2 YANG PENTING..SUDAH TENTU MEREKA TIDAK MEMPUNYAI MAKLUMAT YANG CUKUP UNTUK MEMBUAT BAJET YANG TEPAT (LEBIH HEBAT)..MAKA TAK HAIRANLAH SAPE YANG PEGGANG KERAJAAN SUDAH TENTU AKAN MEMPUNYAI KUASA DAN MEMPUNYAI MAKLUMAT YANG TERPERINCI UNTUK MEMBUAT BELANJAWAN YANG BERKESAN. INI PANDANGAN, BUKAN BERERTI MENYOKONG MANA-MANA PIHAK.

Tanpa Nama berkata...

SEBENARNYA PAKATAN TIDAK PEGANG KEMENTERIAN-KEMENTERIAN PENTING ATAU AGENSI2 YANG PENTING..SUDAH TENTU MEREKA TIDAK MEMPUNYAI MAKLUMAT YANG CUKUP UNTUK MEMBUAT BAJET YANG TEPAT (LEBIH HEBAT)..MAKA TAK HAIRANLAH SAPE YANG PEGANG KERAJAAN SUDAH TENTU AKAN MEMPUNYAI KUASA DAN MEMPUNYAI MAKLUMAT YANG TERPERINCI UNTUK MEMBUAT BELANJAWAN YANG BERKESAN. INI PANDANGAN, BUKAN BERERTI MENYOKONG MANA-MANA PIHAk

Tanpa Nama berkata...

"Pakatan Rakyat, gabungan parti-parti pembangkang, memperuntukkan belanjawan RM220 bilion bagi 2012, lebih kecil daripada belanjawan kerajaan sebanyak RM232.8 bilion."

jika berpandukan petikan di atas..nyata wujud kesilapan..sebenarnya besar atau kecil peruntukan suatu belanjawan itu..yang penting keberkesananya....bukan jumlah peruntukan belanjawan..tetapi bagaimana belanjawan tersebut boleh menepati setiap perancangan dan benar2 menepati kehendak rakyat...

memandangkan isu ni dimasukan dalam blog ni..komen je lah yang takde niat menyokong mana2 pihak.

Tanpa Nama berkata...

boleh blah la pakatan pembangkang kutipan parking kat peneng pun tak leh nak mansuh nak buat belanjawan... pui dasar kaki bontot...munafik.. penipu.. haram ke jadah bila nak mampus..

Tanpa Nama berkata...

base on da statement given above betullah umno ni is fr dummies only...

Tanpa Nama berkata...

Malang sungguh nasib saya sebagai pengadil, walaupun nama pengadil itu dari perkataan "adil", bila pasukannya kalah, kita dikatakan tidak adil, berat sebelah padahal kita sudah sedaya upaya bersikap adil. Pasukan yang memang biasanya beri ucapan terima kasih dan tidak komen apa-apa. Sepatutnya yang tewas tu usaha lagi, berlatih bersungguh-sungguh.Atur strategi, Main sefahaman, jangan main sendiri saja, main berpasukan.terima kekalahan, gentleman sikit. Sabar dan tabah.Esok lusa,kejayaan itu akan datang juga akhirnya.

Zarel berkata...

Aku rase kedua2 bajet pun ade baik buruk. Tapi bajet bayangan PR lebih bgus dr sudut gaji kakitangan awam..dlam bajet krjaan BN, xde gji mnimum 1200..dlm bajet PR ade..ak gred 29 tp ak ksihan jugak gred2 yg terlalu rendah cam gred 1-16.

Apepun, terpulang pada rakyat utk tentukan..kalau die suke dgan bajet skrang, bleh terus undi parti pmerintah skrang.. Kalu rase nk sesuatu yg lain, bleh undi PR..the choice is yours.

Tanpa Nama berkata...

"Pakatan Rakyat, gabungan parti-parti pembangkang, memperuntukkan belanjawan RM220 bilion bagi 2012, lebih kecil daripada belanjawan kerajaan sebanyak RM232.8 bilion."

jika berpandukan petikan di atas..nyata wujud kesilapan..sebenarnya besar atau kecil peruntukan suatu belanjawan itu..yang penting keberkesananya....bukan jumlah peruntukan belanjawan..tetapi bagaimana belanjawan tersebut boleh menepati setiap perancangan dan benar2 menepati kehendak rakyat...

memandangkan isu ni dimasukan dalam blog ni..komen je lah yang takde niat menyokong mana2 pihak

-------------------------------
bajet kena lebih kerana kena bayar lebih kepada gaji guru.. hahahahahahaha......

Tanpa Nama berkata...

cuepacs, bila lagi nak memperjuangkan nasib kami kakitangan sabah & sarawak... kami di sini tiada elaun cola.. elaun cola mana boleh disamakan dengan elaun wilayah.. elaun wilayah adalah hak mutlak kami sepertimana dasar imigresen adalah hak kami.. itu keistimewaan kami kerana telah bersetuju akan penubuhan malaysia... lagipun elaun wilayah bagi kakitangan sokongan seperti kami adalah lebih rendah daripada RM300 (kawasan bandaraya).. di sarawak, kuching & miri adalah taraf bandaraya... ini sangat2 tidak adil... lagipun semakin tinggi gaji, semakin rendahlah peratus untuk mendapat elaun wilayah...

Elaun Wilayah = Hak Mutlak
Elaun COLA = Hak...

harap ambil perhatian akan rintihan kami PA Malaysia Timur... kami pun PA juga... jgn kerana kami org Borneo, hak kami diperlekehkan....

Tanpa Nama berkata...

BAGAIMANA PULA KAMI YG BERSTATUS KONTRAK DALAM SKIM KHIDMAT SINGKAT?? BNYAK DAH PENGALAMAN SEWAKTU MENJALANKAN TUGAS...SAYA MOHON AGAR CUEPACS MENGETENGAHKAN MASALAH YG DIHADAPI OLEH KAMI PEMBANTU KESIHATAN AWAM U17 SKIM KHIDMAT SINGKAT...AGAR KAMI DILANJUTKAN KONTRAK ATAU DISERAP KE JAWATAN TETAP..KERAJAAN MESTILAH PERHATIN DALAM SEGALA HAL...DEMI MEMAJUKAN NEGARA...BAJET 2012 TERBAIK...

Tanpa Nama berkata...

perjalanan karier guru berumur 25 tahun

kerja 8 tahun naik 44 (umur 33)
kerja lagi 8 tahun naik 48(umur 41)
kerja lagi 8 tahun naik 52 (umur49)
kerja lagi 8 tahun naik 54 (umur57)

mcm mana dengan gred J,W,S,and so on yang setaraf dengannya?

MASUK KUBUR LAAA OIIIIIII.....

Tanpa Nama berkata...

Aku Januari 2012 genapla keja dah 11 tahun. Kalau perkiraan kenaikkan gaji tu diambil kira tempoh aku berkhidmat...WOW! Kaya...kaya..kaya..kaya..kaya... PAKCIK KAYOOOOO!!!!

Qesyah_Myesha berkata...

...........apa cerita ngan gred2 bawah nh...takan gred atas jak kot yang merasa senang.........mana keadilan yang dijanjikan........BLERRRR!!!!

Tanpa Nama berkata...

nk tnya cuepacs la..adakah penjawat awam mcm cikgu adalah keutamaan dlm cuepacs??mcm mana dengan penjawat awam ged n,j,s,c,f dan seumpamanya..insentif yg diumumkan hnya memihak kepada satu pihak ja,,mcm cikgu??bukan nk menikdakan bajet bru2 ni cma terkilan ketaksamaan dalam insentif yg diberikan ketara sgt..

Tanpa Nama berkata...

cikgu tu sekadar contoh je la sbb golongan tu ramai tapi kenaikan tu dpt juga utk ktgn yg lain.. pape pun tunggu la pekeliling jpa jgn ckp ikut suka je..

Tanpa Nama berkata...

nk tnya cuepacs la..adakah penjawat awam mcm cikgu adalah keutamaan dlm cuepacs??mcm mana dengan penjawat awam ged n,j,s,c,f dan seumpamanya..insentif yg diumumkan hnya memihak kepada satu pihak ja,,mcm cikgu??bukan nk menikdakan bajet bru2 ni cma terkilan ketaksamaan dalam insentif yg diberikan ketara sgt..

-----------------------------

KESIAN KAN... tetapi itulah hakikat yg harus diterima.. saya gred J nak naik pun payah.. kena tunggu kup 15 tahun jer... cikgu time based 8 tahun jer.. 2 kali cikgu naik, kita ni baru sekali naik & sampai pencen hanya merasa kenaikan kup sekali jer...

Tanpa Nama berkata...

Sokong PR dpt RM500. UMNO hampeh

Tanpa Nama berkata...

KOMEN2 KAT ATAS NI ADA YANG BOLEH DIPERCAYAI RUNGUTANNYA..ADA YANG BENAR KENYATAANNYA DENGAN REALITINYA... KALAU DIBUAT KAJIAN PERMASALAHAN INI SEMUA PASTI SIGNIFIKAN...OLEH ITU SAYA SEBEGAI WARGA PA MOHONLAH AGAR PIHAK CEUPACS MELIHAT RUNGUTAN MEREKA INI..

tapi yang komen2 yang melibatkan politik @ kutuk mengutuk dan tak berbudi bahasa tu tak masuk kiralah....


XXX JOM KLIK XXX

Tanpa Nama berkata...

ORG2 KUAT CUEPACS,

BEGINILAH NASIB WARGA SKIM PERKHIDMATAN SINGKAT YANG AKAN DITAMATKAN KONTRAK PADA HUJUNG TAHUN INI... NAMPAKNYA, KHABAR BAIK TENTANG NASIB KAMI SEBAGAI STAFF BERSTATUS KONTRAK (SPS) DALAM BAJET 2012, LANGSUNG TIDAK DISENTUH OLEH PERDANA MENTERI SELAKU MENTERI KEWANGAN NEGARA. ADAKAH SETAKAT INI SAHAJA PERJUANGAN KAMI SEBAGAI STAFF SPS? KAMI TIDAK MEMINTA LEBIH CUMA YANG KAMI HARAPKAN NASIB KAMI DIBELA SEPERTI STAFF2 TETAP KERAJAAN YANG LAIN. LANJUTAN HAD UMUR, PENCEN, KENAIKAN GAJI DAN PANGKAT SEMUANYA TELAH DIBENTANG DAN DALAM PERANCANGAN BAJET 2012. BAGAIMANA DENGAN NASIB KAMI WARGA SPS? SELURUH WARGA SPS BEGITU RISAU TENTANG NASIB MEREKA KERANA KEBANYAKKAN WARGA SPS HAD UMURNYA DARI 25 - 40 TAHUN. DAN INI SUDAH TENTUNYA PIHAK KAMI SUDAH MEMPUNYAI TANGGUNGAN MASING2... JIKA NASIB KAMI TIDAK DIBELA PADA TAHUN DEPAN, MUSNAHLAH HARAPAN KAMI SEKIRANYA TIADA TINDAKAN DIAMBIL OLEH KERAJAAN MALAYSIA KHUSUSNYA. DIHARAP PIHAK CUEPACS DAPAT MEMBAWA PERKARA DAN MASALAH INI KEPADA PERDANA MENTERI UNTUK PERTIMBANGAN SEMULA. SEKIAN...

Tanpa Nama berkata...

PA Gred 1-26 kena tipu lagi?
omar ngko tak simpati dgn kami ...

kamu perlu ngat waktu kamu masuk kelab pencen dah tiba ... kann ngko disambung keja (Kontrak) oleh UPM ??

Naib Canselor upm, lihat ler staf kamu niih .. tak yah sambung.

Tanpa Nama berkata...

Aku stuju gak dgn cdgn minta PA bersyukur !!! Aku pung bersyukur.

Cuma, terasa .. yg tak adil memang sahih tak adil. Pejam mata sblh pun memang nampak tak adil. Kalau dacing .. musti senget !!! ie sistem KUP : 5 tahun utk PDRM, 8 tahun utk GURU, 15 tahun utk Penjawat Awam !!!
KUP nii sistem naik pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP).
Bila nak rasa naik pangkat Bro.? tunggu 15 tahun. Habih boreh !!

Takkan Presden Cupec tak nampak !!! buat tak nampak kerr ???
atau tunggu Senator ...

Betul jugak saranan shbt kiter, VC UPM, tlg jgn sambung kontrak Omar ... biar dia tau untung nasibnya. !!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

La aku tgk omar nie dah banyak tahun dah dia pegang jawatan presiden. Bila dah dpt datuk dia berlembut sgt dgn tuntutan PA. BODEK KUAT.TURUN KAN OMAR NAIK KAN ORG BARU YANG BOLEH MENUNTUT HAK PA

Tanpa Nama berkata...

WOI..MANA ADIL
CIKGU 8 TAHUN NAIK
POLIS 5 TAHUN NAIK
PA LAIN...TUNGGU 15 TAHUN..ITU PUN KUP..

VOTE OUT BN!!!!!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

wahai Bernama
Kalau nak minta komen pasal bajet, jangan tanya penganalisis politik..umpama sakit tanya petani..mana dia tau..tanyalah doktor baru tau.
Tanyalah penganalisis ekonomi tentang bajet, baru berita anda ada kelas...betoi tak!

Tanpa Nama berkata...

apa kaitan ngan pembangkang ni.... adooiiiiiii.....

umah makin mahal la ooiiiiiii........
yg naik kan smpai 400k btpe.....
makin ramai la tanggung beban utang..
umah bwh 200k akan kurang la lps ni... pemaju amik kesempatan naik kn harga umah...

apa pn x bleh...

Tanpa Nama berkata...

HAHAHA ..LAWAKLAH .. PAKATAN PUNYA LAH BAGUS BELANJAWAN BRO.. HEHEHE BACA LAH HABIS DULU. BELANJAWAN TELUS DAN IKHLAS.. KUAT PUNYA BODEK.TAHUN DEPAN DAPAT TAN SRI LAH TUU.. BILA MAU PENCEN.. HAHAHA ..NAK SAMBUNG UMUR 60 KE DATOK.. SUDAH SUDAH LA TUH.. CUKUP CUKUPLAH KEJAR DUNIA NIH ..

Tanpa Nama berkata...

SOKONG TIME BASED 8 THN UTK SEMUA PA TAK KIRA APA2 JAWATAN ..............

Tanpa Nama berkata...

Alahai, senang2 saja kata 8 tahun dapat time-based. Tak baca pekeliling ka ? PTK mesti III, Wajaran 3 tahun mesti cemerlang, lepas dari tindakan disiplin, hutang atau muflis, diperakukan oleh ketua jabatan dan ada lagi syarat-syarat lain. (ramai yg belum memenuhi syarat )Kalau komfom dapat pun lambat, tahun ke-11 ke atas, biasanya backdated. Kena tunggu juga...kebanyakkan tanggapan di sini tidak betul.

KPT berkata...

GURU SEMUA PASTIKAN PR JANGAN MENANG PRU13 INI, SEBAB LIHAT SAHAJA NEGERI YANG MEREKA PERINTAH, MANA MANEFESTO MEREKA DALAM PRU12, KENAPA TIDAK DILAKSANAKAN SUPAYA KITA BOLEH LIHAT...CONTOHNYA MAU KASIH 6 BULAN BONUS
?

Tanpa Nama berkata...

nk tnya cuepacs la..adakah penjawat awam mcm cikgu adalah keutamaan dlm cuepacs??mcm mana dengan penjawat awam ged n,j,s,c,f dan seumpamanya..insentif yg diumumkan hnya memihak kepada satu pihak ja,,mcm cikgu??bukan nk menikdakan bajet bru2 ni cma terkilan ketaksamaan dalam insentif yg diberikan ketara sgt..

komen anda tu nmpk mcm kena pda masanya...ehheeh..IBARAT ORANG LAIN MKN ISI DURIAN KITA NI PLAK MKN KULIT DURIAN perumpaan dlm keistimewaan mengikut gred dlm perkhidmatan awam..tlong la jgn memihak pada satu gred ja whai badan yg memperjuangkan pekerja perkhidmatan awam

Tanpa Nama berkata...

tempoh perkhidmatan dr 41-44

PTD-3tahun
DOKTOR-3 tahun
Farmasi - 5 tahun
Polis - 5 tahun
Pegawai Sains - 8 tahun
Pegawai Latihan Vokasional-8 tahun
Cikgu - 8 tahun (dulu 10)

klu ada nak tambah gred lain silakan..

so xadil klu nak kata cikgu anak emas kerajaan..tgk cikgu ranking ke berapa?

LanPendang berkata...

Tak setuju dengan jawatan rendah kenaikan gaji rendah sebab kelayakan spm/rendah. Sebabnya kebanyakan kumpulan sokongan sekarang ni sekurang2nya ada diploma malah ijazah sekalipun. Cadangan aku...

-basic gaji=ikut jawatan
-Kenaikan gaji tahunan = Ikut kelayakan dimiliki.

*Lebih adil kepada staf

Tanpa Nama berkata...

takut tukar pemerintah nanti...cuepacs akan kata "KELEMAHAN BELANJAWAN NAJIB TERSERLAH"...

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS...perjaungkanlah cuti bergaji penuh utk PA kumpulan pelaksana (sokongan) sambung belajar...separuh gaji mana boleh..rumah..kereta..anak2 sekolah...semua nk kena bayar..

Tanpa Nama berkata...

tempoh perkhidmatan dr 41-44

PTD-3tahun
DOKTOR-3 tahun
Farmasi - 5 tahun
Polis - 5 tahun
Pegawai Sains - 8 tahun
Pegawai Latihan Vokasional-8 tahun
Cikgu - 8 tahun (dulu 10)

klu ada nak tambah gred lain silakan..

so xadil klu nak kata cikgu anak emas kerajaan..tgk cikgu ranking ke berapa?
:::::::::::::::::::::::::::::::::
Betul tu, main cakap tanpa selidik. Yang lepas-lepas pun bukan guru yang dapat, tapi pegawai atasan seperti pengetua dan penolong kanan yang berada di dg48 dan dg52. Apa-apapun bujet setiap tahun dari hanya menguntungkan pegawai atsan.

Tanpa Nama berkata...

perjalanan karier guru berumur 25 tahun

kerja 8 tahun naik 44 (umur 33)
kerja lagi 8 tahun naik 48(umur 41)
kerja lagi 8 tahun naik 52 (umur49)
kerja lagi 8 tahun naik 54 (umur57)

mcm mana dengan gred J,W,S,and so on yang setaraf dengannya? atau pun gred yang lebih rendah...

kenapa asyik nk salahkan guru ja... klu guru biasa gred maksimum yg dia bleh capai just 48 jer.. lain la kalau guru cemerlang or pengetua..bleh capai 52 or 54. so klu guru biasa sampai pencen pun dia akan berada di gred 48.
kalau xtau pasal skim guru jangan pandai cakap jer..selidik dulu sebelum bercakap.. baget kali ni aku rasa bagi guru yang lebih dari PA lain ialah timed based jer.. dari 10 thn ke 8 thn.. itu jer.. banyak tu pun nk salahkan cikgu ker?

Tanpa Nama berkata...

bodoh punya belanjawan BN, baik sokong Pakatan Rakyat dapat kenaikan RM500 sebulan

Tanpa Nama berkata...

dah tipu kakitangan kerajaan dan rakyat 50 tahun lebih, BN masih nak tipu rakyat lagi, elaun dipotong tiba-tiba berlagak banyak wang nak naik gaji piiiiiiraaaah punya kutty

2bz4money berkata...

Bajet bukan hanya tertumpu kpd aspek berbelanja shj tapi bgmna nak membiayainya. Berbelanja di luar kemampuan akan menyebabkan negara menanggung defisit hutang yg bakal diwarisi oleh generasi akan dtg.

Tanpa Nama berkata...

untuk semua x payah gadoh2 dapat dose je. dapat duit bising x dapat duit bising...kalau cuepacs x fight habuk pun tarak.ape di kaji org gred besar ni , dia org ada kelulusan tinggi , keje dah lama gaji dah besar. walau peratus naik gaji kecik tp disebabkan gaji dah besar jadi la byk..aku x minat gak guru2 dpt ni tapi ape yg boleh di buat pun. gaji kecik buat cara kecik..gaji kite, kite yg selenggarakan.

Tanpa Nama berkata...

kami para guru2 mengucapkan ribuan terima kasih pada kerajaan kerana bajet baru2 ini. kepada kawan2 lain yg bukan guru kami turut simpati...

Tanpa Nama berkata...

jangan salahkan najib..salahkan JPA kerana tidak cekap mengurus soal gaji kakitangan awam..sebab itu struktur gaji dan syarat2 jadi lintang pukang...

Tanpa Nama berkata...

korang sabar,kalau pasal kenaikan elaun ke naik pangkat ke tak yah tunggu PM umum bajet..semua tu kuasa JPA..kalau JPA luluskan bila-bila masa pun boleh...

pasal kenaikan pangkat,kenaikan elaun takde berkaitan politik...semua tu kuasa JPA..setelah disemak dan sesuai diluluskan...PM hanya umum pemberian bonus dan kenaikan gaji dan mana-mana yang sesuai diumumkan..

Tanpa Nama berkata...

korang sabar,kalau pasal kenaikan elaun ke naik pangkat ke tak yah tunggu PM umum bajet..semua tu kuasa JPA..kalau JPA luluskan bila-bila masa pun boleh...

pasal kenaikan pangkat,kenaikan elaun takde berkaitan politik...semua tu kuasa JPA..setelah disemak dan sesuai diluluskan...PM hanya umum pemberian bonus dan kenaikan gaji dan mana-mana yang sesuai diumumkan atau ikut suka hati PMlah nak umum atau tidak

Tanpa Nama berkata...

korang sabar,kalau pasal kenaikan elaun ke naik pangkat ke tak yah tunggu PM umum bajet..semua tu kuasa JPA..kalau JPA luluskan bila-bila masa pun boleh...

pasal kenaikan pangkat,kenaikan elaun takde berkaitan politik...semua tu kuasa JPA..setelah disemak dan sesuai diluluskan...PM hanya umum pemberian bonus dan kenaikan gaji dan mana-mana yang sesuai diumumkan atau ikut suka hati PM lah nak umum atau tidak

tapi kadang2 PM juga melihat kepada keperluan dan permintaan PA melalui persatuan,PM mempunyai kuasa memberikan apa sahaja yang sesuai dipertimbangkan harapan PA walaupun tidak melalui JPA.

Tanpa Nama berkata...

tempoh perkhidmatan dr 41-44

PTD-3tahun
DOKTOR-3 tahun
Farmasi - 5 tahun
Polis - 5 tahun
Pegawai Sains - 8 tahun
Pegawai Latihan Vokasional-8 tahun
Cikgu - 8 tahun (dulu 10)

klu ada nak tambah gred lain silakan..
---------------------------------
Pegawai latihan vokasional 5 tahun naik 44
masuk 2006...sah 2008...naik pangkat mangku 2011 arini..syoknya kawan aku tu

Tanpa Nama berkata...

tempoh perkhidmatan dr 41-44

PTD-3tahun
DOKTOR-3 tahun
Farmasi - 5 tahun
Polis - 5 tahun
Pegawai Sains - 8 tahun
Pegawai Latihan Vokasional-8 tahun
Cikgu - 8 tahun (dulu 10)

klu ada nak tambah gred lain silakan..
---------------------------------
ada nak tambah...mamber aku gred N1 1 tahun je dah ke N27... tapi interview lah..mohon kat spa

Tanpa Nama berkata...

sabar...sebenarnya semua penjawat awam dapat manafaatnya. bukan guru aje. pembentangan bajet hari tu berkenaan dengan gaji mati guru yang gred 48 adalah sebagai contoh kenaikan gaji kakitangan awam. cuma yang kelebihan guru ialah bergantung kepada timebase diaorg. kakitangan awam yang lain pun ada kenaikannya yang banyak. sabar. cuba ingat balik pengumuman yang najib sampaikan hari tu. klu dalam pembentangan bajet tu guru x disebut semua akan tahu apa akan berlaku kan.......sabar

Tanpa Nama berkata...

Toksale berpolitik... Haduih, itu kami tak kisah

GM berkata...

So u keep counting who r getting more n who r receiving less. Out of array..... u r then whack each with awful words.

Yeah…typical malay lynch …pray 5 x a dy..yet, as good as none!

Actually u’r entirely fails. U fall short to realize what is waiting to choke u up. d economic recession is at our shore now…only d ignorance who cant take notice. Or would still to go bagging like a little baby until u’ll be told d truth about our economy after Mr PM secure another 5-year term?
What is given to u… r already d break- d- bank spending.

Most research houses n experts do say so. Cash out big for nothing in return will fall short of projection, government has to dig more money to support growth. While most of d money has gone into ur pocket …d only way to achieve that smaller budget deficit is to rise big n wide range taxation. This is what GST is all about. Another way to pay form spending is to cut subsidy. If it still not enuf another option is to borrow.

In short….. cash handouts, more money for civil servants…… more money for majority …….who r gonna pay for all these? ..we are!
So stop cry over for more…..as d gov is already over spending!

PEKERJA KILANG BESI berkata...

WOIT!!! BANI PA. DAK TAKDE KEJE YE. MEH JOIN AKU KAT KILANG NI. TAK HABIS KEJ. KORANG SEDAP-SEDAP JE BUANG MASA KAT SINI.

Tanpa Nama berkata...

BN naik gaji sikit, baik kita sokong PAKATAN RAKYAT dapat naik gaji lagi, rakyat tak sebodoh zaman Tun Razak....

Tanpa Nama berkata...

HARGA AYAM DAH NAIK, BILA BN NAK TURUN JADI PEMBANGKANG DI MALAYSIA

Tanpa Nama berkata...

KESATUAN DIPIMPIN YES MEN NAJIB YES MEN NAJIB

Tanpa Nama berkata...

satu je naik pangkat atau naik gaji yang penting harga barang jgn naik..mohon kerajaan dapat kawal mcm kedai 1 Malaysia...kalau kedai 1 malaysia boleh harga murah napa kedai lain tak boleh.....

umur pencen ubah kepada 50 tahun...syukurlah separuh abad kerja kerajaan..abis khidmat 50 tahun dapat pencen dan kerajaan bagi latihan beniaga atau perladangan.dan lain2

bagi golongan yang sudah berkhidmat sampai 10 tahun tetapi kerja tak memuaskan atau tak minat lagi keja boleh berhenti(pencen muda) dan dapat pencen separuh dari gaji pokok serta merta...

jadi dengan cara ini banyak boleh memberi peluang kepada golongan muda dan individu yang benar2 komitmen bekerja dengan kerajaan...ini pandangan le...kalau ada kelemahan mohon maaf ye...

kefifitan berkata...

Bodoh punye CUEPECS.... jangan la nampak sangat ko ni pencacai BN...bodoh Kayu!

Tanpa Nama berkata...

bersyukur lah wahai PA semua... kira kita nie bernasib baik dapat hidup dibumi Malaysia, nak dibandingkan dengan negara-negara yang lain yang kucar kacir... jgnlah nak salahkan mana-mana pihak... cuba PA semua fikirkan kepada golongan yang kurang bernasib baik macam negara lain... orang luar cemburu dengan negara kita yang aman ini.....Ingat Allah lebih berkuasa dari segalanya. Dunia ini hanya sementara...... Jangan di kejar DUNIAWI semata-matanya...

GM berkata...

Unfortunately, such gratitude not has to spell out at wrong will or it goes as depleted word. For man- made fault…can u say, syukur u chop off my hand instead of my head? What I mean is…….God give u brain to challenge for betterments. Grateful is for d good not for d ugly one.

Tanpa Nama berkata...

x perlu la kita bangkitkan kerajaan tiru bajet punya PR. semua orang termasuk kakitangan awam kan dah dapat bahagiannya. x bersyukur lagi ke negara kita ni diperintah oleh orang melayu sebagai PM, TPM, menteri2 lain, koata bumiputera. tgk la selangor bergolak pasal apa? pasal orang cina banyak duduk kat exco... xpayah la cerita banyak2 pasal politik kat sini....nanti x cantik jadinya. kerajaan dah bagi belanjawan yang adil pun x puas hati lagi. dah bagi kenaikan gaji pun ckp kerajaan tiru PR punya. klu dia nak tiru sekalipun eloklah. klu dia x tiru mungkin kita x merasa apa yang kita dapat sekarang ni kan. klu x puas hati dengan pemerintahan sekarang pilihanraya 13 ni tukar kerajaan. kat sini kita cuma kita komen apa yang kerajaan beri pada kita dan apa yang kita x puas hati dengan pembentangan bajet baru2 ni....lagi2 politik...lagi2 politik... apa punya orang la. x puas hati tukar pemerintahan. cari jalan kat mcmana nak kalahkan kerajaan sekarang....tapi bukan kat sini.

Hamba Hutang berkata...

Umur persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun adalah untuk menggalakkan penjawat awam berhutang, memastikan penjawat awam membayar hutang serta riba yg dihalalkan oleh ustaz-ustaz yg dibayar gaji oleh bank melalui skim pembiayaan yg menggunakan istilah bahasa arab untuk memberi keuntungan dan kekayaan kepada bank dan institusi kewangan...

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS!!!...tolong keluarkan artikel ini..jgn jd pencacai BE END..

Tanpa Nama berkata...

PENGAPUH KERAJAAN..BELI TISU TANDAS LA WEI...ADMIN BODOH...!!!

Tanpa Nama berkata...

tahniah lah dato Hj.Omar.jurutaip bleh naik jadi kerani N17,Operator telefon naik N17.Pembantu Am Rendah cuma layak tukar Nama jer "Pembantu Am Pejabat".Tiap2 bulan potong gaji untuk kesatuan bwah pembantu am pejabat.nasib lah rakyat marhaen mcm nie.

Tanpa Nama berkata...

PERUNTUKAN KERAJAAN----(bagi dana)---> PTPTN*kerajaan-----(yuran pengajian)---->IPTA*kerajaan----(HASIL Dana IPTA)----->PERUNTUKAN KERAJAAN= Jawapanya kerajaan dapat duit kerajaan balik..tapi pelajar dapat HUTANG...

so sepatutnya IPTA Free..

Tanpa Nama berkata...

PERUNTUKAN KERAJAAN----(bagi dana)---> PTPTN*kerajaan-----(yuran pengajian)---->IPTA*kerajaan----(HASIL Dana IPTA)----->PERUNTUKAN KERAJAAN= Jawapanya kerajaan dapat duit kerajaan balik..tapi pelajar dapat HUTANG...

so sepatutnya IPTA Free.. dan ptptn hanya bayar kos duit belanja je

Tanpa Nama berkata...

PERUNTUKAN KERAJAAN----(bagi dana)---> PTPTN*kerajaan-----(yuran pengajian)---->IPTA*kerajaan----(HASIL Dana IPTA)----->PERUNTUKAN KERAJAAN= Jawapanya kerajaan dapat duit kerajaan balik..tapi pelajar dapat HUTANG...

so sepatutnya IPTA Free.. dan ptptn hanya bayar kos duit belanja je


kalau salah tolong betulkan ye..kami budak baru abis belajar...hehehe

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya hutang ptptn tidak banyak..kalau pelajar hanya ditanggung kos duit belanja yang diberikan ptptn sahaja..yuran freelah..dah namanya IPTA..kalau sekolah rendah dan menengah boleh murah ..apa bezanya ipta yang ditanggung kerajaan...why kena bayar yuran begitu banyak sehingga membebankan pelajar kepada hutang ptptn yang berbelas-belas ribu...fikirlah...

Tanpa Nama berkata...

semoga belanjawan tahun2013,time base utuk guru dipendekkan kepada cuma 3 tahun untuk naik kepada 44.pegi mampus dengan jawatan lain kerana mereka tidak penting dan tidak terlintasdalam kebijaksanaan pemerintah

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
semoga belanjawan tahun2013,time base utuk guru dipendekkan kepada cuma 3 tahun untuk naik kepada 44.pegi mampus dengan jawatan lain kerana mereka tidak penting dan tidak terlintasdalam kebijaksanaan pemerintah

Jumaat, Oktober 21, 2011 9:47:00 PM

--------------------

betul2.. hidup cikgu..!!

Penjawat Awam berkata...

hahaa.. bagus betul bahasa. jawatan lain pergi mampus? Doktor, polis, askar tak penting ker? apa daaa... cakap pandang-pandang sikit, sebelum taip tu fikir betul-betul. sekali tertaip padah akibatnya.