Bernama
22/7/2012
22/7/2012
PEKAN, 21 Julai (Bernama) -- Pemberian imbuhan sempena Aidilfitri
kepada penjawat awam adalah bergantung kepada kemampuan kerajaan, kata
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dengan wajah yang ceria, Najib berkata beliau akan melihat 'buku kira-kira' kerajaan terlebih dahulu berhubung perkara itu.
"Nantilah kita semak-semak dahulu, belek-belek dahulu, kena tengok-tengok buku kira-kira dahulu...kalau apa-apa pun kita semak dahulu, apa-apa keputusan mesti berdasarkan kepada kemampuan kerajaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengenai pemberian imbuhan itu baru-baru ini.
Pada 16 Julai, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata pihaknya sedang mencari pendekatan terbaik bagi memastikan 1.4 juta penjawat awam mendapat imbuhan itu dan tidak menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan seperti menaikkan harga barangan.
Najib ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan cek Durian Runtuh Felda Fasa 2 dan pakaian kepada Pegawai-pegawai Masjid serta sumbangan Apron kepada peniaga dan bantuan cermin mata kepada penduduk Pekan di Dewan Umno Pekan, di sini.
Dalam ucapannya beliau menegaskan agar pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan tidak menghalang usaha kerajaan dalam memajukan negara.
Mengambil contoh penyenaraian saham Felda Global Ventures Holding Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia, beliau berkata, pihak yang cuba menghalang disifatkan sebagai busuk hati kerana tidak suka melihat kerajaan membantu meningkatkan kehidupan rakyat.
"Jangan halang usaha kerajaan untuk majukan negara dan rakyat, tidak sokong tidak apa...dalam hal ini (penyenaraian FGVH) kita tak boleh halang sebab ini adalah hal yang baik dan untuk kebaikan rakyat," katanya.
Bercakap kepada pemberita kemudian Najib berkata jika peneroka ingin membeli tambahan saham, mereka perlu membelinya di pasaran saham terbuka.
"Pihak Felda perlu membantu peneroka untuk membelinya di pasaran terbuka dengan harga semasa. Walaupun peneroka telah ditawarkan dengan 800 unit saham ketika saham tersebut dilancarkan mereka juga tetap dapat keuntungan kerana 20 peratus saham FGVH telah dimasukkan ke dalam tabung amanah yang akan membayar dividen setiap tahun kepada mereka," katanya.
Ditanya mengenai laporan akhbar berhubung senarai awal calon Barisan Nasional yang ditolak 50 peratus daripadanya, Najib berkata: "Kita belum memuktamadkan calon-calonnya dan kita akan memutuskannya apabila tiba masanya, jadi semuanya hanya spekulasi. Umno pun belum, kita tengah semak-semak dan belek-belek lagi," katanya.
-- BERNAMA

15 ulasan:
ok ah klu dpt,,harap2 sebulan gaji dibayar 2x,,..hihi
Tak perlu bonus raya. Baik bagi masa akhir tahun. Lagi baik.
aik?duit dh abis ke..xkan untuk PA xde kot..utk yg lain2 semua dh bg xkn utk org sendiri xdpt plak..?
1 ribu - lumsum to semua PA.
Tolong la JANGAN beri bonus ...nanti harga barang akan naik dan kami orang2 kampung akan merana lagi nak beli keperluan raya nanti...tolong la Najib..sekali lagi pakcik ulang...JANGAN BERI BONUS UNTUK RAYA PADA TAHUN INI...
sekian tima kasih
Walau bagaimanapun barang akan naik juga setiap kali raya tidak kira bagi atau tidak bonus. Lebih baik dapat bonus. barang tu kalau mampu beli. kalau tidak jangan beli. duit boleh simpan. belanja ikut kemampuan la. orang kampung mana yang merana nie. kat tempat saya orang kampung jual sawit ok je. nampak je merana, duit bank berkepuk. bantuan kerajaan selalu dapat. nie belum apa-apa minyak masak dah mula berkurangan di pasaran. pastu ayam la pulak makin kurang. tu kira nak paksa harga naik la tu. bukan salah PA dapat bonus tapi peniaga yang tamak. PA cuma 1.27 juta je. tak sampai 1/10 rakyat malaysia. Bonus orang swasta lagi banyak la.
time ni la baru dia sebok nak bukak buku kira-kira dulu..
ayat dia salahlah....macam nak berkira je dengan kita....nanti kita pun fikir-fikir dulu nak undi baru tau....lain kali jaga ayat nak cakap...musim sensitif ni....bagi je bonus raya.....dapat je kutip balik dalam 5 tahun akn datang....takkan baik dengan semua, kejam dengan kita kot.....please pm jangan buat kesalahan...kami sayangkan anda...prestasi anda sudah cukup baik sehingga sebut buka kira-kira.
Bagus la dia nak bukak buku kira-kira. menunjukkan PM buat keputusan tidak melulu. apapun kena ikut kemampuan kerajaan. kena rujuk Kem. kewangan. Tapi mesti pak omar da tanya dia ada bonus tak baru berani keluar kenyataan. spekulasi la pulak. mesti dapat punyalah. Kerajaan BN sekarang da ok sangat. nak apa lagi. kalau tukar PKR tak tau apa lagi la perubahan yang tak tentu lagi. tapi kenaikan gaji tahunan kat politeknik pun tak dapat lagi. tu TPG bulan 1. kalau dapat bonus alhamdulillah. selesa sedikit.
KUALA SELANGOR 7 Jun BR1M Kedua dikaji....
“Semalam kita bincang dalam Kabinet. Datuk Seri Noh (Omar) pun ada. Saya beritahu Perdana Menteri, kalau agak ada duit lebih kita buat sekali lagilah (BR1M). Tidak tahulah, itu pandangan saya tetapi PM senyum sahaja.
“Beliau kata apa susah, cari sumber, kita sudah ada sumber tetapi kadang-kadang pendapatan tidak dikutip dan bila Perdana Menteri arahkan LHDN tingkatkan kutipan, tahun lalu dapat tambah hasil RM26 bilion dan tahun ini diarahkan tingkatkan kepada RM30 bilion," katanya.
Kalau BR1M boleh, kenapa bonus atau duit raya tak boleh plak....????
bagi bonus raya dalam bentuk baucer.
baucer tersebut hanya boleh ditebus melalui pembelian barangan keperluan harian seperti barangan dapur, pakaian, bayaran bil utiliti dan yang sewaktu dengannya.
dengan cara ini dapat mendisiplinkan kakitangan awam yang majoritinya boros dan tidak pandai menguruskan kewangan.
tapi percayalah, walaupun diberi dalam bentuk cek/baucar, tetap akan ada manusia-manusia bodoh yang akan cuba menukarkannya dengan wang ringgit, walaupun mendapat nilai yang rendah dari baucar tersebut.
klu kerajaan ada nak bagi imbuhan, kwn pun rasa syukur..
kwn tak mampu nak menolaknya..
bersyukurlah kalau 'ada'
1.4juta pa/28juta rakyat malaysia.small of the pieces
Saya bersyukur kalau kerajaan bagi bonus. Kalau tak bagi pon tak mengapa, saya tidak meminta. Bersyukur dengan apa yang ada.
Catat Ulasan