SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

04 Oktober 2011

USAH POLITIKAN TUGAS PENJAWAT AWAM: SULTAN PAHANG

Bernama
3/10/2011



KUANTAN, 3 Okt (Bernama) -- Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah mengingatkan semua pihak agar tidak mempolitikkan tugas dan tanggungjawab penjawat awam bagi menjamin kesejahteraan negara.

Baginda bertitah pihak yang berbuat demikian hanya akan melambatkan pembangunan negara dan menyusahkan rakyat.

"Penjawat awam juga perlu komited kepada tugas mereka dalam menyokong aspirasi kerajaan yang memerintah," titah baginda ketika merasmikan Persidangan Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ke-14 di sini Isnin.

Menurut baginda, semangat sayangkan negara perlu ada pada setiap penjawat awam supaya perkhidmatan awam akan menjadi lebih cekap dan berkesan.

Pengerusi persidangan, Tan Sri Jamaluddin Ahmad Damanhuri berkata, suruhanjaya-suruhanjaya perkhidmatan yang memikul tanggungjawab melaksanakan urusan pengambilan dan perkhidmatan, berusaha mencapai hasrat kerajaan untuk menarik lebih ramai pegawai kompeten dan berkepakaran bagi menjadikan perkhidmatan awam lebih kompetitif dan berdaya tahan selain mengatasi masalah penghijrahan cendiakawan dalam sektor itu.

Sebagai contoh, katanya, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah melaksanakan kaedah pengambilan dikenali "My-Recruitment" yang memerlukan calon yang memohon jawatan melalui empat peringkat saringan iaitu tapisan awal, peperiksaan, pusat penilaian dan temuduga.

"Saya percaya suruhanjaya perkhidmatan yang lain juga telah memperkenalkan kaedah pengambilan yang lebih mantap dari semasa ke semasa," kata Jamaluddin.

Katanya, persidangan empat hari yang bertemakan "Perkhidmatan Awam Dinamik Pemacu Kecemerlangan" itu merupakan manifestasi komitmen Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan dengan membuat penyesuaian, pembaharuan dan kemajuan dengan tindakan realistik.

9 ulasan:

Mantan berkata...

Kadang-kadang penjawat awam sendiri yang politikkan diri mereka mungkin sebagai menyahut seruan kerajaan mengalakkan golongan profeional menyertai politik.

Setuju atau tidak bila penjawat awam menyertai politik pembangkang adalah pengkianat kepada negara?

Bincangkan..

Tanpa Nama berkata...

Setuju atau tidak bila penjawat awam menyertai politik pembangkang adalah pengkianat kepada negara?

**************************************
TIDAK SETUJU. Siapa kita pilih adalah hak kita. Bukan kah itu 'demokrasi'? Andainay PA yg memilih pembangkang dianggap pengkhianat maka memang SAH Malaysia dan kerajaan Malaysia sebenarnya TIDAK mengamalkan demokrasi...

Golongan pro menyertai politik pun banyak kekangan...wajib melepaskan jawatan dan pekerjaan jika hendak benar2 menceburkan diri dalam bidang politik.

Ada berlaku semasa pilihanraya Sarawak 2011, calon digugurkan dan calon parti satu lagi diisytihar menang tanpa bertanding kerana tidak melepaskan jawatan dalam jabatan.

Kita bersuara ada sebab. Andainya kerajaan benar2 adil dan saksama dalam memerintah negara sudah pasti semua PA berpuas hati dan tidak ada yang bising.

Tanpa Nama berkata...

Menyertai politik@ parti politik adalah hak yang termaktub dalam Hak Asasi Dalam Perlembagaan Malaysia. Kakitangan awam adalah rakyat Malaysia. JPA tidak pernah melarang kakitangan awam menjadi ahli parti politik, termasuk parti pembangkang. Apa yang dituntut adalah taat dan setia kepada kerajaan semasa. Ini bermaksud wajib menjalankan dasar kerajaan semasa, bukan wajib taat dan setia kepada parti pemerintah. Harus diingat, perkhidmatan awam di bawah Badan Eksekutif.

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dengan kenyataan di atas, iaitu sebagai penjawat awam kita hendaklah profesional dalam tugas dalam berurusan dengan pelanggan tanpa memihak kepada fahaman kiri atau kanan atau atas pagar. Kita sentiasa mengikut etika kerja penjawat awam seperti mana dalam Perintah Am, PKPA,Arahan Perkhidmatan dan lain-lain peraturan yang termaktub.

Sultan Palembang berkata...

PA yang ikhlas seperti titah baginda Sultan Pahang ialah yang aktif dama UMNO sahaja. Baginda x mungkin x tahu bahawa sekian lama PA mmg selalu dikerah menjayakan program UMNO dan BN. Yang itu bukan politik ke namanya? Atau politik hanya bila berkait pembangkang sahaja?

Semangat sayangkan negara perlu ada pada setiap penjawat awam supaya perkhidmatan awam akan menjadi lebih cekap dan berkesan. Hanya PA yang ahli UMNO sahaja layak digelar sayangkan negara.

Tanpa Nama berkata...

dalam komen2 ni pun dah berbauh politik.....soal kakitangan awam berpolitik ..i no.komen...tapi bab JANGAN POLITIKAN TUGAS PERKHIDMATAN AWAM..tafsiran contoh bagi sy...BAGI PEGAWAI YANG BERKUASA TERHADAP SESUATU KEPUTUSAN TENDER..JANGAN ADA CAMPUR TANGAN POLITIK YANG BOLEH MEMPENGARUHI KEPUTUSAN/TUGAS PEGAWAI TERSEBUT....SUPAYA TUGAS DIJALANKAN DENGAN TELUS..

Tanpa Nama berkata...

Hemat saya, semua PA adalah Jentera Perkhidmatan Awam. Perkara politik adalah perkara di dalam diri dan diterjemahkan semasa Pengundian.
Tidak kira Partai mana memerentah .. semua PA perlu akur dgn DASAR yang ditetapkan untuk Sistem Penyampaian Khidmat Awam. Bukan DASAR Politik.

Semua PA perlu menghormati pihak Legislatif, Judiciary dan Eksekutif (PM, TPM, Menteri,Ketua Menteri, Menteri Besar, Menteri kabinet, EXCO) hatta Partai mana sekalipung ...
PA seharusnya (byrights)perlu sentiasa bersikap tidak memihak (neutral) dlm sistem Kepartian.
- ore bachok.

Tanpa Nama berkata...

entahlah sekarang nie ramai penjawat awam aktif dalam umno sampai berlumba nak jadi alhi majlis daerah,ketua cawangan la ajk cawangan la macam2 la.

Tanpa Nama berkata...

BUANG MASA SAHAJA.....YANG PENTING KITA MAHU UBAHKAN CALON-CALON YANG MEMENTING DIRI SENDIRI SAMADA BN ATAUPUN PAKATAN.ITU JA...KITA CUBA DAN LIHAT...TAK BAGUS TUKAR LAGI...ARAH LETAK JAWATAN/BUAT ADUAN SUDAH