SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

03 Oktober 2009

PENJAWAT AWAM DAPAT PELARASAN GAJI 6 KALI

Berita Harian
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
3/9/2009




KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah memberi pelarasan gaji sebanyak enam kali kepada kakitangan awam dalam tempoh 15 tahun sejak 1992 hingga 2007.

Menurut kenyataan dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), semalam, pelarasan gaji berkenaan diberikan setiap tiga hingga lima tahun, iaitu pada 1992, 1995, 2000, 2002 (dua kali) dan 2007.

Dalam konteks ini, katanya, setiap pemberian kenaikan gaji sektor awam dibuat dengan mengambil kira keperluan semasa dan kemampuan kewangan kerajaan.



“Kenaikan gaji tahunan (KGT) pegawai perkhidmatan awam secara keseluruhannya ialah antara tiga peratus hingga enam peratus daripada gaji pokok.

“Tahun ini, kerajaan sudah mengumumkan kenaikan pangkat secara khas untuk penyandang (KUP) kepada penjawat awam kumpulan sokongan yang sudah berkhidmat selama 15 tahun dan lebih.

“Ini turut memberi peluang untuk menikmati gaji pada gred kenaikan pangkat yang lebih tinggi berbanding gaji pada gred jawatan asal,” menurut kenyataan itu.

Akhbar baru-baru ini melaporkan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan melakukan semakan gaji 1.2 juta kakitangan awam setiap lima tahun sekali bagi membolehkan penyelarasan dibuat berdasarkan kos sara hidup semasa.

Ini berikutan semakan gaji terbaru yang dilakukan kerajaan pada 1 Julai 2007 dibuat selepas tempoh 25 tahun dan gaji yang diperoleh dengan kadar kenaikan antara 7.5 peratus hingga 35 peratus itu hanya mampu menampung kos sara hidup mereka sehingga tahun depan.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu lagi, kerajaan sentiasa prihatin terhadap kebajikan pegawai perkhidmatan awam, sekali gus menegaskan dakwaan bahawa semakan gaji terbaru yang dilakukan pada 1 Julai 2007 dibuat selepas 25 tahun, adalah tidak tepat.

Selain itu, katanya, konsep saraan dalam perkhidmatan awam adalah menyeluruh dan bukan saja meliputi upah atau gaji bagi kerja dilakukan, tetapi merangkumi pelbagai pemberian elaun serta kemudahan lain yang boleh dinikmati pegawai dan juga keluarga mereka.

“Ini termasuk imbuhan tetap, imbuhan tetap perumahan, bantuan sara hidup, kemudahan perubatan, kemudahan cuti, kemudahan perumahan dan sebagainya,” menurut kenyataan itu.

“Oleh itu, pendapatan minimum pegawai perkhidmatan awam tidak wajar diukur dari segi gaji pokok saja tetapi perlu mengambil kira pemberian elaun serta kemudahan lain yang disediakan oleh kerajaan,” menurut kenyataan itu.

25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kerajaan ialah boss kakitangan awam. apa dia cakap, kamu ikut jelah......................................nanti kamu kakitangn awam dipecat oleh kerajaan, baru kamisedar dan menyesal....
ikut jelah.......bonus dan pelarasan gaji sudah tiada.semua ini sudah memberi kepada F1 MALAYSIA..................

Alang berkata...

Tak tumbuh, tak melata...Tak sungguh, orang tak kata...!
Sangka baik ajelah...

Juruteknik menunggu berkata...

Pelarasan dah 6 kali tapi skim juruteknik masih di takuk lama juga

Tanpa Nama berkata...

demi suka rela membakar duit untukF1 sahaja.......................................apa gunanya F1? yang penting, jaga kebajijan kakitangan awam lah,,,,

Tanpa Nama berkata...

mmmm...memangla gaji dh byk kali naik termasuk elaun. Barang2 dan minyak apa kurangnya.. minta naik elaun BITK sikit pun dh kecoh sekampung..

batu berkata...

pelarasan pehal... x bagi kt suma pun... asyik polis... guru... pastu tentera... hampeh..
cam aku ni juruteknik... xder pun org nak fight... makan je la ape yg ada

Jebat Moden berkata...

Kalau korang semua dah tak puar hati dengan majikan korang..tukarkan je majikan tu dalam PRU akan datang..cuba tengok kalau2 kerajaan baru dapat bagi skim gaji yang lebih menarik ke..tak cuba mana nak tahu..korang merungut kat sini pun bukan dapat apa..

Alang berkata...

Fikir itu pelita hati..."Ikut hati, mati...Ikut rase, binase...!"

Merancanglah dengan penuh bijaksini, Bertindaklah dengan penuh bijaksana!

Agar kite takkan rugi di sini dan juge di sane...

Pak Alang berkata...

Alang alang menyeluk pekasam biar sampa ke pangkal lengan.

Alang alang mandi biar basah

Alang berkata...

Betul tu...
Tapi awas, "Jgn sampai nanti..berminyak tak licin, mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena...!"

Alang bukan ape, cume turut mengingatkan diri sediri, je!

Tanpa Nama berkata...

jgn bising2, apa salahnya kan dah lama kami menderita

Tanpa Nama berkata...

Apa susah2 klu nk tambah duit, buka la web nie..

http://www.getpay2click.com/v1/index.php?ref=fazli_zura

Tanpa Nama berkata...

ORANG JPA SEBENARNYA TAK PAHAM ATAU BUAT-BUAT TAK PAHAM MAKSUD YANG DIPERKATAKAN OLEH PRESIDEN CUEPACS...MAKSUD PRESIDEN CUEPACS PADA FAHAMAN SAYA IALAH TAK ADA SEMAKAN SKIM PERKHIDMATAN SECARA MENYELURUH SEPERTI SKIM AZIZ KE SKIM KABINET ATAU KE SKIM SSB.. YANG ADA HANYA PELARASAN GAJI AJE.. SEMAKAN SKIM PERKHIDMATAN TENTUNYA ADA PERUBAHAN NAMA JAWATAN DAN JUGA TANGGAGAJI BARU.. DAN SUDAH PASTINYA CUEPACS MAHU SISTEM GAJI MATRIKS DIHAPUSKAN....HANYA SEGELINTIR YANG DAPAT ANJAKAN GAJI..YANG RAJIN MEMBACA SAHAJA YANG DAPAT, TAK PAYAH KERJA CEMERLANG, CUKUP SAHAJA MEMBACA DAN LULUS PERIKSA ARAS 4. PAHAM-PAHAM LAH.

Tanpa Nama berkata...

Cuepacs jangan lupa perjuangkan sistem gaji linear! gaji matrik nampak tak berapa adil lah, mungkin ramai yang kat luar sana bersetuju !?...

Tanpa Nama berkata...

Salam..

Apa cerita ya tentang kenaikan pangkat bagi pemegang diploma dalam jawatan pembantu tadbir (kesetiausahaan). Kalu tak silap dengar2 hari tu kata nak dinaikkan ke N22? betul ke? ada perkembangan terbaru? kena ambil exam khas ke, pegi kursus ke?

Tanpa Nama berkata...

mimang betul kerajaan menaikkan
gaji kakitangan awam tetapi diwaktu
yang sama juga kerajaan menaikkan
harga barang seperti tahun yang lalu dimana kerajaan telah menaikkan gaji kakitangan awam sehingga 35 0/0 tetapi diwaktu yang
sama juga kerajaan telah menaikkan
harga minyak begitu tinggi dimana
pemakaian minyak kalau pergi ke
pejabat 80.00 minyak sebulan manakala meningkat 300.00 sebulan
sedangkan gaji naik kalau kumpulan
rendah hanya 60.00 hingga 90.00 S
sahaja saya minta janganlah buat
begitu lagi dia juga penawar dan diajuga racun.

Tanpa Nama berkata...

Asyik2 polis je naik....
klu tengok gaji tentera lagi la xadil.... yang pangkat tinggi gajinya terlampau jurang dengan yg bawah ni... sosak nafas den....
bila kenaikan dapat, yang pangkat tinggi nak lebih persent dari yg bawah, jd bertambah banyak la jurang antara golngan pangkat tinggi dan bawah. Apa cer... igt yg bawah ni xbuat kerja je... xde kami diorang xleh buat apa-apa la....
klu nak adil bagi la sama rata, bukan saja perkhidmatan tentera, tapi semua perkhidmatan....

Tanpa Nama berkata...

PKA KKM.... Pembantu Kesihatan Awam paling malang dalam perjawatan.. org dpr KUP tp PKA apa pun tak ada... nak dapat apa2 cukup susah.. harapkan AJK Kesatuan, masing2 duk besarkan perut masing2 je... kenaikan ke tinggkatan kanan pun bg pada yang nak pencen sebulan dua je lg...nasib la PKA... TAPI BANGGANYA KAMI SEBAB KAMI ADALAH DI BARISAN HADAPAN DALAM KEMENTERIAN. Apa2 pun kami dulu yang rempuh, lepas tu bila jalan2 dah clear PKA tebas, baru bos2 lalu...tapi apa pun keistimewaan, untuk kami PKA jangan harap... yang pasti duk diam2, buat keje biar ikhlas.. tggu pencen ... jadi 'BANK JAGAAA' .... t/kasih kesatuan yang tahun ambil yuran bulanan je .....

Tanpa Nama berkata...

SALAM.. AKU SOKONG PENDAPAT PKA KKM TU... DULU MASA FATO' FAFIR JD TIMB MENETERI KESIHATAN...DIA TAK TAHU ADA JAWATAN PEMBANTU KESIHATAN AWAM DLM KEMENTERIAN KESIHATAN...WALHAL KAWASAN SEKITAR RUMAH DIA KITA ORG YANG DUK WAT OPERASI BERSIH KAWASAN NYAMUK... SAMPAI RTM BUAT DOKUMENTARI NAK BGTAU MENTERI YG TAK HABIS BACA BUKU TU TAHU... TUGAS DAH BERBELAS TAHUN BERTAMBAH, NAMA JE MEMBANTU PPKP, TP KITA YANG BUAT KERJA. PPKP GOYANG KAKI..HUJUNH TAHUN PPKP DAPAT NAMA... ORANG LAIN SENYUM SAMPAI BELAKANG TELINGA SB PUAS HATI KAT KERAJAAN KENANG JASA BERKHIDMAT LEBIH 15 TAHUN..BAGI KUP, TP PKA TERUS2 KE BELAKANG..BAYANGKAN GAJI POKOK PEMANDU KUP DI R6 RM 1700.00... PKA YANG KERJE MASUK 19 TAHUN BARU 1500... SAPA BOLEH ARAH SAPER? PEMANDU PUN NAK TGK MUKA PKA DAH MALAS WALAUPUN PKA KETUA UNIT DI SESETENGAH TEMPAT... ATTENDAN KESIHATAN PUN ADA YANG DAPAT GAJI POKOK RM 2000.00 LEBIH...TP U14... PKA? U17...U22....U24.... GAJI POKOK RM1500.00... KEJE 19 TAHUN..ATTENDAN MASUK JE 15 TAHUN, CONFIRM DPT KUP ... GRED TAKLEH IKUT LA.. SEBAB GRED TU SAJA2 JE TARUK... KASI NAMPAK CANTIK SIKIT MACHAA... MMG TERLALU KECEWA JADI PEMBANTU KESIHATAN AWAM.. BERSUARA MELALUI KESATUAN, LEBIH BAIK BGTAU KAT KUCING KAT BIAWAK.... DIA ORG TAK AMBIK YURAN, PERUT PUNTAK BUNCIT... TP AJK PKA SEMUA GILA KUASA, KERJA LANGSUNG TAK BUAT. TIAP BULAN AMBIK YURAN.. DULU RM 2, SEKARANG RM 5 LEPAS NI? SEMUA NI UNTUK BAYAR ELAUN AJK... BAYAR BIL LETRIK/AIR RUMAH AJK...KERETA...DLL... NASIB PKA? PI MAMPUIH LA HANG PA... JANJI AJK SENANG... NASIB KORANG LA JADI PKA... KAMI NAK KUP! KAMI NAK KUP! KAMI NAK KUP! HARAP KESATUAN SATU SEN TAK GUNA...

bukan anti kerajaan... bukan sokong pembangkang... berkata...

“Tahun ini, kerajaan sudah mengumumkan kenaikan pangkat secara khas untuk penyandang (KUP) kepada penjawat awam kumpulan sokongan yang sudah berkhidmat selama 15 tahun dan lebih.
klu ayat di atas .. mcm semua mesti dapat...
Sya dh khidmat 21 thn dh .. tapi tk dapat pon KUP.... ( ada kiraan lain plk....... )mcm mana tue........

bukan anti kerajaan... bukan sokong pembangkang... berkata...

“Tahun ini, kerajaan sudah mengumumkan kenaikan pangkat secara khas untuk penyandang (KUP) kepada penjawat awam kumpulan sokongan yang sudah berkhidmat selama 15 tahun dan lebih.
klu ayat di atas .. mcm semua mesti dapat...
Sya dh khidmat 21 thn dh .. tapi tk dapat pon KUP.... ( ada kiraan lain plk....... )mcm mana tue........

Tanpa Nama berkata...

gaji N22 bagaimana? NT telah naik dari gred 17 ke 27 dan ke 32 melanggit, what so special. Perkeranian terutama CC (chief clerk) masih ditakuk lama. Gaji office boy dah nak sama gaji kerani dan ketua kerani. Tak balance. Dacing kena lah balance.

Tanpa Nama berkata...

SALAM... APA2 PUN bersyukur & berterima kasih dahulu... memang X berapa Adil, tapi..NAK BERLAKU ADIL PADA 1.2 JUTA KAKITANGAN AWAM & 32 JUTA RAKYAT MALAYSIA...MEMANG AMAT SUKAR. WARGA PENDIDIK...DARI DULU TAK HABIS2 "MELENTING" MARAH PASAL GAJI...KATA MEREKA KERJA MEREKALAH YG PALING SUSAH..KELULUSAN MEREKALAH PALING TINGGI. BEGITU JUGA PDRM... KERJA MEREKA YG PALING BERISIKO...X KIRA MASA... BAGAIMANA PULA DGN TENTERA, DOKTOR, JURURAWAT DAN LAIN2...MASING2 ADA KESUSAHAN & KELEBIHAN. KERAJAAN DAH MENILAI DAN CUBA buat yang Terbaik. PENAMBAHBAIKAN GAJI PDRM, GURU DAN beberapa kali dibuat. X salahnya Gaji Pokok DSP Polis ...diantara RM 4000 ke Rm 8000...so samalah dengan Pegawai Tentera Berpangkat Mejar. (Lebih kurang pun bab Elaun je)... Begitu juga Doktor Perubatan bukan Pakar...setaraflah tu...begitu juga Pensyarah.. Jurutera.. Berbaloilah dengan kelulusan masing2, tugas dan tanggungjawab...

NANO berkata...

YUP...YES AGREE. Sokong Thanks & hargailah. BAB kelulusan ni...nak jadi Pegawai Polis , Pegawai Tentera pun mesti ada sekurang2nya Ijazah Am atau Kepujian... kalau X , X merasalah jadi Kapten... So bab kelulusan bukan dimonopoli oleh Guru, Pensyarah... Doktor, jurutera saja... Gaji anda dinilai berdasarkan KELUULUSAN, BIDANG KERJA, JAWATAN, TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO TUGAS...

Tanpa Nama berkata...

menarik... SO AKU TUMPANG SIKIT. Aku ni PILOT TENTERA. Baru lagi.. 5 tahun. Kalau dengan penerbangan Awam 5 tahun menerbangkan Pesawat Komersial ikut Flying Hours...x kurang RM 10 ribu sebulan.. . Sebagai Choper pilot (heli) yg harganya puluhan jutaan ringgit...& risikonya boleh jatuh terhempas bila2... Gaji pokok aku sbg Kapten cuma Rm 4000. elaun adalah rm 3k. So dalam 7k sebulan... Dengan penggajian baru ni... barulah rasa dihargai... Nak kata puas hati??? mana boleh puas hati... Tapi at least SYUKRAN