SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

09 Oktober 2011

PENJAWAT AWAM DISARAN TINGKAT PRODUKTIVITI SELARAS DENGAN PEMBERIAN IMBUHAN DALAM BELANJAWAN 2012

Bernama
9/10/2011




KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Penjawat awam perlu bekerja lebih rajin dan meningkatkan produktiviti mereka selepas mendapat kenaikan gaji dan bonus dalam Belanjawan 2012, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Beliau berkata pemberian imbuhan itu merupakan satu pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan oleh semua penjawat awam tanpa mengira pangkat.

"Saya meminta penjawat awam meningkatkan prestasi dan produktiviti mereka dari semasa ke semasa dalam memastikan negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 dan menjadi sebuah negara yang kompetetif dalam semua sektor seperti ekonomi, pendidikan dan modal insan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah merasmikan majlis konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-27 di kampus universiti itu di Gombak di sini.

Ditanya mengenai penjawat awam yang berhasrat untuk berkerja di sektor swasta atau menceburi bidang perniagaan, beliau berkata kerajaan akan memudahkan prosedur peletakan jawatan mereka secara telus.

Mohd Sidek berkata ada beberapa sebab mengapa penjawat awam meletak jawatan di perkhidmatan awam antaranya ialah sebahagian daripada mereka menghadapi masalah disiplin dan selebihnya kerana mencari peluang pekerjaan dan gaji yang lebih baik.

Semasa membentangkan Belanjawan 2012 semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan melalui sistem baru itu, penjawat awam akan menerima kenaikan gaji tahunan yang ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred mulai tahun 2012.

Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada 1.3 juta penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 kepada 618,000 pesara kerajaan.

-- BERNAMA

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betul3.. perkara macam ni perlu di titik berat kan yang sebenarnya, betullah kenaikkan di berikan tersebut diterima dengan girang, tetap adalah harus dingatkan tanggungjawab kita bekerja ni kepada negara dan rakyat, kalau hanya gaji yang menjadi agenda utama bekerja dalam perkhidmatan awam dengan mengabaikan perkara2 lain adalah satu musibah kepada negara yang sebenarnya...

Tanpa Nama berkata...

ha ah, imbuhan max 13%, produktiviti pun ditingkatkan 13% r

Tanpa Nama berkata...

Produktiviti sentiasa diutamakan sebab BOS selalu kata, gaji dibayar penuh setiap bulan walaupun HARI SABTU DAN AHAD. Aper aper pun yang penting kerja sebagai ibadah, dan kerja kerana Allah.

Tanpa Nama berkata...

saya cadangkan mannsuhkan saja elaun perumahan kepada semua PA. kerajaan bagi je rumah dengan diaorang lagi bagus. bagi lah kelayakan berasaskan gred misalnya gred 17 kebawah maksimum rumah harga 200k yang gred lebih tinggi bagilah tinggi sikit. senanglah PA pilih jak rumah, kerajaan bayar, lagi senang.huhuhu

Tanpa Nama berkata...

kenapa bajet tahun ini meninggalkan pembantu tadbir dibelakang. Times-based masih 15 thn sedangkan cikgu lapan tahun. Tdk bolehkan cuepack ambil perhatian sebentar. Apakah peranan PT tidak penting.demi kebajikan kami mohon pihak tuan mempertimbangkan.

Tanpa Nama berkata...

A. Farmasi
Dari Gred 41 kpd Gred 44 => 3 tahun
Dari Gred 44 kpd Gred 48 => 4 tahun
dari Gred 48 kpd Gred 52(pakar) => 4 tahun
Dari Gred 52 kpd Gred 54 => 3 tahun

B. Pergigian @ Perubatan
Dari Gred 41 kpd Gred 44 => 2 tahun
Dari Gred 44 kpd Gred 48 => 3 tahun
dari Gred 48 kpd Gred 52(pakar) => 3 tahun
Dari Gred 52 kpd Gred 54 => 3 tahun

C. Polis
Dari Konstabel kpd Lans Koperal => tiga tahun
Dari Lans Koperal kpd Koperal => lima tahun

D. Pendidikan
Dari Dga 29 kpd DGA 32 => 10 tahun
dari DGA 32 kpd DGA 34 => 10 tahun
Dari DG41 kpd DG44 => 10 tahun
Dari DG44 kpd DG 48 => 10 tahun

DG48 ke Gred DG52 = 1,228 guru .
Gred Khas C = 72 guru .
DG44 dinaikkan ke Gred DG48 = 6,585 guru .
DGA32 ke Gred DGA34 = 99 guru
JUMLAH yg terima hadiah = 7984 guru..
Guru di M'sia = more than 400 000..

Terima kasih PM kerana prihatin kepada masalah guru.

Tanpa Nama berkata...

Struktur organisasi/jawatan di setiap agensi awam adalah berlainan. Jadi, kenaikan pangkat mengikut time-based adalah tidak sesuai dan adil.