SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

08 Oktober 2011

MUHYIDDIN MINTA PENJAWAT AWAM, GURU BERI PERKHIDMATAN LEBIH BAIK

Bernama
8/10/2011



KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Belanjawan 2012 sebagai yang terbaik dalam sejarah negara kerana ia memberi perhatian kepada semua peringkat rakyat selain mengimbangi defisit negara dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya membentangkan Belanjawan yang seimbang di mana Malaysia mampu menyeimbangkan antara pertumbuhan ekonomi dengan usaha mengurangkan defisit negara dengan mensasarkan pengurangan pada 4.7 peratus tahun depan.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, turut menyambut baik penambahbaikan dalam sektor awam khususnya sektor pendidikan, yang turut menerima insentif-insentif istimewa.

Justeru, beliau meminta kira-kira 1.3 juta penjawat awam termasuk 480,000 guru, yang menerima imbuhan istimewa, supaya menanam semangat untuk bersedia memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat.

Beliau berkata imbuhan yang diterima para penjawat awam itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan menambahbaik perkhidmatan awam secara menyeluruh.

"Pengumuman yang dibuat itu merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh semua penjawat awam terutamanya warga Kementerian Pelajaran.

"Saya harap dengan tawaran yang lebih baik ini, mereka bukan sahaja merasa gembira tetapi dapat meningkatkan mutu kerja dan lebih bersemangat memikul tanggungjawab lebih besar terutamanya kerana sektor pendidikan sekolah amat penting dalam menjana modal insan negara," katanya pada sidang media selepas perbentangan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat Jumaat.

Antara insentif untuk perkhidmatan awam ialah pengenalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) di mana melalui sistem baru itu, penjawat awam akan menerima kenaikan gaji tahunan yang ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred mulai 2012.

Penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA juga akan mendapat faedah kenaikan gaji di antara tujuh hingga 13 peratus selain pelanjutan umur persaraan wajib penjawat awam dari 58 tahun ke 60 tahun dan penambahbaikan sistem kenaikan gred bagi guru.

Sektor pendidikan juga menerima banyak ganjaran termasuk Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah berjumlah RM1 bilion, pemberian baucar buku kepada semua pelajar di peringkat pengajian tinggi dan pemansuhan bayaran yuran tambahan RM24.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah.

Pemansuhan yuran itu membabitkan RM72.4 juta merangkumi 2,956,397 murid sekolah rendah dan RM80.4 juta bagi 2,400,835 pelajar sekolah menengah.

Muhyiddin berkata dengan keputusan itu, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak sewajarnya mengenakan sebarang bayaran yuran kepada pelajar dan sekiranya perlu mengenakan sebarang bayaran bagi membiayai projek tertentu, ia perlu merujuk perkara itu kepada Jabatan Pelajaran Negeri terlebih dahulu.

Katanya beliau akan mengumumkan secara terperinci kandungan penambahbaikan sektor pendidikan awal bulan depan.

Mengenai pengenalan SBPA, Muhyiddin berkata keputusan untuk mewujudkan skim baru itu diputuskan selepas kerajaan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pelbagai pihak berkaitan.

"Pendekatan itu bukan diputuskan begitu sahaja. Kita sudah berbincang dengan pelbagai pihak termasuk Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), sektor awam perguruan dan mereka sudah mengemukakan cadangan yang mana kita ambil kira," katanya.

Dalam pada itu, menjawab andaian bahawa Belanjawan yang dibentangkan itu sebagai 'Belanjawan Pilihan raya', Muhyiddin berkata :"Saya tidak fikir perkara itu menjadi pertimbangan utama kerana situasi dan keadaan hari ini memerlukan kerajaan prihatin akan keperluan rakyat".

Beliau berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama membentangkan Belanjawan yang berteras kepada kebajikan rakyat dan tahun ini semangat itu sejajar dengan Gagasan 1Malaysia yang berkonsep kepada rakyat didahulukan.

"Yang di sana (pembangkang), selepas 54 tahun baru nak sebut nak laksana negara kebajikan...kita sudah laksana dulu. Kita lebih tahu apa yang harus dibuat untuk kepentingan rakyat tetapi pembangkang baru sedar, baru hendak bawa ke Parlimen Buku Jingga untuk tarik minat rakyat, tapi rakyat sudah tahu," katanya.

Mengenai cukai rokok yang tidak dinaikkan, Muhyiddin berkata, keputusan itu dibuat kerana kerajaan berpandangan bahawa pendapatan sedia ada memadai.

Katanya, kerajaan juga khuatir jika harga rokok meningkat ia akan menjurus kepada masalah lain termasuk penyeludupan yang mana usaha untuk mencegahnya akan memakan kos lebih tinggi daripada pendapatan yang diperoleh daripada cukai rokok.

-- BERNAMA

30 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Guru banyak sokong pembangkang..

Tanpa Nama berkata...

sama je, guru2 tetap beri tumpuan kpd pelajar2 yg bijak yg mampu naikkan peratus kelulusan sekolah tu, yg xberapa cerdik, lantak kau lah, ajar penat2 pun bukan dapat ape ape imbuhan pun..

Tanpa Nama berkata...

Hanya Guru saja ke yang yang layak sistem time based?
Ketiga: Pada perutusan khas Hari Guru yang lalu, saya telah mengumumkan laluan kerjaya perkhidmatan perguruan siswazah yang lebih baik. Tidak perlu lagi seperti dulu, seorang guru terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat, sebaliknya sekarang, dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja. Seterusnya pula, bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung pada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah time-based lapan tahun turut diterima pakai; dan
Pensyarah kerDIL

Tanpa Nama berkata...

kelebihan diberi untuk menjalankan tanggungjawab yang lebih berat itu sahaja, kalau kelebihan diberi tidak setimpal dengan pulangan apa akan jadi?? korupsi akan berlaku. mintak la apa2 sahaja dan janji lah untuk negara kita akan bertambah baik bila yang diminta atau dituntut dipenuhi.. dunia mendatang makin mencabar, tugas semakin berat.. bukan imbuhan semata2..

Tanpa Nama berkata...

sama je, guru2 tetap beri tumpuan kpd pelajar2 yg bijak yg mampu naikkan peratus kelulusan sekolah tu, yg xberapa cerdik, lantak kau lah, ajar penat2 pun bukan dapat ape ape imbuhan pun..

__________________________________

yang tak bijak tak disuruh ambil peperiksaan gara2 ingin mendapat imbuhan seperti yg dijanjikan jika sekolah tersebut mendapat keputusan cemerlang...

Tanpa Nama berkata...

PR RM500. UMnoBN RM80 -RM320. Mana OK? Murid pra pun tau.

Tanpa Nama berkata...

cikgu kalau gaji dah naik tak payah la marker pun nak mintak kat pejabat lagi........kalau takde tak nak mengajar pulak

Tanpa Nama berkata...

kalau cikgu dah naik gaji jangan la ada lagi " sapa tanak belajar duduk belakang, sapa yang nak belajar je duduk depan".

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Guru banyak sokong pembangkang..

Isnin, Oktober 10, 2011 11:33:00 AM
**********************************

Pikir dulu sblm keluar kenyataan. Kalau betul ramai guru yg sokong pembangkang dah lama dah pembangkang perintah negara.

Guru2 yg sokong pembangkang boleh lahirkan ramai generasi muda yg anti kerajaan skrg. Tp sehingga kini BN masih berkuasa.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Guru banyak sokong pembangkang..

Isnin, Oktober 10, 2011 11:33:00 AM
**********************************

Pikir dulu sblm keluar kenyataan. Kalau betul ramai guru yg sokong pembangkang dah lama dah pembangkang perintah negara.

Guru2 yg sokong pembangkang boleh lahirkan ramai generasi muda yg anti kerajaan skrg. Tp sehingga kini BN masih berkuasa.

___________________________________

yang bagi ulasan ne lagi bangang... ko nak duit kerajaan tapi sokong pembangkang... baik KO LETAK JAWATAN LAA CIKGU SIALLLL

Tanpa Nama berkata...

apa la punya kerajaan, ingat guru ja ka yg bat kerja \? penjawat awam lai pun lg teruk kerja dia.. spt polis n kakitangan perubatan yg sentiasa kerja 24jam demi masyarakat.. alo kerajaan skrg, biarla semua di bagi sama rata termasuk time base tu...

Tanpa Nama berkata...

Saya ingin mencadangkan Guru Besar di sekolah kebangsaan perlu dilantik dari gred DG44. Rasionalnya ramai guru DG41 yang mula bertugas di sekolah kebangsaan. Ada sekolah kebangsaan di JB yang menekan guru-guru gred DG41, diberi tugas bukan mengajar yang banyak, dengan alasan mereka belajar lebih dari kita. Guru Besar mungkin hanya Gred DG32 atau DG 38 sahaja. KPM tolong ambil perhatian dan periksa masalah ini.

Tomatoman berkata...

Kepada Guru yg dah naik gaji mencanak nie harap duk diam je!! Jgn nk membebel sana sini,komplen mcm ko je keje banyak!!! Gaji korg dh emgalahkan doktor kerajaaan dah! Jgn nk mention smua keje kt sekolah tu korg buat!!alasan lama!! Hrp gaji naik pretasi pun naik jgk!lps ni bg kt PA lain plak!!!!! Takpyh nak keje korg tu mulia sgt sb smua org dh TAHU!cipta alasan lain boleh tak?

Tanpa Nama berkata...

tomatoman...tomatoman..nape marah dengan guru..mereka cepat dapat time base rezeki kamu berkurang ke..Hidung awak jadi pesek ke?\Guru cepat dapat time base sikit pun tak jejas periuk nasi awak..Inilah yang di panggil hasad dengki..tidak suka melihat orang lain senang

Tanpa Nama berkata...

Tomatoman: Nape ko tak minta jadik cikgu. Blh ko dpt habuang spt cikgu. KO kau bodoh x dpt jd cikgu.....

PA juga berkata...

apa la bodoh sgt ko nak pertikai cola tu..ko dtg arrr keja kat bandar metropolis ni..ko tahu la sengsara idup sebagai pa jawatan rendah kat cni..sewa rumah flat pundah dkt 700 skrg ni..ko kat kg leh wat rumah banglo lg..kimak betol..satu lagi aku tak puas ati dgn pemberian elaun kritikal..aper jawatan lain tak kritikal ker..aku rasa nurse dgn ma yg dpt elaun krikal 15% drp basic tu cam kitaorg pa lain gak..ader yg responsible lg teruk drp depa pon ader..kerajaan mmg tak adil.asyik lebihkan guru/nurse/polis/ptd..dah la naik gaji pon tak banyak mana..miskin makin miskin..kaya makin kaya..jom tukar kerajaan

Tanpa Nama berkata...

kepada semua yang memberi komen biarlah berhati-hati jangan sampai menyinggung perasaan orang lain.Semua PA penting.Tolong baca semula teks bajet tu, gred guru hanya contoh sahaja tetapi semua PA dapat benda yang sama.Dalam kitab dah disebut guru adalah kerja yang sangat mulia jika dapat melahirkan insan kamil.Jika kita kutuk guru ilmu yang kita perolehi dan generasi orang yang mengutuk tu tak berkat selagi tak minta maaf.Harap dapat ambil skil gaji semua PA dan bandingkan gaji siapa yang lebih tinggi ? Guru atau kakitangan awam lain? Setelah kajian terperinci dibuat gaji guru lebih rendah berbanding PA lain yang sama gred.Yang penting jalankan tanggung jawab seikhlasnya kerana ALLah pasti anda mendapat ganjarannya dunia dan akhirat.

sedih lihat orang panas baran berkata...

Jangan kerana guru diberi contoh dalam budget kita hentam mereka. Jangan ikutkan panas baran kerana gaji tak naik.Komen kita menunjukkan siapa diri kita.

Tanpa Nama berkata...

untung jadi cikgu krn nasib dibela... kakitangan awam yg lain jilat jari & kaki sajalah jawabnya...

guru dah nak pencen berkata...

Teriam kasih kerana memberi berbagai keistimewaan kepada golongan guru baru. Guru lama yang telah berkhidmat lebih 25 tahun, telah melalui tahun-tahun perit kerana berada pada tangga gaji maksimum. Gaji tidak naik, pangkat pun tidak naik...Lima tahun tak naik gaji, orang yang junior pun dah sama dengan kami, macam orang pandu kereta, sampai traffic light..MERAH..kena berhenti. orang belakang pun sampai juga...bila lampu tukar hijau, dua-dua kereta jalan sama??? Harap cuepacs, lai-lain kesatuan, JPA tolong tengok nasib kumpulan ini. Dalam menentukan ke manakah mata gaji baru mereka sewajarnya diletakkan. Sewajarnya mereka diberi kenaikan secara isyarat selama bilangan tahun mereka tidak menerima kenaikan gaji tahunan,..sedangkan mereka mereka menerima surat kenaikan gaji tahunan,(surat sahaja, kenaikan tiada). Dengan cara ini kekananan tangga gaji guru yang lebih senior akan terus dikekalkan, motivasi kerja mereka akan terus kekal tinggi. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan/Puan...

Sekadar Pandangan :
1) Tentera-Sepatutnya Gaji Paling Tinggi(benteng negara)
2) Penguatkuasa (Cth : Polis, JPJ, JAS, dsb) - Gaji no 2 tertinggi

3) Gaji kakitangan awam lain selain (1) dan (2) di atas:

Utamakan skim kritikal (ikut risiko dan tanggungjawab/kelayakan dan yang mana kumpulan mempunyai ramai pegawai berhenti kerja)
Cth:
> Perubatan
> Kejuruteraan
> Law/Akauntan
> dsb.

Skim yang kritikal ini perlu dipertingkatkan dari segi 'time based' dan elaun khas bagi memastikan mereka kekal di gov. sector & malaysia.

Selain daripada skim yang kritikal di atas; adalah lebih bagus, semua skim kakitangan awam memakai "time based" seperti GURU (perubahan/kenaikan pangkat setiap 8 tahun) daripada gred serendah2nya hingga ke atasan. Ia boleh juga cepat (naik pangkat) jika ada kekosongan. Namun kenaikan pangkat ini (sama ada time based) atau kekosongan perlulah menekankan kompetensi, disiplin, kelayakan dan prestasi seseorang pegawai.

Dalam memastikan perkara ini berlaku, PEMBUAT DASAR perlu memainkan PERANAN UTAMA.

Pembuat dasar perlulah membuat satu GARIS PANDUAN yang jelas, bagi memastikan Laluan Kerjaya semua kakitangan awam senantiasa bermotivasi.

Kenaikan pangkat perlulah seiring dengan risiko dan beban tugas/tanggungjawab.

Pembuat dasar mesti memastikan skim yang berisiko dan sukar benar2 mendapat pengiktirafan yang setimpal. Ini bagi memastikan skim ini terus diminati sejak dibangku sekolah lagi.

Selain itu, bagi kes Guru...

...di sesetengah negara maju, guru darjah 1 lebih besar gaji(elaun khas) berbanding dengan darjah 2 ke atas kerana darjah 1 adalah kritikal dalam menentukan pelajar itu; Boleh membaca, mengira dan menulis. Jumlah murid di darjah satu dalam satu2 kelas pun agak sedikit berbanding dengan darjah 2 keatas.

Semoga, kumpulan sokongan terus didokong, kumpulan PnP terus memacu demi memastikan kakitangan awam terus dihormati seiring dengan kakitangan swasta.

Semoga Berjaya!

Tanpa Nama berkata...

GAJI P/A PATUTNYA BERMULA RM 2000 (JAWATAN RENDAH..TAHUN 2012 DAH NI WOI..LAGI 9 TAHUN 2020..

HARGA IKAN AYAM DAGING MAHAL PIL EXTACY..MAHAL GEGILER..

SETAKAT NAIK RM80-320 BAIK XYAH NAIK..KESIANLA ORANG KG MCM KAMI WOI..

GOLONGAN ATASAN MCM DIKTATOR.

BELA LA GLGN CIKGU CIKGI TUU..
SAMER JE WEI..

Dato tolong saya, cuti saya hilang berkata...

Dato tolong saya.....
saya dah kerje 17 tahun dalam kumpulan sokongan.kelayakan cuti sekarang 35 hari.
Bayar yuran sendiri... pegi kelas ambil cuti tahun, belajar luar kampus selama 4 tahun.
Alhamdulillah dapat kerja dalam gred profesional setelah 6 tahun menanti.
Dilema....
kelayakan cuti tahun dalam skim perhidmatan terdahulu tak boleh di bawa ke skim perkhidmatan sekarang.
Sekarang cuti tahun cuma jadi 25 hari.(saya hilang 10 hari kelayakan cuti)
Berbaloikah.....
Jika kerajaan nak galakkan PA sambung belajar dan meningkat dalam kerjaya, sila pertimbangkan pengekalan cuti tahun yang kami layak.
Kalau tidak lebih baik tak payah belajar,kekal dalam kumpulan sokongan dan buat overtime kalau nak dapat duit lebih.Cuti tahun tak hilang.

Tanpa Nama berkata...

to tolong saya, cuti saya hilang berkata...

Dato tolong saya.....
saya dah kerje 17 tahun dalam kumpulan sokongan.kelayakan cuti sekarang 35 hari.
Bayar yuran sendiri... pegi kelas ambil cuti tahun, belajar luar kampus selama 4 tahun.
Alhamdulillah dapat kerja dalam gred profesional setelah 6 tahun menanti.
Dilema....
kelayakan cuti tahun dalam skim perhidmatan terdahulu tak boleh di bawa ke skim perkhidmatan sekarang.
Sekarang cuti tahun cuma jadi 25 hari.(saya hilang 10 hari kelayakan cuti)
Berbaloikah.....
Jika kerajaan nak galakkan PA sambung belajar dan meningkat dalam kerjaya, sila pertimbangkan pengekalan cuti tahun yang kami layak.
Kalau tidak lebih baik tak payah belajar,kekal dalam kumpulan sokongan dan buat overtime kalau nak dapat duit lebih.Cuti tahun tak hilang.

Ahad, Oktober 23, 2011 11:07:00 AM


----------------------------

itu dasar kerajaan nak kurangkan kakitangan awam bercuti.. kalau tak silap zaman Pak Lah dulu ni.. u kira lantikan baru 41 kira kena ikut prosedur lantikan barulah.. hahahahahahaha......

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa "virus" Pakatan Rakyat dalam Perkhidmatahn Awam ni elok disula aje. Pancung dan kepala bagi rimau. Muka tak malu, tak ade nilai seposen.

Caci maki kerajaan siang dan malam tak ade yang betul, lahap gaji dan elaun sapu semacam aje.

Tanpa Nama berkata...

A. Farmasi
Dari Gred 41 kpd Gred 44 => 3 tahun
Dari Gred 44 kpd Gred 48 => 4 tahun
dari Gred 48 kpd Gred 52(pakar) => 4 tahun
Dari Gred 52 kpd Gred 54 => 3 tahun

B. Pergigian @ Perubatan
Dari Gred 41 kpd Gred 44 => 2 tahun
Dari Gred 44 kpd Gred 48 => 3 tahun
dari Gred 48 kpd Gred 52(pakar) => 3 tahun
Dari Gred 52 kpd Gred 54 => 3 tahun

C. Polis
Dari Konstabel kpd Lans Koperal => tiga tahun
Dari Lans Koperal kpd Koperal => lima tahun

D. Pendidikan
Dari Dga 29 kpd DGA 32 => 10 tahun
dari DGA 32 kpd DGA 34 => 10 tahun
Dari DG41 kpd DG44 => 10 tahun
Dari DG44 kpd DG 48 => 10 tahun

DG48 ke Gred DG52 = 1,228 guru .
Gred Khas C = 72 guru .
DG44 dinaikkan ke Gred DG48 = 6,585 guru .
DGA32 ke Gred DGA34 = 99 guru
JUMLAH yg terima hadiah = 7984 guru..
Guru di M'sia = more than 400 000..

Terima kasih PM kerana prihatin kepada masalah guru.

Tanpa Nama berkata...

saya menghantar mesej ini sebab saya tidak berpuas hati dengan sbpa. jika saya terima sbpa kekananan saya dah hilah. sebab saya berkata demikian kerana guru yang dilantik pada dua tahun yang berlainan akan berada di tangga gaji yang sama. Itukah yang dikatakan adil dan menjamin masadepan PA. Lagipun kenapa guru-guru lain mendapat kenaikan lebih daripada rm300 dan saya hanya memperoleh rm151. saya betul-betul rasa teraniaya. saya berharap pihak tuan dapat mengambil perhatian terhadap hal ini.

Tanpa Nama berkata...

satu yang saya nak catat kenapa guru yang memegang jawatan di sekolah seperti Penolong kanan dan Ketua bidang perlu setara dengan guru-guru yang lain untuk naik DG seterusnya. Oleh sebab hal ini, banyak guru tidak berminat untuk menjawat jawatan-jawatan di sekolah sebab tanggungjawab besar dan tugas banyak berbanding dengan guru-guru lain. Mungkin pihak tuan kata pejawat-pejawat ini dibayar elaun. Tapi adakah tuan tahu bahawa mereka hanya dibayar elaun tanggungjawb sebanyak rm120 sahaja langsung tidak padan dengan tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Kalau boleh saya berharap pihak tuan dapat memperjuangkan hak dan nasib kami. Apa lagi dengan sbpa, memang tidak wujud kekanaan di sekolah kalaulah begitu lebih baik menjadi guru biasa tiap-tiap hari hanya mengajar dan menyemak buku latihan murid sahaj. tidak banyak tugas lain akan dipertanggungjawab. Sekian, saya berharap pihak tuan dapat memperjuangkan nasib kumpulan kami

Tanpa Nama berkata...

kalau betul adil, nasib kami yang 29 41,sudah tentu diberi keadilan. setelah enam tahun berlalu..... kami yg belajar dan duduk di dg41, gahi kami RM2509,90 sedangkan yg tidak belajar dan erada di dg32 berada di RM28..... beza 300 lebih. sampai sekarang masih tiada pembelaan. malah siapa yg belajar kemudian ada yg 5mereka dulu naik 44 kerana.... 3 tahun berkhidmat di dg29 lebih lama(kira satu tahun). kami ni... yg lebih awal semakin rugi. sepatutnya sesiapa yang telah melalui dg32 tidak perlu lagi untuk mendapat hadiah pergerakan gaji dan tiga tahun dianggap setahun dalam dg41. keadaan ini menambah lagi jurang gaji.