SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

08 Oktober 2011

PENJAWAT AWAM MUDA WAJAR TIMBA PENGETAHUAN DARIPADA 'ORANG LAMA'

Bernama
7/10/2011



KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Generasi muda dalam perkhidmatan awam tidak perlu bimbang dengan peluang kenaikan pangkat berikutan langkah kerajaan melanjutkan usia persaraan wajib penjawat awam daripada 58 tahun kepada 60 tahun.

Sebaliknya, Presiden Persatuan Pesara-Pesara Malaysia Datuk Paduka Wan Mahmood Pawan berkata mereka harus menggunakan peluang itu untuk menimba pengetahuan dan kemahiran daripada rakan mereka yang sudah lama berkhidmat.

"Pengalaman mereka (penjawat awam lama) tidak harus disia-siakan...penjawat awam yang berumur antara 55 tahun hingga 60 tahun boleh menurunkan pengetahuan mereka kepada golongan muda khususnya yang baru menyertai perkhidmatan," katanya kepada BERNAMA di sini, Jumaat.

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semasa pembentangan Belanjawan 2012 Jumaat mengenai lanjutan usia persaraan yang bertujuan mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam.

Wan Mahmood bagaimanapun meminta kerajaan memberi kelonggaran bersara lebih awal daripada 60 tahun terutamanya kepada penjawat awam rendah sekiranya mereka tidak mampu meneruskan perkhidmatan.

Selain itu, beliau menganggap keputusan kerajaan untuk menaikkan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun sebagai tanda prihatin kerajaan kepada sumbangan mereka yang pernah berkhidmat dalam sektor awam.

"Jasa pesara kerajaan yang bertungkus lumus berkhidmat dalam sektor awam harus dihargai," katanya.

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Datuk Muhammad Abdul Ghani pula menyambut baik peruntukan RM50 juta bagi melaksanakan program membantu bekas tentera, yang tidak menerima pencen, memperolehi pendapatan sendiri dengan mengadakan beberapa kursus dan latihan dalam bidang tertentu.

Justeru, beliau mahu pesara tentera merebut peluang yang telah diberikan oleh kerajaan dalam usaha menjana pendapatan sendiri.

Beliau berkata jasa bekas tentera jelas dihargai menerusi pelarasan pencen, kenaikan tahunan pencen dan juga bonus tahunan.

Kerajaan mengumumkan latihan khusus itu bertujuan meringankan beban 175,000 pesara tentera, yang menamatkan perkhidmatan kurang daripada 21 tahun dan tidak menerima pencen.

-- BERNAMA

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ada le peluang kut juruteknik mudak naik pangkat 2 kali 15 tahun + 15 tahun baru 30 tahun.....ha

Tanpa Nama berkata...

Ada le peluang kut juruteknik muda naik pangkat 2 kali 15 tahun + 15 tahun baru 30 tahun.....ha ia betul Guru tunggu lapan tahun dah dapat adale 3 X peluang

Tanpa Nama berkata...

yoko

Tanpa Nama berkata...

datuk wan, org lani bodoh sangat ke kena belajar ngan org lama, orang lama otak dan pemikiran lama, dah leh buang kat tong dah, kalau dulu hangpa belajar ngan saper, masa dulu 55 dah bersara.... macam la budak2 baru grad bodoh sangat, kalau nak belajar hal2 ngular, meting dengan agenda utama main golf, nak makan angin dengan alsan meting tu mmg la boleh, hancurrr PA

2bz4money berkata...

PA muda diharapkan dapat mengambil peluang utk meningkatkan ilmu akademik dan kemahiran yg tinggi. Utk jana high income perlu knowledgeable with high performance.

Tanpa Nama berkata...

terbeliak mata turus,jusca A,B,C dpt kenaikan gaji dan bersara 60 thn, dpt juga tambah isteri no.2 yg muda-muda bergetah agaknya.. betul kea..?

Tanpa Nama berkata...

timba pengetahuan bab2 nk mngular leh la drpd org lama.yg byk buat kerja smua org2 muda.

Tanpa Nama berkata...

Merujuk Tanpa Nama - Sabtu, Oktober 08, 2011 4:00:00 PM

Saya nak tahu, betul ker ... org muda yang banyak buat kerja???

Orang lama sekali buat ajer SEMUA BETUL. Orang baru yang bodoh sombong banyak buat kerja sebab selalu silap. Jadi makan masa lama nak jadi SEMUA BETUL. Jadi bagi org lama, didiklah rakan baru, bagi org baru, hormatilah org lama dan tuntutlah teknik org lama bekerja, bukan tuntut yang salah. Tapi nak tau juga sebab nanti kita tahu macam mana org lain kerja yang bab mengular tu ...

Tanpa Nama berkata...

kat jabatan aku skang ni orang baru yang kena tanggung dosa akibat keja orang-orang lama... ntah2 lagi 20 ke 30 tahun pun belum tentu dapat habis punya.... ni semua angkara orang lama....

Tanpa Nama berkata...

zaman karang tak perlu nak timba pengetahuan dari org lama....org muda karang lebih tinggi persekolahannya daripada org lama...TAPI HARUS INGAT....Yang ada degree karang pun belum tentu hebatnya...TNT benda yang senang pun tak tahu apa dia boleh claim...hahahaha..yang dia tahu arah ini arah itu..UNTUK TINDAKAN/SILA AMBIL TINDAKAN itu saja yang kita lihat dalam minit.

Tanpa Nama berkata...

kita patut bersyukur.. Ini semua rezeki masing2.. mungkin sekarang rezeki para guru.. insyaAllah tahun depan rezeki kita.. yang penting kenalah selalu berdoa kepada Allah dimurahkan rezeki dan memastikan kesetabilan ekonomi dan negara kita berada pada tahap yang baik.

Tanpa Nama berkata...

wei..geng 41 kebawah...time hampa naik gaji melampau dulu sapa tak bising...kalau kami geng 41 bising hampa kata tu rezeki hampa...belajar sampai spm, nak gaji doctered...yang boleh dapat gaji mcm tu NAJIB saja...lain kali suruh anak2 hampa belajar rajn2, jadi pegawai 41..baru leh cakap

Tanpa Nama berkata...

Quote;
"Tanpa Nama berkata...
wei..geng 41 kebawah...time hampa naik gaji melampau dulu sapa tak bising...kalau kami geng 41 bising hampa kata tu rezeki hampa...belajar sampai spm, nak gaji doctered...yang boleh dapat gaji mcm tu NAJIB saja...lain kali suruh anak2 hampa belajar rajn2, jadi pegawai 41..baru leh cakap
Isnin, Oktober 10, 2011 1:45:00 AM"


Astarfirullahalazim... Aku pn 41, xmolah ckp sombong mcm nie... Tau tak, KEBANYAKAN orang bawah 41 pon ade Ijazah, tau? Especially N17 tau?? Hmm... kalu dh sombong, xgaul dgn org, mane la tau...

Hmm.. aku xrisau org tua nak kekal dlm organisasi, xpelah.. tp isunya, celah mana org baru nk masuk ke sektor krajaan? Aritu naik 56, pastu 58, lanie 60... Tau tak ramai geng2 muda kontrak sbb nielah. Mslhnya, ade yg tue2 tu dh xkuat. Bos mintak wat keje, pening lah, xleh paham lah.. yelah, dh tua. Dh tau tua tu, kalau rasa xdek pekdah buat organisasi, pegilah ddk umah jaga cucu!

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...datuk wan, org lani bodoh sangat ke kena belajar ngan org lama, .....angin dengan alsan meting tu mmg la boleh, hancurrr PA, Sabtu, Oktober 08, 2011 1:39:00 AM

Woi orang muda kau ingat kau besok tak tua ke. Aku ingat kau nie lebih mengular dan cepat mati, elok sikit dosa mengata orang.

Tanpa Nama berkata...

minta maaflah...
rasa lebih baik dikaji semula umur persaraan ni..
ia elok jika pegawai yg profesional dan komit dgn kerja..
tapi tak sesuai untuk pegawai yang hidup segan mati xmau.. dok tunggu gaji masuk ja....

Tanpa Nama berkata...

betul!!!! memang kena banyak belajar dari org lama.pegawai sekarang banyak yang jadi sombong bila masuk2 keja gov mula meninggi diri.takde rasa hormat dengan org lama..bukanlah sume mcm tuada lah segelintir..