SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

25 Julai 2012

SPA PERLU WUJUD MEKANISME AMBIL STAF LAMA

Utusan Malaysia
24/7/2012


KUALA LUMPUR 23 Julai — Tindakan Suru-hanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mengambil semula penjawat awam yang telah berhenti untuk berkhidmat, perlu melalui satu mekanisme.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, cadangan SPA itu baik, bagaimanapun satu mekanisme bagi memastikan kriteria mereka yang boleh diambil semula bekerja dengan perkhidmatan itu perlu diwujudkan. Ini supaya tidak menjejaskan kelayakan pegawai yang sedang berkhidmat dalam sektor awam untuk mendapat kenaikan pangkat, katanya kepada Bernama di sini hari ini.
"Kami sambut baik cadangan SPA itu tetapi mereka (SPA) perlu fikir mekanisme yang melayakkan mereka untuk diambil semula bekerja dalam sektor awam, kerana ramai penjawat awam yang sedang berkhidmat dan mereka mempunyai prestasi yang baik.

"Mereka perlu ada satu keistimewaan atau potensi yang dapat dilihat untuk diambil semula, seperti contoh pengalaman dan produktiviti mereka," katanya.Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam berkata, SPA akan mengkaji semula untuk membenarkan mereka yang berhenti dari sektor awam untuk kembali semua bekerja dalam perkhidmatan awam.Omar berkata, pada masa ini, petugas kerajaan yang berhenti tidak dibenarkan kembali semula berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan peraturan itu merugikan kerajaan kerana pengalaman mereka yang luas dan banyak."Kami mahu mengkaji semula bagi membolehkan mereka bekerja semula, tetapi perlu melalui permohonan seperti orang lain," katanya.
Sementara itu, Omar berkata sebelum seseorang ingin memohon ke dalam perkhidmatan awam atau mengisi borang permohonan pekerjaan, mereka perlu memastikan yang mereka mempunyai rekod bersih agar tidak timbul sebarang masalah semasa proses pengambilan bekerja.Beliau mengulas sistem baru yang digunapakai SPA yang boleh mengesan status dan rekod pemohon kerja melalui sistem yang dihubungkan dengan pelbagai agensi termasuk Kementerian Dalam Negeri.Sistem itu turut disambungkan dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi membolehkan SPA mengenal pasti calon yang mempunyai rekod buruk lebih awal. — BERNAMA

33 ulasan:

Tanda Nama berkata...

yang dah berhenti biarlah mereka. dari situ kita tahu hati mereka bukan untuk perkhidmatan awam.

yang sedia ada dalam perkhidmatan, lebih2 lagi dalam kumpulan sokongan ni ha, perjuangkan supaya yang ada kelulusan tinggi tu boleh menjawat jawatan lebih tinggi tanpa perlu tapisan merepek2.

apa benda la cuepacs ni! yang dah berambus tu biarlah mereka berambus! keluar masuk macam flip flop apahal!

Tanpa Nama berkata...

aku setuju.. dah berhenti dah laaa
Ini yang ada diploma@ijazah tak kemana-mana dok 17 juga pegi temuduga last-last SPA ambil orang baru keluar belajar.. kami yang lama kerja sampai pencen laaa..

Tanpa Nama berkata...

RAMAI KAKITANGAN AWAM YANG ADA KELULUSAN IJAZAH...DIPLOMA YANG MASIH BELUM DIBERIKAN PELUANG MENJAWAT JAWATAN YANG SETIMPAL...MEREKA INIIIIIII...... YANG PERLU DIUTAMAKAN KERANA MEMILIKI KELULUSAN DAN SANGGUP MENIMBA ILMU SECARA PJJ DEMI UNTUK MENAIK TARAF PENJAWAT AWAM YANG BERILMU...DAN ADA JUGA YANG TELAH DIANUGERAH PEKERJA CEMERLANG BEBERAPA KALI...

Tanpa Nama berkata...

Minta CUEPACS lihat dan cadangkan dahulu supaya beri peluang kakitangan awam yang telah memperolehi kelayakan kerana ramai kakitangan awam yang dah ada ijazah kerana belajar PJJ daripada ambil yang dah berhenti nie...dah dapat pencen...dapat lagi gaji kontrak...

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju staf lama diambil kembali bekerja kerana mereka mempunyai kepakaran dan kemahiran yang tinggi. Disamping itu, mereka boleh menjadi coach kepada pekerja baru. Kerajaan dapat mempercepatkan proses peningkatan kemahiran pekerja dengan menyerapkan staf lama dalam bidang pembangunan staf. Sekarang ni orang semakin umur panjang akibat khasiat supplement yang mereka ambil. Umur 70 pun masih cergas. Kasihan mereka bosan duduk rumah terutamanya mereka yang sudah kehabisan simpanan kwsp.

Tanpa Nama berkata...

Dalam Job Malaysia tuu minta SPA/JPA utamakan kakitangan awam yang dah ada kelayakan untuk ditemuduga untuk kenaikan pangkat dan dinaikkan pangkat...Asyik utamakan yang luar je...macam pepatah "Monyet di hutan disusukan...anak dirumah kelaparan.." Jika kebajikan dan hak kakitangan awam dijaga...barulah perkhidmatan awam akan jadi yang terbaik...

Tanpa Nama berkata...

Staf lama sebelum dia berhenti...ajarlah staf bawahan dia agar mempunyai kepakaran dan kemahiran tinggi...Ini baru dikatakan pemimpin...Kerajaan juga tak perlu keluar kos bayar berganda pada staf lama. Staf lama yang umur dah meningkat dan boleh hidup lama...buatlah amal jariah dan banyakkan masa ke masjid...dan berbakti kepada masyarakat setempat...dan lagi ceburilah perniagaan dan wujudkan peluang pekerjaan bagi golongan baru...Barulah berguna kepakaran dan kemahiran tinggi tuu... dapat menjana ekonomi negara...

Tanpa Nama berkata...

Sudah2 la tu... kalau da pencen carilah amalan utuk bekalan akhirat nanti.. ramai lagi anak cucu cicit kita nak keje juga... dah la bersara wajib sehingga 60tahun.. masih tak cukup lagi ke? kalau mcm tu pilih opsyen bersara sampai mati kan puas hati... apa rasanya kalau anak cucu cicit korang x dpt keje.. apa korang rasa? tahu pula kalau anak sendiri nak guna kabel... Insaflah wahai manusia.. kubur kata mari rumah kata pergi... renung2kan

ASHAMSURI berkata...

yang dah berhenti, biarkan lah..tak perlu nak serapkan semula yg dah keluar atau pun yang dah bersara..zaman mereka dah berlalu, beri peluang pada yang sedia ada untuk kenaikan pangkat dan yang freshie utk masuk dlm sektor awam.. Omar Osman, guna lah otak skit, jgn asyik nak menjadi penjilat tegar je..ni sokong pun pasal ko pun dh nak pencen kan..udah2 la...

Tanpa Nama berkata...

dah pencen dah pun..kontrak sambung menyambung lagi....hahahaha

Tanpa Nama berkata...

SEMAK SEMULA PEKELILING CUTI TAHUNAN 2009 YANG MENGURANGKAN CUTI PA .HARAP DAPAT DIKEMBALIKAN JUMLAH CUTI YANG LAMA.

JUMLAH CUTI SEKARANG SEDIKIT,TERUTAMA BAGI KUMPULAN SOKONGAN.

POHON PERTIMBANGAN DATO CEUPACS,KERANA DULU MASA PEKELILING CUTI TU DIKELUARKAN CEUPACS TAK DIAJAK BERBINCANG.HARAP DAPAT DIKAJI SEMULA AGAR CUTI PA DI TAMBAH SEMULA.

LEBIH MALANG LAGI,BAGI PA YANG DAH KERJA LAMA DAN DILANTI NAIK PANGKAT KE JAWATAN BARU SELEPAS 2009,JUMLAH CUTI TAHUNAN MEREKA BERKURANG KERANA TERPAKSA MENGIKUT PEKELILING 2009.MOHON SUPAYA MEREKA DIBENARKAN BAWA FAEDAH CUTI JAWATAN LAMA KE JAWATAN BARU.

Tanpa Nama berkata...

Kata-kata yang pernah dipaparkan dalam ulasan kenaikan skim pembantu makmal :

Khamis, Julai 12, 2012 9:46:00 AM

((((((((((()))))))))))))))))

orang dah nyanyuk .. umur 62 tahun !
Dah 6 tahun bersara tetap di UPM tapi masih keja KONTRAK.
siapa yg tandatangan sambung kontrak???

Tanpa Nama berkata...

KEPADA CUEPACS :

1) MOHON SUPAYA DINAIKKAN PANGKAT BAGI YANG MEMPUNYAI KELAYAKAN

2) MOHON SUPAYA DIBENARKAN BAWA FAEDAH CUTI JAWATAN LAMA KE JAWATAN BARU

SEKIAN.

Tanpa Nama berkata...

Sokong bagi kakitangan awam yang berkelayakan dinaikan pangkat dan cuti jawatan lama ke jawatan baru dikekalkan..

Tanpa Nama berkata...

yang dah berhenti, biarkan lah..tak perlu nak serapkan semula yg dah keluar atau pun yang dah bersara..zaman mereka dah berlalu, beri peluang pada yang sedia ada untuk kenaikan pangkat dan yang freshie utk masuk dlm sektor awam.. Omar Osman, guna lah otak skit, jgn asyik nak menjadi penjilat tegar je..ni sokong pun pasal ko pun dh nak pencen kan..udah2 la...

=================================================================================================

yg nak masuk ni pun semua kroni2.....tak kan tak faham2

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS...Tolong tengok cukai yang diimposekan kepada PA bulan JULAI, tanpa makluman awal dan penerangan jelas...bg org islam bulan pose dan nak smbut raye perlukan lebihan budget...kenapa LHDN wat macam ni??? CUEPACS TAK KAN TAK TAHU

Tanpa Nama berkata...

Dato, tak kan la takde bonus raya tahun ni? PRU13 dekat giler. Tak kan la PM takde simpan duit negara untuk bonus raya? Mesti ada kan? Banyak belanja dapur keluar raya ni.

Tanpa Nama berkata...

cuepacs ni pakar membuat cadangan dan usul.

setiap hari ada je cadangan baru.

sudahnya banyak cadangan yang dulu2 tergantung begitu sahaja.

lepastu pulak memberi harapan palsu kepada orang.

memang munafik betulla cuepacs ni!

mat debu berkata...

Dah nyayok ke cuepacs ni?

Tanpa Nama berkata...

PRU 13

~ RM 146,000 keatas [ unit tengah ]
~ Land Size From : 2.38 POINT /1,033 SQFT
~ Wall Up Area :527 SQFT / 18'x 31'
~ 3 bilik tidur 1 bilik mandi

Tanpa Nama berkata...

PRU 13

~ RM 146,000 keatas [ unit tengah ]
~ Land Size From : 2.38 POINT /1,033 SQFT
~ Wall Up Area :527 SQFT / 18'x 31'
~ 3 bilik tidur 1 bilik mandi

==========================================================================================

dah ada kebenaran merancang ke ni...........

Tanpa Nama berkata...

SEMAK SEMULA PEKELILING CUTI TAHUNAN 2009 YANG MENGURANGKAN CUTI PA .HARAP DAPAT DIKEMBALIKAN JUMLAH CUTI YANG LAMA.

JUMLAH CUTI SEKARANG SEDIKIT,TERUTAMA BAGI KUMPULAN SOKONGAN.

POHON PERTIMBANGAN DATO CEUPACS,KERANA DULU MASA PEKELILING CUTI TU DIKELUARKAN CEUPACS TAK DIAJAK BERBINCANG.HARAP DAPAT DIKAJI SEMULA AGAR CUTI PA DI TAMBAH SEMULA.

LEBIH MALANG LAGI,BAGI PA YANG DAH KERJA LAMA DAN DILANTI NAIK PANGKAT KE JAWATAN BARU SELEPAS 2009,JUMLAH CUTI TAHUNAN MEREKA BERKURANG KERANA TERPAKSA MENGIKUT PEKELILING 2009.MOHON SUPAYA MEREKA DIBENARKAN BAWA FAEDAH CUTI JAWATAN LAMA KE JAWATAN BARU.

Kunang berkata...

Panggil smula kerja dan tawarkan jawatan Kontrak...

Apa barang... bukan larat lg buat kerja, cuma keluarkan arahan ajer.. rugikan kerajaan lagi adalah.. Tu nak cadang sambung Had umur bersara 60 Tahun, yang ada penyakit parkinson dok terketar-ketar pun masih dok kerja lg, pastu asyik berulang-alik ke Hospital@klinik kerja cincai... orang lain jadi mangsa...
Pikir-pikirkan lah....

Tanpa Nama berkata...

kata orang PAKU SERPIH.. HINA ORANG OMAR YG LEBIH.. WOOOI OMAR BANGSAT.. OMAR MEMAng dah nyanyuk .. umur 62 tahun !
Dah 6 tahun bersara tetap di UPM tapi masih keja KONTRAK.
siapa yg tandatangan sambung kontrak??? PASAL OMAR ANJING NI BISING SBPA HANCOR N TS ABU BAKAR KPPA KENA PECAT.. YG HERAN GRED OMAR ANJING NI 22 TAPI BOLE KECOH 1 MALAYSIA.. PUKI LALU ANJING OMAR

guru lama berkata...

Untuk makluman semua khususnya Presiden CUEPACS

Pengambilan kakitangan lama memang bagus dan tindakan yang baik tapi bagi kumpulan guru-guru di Malaysia rasanya perkara ini perlu penelitian yang lebih dalam kerana sekrang ni ramai graduan yang sdh keluar dari universiti dalam jurusan pendidikan tapi belum mendapat tempat. Entah bilalah mereka akan ditempatkan Daripada mengambil bekas pesara lebih baik ambil bakal-bakal guru ini supaya mereka mendapat pengamalan sebagai guru di sekolah

Tanda Nama berkata...

CUEPACS PERLU BERHENTI MEREPEK

itu adalah tajuk blog akan datang.

sekian terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Benar,yang berhenti awal dalam JPPH lebih berpengalaman dan berpotensi membawa JPPH kemercu yang diharapkan oleh PM selaku menteri kewangan malaysia,sebelum ini dicawangan cawangan JPPH telah tidak ketandusan pegawai pegawai yang berpengalaman,hari ini ramai yang telah bersara awal akibat peluang pekerjaan luar lebih menarik serta kenaikan pangkat lebih cepat dibandingkan dengan JPPH,kajian kenapa PEGAWAI KANAN JPPH berhenti di usia muda walaupun di gred 48,52,54 dan jusa.jawapan peluang untuk mengharungi liku-liku itu terbatas kearah mendapat pangkat Timbalan ketua pengarah dan ketua pengarah JPPH

AIR OH AIR.... berkata...

aku setuju kerajaan amik semula staf yang berhenti.... sebab dalm kes aku... aku diberhentikan sebab penswastaan jabatan... bukan aku yang nk berhenti kerja... tp kerajaan juga yang pakse kita org berhenti... puas dah mintak ke jabatan lain semua tk layan.. klu di beri peluang cm ni... ade lagi peluang untuk kami kembali bertugas di jabatan kerajaan.....

Tanpa Nama berkata...

biasanya mereka yang mempunyai wawasan dan sukakan cabaran/perubahan dalam kerjaya akan membuat sesuatu, samada bertukar skim, atau kalau susah sangat, berhenti dan kerja swasta.

majoriti yang selesa dengan sesuatu jawatan selama berpuluh tahun, takda inisiatif untuk bertukar persekitaran, mahupun melakukan perubahan kerjaya dipanggil sebagai jumud.

inilah masalah perkhidmatan awam, dipenuhi oleh mereka yang berfikiran jumud. hatta spa/jpa sendiri jumud kerana masih mengekalkan prosedur kuno berkaitan dengan lantikan/kerja/kenaikan pangkat/pertukaran pegawai/pertukaran kerjaya

Tanpa Nama berkata...

mansuhkan skim pegawai khidmat pelanggan dan gantikan dengan skim pembantu tadbir (pengkeranian/operasi), ia lebih flexible..

Tanpa Nama berkata...

Ada di antara yang terpaksa mohon berhenti (bukan pencen ye pakcik makcik atok nenek) itu mungkin kerana untuk fokus keperluan menguruskan keluarga. jadi apa bila yang diurus itu DAH MATI, dia available la. tiada masalah kalau diambil bekerja lagi kerana pengalaman dan skill yang dh sedia ada.

Tanpa Nama berkata...

Sebab tu xdpt kerja kerajaan, bahasa cara penulisan pun dah nampak xsesuai jadi penjawat.

Tanpa Nama berkata...

Yang ada pendidikan tinggi tu yang tak patut ambil hak kerja kelayakan spm. Mohon la ikut tahap pendidikan. Bukan mengharap org perjuang kerajaan serap ikut tahap pendidikan. Tu nk kerja senang namanya.