SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

09 Oktober 2011

KERAJAAN PERSEKUTUAN MAMPU MELAKSANAKAN BELANJAWAN 2012, KATA NAJIB

Bernama
9/10/2011



RAWANG, 8 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan sememangnya mampu termasuk daripada segi kewangan untuk melaksanakan Belanjawan 2012 yang dibentangkan Jumaat.

"Kalau tak ada duit tak kan saya berani bentang semalam. Saya akan melakukan satu perbuatan membunuh diri dari segi politik kalau saya buat, saya bentang satu bajet yang tidak boleh dilaksanakan oleh kerajaan," katanya ketika ditanya sama ada kerajaan mampu melaksanakan Belanjawan 2012.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Mesra Rakyat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kundang dan melawat cadangan jalan pintas menghubungkan Kampung Baru Kundang dengan Bandar Tasik Puteri Rawang, di sini Sabtu.

Katanya kerajaan memang berkemampuan dan rakyat hanya perlu menunggu pelaksanaannya.

Mengenai Belanjawan Bayangan Pembangkang berjumlah RM220 bilion yang berbeza hanya kira-kira RM10 bilion dengan Belanjawan Kerajaan RM232.8 bilion, Najib berkata soalan mengapa nampaknya nilai belanjawan pembangkang dengan kerajaan semacam hampir sama hendaklah diajukan kepada pembangkang.

"Itu kena tanya dia sebab bajet kita ni cara telus orang tahu, orang tahu bajet kita, barangkali dia tahu bajet kita. Jadi apa yang kita buat dalam lingkungan kemampuan kita dan kemampuan kita pun, kita telah bagi tahu daripada segi apa kita mampu lakukan," katanya.

Mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pengumuman beliau untuk mengkaji dan menaikkan elaun dan kemudahan anggota parlimen jika disetujui kedua-dua pihak, tidak disokong oleh anggota pembangkang, seperti yang dilaporkan oleh laman Malaysiakini.

Najib berkata beliau difahamkan anggota-anggota Parlimen pembangkang mahukan kajian semula elaun mereka dan beliau hairan Ketua Pembangkang berkata sebaliknya.

Anggota-anggota Parlimen pembangkang apabila berjumpa dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan anggota-anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) sering meminta supaya kerajaan mempertimbangkan kajian semula elaun wakil rakyat.

Mengenai dakwaan Ketua Pembangkang bahawa belanjawan negara yang dibentangkan tidak realistik, Najib berkata Belanjawan Negara dibuat berdasarkan fakta yang amat diketahui oleh kerajaan dan melibatkan banyak pihak termasuk pegawai-pegawai daripada Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Jadi tidak mungkin mereka ini tidak mengetahui apa yang patut dibentangkan daripada segi fakta untuk keputusan Perdana Menteri dan kerajaan, katanya.

"Jadi apa pun yang penting sekali ialah pelaksanaannya dan apabila pelaksanaannya nanti berkesan segalanya akan terjawab dengan sendirinya, kata beliau.

Kalau dikatakan tidak realistik maknanya "kita tidak mungkin memenuhi janji-janji kita seperti terkandung dalam Belanjawan 2012 sebaliknya saya nak tahu apa yang dia akan kata kalau kita dapat melaksanakannya. Itu akan menjawab segalanya," kata Perdana Menteri.

Mengenai reaksi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bahawa kurang berita gembira untuk pekerja swasta berbanding kerajaan dalam belanjawan kali ini, beliau berkata faedah untuk kakitangan swasta bergantung kepada rundingan mereka dengan majikan masing-masing.

"Kita tak boleh mengarahkan pihak swasta tapi kita harap melalui rundingan terutama sekali bila kita telah wujudkan mekanisme untuk menentukan gaji minimum mereka boleh menimbangkan gaji minimum yang munasabah bagi setiap sektor pekerjaan," katanya.

Najib juga berkata tiada kenaikan cukai rokok pada Belanjawan 2012 kerana kadar penggunaan rokok haram kini terlalu tinggi, iaitu 40 peratus dan jika harga rokok meningkat peratusan mereka yang menghisap rokok haram ini akan meningkat.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan boleh menimbang untuk menaikkan cukai atau harga rokok pada bila-bila masa jika keadaan memerlukan.

Mengenai perkembangan jentera Barisan Nasional (BN) Selangor selepas konvensyennya dua minggu lepas, Najib berkata jentera BN semakin bersemangat dan persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 semakin bertampah rapi tetapi mereka perlu berusaha dengan lebih gigih untuk meningkatkan sokongan rakyat kepada BN.

Sebelum itu semasa berucap di Majlis Mesra Rakyat, beliau mengumumkan bahawa kerajaan akan membina satu jalan pintas menghubungkan Kampung Baru Kundang dengan Bandar Tasik Puteri Rawang sejauh 3.2 km dengan kos RM4.2 juta.

Beliau berkata jalan ini akan memberikan manfaat kepada 10,000 penduduk sekitar apabila masa perjalanan dapat disingkatkan kepada lima minit berbanding dengan 30 minit jika mengikut jalan lama sejauh 20 km.

Najib juga berkata pihaknya akan berbincang dengan syarikat yang mengendalikan Lebuhraya Latar yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Kuala Selangor supaya dapat menyediakan satu jalan keluar dari lebuh raya itu ke Kundang.

Beliau dimaklumkan pada masa ini hanya terdapat jalan masuk dari Kundang ke lebuh raya itu dan beliau berharap syarikat yang mengendalikan lebuh raya tersebut akan bersetuju dengan pembinaan jalan keluar ke Kundang dari Lebuhraya Latar.

-- BERNAMA

8 ulasan:

Ezzu Raza berkata...

Info pasal gaji..
http://ezzuraza.blogspot.com/2011/10/jadual-kenaikan-gaji-penjawat-awam-2012.html

Tanpa Nama berkata...

kenapa tak naikkan skim juruteknik dulu?

Tanpa Nama berkata...

Omar Osman tak percaya dia masih jadi PRESIDEN hingga 60 tahun!!!!

Tanpa Nama berkata...

time base utk PA yang lain?? jangan mimpi lah..time base khas utk guru-guru sj.ingat keja guru ni senang ka?belum cuba belum tau cabarannya. kalau tau kamu PA yang gred rendah,kenapa pohon keja tu dulu?kan ke banggang namanya.dulu x nak belajor tinggi2 skrg baru myesal nak mampus..x de gunanya...

Tanpa Nama berkata...

LAKSANAKAN KENAIKAN SKIM JURUTEKNIK YG DAH 20 TAHUN LEBIH TERTANGGUH TU DULU

Tanpa Nama berkata...

Tahniah sekiranya kerajaan mampu melaksanakan bajet 2012. Cuma ada keraguan tentang kenaikan dg 44 ke 48 pada tahun ke16 perkhidmatan.Tempoh yg diambil utk memproses sesuatu kenaikan dg biasanya terlalu lama dan lambat. Minta tlg menteri yg bertangunggjawab pantau perkara ini. Sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan bagi pa yg berkaitan.

Tanpa Nama berkata...

hmm...pasal kenaikan tahunan, syukur la sbb ada kan...tp bila mengingatkan cerita kiri kanan kt tpt keje saya sblm pembentangan bajet 2012 mmg hangat cerita ttg kenaikan gaji paling kurang pun 15%,tggu punya tggu rupanya indah khabar dari rupa.sedih juga tgk sorang member sama opis ni,dh 4 tahun berkhidmat x mampu beli keta hatta sebuah kancil pun,pabila ada angin bertiup mengatakan bahwa gaji akan diselaraskan gembira sungguh teman,niat d hati nak beli kancil 2nd hand,tetapi x menjadi niat sbb takder apa2 kbr ttg kenaikan gaji...(bkn niat nak mengaibkan sesama insan) cuma sbg renungan kita bersama bhwa kita PA govt keje jer mcm best tp xder apa2 pun.Org kt luar sana hnya mampu menilai hakikatnya kita yg tahu.Kami semua PA berharap agar kerajaan dgr lah suara kami...sesungguhnya "saya yg menurut perintah"akan melaksanakan tugas n tggjwb negara dgn ikhlas,kami kump sokongan lah yg melaksanakan tugas2 d jbtan kerajaan tanpa mengira masa.

DG 48 berkata...

beradablah dalam berbahasa,
bahasa menunjukkan bangsa,
bahasa juga boleh menunjukkan kebangangan kita.
jangan merendahkan pekerjaan lain ,
apa hak tanpa nama untuk mengatakan time base HANYA untuk guru?
saya terkejut kalau betul anda seorang guru boleh menggunakan bahasa yang sebegitu..
harap anda bukan guru.
selain bijak IQ,Kebijaksanaan EQ juga diambil kira untuk kata orang itu layak atau tidak untuk dikata bijak.
setiap orang berhak beri pendapat walaupun dia berpangkat rendah...terpulang pada kebijaksanaan pihak atasan untuk menilai.
sekiranya semua orang pankat rendah tak berhak beri pendapat,kita menyekat potensi mereka untuk menunjukkan bakat,lebih lebih lagi dalam sistem penilaian baru yang menggantikan PTK.
Kesimpulannya, semua orang mempunyai peranan yang tak boleh diperkecilkan.
Mereka berhak menuntut Time Base sama sperti yang dicadang untuk guru.
sebenarnya saya seorang DG 48, dan saya tiada hak untuk menutup rezeki orang lain.Saya tak kata kerja saya lebih mulia atau lebih susah dari PA lain.
saya bermula dari bawah,saya asal dari keluarga susah,kawan kawan saya ramai dari golongan miskin,
malah ada juga kawan saya Dato yang ternama.
Semua ada peranan asing masing.
Terpulang kepada kemampuan kerajaan untuk menilai time base untuk RAKAN RAKAN SAYA DALAM PRKHIDMATAN YANG LAIN.
SAYA CUKUP MALU DENGAN BAHASA TANPA NAMA YANG MENDAKWA TIME BASE HANYA UNTUK GURU.HARAP ANDA BUKAN GURU.MALU KAMI....GURU GURU SELURUH MALAYSIA.