SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

20 Oktober 2009

JAMBATAN LANGKAWI: SETUJU TUN M

Utusan Malaysia
19/10/2009

SAYA sebagai kakitangan kerajaan yang bertugas di Langkawi dapat memahami keengganan mantan Perdana Menteri menyokong cadangan pembinaan jambatan ke tanah besar kerana bakal menimbulkan kesesakan dan menjadikan pulau ini hilang nilai eksklusifnya.
Kos pembinaan jambatan yang tinggi juga kurang berbaloi dengan pulangan yang bakal didapati daripada kutipan tol semata-mata.
Sektor perhotelan juga mungkin mengalami kerugian dengan pengunjung yang balik hari dan masalah penyeludupan akan terus meningkat dengan wujudnya laluan baru. Perniagaan kereta sewa juga bakal berkubur kerana majoriti akan melancong dengan memandu kereta sendiri.
Bagaimanapun penjawat awam yang ditempatkan di pulau itu dan berada jauh daripada keluarga dan berulang-alik saban minggu menggunakan feri harus dibantu dengan memberi elaun khas iaitu Elaun Seberang Laut bagi meringankan beban kos perjalanan yang ditanggung mereka.
Kalau kerajaan tidak mampu bina jambatan konkrit cukuplah dengan imbuhan itu yang akan menjadi jambatan penghubung dengan keluarga tersayang di tanah besar.

2 ulasan:

1Borneo berkata...

Alang-alang jambatan ke langkawi tu, baik buat jambatan terpanjang di dunia, dari semenanjung ke borneo...Malaysia Boleh...

Tanpa Nama berkata...

BetOi2.. kesian.. kena pula dengan anak kecik lagi dengan barang2 lagi campur ngan pelancong2 lagi, huk huk sungguh menyedihkan..