Utusan Malaysia
4/7/2012
4/7/2012
KUALA LUMPUR 3 Julai - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bersedia
mengadakan pertemuan dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam
Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bagi menjelaskan secara terperinci berhubung
pelaksanaan dua dasar baru yang diperkenalkan kelmarin.
Pengerusinya, Tan Sri Mahmood Adam berkata, ia sebagai menolak
dakwaan kesatuan itu yang menyifatkan dasar-dasar berkenaan sebagai
tidak relevan dan merupakan 'langkah ke belakang' berbanding amalan
sebelum ini.
Jelas beliau, selain meningkatkan peluang permohonan jawatan ke
sektor awam, pelaksanaan dasar itu dibuat bagi menyelesaikan masalah
kekurangan kaum bukan Melayu menyertai sektor awam dalam usaha menarik
lebih ramai kaum itu berkhidmat di sektor tersebut.
''CUEPACS tidak tahu apa masalah sebenar yang dihadapi, dasar ini
dibuat setelah mengambil kira situasi menang-menang tanpa menjejaskan
peluang dan ruang pemohon di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
''Oleh itu kita mengalu-alukan mereka berjumpa dengan kami untuk
diberi penjelasan sewajarnya kerana dasar ini melibatkan orang awam yang
belum lagi menjadi ahli kesatuan itu,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas pandangan CUEPACS yang tidak bersetuju dengan
pelaksanaan dua dasar baru yang turut disifatkan tidak mencerminkan daya
saing di kalangan pemohon yang berbeza kelayakan, malah mendakwa ia
adalah satu pembaziran.
Dasar yang diperkenalkan itu adalah membenarkan calon memiliki Ijazah
Sarjana Muda memohon jawatan di peringkat SPM selain turut membenarkan
calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan berbanding
lima sahaja sebelum ini.
Sementara itu, SPA dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini
berkata, dua dasar baru yang diperkenalkan itu membolehkan semua calon
bersaing bagi memohon mana-mana jawatan yang bersesuaian tanpa sekatan
tahap kelayakan akademik yang dimiliki.
Kata kenyataan itu, langkah itu selaras hasrat kerajaan supaya rakyat
tidak memilih pekerjaan walaupun mempunyai kelayakan lebih tinggi.
Jelasnya, jumlah kekosongan di peringkat ijazah adalah terhad dan ia
menjadi punca hanya 7,007 calon dilantik ke perkhidmatan awam pada tahun
lalu berbanding 155,297 pemohon.
15 ulasan:
Tak payah keruhkan keadaan
makin sukar hidup dizaman ini.kalau kita hidup ditahun 70 an kan tenang....
ada degree kalau tahun 70 an dah kira hebat...dapat jadi pegawai.tapi sekarang degree tidak lagi menjanjikan hidup senang.
sekarang baik baik kursus masakan.jadi chef,buka restoran,jadi kaya....boleh masuk tv,jadi celebrity,glamour.. Mon
KSN tak payah jumpa CUEPACS kerana bukan CUEPACS yang menentukan dasar dasar kerajaan.
Nak ugut guna apa? Letak jawatan?
perkhidmatan awam di negara ini semakin hancur akibat tangan-tangan PTD. MAjoriti penjawat awam hari ini mengalami krisis keyakinan dan kepercayaan terhadap PTD dan menolak kepimpinan PTD.
naikkan dulu gred j17 sijil poli ke gred j27. seperti yg telah diiktiraf JPA. itu lagi bagus dan penting...dilaksanakan..
tak yah jumpa .. habih boreh.
Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...
makin sukar hidup dizaman ini.kalau kita hidup ditahun 70 an kan tenang....
ada degree kalau tahun 70 an dah kira hebat...dapat jadi pegawai.tapi sekarang degree tidak lagi menjanjikan hidup senang.
sekarang baik baik kursus masakan.jadi chef,buka restoran,jadi kaya....boleh masuk tv,jadi celebrity,glamour.. Mon
Selasa, Julai 10, 2012 10:24:00 AM
--------------------------
salah tu. zaman sekarang ni kalau ada degree masih boleh dapat jawatan yang guna post degree.
dengan syarat anda adalah anak kepada "somebody". atau anda mempunyai "somebody" dalam perkhidmatan.
salah tu. zaman sekarang ni kalau ada degree masih boleh dapat jawatan yang guna post degree.
dengan syarat anda adalah anak kepada "somebody". atau anda mempunyai "somebody" dalam perkhidmatan.
-----------------------------------
x setuju dgn pendapat di atas. x dinafikan mmg ada yg dpt jwtn menerusi 'kabel' tp ramai yg dpt jwtn kerana merit. kerana sbl ditemuduga, kebanyakan jwtn berkelayakan ijazah mewajibkan ujian bertulis sbl calon disenarai pendek utk temuduga...
GLC , Konglomerat kena bantu kerajaan menyerap golongan berijazah yang menggangur ini , ambil mereka berkerja dan berikan latihan yang bersesuaian . Kalau isu besar ini tidak diatasi segera bermakna Universiti yang menternak dan mengeluarkan penganggur berijazah serta menanggung hutang ini patut bertanggungjawab kerana telah banyak duit yuran pelajar sudah dibalun .
saya cadangkan supaya KPLI ataupun DPLI dilanjutkan ke umur 40 tahun drp umur 35 tahun sebelumnya kerana ramai penjawat awam yg mendapat degree pada usia 30-an tetapi tiada peluang kerja kerana pasaran kerja yg terhad. sekurang-kurangnya degree tersebut dapat dimaanfaatkan sebaik-baiknya untuk kemajuan kerjaya..
mmm.. tak paya jumpa terangkan kepada semua rakyat malaysia neh baru kami puas hati..
Aku tak sokong dasar pemikiran golongan tamak. Dia senang nanti orang lain dapat susah..nanti takde pembelaan, nasib tak terbela..
bodohhhhhhhhhhh betul CUEPACS....tarik balik had persaraan 60 tahun tu ajer. Yg nak berkerja sampai 60 tahun atau sampai mampus hanya bergred 54 dan ke atas sebab kerja mudah, gaji besar, elaun besar. kalo setakat 17 sampai 41 gaji dh santak dinding dan tiada kepentingan apa2 lagi....
mansuhkan skim pegawai khidmat pelanggan dan gantikan dengan skim pembantu tadbir (pengkeranian/operasi), ia lebih flexible..
Catat Ulasan