SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

22 Oktober 2009

CUEPACS, MTUC MINTA BONUS 2 BULAN

Berita Harian
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
22/10/2009



KUALA LUMPUR: Cuepacs dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) masing-masing memohon kerajaan memberi bonus dua bulan gaji kepada 1.6 juta kakitangan dan pesara perkhidmatan awam serta dan memperkenalkan dasar gaji minimum RM900 sebulan bagi semua sektor pekerjaan dalam Bajet 2010, yang akan dibentangkan esok. Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata walaupun krisis ekonomi negara belum pulih sepenuhnya, permohonan bonus itu adalah wajar untuk menambah kuasa membeli, selain meningkatkan kebajikan kakitangan awam supaya dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan, produktif dan cemerlang. Malah, katanya, berdasarkan tinjauan peniaga turut mengharap dan tertunggu-tunggu kakitangan awam menikmati bayaran bonus kerana ia akan mendorong serta mengaktifkan lagi kegiatan jual beli dalam pasaran.
“Permohonan kadar bonus itu ditetapkan dalam mesyuarat Majlis Kongres Cuepacs Khas, 16 Oktober lalu, selepas mengadakan perjumpaan dengan Ketua Setiausaha Negara. Tidak dinafikan bayaran bonus dua bulan gaji kepada kira-kira 1.2 juta kakitangan dan lebih 400,000 pesara perkhidmatan awam, membabitkan kos yang tinggi. “Bagaimanapun, diharap kerajaan mempertimbangkan permohonan ini berdasarkan produktiviti dan prestasi kerja kakitangan awam yang semakin baik, di samping kesetiaan serta sokongan penuh mereka kepada kepemimpinan kerajaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Sementara itu, Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud, berkata penetapan gaji minimum RM900 itu akan memberi kesan besar kepada kebajikan rakyat, khususnya yang berpendapatan rendah, berikutan masih ada pekerja memperoleh kadar upah tidak munasabah serendah RM350 atau RM400 sebulan, termasuk dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.
“Selain itu, MTUC juga meminta kerajaan mendesak majikan sektor swasta memperkenalkan elaun kos sara hidup (Cola) untuk pekerja berpendapatan rendah, di samping menyediakan insentif lain seperti rebat bagi membantu golongan ini serta mengekalkan bantuan subsidi sedia ada. “Walaupun mungkin berlaku pengurangan dalam Bajet 2010, ia diharap tidak membebankan atau memberi implikasi negatif kepada rakyat yang banyak menyumbang kepada kerajaan pada waktu susah dan senang,” katanya.

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Minta 2 bulan..PM bole timbangkan 1 bulan..Kalu x cukup duit, berilah dalam bentuk unit AS1Malaysia..Nak merasa jugak pemberian drp PM baru kita..Penjawat Awam Diutamakan, Bonus Mesti Didahulukan...

-2bz4money

Tanpa Nama berkata...

tolonglah pm baru, 1malaysia kan

Rakyat Bawahan berkata...

Takkanlah nak bagi bonus sebulan pun tak mampu, Penjawat Awam Indonesia dan Filipina pun boileh bagi bonus 1 bulan.

Takkanlah Negara yang kaya dan makmur ni tak mampu kut............

Lu Fikirlah sendiri.

Maria Hadiey berkata...

harusnya kerajaan wajar pertimbangkan bonus untuk kakitangan kerajaan..kami kakitangan kerajaan setakat ni hanya menelan air liur bila mendengar kakitangan swasta mendapat bonus setiap tahun.dapat bonus 4 bulan....6 bulan....9 bulan...mereka cukup menjaga kebajikan kakitangan mereka dan berkongsi setiap keuntungan yang mereka perolehi bersama kakitangan mereka...tapi kita?apa yang kita dapat?apatah lagi kos sara hidup sekarang cukup tinggi.hinggakan ramai di kalangan kakitangan kerajaan terpaksa kerja sampingan selepas waktu pejabat untuk menambah pendapatan menanggung keluarga.harap dengan kepimpinan baru, kerajaan lebih prihatin dengan permasalahan kakitangannya.kami cukup setia menyokong kerajaan.dan seharusnya juga kerajaan renungkan, betapa untungnya kerajaan kita punya kakitangan yang cukup setia berkhidmat dan memberi komitmen demi kecemerlangan kerajaan kita juga.renungkan juga, andai kami semua berpatah arah, nescaya pincanglah kerajaan kita.

Tanpa Nama berkata...

harap Di Berikan pertimbangan.Kesian khususnya pada Pakar Pakar Perubatan Dan Pegawai Perubatan yang berada di hospital saban hari untuk memberikan khidmat kesihatan kepada rakyat.Kalau Mereka kecewa tentu kerajaam yang rugi

Tanpa Nama berkata...

bonus, bonus jugak. tp bagaimana dgn nasib 50,000 pekerja kontrak kerajaan? bila lagi cuepacs mahu debatkan?

cuepacs dulu pernah mensasarkan supaya tiada lagi pegawai dan pekerja kontrak kerajaan menjelang 2010.

nk buat macam mana? tak kan diberhentikan begitu saja walaupun diberi sedikit ganjaran. lepas tu mereka akan bertempiaran mencari kerja baru.

umur makin lanjut,. persaingan dengan generasi muda lepasan universiti semakin sengit.

so cuepacs mesti bersungguh2 dgn isu ini. adalah tinggi harapan 50,000 pegawai dan pekerja kontrak kerajaan supaya diserapkan kepada jawatan tetap akan menjadi kenyataan.

wakil pegawai kontrak kerajaan

Tanpa Nama berkata...

pemimpin yang bijak tidak akan mengulangi kesilapan yang sama!!!! buwi, jange tak buwi deh

Tanpa Nama berkata...

Bagi pendapat saya, memandangkan PM sekarang ni merupakan PM yang ke-6 dan yang terbaru dalam mengumumkan BAJET 2009...maka wajarlah PM bersetuju dengan cadangan CUEPACS mengenai permohonan bonus 2 bulan gaji untuk kakitangan awam. Ini kerana, permulaan yang baik akan berakhir dengan yang lebih baik..

Tanpa Nama berkata...

tak payah cerita bonus TIADA

Tanpa Nama berkata...

sedih terhadap najib

Tanpa Nama berkata...

hari tu kumpulan pNp bukan main hentam cuepacs berat sebelah pada staff sokongan jer ..
hari nie terbukti bahawa sumabngan nie dpt jugak pada pNp ..

senyap plak yer dah dpt..

Tanpa Nama berkata...

kepada sesape yg teringin sgt nak RM500 hari tu.. hari dah dapat...

Tanpa Nama berkata...

keeee,,,,keeee,,,keeeee tak dapat munus

Alang berkata...

Hahaha...Bonus 2 bulan setakat sendiwara aje..!!

W/bgimanapun, belanjawan keseluruhan nampak macam dinamik dan seimbang. Harap2 berupaya untuk dijelmakan.

Cuma apa yang membimbangkan, kalau harga petrol dan lain2 barangan akan turut dinaikkan kepada mereka yg sederhana pendapatan atau golongan pertengahan... alamat pendapatan bulanan silap2 tak cukup makan!

Dahlah setiap bulan cukai pendapatan terpaksa dilunaskan...

Tang yang ni, harap2 PM Najib tak silap pertimbangan! Dalam membezakan antara yang kayaraya dengan yang setakat cukup makan..Agar pemberian subsidi kan terus dapat dimanfaatkan. Kepada golongan yang sememangnya memerlukan!

Wassalam!

Bajet2010 berkata...

MANA BONUS???KESIAN KAKITANGAN KERAJAAN...MENGHARAP BULAN JATUH KE RIBA..HUHU.. MAKIN TERUK LA JAWABNYA LEPAS NI NK BERURUSAN DGN GOV LPS NI..MESTI LAGI HAMPEH...

setakat bagi RM500 kpd Kump A mcm takda makna langsung..celah gigi je.. kedekut gile.. buat klinik 1Malaysia watpe..dh byk klinik swasta dh ada..support la klinik2 yg dh ada..

confirm harga minyak akan naik nnt..n mcm2 akan naik juga lepas ni..peruntukkan lebih kpd projek2 utk jangka panjang,tp penyelesaian pantas dan cpt takda..rakyat gak kena survive..

ayuh la..kakitangan kerajaan nadi kerajaan..jgn samapi kakitangan yg ramai ni protes dgn kertas undi..wasalam..

Tanpa Nama berkata...

wei..aku kecewa tak dpt bonus tapi takde le pulak aku nak lahirkan kekecewaan aku melalui kertas undi

Tanpa Nama berkata...

Salam

kumpulan 41 hingga 52 kemana anda??????
Habuan telah dapat .... rm 500.00
apa nak kata kat hj omar dan cuepacs
tak puas hati juga.....
bersyukur dan berdoa supaya semua AJK CUEPACS sihat walafiat dan teruskan perjuangan untuk semua...
nak tengok berapa orang nak ucap terima kasih kat hj omar .....

Tanpa Nama berkata...

ala..kumpulan sokongan dpt 250 masa nak raya diam jer..yg minta tu bukan hj omar atau cuepacs..cuepacs tu minta bonus..mmg kerajaan nak bagi kat pegawai A. Baru lah adil..

Tanpa Nama berkata...

ha ha ha ha... ok la tu... yg dpt cuma bantuan khas... bonus tiada... tidak kira gred semua sama dapat RM500..

Tanpa Nama berkata...

kesiannya,....................kakitangan awam tiada bonus

badan m,uka

pk berkata...

aku x faham cuepacs fungsi dia minta bonus je ke..knapa xminta kakitgn awam buat kerje bersungguh2..tiap2 thn minta bonus, tp kualiti kerja masih di takuk lama..ex: hospital kerajaan, nk jmp dr amik ubt jek dh 2-3 jam..SWASTA cari duit utk negara(PROFIT), GOVERN bg services xde hasilkn profit tp bg laa mutu kerja berkualiti...sbb gomen nk bonus, terpaksa pinjam PETRONAS, TM, TNB..last derang yg xde bonus..

Tanpa Nama berkata...

jgn asyik minta bonus jek..tp kerja xjln..dlm sethn je mcm2 dh minta..tp keje xde kualiti..CUEPACS sepatutnya bkn minta bonus, naik gj je, tp kn la juga sarankan perkerja awam nie..buat kerja btul..mkn gj bute jek wat pe...bonus tu dtg dr tax,hasil usaha syarikat swasta nye business...awam bg service, tp xde kualiti

FiraunRansis10 berkata...

Kenyataan Najib semalam agak melampau. Kalau tak bagi bonus pun tak apa tapi janganlah buat kenyataan yang boleh mengguris hati kakitangan awam..Dipendekkan cerita, adalah salah bagi kakitangan awam memilih BN dalam pilihan raya akan datang. Cuba pangkah PKR pula.Mungkin lebih baik daripada BN.Tengoklah nanti...kita tengok siapa yang akan kena kantoi pada PR13