SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

28 Oktober 2011

WUJUDKAN BAHAGIAN AUDIT DALAMAN

Utusan Malaysia
28/10/2011



KUALA LUMPUR 28 Okt. - Setiap kementerian dan agensi kerajaan perlu mewujudkan bahagian audit dalaman dan kumpulan pemantau bagi memastikan tiada unsur penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa berlaku dalam menguruskan kewangan negara.

Setiausaha Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, bahagian itu akan bertindak lebih awal sekiranya berlaku perbuatan tidak bertanggungjawab oleh mana-mana kakitangan sebelum kegiatan itu dikesan Jabatan Audit Negara.

"Kes seumpama ini sentiasa berulang setiap tahun seolah-olah tidak ada tindakan serius diambil.

"Justeru, satu bentuk mekanisme terbaik perlu difikirkan untuk menangani masalah ini supaya kita dapat mengenal pasti kegiatan tidak beramanah itu di peringkat awal sebelum ia menjadi lebih parah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini

Beliau mengulas saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya semua pihak yang berkenaan memandang serius teguran yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 dengan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah yang timbul.

Dalam pada itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, setiap pegawai tertinggi termasuk kakitangan peringkat bawahan perlu dikenakan tindakan sewajarnya jika terbukti mereka bersalah menyalahguna kuasa melibatkan lebihan perbelanjaan di kementerian masing-masing.

Katanya, langkah itu bagi memastikan tiada unsur berat sebelah sebagaimana yang diamalkan sebelum ini apabila kakitangan bawahan sahaja dikenakan tindakan disiplin, manakala pegawai tertinggi terlepas daripada hukuman.

"Perkara seperti ini (lebihan perbelanjaan) tidak boleh sama sekali berlaku kerana pihak kami selalu mendapat aduan bahawa beberapa kementerian tidak ada peruntukan untuk membelanjakan soal kebajikan pekerja.

"Tetapi apabila berlaku lebihan perbelanjaan, timbul pula tanda tanya ke mana sebenarnya wang dibelanjakan? Perkara ini sangat serius kerana ia menjejaskan nama baik semua warga kementerian biarpun segelintir mereka di peringkat tertinggi melakukan perkara itu," katanya.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

One man show bnyk berlaku .. lihat perkara ini sbg punca utama.

Tanpa Nama berkata...

AUDIT DALAMAM pun kuat makam duit gok sama jee.cakap je byk je.kita ubah sekali pru 13 nie guana jadi,sama ke dok.

Tanpa Nama berkata...

WUJUDKAN KEMENTERIAN AUDIT NEGARA....DENGAN ADANYA KEMENTERIAN AUDIT BUKAN HANYA MENGAUDIT JABATAN2 KERAJAAN..TETAPI MENGAUDIT ANAK2 SYARIKAT KERAJAAN...KEMENTERIAN AUIDT INI JUGA MEWUJUDKAN UNIT KECIL DI SETIAP JABATAN2 KECIL MAHUPUN BESAR...

KEMUDIAN WUJUDKAN SEBUAH KEMENTERIAN LAGI YANG KHAS MENJAGA,MENGURUSKAN DAN MENGAWAL SEMUA TENDER2 DAN SEBUT HARGA SETIAP AGENSI KERAJAAN...MAKNAHNYA JABATAN KECIL OR BESAR TIDAK BOLEH MELAKUKAN PERBELANJAAN SENDIRI DAN SUKA HATI..TETAPI SEMUA PERBELANJAAN DIURUS OLEH KEMENTERIAN BERKENAAN..MAKNAHNYA SENANG KAWAL DENGAN JELAS DAN DIURUS DENGAN BETUL.....

Tanpa Nama berkata...

WUJUDKAN KEMENTERIAN AUDIT NEGARA....DENGAN ADANYA KEMENTERIAN AUDIT BUKAN HANYA MENGAUDIT JABATAN2 KERAJAAN..TETAPI MENGAUDIT ANAK2 SYARIKAT KERAJAAN DAN JUGA MENGAUDIT SETIAP WAKIL RAKYAT/MENTERI2...KEMENTERIAN AUIDT INI JUGA MEWUJUDKAN UNIT KECIL DI SETIAP JABATAN2 KECIL MAHUPUN BESAR...

KEMUDIAN WUJUDKAN SEBUAH KEMENTERIAN LAGI YANG KHAS MENJAGA,MENGURUSKAN DAN MENGAWAL SEMUA TENDER2 DAN SEBUT HARGA SETIAP AGENSI KERAJAAN...MAKNAHNYA JABATAN KECIL OR BESAR TIDAK BOLEH MELAKUKAN PERBELANJAAN SENDIRI DAN SUKA HATI..TETAPI SEMUA PERBELANJAAN DIURUS OLEH KEMENTERIAN BERKENAAN..MAKNAHNYA SENANG KAWAL DENGAN JELAS DAN DIURUS DENGAN BETUL.....

2bz4money berkata...

Bahagian Audit Dalaman dah lama diujudkan di Kem/Jab/Agensi. Teguran audit negara pernah dibangkitkan tentang kompetensi, kelayakan dan pengalaman juruaudit dalaman ini. Sewajarnya JPA perlu melihat semula profil perjawatan yg diwujudkan dan sejauhmana peranan mereka dapat dilaksanakan. Dalam sesuatu keadaan, berlakunya fungsi auditan yg berlapis2 yg bukan memberi nilai tambah tapi membentuk pembaziran kos OT, Tuntutan Perjalanan dan Salahguna kepakaran dalam agensi kerajaan. JPKA terlalu lemah menjalankan fungsi sebenarnya dan berbalik semula kepada peranan Pegawai Pengawal iaitu KSU/Ketua Jabatan yg sepatutnya dipersalahkan sebagai individu yg bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan jabatannya.

Tanpa Nama berkata...

tak perlu nak wujudkn Audit2 Dalaman ni..bazir aje wang rakyat..mana pegi SPRM????.. Guna aje kuasa mrk untuk tangkap n sumbat dalam penjara...PASTI mrk yg lain2 akan TAKUT..

Penjawat Awam berkata...

Wujudkan audit dalam? ceehhh.. alih-alih ambik juga auditor pro dari swasta. Klu audit gomen payah nak telus..

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong PENJAWAT AWAM, Ahad, Oktober 30, 2011 11:14:00 PM

Saya penjawat awam, dalam mesy peringkat PTJ, kita ada buat teguran dari segi kepatuhan pekeliling dan prosedur perolehan, tapi saya diberi amaran bahawa org bawah tak leh tegur org atas. Kita diminta ikut segala peraturan. Tak telus, dilindungi dan pelbagai unsur lagi ler. Tapi yg sedihnya macam mana sesuatu kontrak boleh lulus tanpa ada PKK, seperti salah satu laporan audit tu. Elehhhh, kalau bertindak pun hanya bos tu dipindahkan, kalau ada pun dinasihatkan pencen, lepas tu dia dapat kontrak kerja baru lagi lumayan pulak dgn pangkat lebih baik.

eri berkata...

sapa la yang suh buat kementerian audit tuh...bodoh tul cadangannya tu...mamat tu pun sti x berapa cerdik tu...sedangkn audit yg bertaraf suruhanjaya diraja pun depa leh wat lbh kurang sok kalau ada kementerian audit pahni laporan audit cuma sekadar karangan yg dibuat dari office ja xyah pi check pun.......

Tanpa Nama berkata...

kat dalam ni komen banyak...kutuk banyak...tapi pandangan dan tidakan yang wajar tak bagi..apeeelaah.....asyik2 kutuk..asyik2 komen..jadilah manusia bagi nasihat dan jalan penyelesainya...sudah tu takde budi bahasa...

2bz4money berkata...

Nak salahkan audit dalam. Yang sewajarnya perlu ada ketegasan dalam pelaksanaan tindakan punitif bermula dari Pegawai Pengawal.

Tanpa Nama berkata...

Ape bodoh sangat CUEPACS nie, Odit Dalam dah lama ade kat Kementerian/Jabatan/Badan Kerajaan. Masaalahnya dia orang yg meneraju odit dalam terdiri orang yg sama dengan orang yg diodit, geng dia juga. Kalau nak ikut banyak yg perlu ditegur. Dulu Odit Dalam ramai dari golongan kerani/sokongan. Ramailah pegawai P&P marah kerana golongan nie di kata tak ade standard la, komen yg remeh temeh la, tak ade kelulusan la, sengkek la dll. Tapi merekalah golongan yg dapat jumpa harga me maggi RM10.00 sebungkus. Kerana mereka orang yg berani dan tak takut pada mereka yg lagi atas. Sekarang kebanyakkannya dari golongan pegawai. Jadi odit la sikit2 tu semua yg buat geng sendiri. Ape lagi sekarang, Pegawai 41 terdiri dari muda2 je, semua kerja kalau boleh dia nak kontrol dan hanya tau berlagak dan nak tunjuk kuasa je. Yg atas ape lagi ikut je, janji siap asalkan gong berbunyai dan nampak gah je. Tengok Ketua AIR ASIA belanja yg kecik2 pun dia tak bagi tu sebab syarikat dia dari kecik dah jadi syarikat gergasi. Kalau tak ubah 2019 BENGKRAP.

Tanpa Nama berkata...

Dia AIR ASIA jamban kapalterbang pun stewardess cuci. Gred 41 nak buat ke.