SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

02 Oktober 2009

750,000 PENJAWAT AWAM DAPAT BONUS TABUNG HAJI

Berita Harian
2/10/2009

KUALA LUMPUR: Dianggarkan 750,000 penjawat awam daripada keseluruhan 4.7 juta pendeposit Tabung Haji turut menerima manfaat daripada pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Rabu lalu mengenai bayaran bonus awal 2.25 peratus bagi separuh tahun pertama 2009, Isnin ini. Presiden Cuepacs, Omar Osman ketika dihubungi semalam berkata, 85 hingga 90 peratus penjawat awam mempunyai simpanan di Tabung Haji yang kebanyakan daripada mereka menyimpan untuk menunaikan ibadat haji. Semalam, akhbar melaporkan, Najib ketika mengumumkannya semalam berkata, bonus awal separuh tahun yang membabitkan RM465 juta itu pertama kali dibayar oleh Tabung Haji, sekali gus mencerminkan kekukuhan kewangan Tabung Haji.
Penjawat awam, Noor Fariza Abu Bakar, 27, berkata, ibu bapanya membuka akaun Tabung Haji untuknya sejak beliau berumur enam tahun sebagai persediaan untuk menunaikan Rukun Islam kelima selain sebagai simpanan. “Bonus berkenaan secara tidak langsung akan meningkatkan jumlah simpanan sedia ada. Saya tidak akan mengeluarkannya untuk sebarang urusan kurang perlu, biarlah (simpanan itu) terus meningkat,” katanya ketika ditemui Berita Harian, sema-lam. Pengurus Jualan, Norazila Yeob, 42, menyarankan Tabung Haji untuk terus mencari lokasi pelaburan berpotensi kerana ia secara tidak langsung akan memberikan pulangan lebih baik sekali gus memberi manfaat kepada pendepositnya.

2 ulasan:

Alang berkata...

Bunyi mcm nak menyedapkan hati dan perasaan KA aje...!

Perkataan "Bonus..." tu dah menjadi sangat sensitif sejak akhir-akhir ni...hahaha...!

Tok Janggut berkata...

Betui tu........Indonesia dan Filipina pun mampu bagi sebulan gaji kat Penjawat Awam mereka, takkanlah Malaysia yang kaya raya dan aman makmur ni tak boleh kut.