SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

22 Oktober 2011

PENJAWAT AWAM PERLU DIBERI PELUANG TUNJUK KEBOLEHAN, KREATIVITI

Bernama
24/10/2011


KUCHING, 24 Okt (Bernama) -- Penjawat awam hendaklah diberi peluang menunjukkan kebolehan supaya mereka dapat menghasilkan idea-idea dan cadangan membantu jabatan atau agensi mencapai misi dan visi masing-masing.

Setiausaha Persekutuan Sarawak Datuk Md Yahaya Basimin berkata mereka perlu membudayakan pemikiran proaktif dan inovatif untuk menghasilkan perubahan lebih cemerlang dan menyeluruh bukan setakat menambah baik idea, proses kerja serta peraturan yang lama sahaja.

"Kita perlukan prestasi cemerlang terus kekal di samping memperbaiki pencapaian rakan-rakan yang tertinggal di belakang selain membaharui sistem yang gagal," katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan agensi persekutuan dan badan berkanun di sini Isnin.

Beliau berkata langkah dan usaha perlu dibuat membantu mengwujudkan perkhidmatan awam dinamik, mempunyai ketua jabatan dan anggota yang kreatif serta berpandangan jauh agar terus berkesan dan sesuai pada masa hadapan.

Munurut Md Yahaya, tugas dan fungsi penjawat awam serta persekitaran kerja kini sudah banyak berubah berbanding 30-40 tahun lalu khasnya dalam menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan.

Beliau berkata ketika ini perkhidmatan cemerlang diukur berdasarkan pencapaian seperti memberikan perkhidmatan pantas dan memenuhi kehendak atau permintaan pelanggan yang pelbagai.

Katanya, sebagai penjawat awam mereka harus bersedia menghadapi dan seterusnya mengatasi perubahan dengan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kebolehan.

Kira-kira 500 penjawat awam persekutuan daripada pelbagai agensi hadir pada perhimpunan itu yang diadakan di Bangunan Sultan Iskandar Simpang Tiga di sini.

-- BERNAMA

22 ulasan:

www.sunankasih.com berkata...

Penjawat awam yang selalu buat hal juga patut mengubah sikap.. janganlah disebabkan anda, seluruh penjawat awam yang lain dipandang negatif oleh rakyat

tolong saya ceupacs berkata...

tolong saya dato
Harap ceupacs dapat perjuangkan agar penjawat awam yang bertukar skim perkhidmatan dibenarkan membawa kelayakan cuti rehat tahunan yang dia berkelayakan dalam perkhidmatan terdahulu ke skim perkhidmatan baru.
Kelayakan cuti tahun saya dalam perkhidmatan terdahulu 30 hari,bila masuk kerja baru saya layak 25 hari.
mohon diperbincangkan dengan pihak atasan agar memberi motivasi kepada PA untuk meningkatkan kerjaya.
Kehilangan cuti rehat ini mungkin menjadi satu faktor yang boleh menghalang minat PA untuk terus belajar kerana mungkin mereka rasa tak berbaloi.Kekal dalam kumpulan sokongan boleh terus claim lebih masa, cuti tahun panjang.Jadi P&P boleh hilang cuti tahun.

tolong saya dato.....

2bz4money berkata...

Platform dah ada spt KIK dan juga penilaian dlm laporan prestasi. Namun kebanyakkan PA masih pasif dlm dunia keselesaan mrk. Dlm kursus/seminar/persidangan yg dianjurkan, sebilangan besar PA hanya berdiam diri dan hyper aktif apabila tibanya waktu makan. Fikirkanlah via 5 Isteri 1 Suami..

Tanpa Nama berkata...

macam mana nak tunjuk kebolehan..dalam kebolehan berpolitik pun tak diberi peluang.(heheh ini lain cerita lah pulakkan...)

kalau setakat kebolehan dan kretiviti di pejabat tu biasalah...takde masalah setakat ni..eeemm peliknya tajuk,mcm tak realistik..macam le selama ni penjawat awam takde peluang tunjuk kebolehan..rasanya takde pun....ok je...

GM berkata...

Yea…this person (tolong saya kupek)is a piss! N it gives d smelly way most gov. civil servants here woe their disparity. How low u stood beb? u beg like a toddler for d mother’s perk …n yet u’d been given d promotion…what kind of muka tak malu u r!
If I were to be given d promotion of position…… why do I care about anything else except another grade to jump up to? think aloud u fella!

Tanpa Nama berkata...

kebolehan, kreativiti memang sah terserlah. cuba tanya kaki ampu Presden Cupec.

Tanpa Nama berkata...

kreativiti paling utama adalah mengampu.. ampusakum..ha..!!ha..!!

Tanpa Nama berkata...

PA kalau bab makan no.1, lihat saja di mana2 jabatan kalau bab majlis makan - macam2 nama najlis ada....paling kurang setiap majlis 2-3 jam dihabiskan makan dan bercerita saja.....kalau 2-3 kali sebulan macam mana.....

Tanpa Nama berkata...

hidup perlu mengampu.. bos cantik, bos comel, kerajaan baik, kerajaan telus..

jika tak, kena tarik balik bonus.

undi PRU-13 sape tau?

Kita yang tentukan! hahaha

Tanpa Nama berkata...

saya sokong perkara yang dibangkitkan...sebab..ramai PA diluar yang telah dipendamkan kebolehan dan kreativiti...mcm saya..kelulusan multimedia..dan selama bkhidmat sebagai pks..kerja2 saya adalah membuat design bg majikan saya..tetapi..apabila sy memohon utk jawatan pereka..sy tidak berjaya..kerana perlu melukis manual..walhal..semasa kerja saya menggunakan komputer utk membuat design...

Tanpa Nama berkata...

TOLONG SEMAK SEMULA GRED 22

Ramai penyandang gred 17 telah dinaikan pangkat ke gred 22(KUP)syaratnya cuma genap servis 15 tahun, hakikatnya kami yg dinaikan pangkat gred 22 lebih awal mesti lulus PTK dan melalui temuduga, oleh itu minta cuepacs semak semula gred 22 ini, adakah perlu dinaikan gred lebih sikit dari gred 22 (KUP) seolah olah kami ini tidak ada langsung sebarang imbuhan, juga gaji sudah langgar tembok, pencen lambat lagi.tolong cuepacs bincang bincangkan


KUP gred 17 ke gred 22,

Tanpa Nama berkata...

kebolehan dan kreatif dalam penyelewangan pun ade.

Tanpa Nama berkata...

Jom 1.2juta PA tunjukkan kreativiti anda semua pada PRU-13 nie.. mereka masing-masing sudah kecut perut, takut beb..!!

Ezzu Raza berkata...

http://ezzuraza.blogspot.com/2011/10/bila-sistem-saraan-baru-perkhidmatan.html

Tanpa Nama berkata...

lembu susukan anak,kerbau yang dapat nama.dalam perkhidmatan awam sering berlaku semikian.PA berjawatan rendah mcm kami sering digunakan pakai oleh org atasan untuk kepentingan sendiri..sedangkan hasil kreativiti dan kebolehan byk disumbangkan PA berjawatan rendah yg mempunyai pemikiran yg sama dgn Pegawai yg tinggi

Tanpa Nama berkata...

penjawat awam perlu juga diberi peluang ubah pemerintah negara, mereka lebih tahu pemimpin mana yang rasuah..

Tanpa Nama berkata...

Bgm nak tunjukk kreativiti? Susah payah saya pgi lanjutkan pelajaran dgn separuh gaji ke peringkat ijazah dan sarjana supaya menggunakan pegtahuan itu untuk meningkatkan karier dan kreativiti. Tetapi polisi sekarang PA tanpa ijazah dinaikan pengkat ke 42. Saya dah 5 tahun di gred U 41 dengan Ijazah dan Sarjana. tetapi penjaway di KKM dengan gred U36 selama 3 tahun boleh naik ke gred U 42. Sudah pasti secara angka 42 lebih tinggi dari 41. Tak guna belajar tinggi. Ini melemahkan semagat dan kreativiti PA dalam sektor awam khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong pendapat Bgm nak tunjuk ktreativiti dan kebolehan? Saya di Gred U 41 telah mengajar di Unit Pos basik Kementerian Kesihatan Malaysia. Penjawat awam yang datang gred U32 yg dtg berkursus telah ke gred U35 setelah habis kursus pos basik selama 6 bulan. Dgn hanya diploma dan sijil pos basik penjawat awam berkenaan sdh ke gred U42. Saya sbg pengajar kpd dia masih lagi dgn gred U41 hampir 6 tahun. Dimana lojiknya sistem ini? Harap SUB bhg Latihan dan Sumber Manusia KKM beri perhatian kpd isu ini.

BOMBA KARAT berkata...

kami di bomba lagi bagus ada KIK ,ada STAR RATING.ada ISO ,ada SOP,ada KPI dan macam2 lagi tapi yang buatnya org bawah (KB 17)je tapi yang KB 29 dan KB 41 keatas dapat nama.keje nok sain je .keje 3 tahun naik pangkat kami org bawah tunggu pencen ahhh.org atas dok berkebolehan bakpanya keje org tolong buat .cakap boleh ahh suruh kreativiti lah ,tunjuk kebolehan lah peeeegeeek ahh . sama je dgn jabatan lain pun sama gok.

Tanpa Nama berkata...

Salam...
Kreativiti tetap ada dikalangan kami golongan sokongan tapi ibarat "lembu punya susu, Sapi yg dapat nama" mana pergi profesionalnya seorang pegawai/ ketua jabatan? dimanakah tempat untuk mengadu nasib jika sentiasa ditindas, nak harap "Majlis Bersama Jabatan" kena melalui ketua juga sama macam tak payah, sebabnya isu yang nak dibangkitkan ditolak mentah2 sebelum ke mesyuarat. apakan daya diats sebab2 beginilah membuatkan kakitangan kumpulan sokongan mengambil langkah mudah dengan dtg punch card dan tunggu masa balik. kerana tiada hati untuk bekerja dengan pegawai yang berlagak seperti Raja atau berpangkat KP @ JUSA @ TURUS.ini berlaku kepada SKT tahunan yang mana apabila ditulis kelebihan dan sumbangan kepada jabatan dipadam begitu sahaja dan tidak diberitahu markah yang diperolehi..padahal baru gred 41...minta cuepacs mewujudkan call centre untuk aduan bagi kakitangan awam sendiri bagi mengelakkan perkara sebegini berleluasa.

Tanpa Nama berkata...

Kreativiti staf bawahan akan dibawa dan dipersembahkan kepada bos atasan oleh pegawai: SAPE YG DAPAT NAMA, LU FIKIR ADE KE PEGAWAI TU NK MAKLUM, PERKARA NI DLAKUKAN OLEH ....... GRED 17. n PERNAH KE BOS ATASAN PANGGIL KITA UCAP TERIMAKASIH KRNA TELAH MELAKUKAN KREATIVITI?

JPA dgn murah hati bagi basetime pegawai naik pangkat dlm tempoh 5 tahun, dari 41 ke 48. Staf bawahan, JPA bagi basetime 15 tahun.

BERBALOI KE STAF BAWAHAN TUNJUKKAN KREATIVITI?

Tanpa Nama berkata...

salam 1 malaysia, mcm mana penjawat awam nak tunjuk kebolehan, kreativiti dan sebagainya. kalau mcm kumpulan sokongan ni sambung belajar dpt diploma ke..ijazah ke...dok tersegeh jd kump sokonganlah sampai bila2 alasan tiada post dsb..gaji pn xde beza..mana nak galakkan penjawat awam terutama golongan sokongan utk m'jadi seorg modal insan yang terbaik kalau tiada pengiktirafan..tidak spt para guru2..mrk bertuah..habis shj ijazah xkira apa bidang pun terus dpt naik pangkat & gaji..begitu juga gol pengurusan & profesional sambung belajar naik pangkat senang2 je..

Oleh itu, sy syorkan kpd pihak CUEPACS perjuangkan lah jugak faktor2 begini jgn duk asyik perjuangkan naik taraf pencen je..dulu 58thn..pas tu 60thn..kot2 lps ni 100thn..maka mrk yg berkuasa terus berkuasa..