SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI***

12 Oktober 2009

GAJI PENSYARAH LULUSAN SARJANA SAMA GRED GURU SEKOLAH RENDAH

Berita Harian
12/10/2009



SAYA berharap paparan ini mendapat perhatian serius Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atau Pendaftar Institusi Pengajian Tinggi Awam berhubung masalah dihadapi segelintir pensyarah di institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Baru-baru ini saya bertemu dengan tiga rakan yang sama-sama memasuki maktab perguruan pada 1980-an dan kini menjadi guru. Rakan saya 'A' seorang guru yang mengajar Tingkatan Enam di Pantai Timur menerima gaji gred DG48. Rakan saya 'B', seorang pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) kampus Ipoh juga sedang menikmati gaji DG48. Malangnya, saya sebagai pensyarah di IPTA amat sedih kerana menerima gaji DS45 yang jauh lebih rendah daripada dua sahabat saya itu. Mendengar cerita rakan saya itu, saya hanya menelan air liur dan tersenyum apabila mereka berkata, "Lainlah gaji pensyarah universiti, kalau kita yang duduk di sekolah ini dapat gaji DG48, pensyarah universiti lebih lagilah." Saya hanya tersenyum pahit.
Sebagai bekas guru yang berkhidmat selama 20 tahun di sekolah, kini saya memilih menjadi pensyarah di universiti tempatan. Lima tahun bertugas di universiti dengan pengalaman bekerja di sekolah selama 15 tahun. Rakan saya yang mengajar di sekolah menerima kenaikan gred gaji daripada gred DG41 ke DG44 atau DG48, jika mengajar Tingkatan Enam dalam tempoh 10 tahun perkhidmatan. Malah, ada yang lebih baik menerima gred gaji DG52 atau DG48 jika meneruskan perkhidmatan di IPG. Penstrukturan semula gaji guru di sekolah Kementerian Pelajaran beberapa tahun lalu menjadikan profesion perguruan benar-benar menarik. Nasib indah itu tidak berlaku kepada diri saya, iaitu seorang pensyarah yang berkelulusan sarjana. Hari ini, gred gaji saya masih berada di gred DS45 dengan gaji pokok jauh lebih rendah daripada guru sekolah rendah yang berkelulusan diploma perguruan, apatah lagi jika dibandingkan dengan gred rakan yang mengajar di sekolah menengah yang menikmati gred DG44 atau DG48.
Untuk pengetahuan, gaji saya sebagai pensyarah pada hari ini ialah sama dengan gaji guru DG32 (P1T16) yang berkhidmat di sekolah rendah atau guru DG41 (P1T10) sedangkan saya sudah berkhidmat selama 20 tahun sebagai kakitangan kerajaan. Saya pernah berbincang hal ini dengan pendaftar universiti tempat saya bertugas. Jawapan yang diberi amat menyedihkan kerana sistem gred gaji IPTA ialah DS45, DS52 untuk calon PhD dan seterusnya. Lebih malang lagi apabila saya dimaklumkan jika saya ingin mendapat gaji setaraf dengan guru (rakan DG44 atau DG48), saya diminta supaya meletak jawatan sebagai pensyarah universiti dan kembali semula bertugas sebagai guru di sekolah. Saya menelan sindiran dan cabaran itu dengan rasa keinsafan yang mendalam kerana pegawai pendaftar itu bergred DN44. Di universiti, saya terpaksa berdepan dengan KPI yang menuntut saya melahirkan graduan sarjana dan ijazah pertama, menerbitkan jurnal bertaraf antarabangsa, menerbitkan buku, membentangkan kertas kerja, menjadi pakar rujuk sosial kepada media atau masyarakat dan macam-macam lagi tugas yang melambangkan status pensyarah universiti awam.
Berbanding tugas guru di sekolah, dengan gaji lumayan mereka hanya berdepan situasi pengajaran dan pembelajaran, tugas kurikulum atau aktiviti yang bagi saya tidak seberat tugas seorang pensyarah universiti. Apa yang saya harapkan ialah, pihak kementerian dapat menstruktur semula gaji pensyarah berkelulusan sarjana yang pernah bertugas sebagai guru seperti saya. Tugas dan beban pensyarah universiti hari ini kian berat dan runcing. Hal ini dibebankan lagi dengan status 'Universiti Penyelidikan (RU)' yang memaksa pensyarah menghasilkan satu penyelidikan bagi menentukan prestasi kerja tahunan. Bagi pensyarah yang sedang menyiapkan PhD dan tidak mendapat cuti belajar kerana faktor kekurangan kakitangan, ia kian membebankan.


PENSYARAH SARJANA MALANG,
Kuala Lumpur.

80 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya mengokong pendapat saudara..bukan sahaja skim DS malah skim DH kepada pensyarah politeknik yang diperkenalkan juga lebih teruk drpd skim DS dan DG..dengan bebanan tugas sampingan yang amat banyak,kekurangan kakitangan dan skim kenaikan yang ketat walaupun dikatakan tanpa kekosongan...kerajaan hanya menaikkan SKIM DG dengan mengabaikan SKIM DH dan DS..sudahlah guru2 cutinya banyak dan dimanjakan lagi oleh kerajaan dengan pelbagai permintaan.kerajaan sentiasa tunduk dengan permintaan NUTP..adakah kami boleh mengharapkan CUEPACS membantu skim di KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI yang hanya gah pada namanya sahaja.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Salam
Mengapa Semasa Perlantikan di Buat saudara terima...adakah saudara menerima pelepasan dengan izin dari KPM, Jika ia. sepatutnya gaji saudara dalam gred ds 45 adalah lebih tinggi dari gaji akhir (guru) saudara.Sila rujuk pekeliling mengenai perlantikan.Jika tidak bersetuju dengan lantikan berkenaan sepatutnya saudara bangkitkan kepada pendaftar ataupun menolak tawaran berkenaan.Amalan Kelaziman ialah gaji baru ialah lebih tinggi dari gaji sebagi guru (Tangga Gaji Terakhir).Tajuk yang di kemukakan sebenarnya tidak tepat dan mengelirukan.Kalau di Ikutkan Skim DS 45 termasuk elauan adalah yang terbaik sekali.

Tanpa Nama berkata...

setiap pengajar mesti xpuas hati dengan gaji masing2..bersyukurla ape yang ada.klu xpuas hati nape terima tawaran.mcm2..bosan asyik dengar cikgu xcukup gaji je...kakitangan sokongan terima je ape yang ada.klu bersyukur semua cukup..

Tanpa Nama berkata...

Sokong! ...kalau kita bersyukur mesti kita rasa puas apa yang kita dapat seadanya.

Tanpa Nama berkata...

Kalau mengharap one end saja bersyukur and yet the other end x reti nak bersyukur dgn menghargai usaha pensyarah, x guna gak kan?

So what's a point having higher degree in the first place if you CAN'T PAY US accordingly? Ingat kepayahan nak dpt masters/phd senang ka berbanding nak dpt diploma?

Contoh: korang suker ke kalau anak korang dah belajar rajin2, trial, exam, mid term skor sume 5A tapi aleh2 utk UPSR anak korang dpt 2A 2B 1C. Berbanding anak org lain belajar ala kadar, main banyak, tapi aleh2 dpt 5A. Musti korunk pun heran kan? Lagi la brapi kalu ada mulut org ckp, yg hang x reti bersyukur ke anak dpt 2A2B1C tuh, dan org yang bercakap tuh sume anak2 jenis gagal belajar.....mesti korunk x puas hati n sakit ati kan?

Nak suruh org bersyukur tapi diri sendiri lupa bersyukur.....lagi satu staff sokong wujud disebabkan business nature IPTA education, the main core adalah pensyarah, no pensyarah, no staff sokongan...ngerti!

Tanpa Nama berkata...

Balik ke isu sebenar.Jika tidak bersetuju dengan lantikan di IPTA berkenaan mengapa setuju terima.IPTA yang Lain Boleh Berikan Skim Yang Baik.Sebab IPTA adalah Badan Berkanun dan mempunyai kaedah lantikan yang sendiri...Berbalik kepada komen yang lain hentikanlah mengata sesama kakitangan kerajaan .Buat Malu pada Kakitangan Swasta.Saya bertugas di Swasta Malu dan Meluat tgk kejelikan perkara ini....isu utama GAJI yang x pernah cukup.Tapi pernah kita renungkan kiranya gempa di padang berlaku pada kita apakah Jawatan / gaji dan Umah mampu selamatkan Kita.Yang Penting kita sama sama doakan agar negara kita di lindungi dari bala bencana.

Tanpa Nama berkata...

jadi cikgu pun bes....boleh buat mlm...jual tupperware minyak wangi baju batik...haha

Tanpa Nama berkata...

Panas betul hati membaca tulisan anda, "Nak suruh org bersyukur tapi diri sendiri lupa bersyukur.....lagi satu staff sokong wujud disebabkan business nature IPTA education, the main core adalah pensyarah, no pensyarah, no staff sokongan...ngerti!"

Awak ni tak mencerminkan pemikiran seorang yg ada sarjana. Eloklah kalau awak pertimbangkan berhenti dari menjadi pensyarah, sbb awak memalukan pensyarah2 lain.

Alang berkata...

Salam,

Saja nak kongsi pandangan sedikit... Untuk makluman sdr pensyarah IPTA, guru-guru (SR/SM) dan pensyarah IPG la ni pun dah berlambak yang ada master/PHD. Sebelum ni pun mereka diletakkan di gred DG41 aje...sementara yang bernasib baik diterima berhijrah ke IPTA melompat ke DS45! Kalau tak silap Alang, syarat nak jadi pensyarah IPG skrg ni pun, minimum "Master"...di sekolah pula bukan ramai pun yg dapat DG48.

Seperkara lagi, jika sdr lihat balik perbandingan skim/gred DS45/51 dgn DG48/52 pun tak banyak bezakan... Saya percaya beban tugas lebih berat di KPM berbanding di KPT. Tak caya, boleh mohon mutual transfer @ secondment!

Tuan/puan yg di Poli pulak, perjuangkan lah skim gaji melalui KPT. Yg belum ada master/phd tu, gi lah ambil cepat...nanti boleh lah berhijrah ke IPTA dengan skim gaji yang lebih baik...

Memang betul, tak berapa molek di perbahaskan benda2 sebegini di forum umum secara keterlaluan, nanti bukan dapat simpati...malahan di tertawakan pula dan dihina! Jangan lupa, di samping jumlah dan angka, "keberkatan" juga faktor yang tak kurang pentingnya. Alang doakan semua rakan-rakan, tak kira gred/kumpulan sentiasa bahagia dan sejahtera hendaknya... Amin..!

Tanpa Nama berkata...

Sokong ! ...

Tanpa Nama berkata...

makin tggi belajar makin ego n makin tak bersyukur.pirahh patutla bdk sekarang belajar xberape pandai sbb pendidik asyik kira gaji..porahh...

Tanpa Nama berkata...

saya mengokong SKIM DH di politeknik mmg teruk...walaupun ditukarkan dr DG ke DH, bebanan dan tugas2 sampingan bertambah2,kalu diuniversiti ade pembantu@tehnician untuk bantu bengkel or makmal.tapi di poli semua pensyarah buat sendiri dengan satu bonus kenaikan RM90 je diberi untuk ke DH..dari cuti semester ditukarkan ke cuti tahunan kononya sebab under KPT....naik muak dan geli dengar and baca permintaan yang mcm2 sampaiketahap cikgu meminta pembantu guru mcm yang diberikan kerajaan kepada guru2 khas kerana dikatakan terlalu banyak tugas2 sampingan yang terpaksa dilakukan..sedarlah wahai guru gred DG terlalu banyak kerajaan beri..kerja dengan ikhlas

Alang berkata...

'Janganlah kita pernah berharap apapun atau balasan dari perbuatan baik yang telah kita lakukan. Walaupun cuma sekadar ucapan terima kasih maupun senyuman dari orang yang telah kita tolong. Lakukanlah semata-mata karena Allah SWT..... itulah makna ikhlas.'

Makna ikhlas begitu teramat dalam. Sesuatu perbuatan baik yang kita lakukan tidaklah berharap untuk mendapatkan pujian atau balasan dari orang lain sekalipun perbuatan baik itu kita lakukan kepada pasangan hidup kita dan juga anak kita sendiri... sebab Allah SWT memuliakan kita dari perbuatan baik yang telah kita lakukan.

Dalam Surat At-Thuur ayat 21, Allah SWT berfirman, '...dan Kami tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka, Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya. '
(oleh agussyafii, dipetik dari laman Cina Islam).

TSUAIII berkata...

Nak suruh org bersyukur tapi diri sendiri lupa bersyukur.....lagi satu staff sokong wujud disebabkan business nature IPTA education, the main core adalah pensyarah, no pensyarah, no staff sokongan...ngerti!

Selasa, Oktober 13, 2009 2:54:00 PM

SALAM

untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan yang sediakan blog ni pun datang dari staf sokongan IPTA yang dok pulun minta dan buat kerja bagi geng lagi. harap kawal ayat-ayat power anda. kami bukan pandai tapi cerdik sikit nak adakan ruang semacam ni.. kalau tidak nak luah kat mana ketidak puasan hati masing-masing.
kami faham kalau tak dak pensyarah tak ada sokongan tapi kalau kerjasama kan lebih baik macam jadi ahli persatuan akademik ipta n luahkan kenapa anda masih tak kemana sedangkan jawatan akademik bukan ada kuota macam sokongan. naik pangkat sampai JUSa pun boleh kalau rajin menulis buku artikel bentang kat persidangan antarabangsa tak kan tak naik pangkat ke 52 ke PM ke Prof. kan
tau sikit sikit aja ...
kami yang menurut perintah aja.

Tanpa Nama berkata...

betul tu.semua main peranan sebenarnye..bersyukur besar maknanye.duit ckit pun leh jadi cukup.

Prof. berkata...

Guru Sekolah Rendah pun dah ada kelayakan Sarjana. Ini antara faktor persamaan gred.Kenapa lah pensyarah zaman kini tak menggunakan IQ atau kepintaran untuk membuat sesuatu keputusan ? Macamana pelajar nak berjaya dengan cemerlang jika mempunyai pensyarah yang tidak boleh membuat keputusan yang munasabah ?

Tanpa Nama berkata...

Salam,
pada pandangan saya, setiap bidang pekerjaan pun ada cabarannya...yang penting kita cari alternatif yang terbaik untuk menyelesaikannya. Malulah kalau kita sentiasa menunding jari sesama sendiri. jom sama-sama menyeimbangkan iq dan eq kita...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum

Saya tertarik dengan rencana tentang gaji..tak silap di berita harian tu...

saya tidak faham kenapa soal gaji menjadi pertikaian semua pihak...yg pasti pekerja sokongan dan golongan pensyarah..

Duit hanya medium yg digunakan untuk perbelanjaan. Bergantung kepada individu cara mereka mengunakan duit. Pelbagai teknik di media masa telah memaparkan cara berhemah menggunakan duit.

Betul...tidak dinafikan...pepatah pernah berkata "lagi besar periuk , lagi besar keraknya." mungkin hanya bole digunakan pada zaman dulu sahaja. Kerana periuk elektrik dah tak de kerak...(jgn dok panas lama2...mmg la ada kerak)

Buat la perancangan...kurang gaji...kurangkan aktiviti dengan org rumah (maksudnya buat perancangan keluarga)...nak barang murah...beli barang buatan Malaysia...dah tak mampu bayar minyak kereta, pakai motosikal....semua jadi mudah kalau mengunakan akal fikiran.

Tentang tahap pendidikan, saya agak terkilan kerana disebabkan oleh komen seorang....maka semua org dipersalahkan...tidak adil mengatakan pelajar sekarang tiada kualiti kerana guru/pensyarah tidak berkualiti...harap diskusi menstilah dalam perspektif yang betul tanpa mengunakan emosi...semua perkara perlu dibincangan dengan fakta yang jelas...

Menunding jari kepada semua org adalah tindakan yg salah kerana kesalahan bukan terletak pada seorang sahaja tapi semua orang.

Semua perkara yg dilihat satu masalah bolehlah dibincangkan dengan melihat fakta yang ada. bagi pengadu...buat satu perbandingan dengan gaji yang dibandingkan...bolehlah dilihat kekurangan dan kelemahan bagi tanggan gaji yang dimaksudkan...jika ada kekurangan, bolehlah pengadu membuat surat yang jelas menunujukan gaji yang tak setimpal dan memohon membuat semakan gaji...

Bagi pekerja sokongan, tanpa pensyarah...pekerja sokongan tidak mampu membuat kerja dan tanpa pekerja sokongan, pensyarah pun tidak boleh membuat kerja. Sama2 memerlukan...apa yang nak digaduhkan.

Rezeki datang dari Allah S.W.T....bantyakkan berdoa, usaha dengan lebih kuat dan cekalkan hati menempuh semua dugaan...sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Tanpa Nama berkata...

salam 1malaysia..
pd pandangan sy soal gaji harus dipandang serius..
xketerlaluan kalau sy katakn mereka yg tidak kisah mngenai gaji ialah hipokrit.
apabila gaji2 mereka yg berpakaian uniform naik agak ketara, semoleknya gaji para pengajar harus dikaji semula..
sy juga berharap skim DH dpt diperbaiki, terlalu byk kelemahan yg ketara dpt dilihat..
bharap ad langkah yg akn diambil..

Pak Aji berkata...

Kalau saudara saudara mempunyai anak yang dapat 10A+ dalam SPM. Kemudian anak itu gagal mendapat biasiswa sedangkan rakannya yang dapat 9B berjaya dapat biasiswa ke universiti, adakah nasihat anda kepada anakanda tercinta ialah supaya bersyukur ajela atas keputusan yg cemerlang dan mohon PTPTN aje? Kalau anak anda mahu merayu kepada pihak yang berkenaan, adakah anda akan tuduh dia tidak bersyukur apabila dia cuba memperjuangkan hak dia?

Saya tak faham kenapa kadang2 ada manusia yang suka menyelitkan unsur2 bahawa pensyarah2 ni tidak bersyukur, sedangkan apa yg mereka lakukan cumalah memperjuangkan hak mereka.

'Adil' adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Kalau dirasakan perkara ini tidak adil dan menaniaya hak dan kebajikan sesuatu pihak itu, saya rasa dalam Islam pun TIDAK SALAH untuk memperjuangkan hal kita.
Lagipun CEUPACS ini memang berfungsi untuk memperjuangkan hak kakitangan kerajaan.
Kalau nak komenm sebolehnya biarlah berhemah dan relevan agar kita mendapat manfaat dari perbincangan ini.

Tanpa Nama berkata...

Bersyukur dengan apa yang ada..kalau tdk ikhlas itu lah jadinya..

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Apa pun rezeki yang kita dapat sudah ditentukan sejak azali. Kenapa dipertikaikan rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah s.n.w.

Mungkin kita disediakan yang lebih baik di Dunia yang lebih kekal.

Wallahualam!

Tanpa Nama berkata...

Bersyukur je pe yg kita ada. Ingat..xsemua gaji yg kita dpt tu hak kita. Kalau allah nk amek,bila2 masa sje kn. So, bersyukur dgn rzeki yg kita dpt. Alhammdullilah..

Tanpa Nama berkata...

Bersyukur tu mmg mudah diucap oleh org yg tk faham erti syukur. Bersyukur tu bkn la bererti kta nak stay saja di takuk lama, kna jga naik ke takuk yg lagi atas. Kalau macam yg sdara2 kt sbelumnya kata tu, makcik2 tukang sapu pn patut terus bekerja sbg tukang sapu la sepanjang hayat, jangan cuba nk ubah nasib, kna bersyukur kn...lau mintak gaji lebih tak boleh, nti dkira x bersyukur plak. Takkan la macam tu kan, takde salahnya nk minta gaji lebih setimpal dgn kemahiran n kelayakan yang ada, pnsyarah2 ni mintak naik gaji bkn tak berasas...dorg mintak yg sepadan dgn kelayakan yg dorg ada, so kena faham gak kt situ. Hanya yg jadi pensyarah je yg faham apa perasaannya dapat gaji yg tak setimpal dgn kelayakan yg ada.

Erm, sy setuju bla disebut tentang "berkat". Ianya pnya makna yg cukup besar bg seorang pendidik. N pensyarah x perlu la bgaya sngat kot, pnsyarah kt Jepun pn naik motorsikal je p ngajar, kita? :)

Tanpa Nama berkata...

terus teranglah..saya simpati dengan apa yang berlaku pada penulis artikel ni. gaji adalah sesuatu perkara sensitif dan penulis tu hanya nakkan keadilan dan penyelarasan gaji. isu bersyukur atau tidak, ia perkara kedua dan dah keluar dari topik..adakah dia kena diam dan menurut saja apa yang diberikan?? dan kadangkala, saya lihat sendiri ramai yang dah kerja di jabatan lain..tidak sedar mereka menerima gaji lebih rendah daripada gaji sebelumnya kerana tidak ingin bergaduh dengan pihak pendaftar. cuma bila dia akhirnya sedar, gaji yang diberikan amat jauh berbeza berbanding dengan kawan-kawan..sesalan sudah tidak berguna dan merasakan ketidakadilan telah berlaku....emmm kena fight untuk diri sendiri! dan jangan fikir apa orang cakap pasal anda. orang lain hanya pandai bercakap tetapi mereka tidak tahu keadaan anda sebenar...

Tanpa Nama berkata...

saya setuju dengan catatan penulis..ini bukan pasal bergaya atau pun tak tp itu adalah hak beliau. perlu revise semula strucktur gaji pensyarah according to experience and qualification... malahan sistem skrg, jika xada PhD xakan dapat lantikan tetap...so, jika ia memerlukan kelayakan tertinggi dalam akademik, wajarlah ia diganjarkan dengan lebih baik berbanding dengan jawatan lain yang tidak mewajibkan PhD sebagai syarat...kepada penulis, teruskan perjuangan anda.

Tanpa Nama berkata...

Saya jg amatlah setuju!!..bukan senang nak dapatkan sarjana bagiwarga pendidik!..beribu wang dan masa terbuang!tp gaji tak setaraf dengan kelulusan!..sumbangan orang yang pakar harus dihargai oleh kerajaan!!...supaya budaya menuntut ilmu lebih berkembang---negara makin maju sb lebih ramai yg berilmu tinggi---kerajaan jg yg untung..menuntut ilmu biarlah sampai kenegeri Cina.KEPAKARAN PERLU DIHARGAI.

Tanpa Nama berkata...

salam,

betul, kite kena ikhlas bekerja.. namun harap ada pihak yang dapat membantu melihat semula gaji pada pensyarah Poli DH. Syarat kenaikan pangkat yang ketat seperti perlukan penyelidikan ( macam pensyrah IPTA). Namun begitu dari segi masa dan kewangan untuk melaksanakan kecemerlangan itu terbatas.
Kalau diIPTA, pensyarah tidak perlu menjaga peperiksaan, atau pun tugas2 sokongan lain. Bila masa nak buat untuk kecemerlangan? Kami pun manusia sama diberikan masa 24 jam sehari. harap ada penambah baikkan sistem DH nie.

Fatimah Kasim berkata...

Saya ingin mengulas pendapat di atas. Saya seorang pesyarah di IPTA tempatan dan bergred DS45. Sekarang, pensyarah juga terlibat dengan segala macam tugas perkeranian kerana beban kerja untuk mendapat pengiktirafan yang berterusan. Masih juga kena luangkan masa jaga final exam, dan masih juga bertukar-tukar pengajaran subjek setiap semester. Ini bermakna pemurnian silibus, penyediaan kertas soalan dan penanda arasan akan dilakukan setiap semester dengan subjek yang berlainan. Selain terlibat dengan kerja-kerja penyelidikan untuk pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, penulisan paper dan jurnal juga harus dilakukan untuk melengkapkan KPI disamping menjadi penasihat akademik kepada pelajar serta melakukan tugas-tugas luar yang tiada kaitan dengan bidang akademik. Itu belum campur dengan tugas-tugas pengkomersilan yang bukan sedikit mengambil waktu. Saya amat berharap pihak KPT dan CUEPACS mendalami hal ini, kerana sekarang ini guru DG44 dengan P1T1 mendapat gaji RM500 lebih tinggi daripada pensyarah DS45 P1T1.

Tanpa Nama berkata...

saya amat bersetuju dengan gaji pensyarah politeknik yang rendah.bukan tidak bersyukur dan bukan pula untuk meminta terlalu lebih, tetapi kerana ketidaksamarataan yang terlalu ketara yang menjadi isunya...sebagai pemegang ijazah sarjana muda senibina ( part 1), saya amat terkilan dengan gaji yang diberikan..dengan gaji permulaan rm 1800, di tambah pula dengan elauan kritikal yang tidak pernah dapat (meskipun dalam pekeliling dikatakan bidang senibina/akitek adalah temasuk dalam bidang 'kritikal') ia amatlah menyesakkan..dengan beban tugas mengajar yang berat, rasanya amat tidak wajar untuk diberikan gaji permulaan sedemikian sedangkan guru sekolah pun gaji permulaannya rm1900++..perbezaan ketara juga dapat dilihat bagi pemegang ijazah sarjana muda (part 2)...gaji permulaan yang diberikan terlalu jauh berbeza dengan pemegang ijazah sarjana senibina (part 1)...wajarlah saya katakan gaji sedemikian wajar dan munasabah diberikan kepada pemegang ijazah sarjana muda senibina (part 2) kerana kesukaran semasa belajar dahulu. tetapi kepada kami yang part 1, perlu dikaji tangga gaji permulaannya kerana walaupun kami berada dalam jabatan kejuruteraan awam dengan alasan kami sebahagian daripada cabang bidang kejuruteraan(katanya lah...), gaji kami jauh lebih rendah berbanding dengan rakan2 bidang kejuruteraan yang lebih baik gajinya dan mendapat elaun kritikal...kami amat berharap agar jpa mengkaji semula gaji kami pemegang ijazah sarjana muda senibina (part 1)....

Tanpa Nama berkata...

Senang saja kenapa tangga gaji guru & pensyarah tak boleh sama:
1. Pensyarah mengajar subjek spesifik dan lebih advance dpd yg ada di sekolah.

2.Pensyarah perlu selia pelajar sarjana,PhD,hasilkan penulisan,pembentangan,tulis buku.

3.Pensyarah perlu buat konsultasi,latihan industri.

4.Pensyarah mengajar di Institusi Pengajian Tinggi,bukan di sekolah.

Sekian pandangan.Jgn harap kita boleh tarik rakyat di luar negara kalau skim gaji taraf sekolah.

archworld berkata...

gaji yang diterima oleh pensyarah DH politeknik tak bebaloi...keje sampai 27,28 dan 29 hour/week.belum lagi keje-sampingan sampai 7-10...dan belum termasuk keje2 konvokesyen....

Patut pantau samala kami kat politeknik nie...buat lawatan kejutan ke...

Tanpa Nama berkata...

Keje2 politeknik nie..x mengambil kira beban pensyarah, kepakaran individu x pernah ada harga....yang ada harga sapa jadi ketua saja..
Oleh kerana beban yang terlalu berat..ada dikalangan kami beri markah atas angin je...ruginya bangsaku yang mana kerajaan dah beri kemudahan peralatan yang banyak tetapi apa yang jadi...kejar penghargaan jadi 'ketua'..walaupun kelas tunggang langgang....

rokiah omar berkata...

Saya amat bersetuju dengan penulis. Hanya orang yang mengalaminya akan memahami. Bukan soal tidak bersyukur. Kita juga tidak disuruh berserah pada nasib. Apa yang dilakukan oleh penulis adalah satu ikhtiar menunut keadilan. upah yang dibayar perlu setimpal dengan peluh yang menitis. Bagi pihak yang tidak pernah mengalami keadaan ini jangan sewenang-wenang menuduh tidak bersyukur terutamanya pekerja swasta. ADAkah anda akan bising sekiranya tidak lagi menerima bonus seperti yang selalu anda terima sekarang? 2 bulan, 4 bula, 6 bulan malah ada yang sehingga 16 bulan gaji.Pekerja khidmat awam memang telah lama bertoleransi dengan perkara bonus ini. Kami terima seadanya. Tetap isituasi yang dialami oleh penulis adakalanya sampai ke tahap yang memalukan, kepada rakan-rakan, saudara mara malah kepada anak-anak sendiri yang telah bekerja. Saya telah berkhidmat dengan kerajaan semenjak 1986 dengan ijazah. Setelah 26 tahun saya masih di gred DH44. ADakah saya bermasalah ditempat kerja? Tidak. Malah kerana terlalu kuat menumpukan kepada kerja dan menyumbang kepada institusi saya alpa tentang persediaan PTK dan inilah akibat yang saya terima. Rakan sepengajian saya di sektor swasta telah menerima gaji 5 angka, ada yang mencecah rm50k sebulan. Moral of the story is kepada pekerja sektor swasta yang tidak menngerti apa-apa jangan sewenang-wenangnya menuduh tidak bersyukur. YOU don't nothin' man!

Tanpa Nama berkata...

Janganle pensyarah nak banding ngan dg44 dan dh45.....cikgu nak dapat dg44 terpaksa bekerja selama 10 tahun...lepas tu bandinglak lak elaun guru dan pensyarah.....elaun pensyarah tentu tinggi...lepas tu tuntutan perjalanan, kalau cikgu selalunya kena tambang teksi...dan kursus kat sekolah....lepas tu cikgu ada juga merangkap tukang kebun sekolah dan tukang cuci...pensyarah ada buat ke.....

pemerhati bebas berkata...

saya hormat kerjaya pendidik. sama2lah kita perjuangkan skim nih. cikgu pun ada kesuahannya, pensyarah pun sama. dulu yer lah kerja pensyarah mcm simple, sekarang dengar2 macam2, ranking lah, KPI lah, ISO lah, mentor mentee lah. ada yang dah 16 tahun duduk juga kat skim 45, tak der time-based. kena ingat yang ajar kursus profesional lagi susah. kena ikut standard antarabangsa, soalan susah, tak percaya, sila ambil kursus law, engineering secara full time (bukan yang partime-PJJ), nak lepas 3 pointer pun susah. Toksah gado2, tukar2 fikiran sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Saya bersetuju untuk dikaji semula. Jangan sampai satu masa, anak-anak kita berfikiran tidak perlu berpendidikan tinggi kerana berpendapat "kalau belajar tinggi pun belum tentu akan dapat kerja yang baik dan berpendapatan baik"

Tanpa Nama berkata...

salam.sy berkhidmat dibawah skim DH yg baru setahun jagung dilancarkan...buat pengetahuan cikgu2 skolah kami kat sini pun buat keje sama yg mcm anda buat, kat skolah ade ke kena anjurkan konvokesyen?...ade kena tinggal anak bini utk pegi meeting n kursus sgala bagai...kami pun amik tender cuci tandas gak..tp percuma la...mmg x berbaloi utk skim DH sbb kami mendidik org yg bakal keluar bekerja...dan yg lebih penting kami memdidik calon2 pemilih yang boleh menentukan siapa pemerintah....sepatutnya kerajaan kena la fikir kami mendidik pelajar bkn smata utk blaja tapi juga mendidik agr x mencabar kerajaan....kalu di sekolah mmg la beban tugas berat...tp berbaloi la skg ckup 8 taun leh pakai 44 tanpa lalui ape2 proses vadiladi, penulisan, sumbangan, pingat dan sebagainya...kami di skim DH kne lalui mcm2 kriteria...konon nak ikut skim DS tapi taraf lg rendah dr skim DG..kami sedar bahawa bilangan kami skim DH x ramai...tp wajar ke utk pihak di atas x dgr rintihan kami...x minta naik gaji pun juz minta kaji balik skim yg dibuat....jgn kita pandai buat skim jek tp dalam aspek jaga kebajikan xde....sekian,...

Tanpa Nama berkata...

Saya listkan serba sedikit tugas-tugas seorang pensyarah politeknik di bawah Skim DH.

Tugas Utama:
Mengajar minimum 16 jam seminggu. Nampak macam sedikit kan..Tapi disebalik 16 jam tersebut, kami perlu menyediakan nota sendiri, soalan Kuiz, Ujian dan juga Tugasan tidak seperti disekolah yang buku teksnya sudah tersedia. Untuk mencari nota yang berkualiti bukan lah perkara yang mudah, ia mengambil masa yang bukan sedikit. Maklum lah nak beri input kepada pelajar tentang teknologi2 baru. Nanti kalu pelajar ramai menganggur pensyarah pulak dipersalahkan sebab tidak menerangkan perkara2 baru kepada pelajar. Jadi, kami perlu mencari bahan rujukan di library, internet, jurnal dsb. Ofis kami pun dah penuh dengan buku mengalahkan library lagi. Setelah nota dikumpul dan dimurnikan kami perlu membuat Power Point untuk mengajar di dalam kelas. Power Point plak setakat yang biasa2 student pun mengantuk n x faham so kena la tambah grafik, animation, video dan sebagainya nak bg diorang faham. Topik untuk sesuatu subjek pulak tu dah la banyak. Nak siapkan satu topik pun kadang2 makan masa lebih seminggu. Kemudian masuk kelas, LCD pun kena gendong sendiri. Sampai je kelas dah berpeluh2 ketiak. Masuk bab penilaian berterusan pulak. Apa itu penilaian berterusan? Iaitu (Kuiz, Assignment dan Ujian). Semua ni kami kena buat sendiri bermula memerah otak membuat soalan, mencetak, memeriksa kertas, dan key in markah. Setiap semester kami perlu menyediakan sekurang-kurangnya 3 set kuiz, 3 set assignment dan 2 set ujian. Bukan boleh main buat je soalan tersebut. Kena refer bermacam2 matrix untuk hasilkan satu soalan. Nak marking plak bukannya senang, satu kelas lebih kurang 30 student, cuba lah congak berapa banyak kertas yang kami perlu semak sepanjang semester. Contohnya, (3set kuiz +3 set assignment+2 set ujian)x30 student, jumlahnya 240 kertas. Tu baru satu subjek. Kalo 8 subjek? Congak la sendiri..macam mana kira 8 subjek? 16 jam seminggu bahagi 2 jam kredit untuk setiap subjek dapat lah 8 subjek.

Tugas sampingan (Kerja yang perlu dilaksanakan setiap kali semester berulang):
Contohnya:
Penyelaras Latihan Industri.
- Carikan tempat pelajar untuk jalani Latihan Industri.
-Kena buat lawatan penyeliaan ke syarikat pelajar buat LI
- Kalu ada pelajar bermasalah pulak kena berbincang dengan syarikat.
- Bermacam-macam documentation lagi kena buat.
AJK Konvokesyen
- Persiapan dewan
- Persiapan pelajar
- Penyediaan Jubah dll
Banyak lagi lah. Semua pensyarah kena buat. Tapi bab naik pangkat punyer la susah. Kena present paper, kena buat penulisan yang diterbitkan, kena hadiri kursus, kena buat khidmat masyarakat, dan bermacam-macam lagi lah. Masa sama banyak jugak 24 jam. Mana lah kami nak cari masa. Tu tak masuk nak cari masa nak ganti kelas disebabkan kursus tahunan yang diwajibkan 10 hari dan Kursus yang perlu dihadiri untuk syarat kenaikan pangkat. Hujung minggu pun kena buat kelas jugak. Pensyarah yang sambung belajar part time lagi la kesian. Mana masa nak mengajar budak, mana masa nak marking paper,mana masa nak study, mana masa dengan family. Beruntung la cikgu ada time based. Perform ke x perform ke cukup time naik pangkat. Cuti setahun sampai dekat 100 hari. Kerja half day. Xperlah biar la DH41 sampai pencen je..moral down..huhu.. dengar lah masalah kami ni. Harap ganjaran yang kami dapat setimpal lah dengan kerja kami. Kenapa lah beban guru je yang dilihat.

Tanpa Nama berkata...

Haha..Manusia memang pelik.Bila kita tak pernah merasai kesusahan..ayat biasa dengar...tak reti bersabar ke?Tak reti bersyukur ke?Kerja tak ikhlas..belajar tinggi lepas tu ego..bla..bla..bla..

Sape kamu nak bercakap tentang ikhlas atau tidak kami pensyarah ni mengajar?

Ckp banyak pun tak guna..memang semua pekerjaan mencabar..SEMUA yek.Tapi kalau asik "Pekerjaan" itu sahaja yang dinaikkan gaji dan beberapa insentif lain..agak tersentap jugak la kan golongan pekerja yang lain.Kenapa tidak berlaku adil dan kaji juga pekerjaan yang lain?

Cth utk profesion kesihatan seperti doktor.Jangan terkejut jika dikatakan gaji doktor yang siang malam bekerja gaduh laki bini anak2 sendiri terbiar tu lebih rendah dari gaji2 pekerjaan cikgu yg dikatakan mencabar itu yek.Owh...lepas ni akan dikatakan..doktor tak reti bersyukur...hahaha..sedarkah kamu sekalian bahawa nak jadi doktor tu bukan senang yek.Blaja macam separuh mati korg rs korg mampu ke?Sendiri pikir la yek...

Ini bukan kes nk cantas or dengki dengan gaji para guru yg sangat tinggi itu.Bukan bermakna saya tidak kenang jasa guru saya.EH tp teringat balik di mana adik saya yang sekarang ni belajar di sekolah makin tak paham dengan soalan matematik yg sangat mudah di mana saya sendiri yang terpaksa mengajarnya balik dengan menggunakan teknik matematik yang cikgu sekolah saya dulu ajar.Salah cikgu sekolah adik saya ke?

Owh well...saya amat memahami apa yang dirasai oleh penulis tersebut.Cuma yang bezanya nasib dia lebih dari beruntung dr kami yg ade master dalam bidang kejuruteraan tp bila di ipta gred gaji kami adalah gred 41 sahaja.Nak sign sijil pun tak laku...hahahha...

Apapun saya amat bersyukur dari tiada pekerjaan.Cuma agak terkilan bila tidak dapat memberi lebih duit kpd ibu bapa saya.Penat2 mereka hantar saya belajar tapi cuma cabuk jek..apapun tak kisah la..janji rezeki yang halal.Ilmu yg diterima tak terkira nilainya dr nilai gaji tu...

Tanpa Nama berkata...

ya, semua orang kata kalau kita menilai tentang skim time-based guru, orang kata tak menghargai guru. abis tu yang guru ni dulu belajar kat U bukan pensyarah ke yang mengajarnya sehingga dpt skrol tu, sampai boleh dapat dip dan ijazah? pensyarah nak perjuangkan hak, ada pulak guru yang perlekehkan guru(pensyarahnya) dulu sendiri? manusia. guru umur 24 + 8 tahun (44) tambah 8 (48) + 7 (max 48-sbb DG44 t8), baru berumur 47. pensyarah DH tak tau, tp kalau DS45 T20 pun masih > kecil dari DG48 (umur > kurang sama). kesian. tak da phd, duduklah kat skim 45@ selepas dpt belas kasihan org atas. Bayangkanlah pulak yang skim DH41...

Tanpa Nama berkata...

spesifikasi tugas....
cikgu:DG
1.mengajar 22-24 masa seminggu....1 masa = 35 minit....total mengajar=14 jam seminggu
2.dgr meeting, bkn join meeting sbb yg blh brckp pengetua jek...sbb buat meeting sbb pengetua dengki cikgu blh blk awl...depa ofis hour...total masa dgr pengetua bebel 4 jam seminggu.
3.sabtu keje separuh hari..koko la n sgala bagai...tu pun brgntung pd pengetua n guru kanan yg dengki...depa x dtg pun.
4. tanda kertas periksa yg jawapan mmg dh ada dlm kepala sbb dh blajar lamar dah...smua org blajar yg sama dr darjah 1 ke ting 5.
5.buat soalan x smua kne buat sbb selaras.
6.kursus kat skolah sbb nk save budjed..tp tu kira ok la sbb xperlu tinggal anak bini.
7.jg bdk2 yang keras kepala xnk blaja...
8.mengajar anak2 bangsa yang bakal menghadap pensyarah poli n universiti...
9.cukup masa naik pangkat.
10.pencen org panggil cikgu lg smpai mati.

PPPT:DH
1.ngajar 16 jam seminggu okkay.
2.tugas sampingan sekurangnya 3..ade yg 4,5 n byk lg...contohnya jd pegawai aset, pegawai kualiti, pegawai exam, penyelia makmal, pegawai exam, pegawai hep n mcm2 lg.
3.hujung minggu kadang xde kat umah sbb kne g kursus n handle program...xpun bwk budak ke mana2 program..tinggal anak bini lg...
4. soalan kuiz, ujian, exam, tugasan smua kne buat,....siap ISO lg tu...pening..obe la ape la sgala bagai...
5.kalu g kursus kne ganti balik kelas yg trtggl...kalu cikgu ade cikgu lain relief.
6.berhadapan dgn pelajar2 yg agak liar yg kebanyakkannya dtg dr skolah lg perangai tuh...
7.didik anak bangsa utk depa dapat keje spy dpr brbkti kat mak bapak...payah tuh...kalu x dpt keje kita plak kne tny..siap kita kne pastikan depa dpt keje...
8.cuti tahunan 25 hari jek...
9.nak naik pangkat kne buat mcm2, research, khidmat masyarakat, kertas kerja, bentang paper, temuduga, kne pegang fail budak lg...hadoi...kne g kursus, x buat smua tu jawannya pencen gred 41 je la...
10.org kat luar x reti pun hormat kita sbb kita x pakai title cikgu..kerajaan pun x pandang kita sbb jumlah kita 8000 org lebik jek..x efek pun kertas undi..kalu cikgu ade 400000 org...

selebihnya minta sape2 pensyarah u DS cite plak...penat dah....

kesimpulannya beban tugas kita sama jek....aku x ckp sape lbh sape kurang...tp bab gaji n kenaikan pangkat nmpknya mcm cikgu yg lebih...huhuhu....nape smua ni trjadi...jawapannya sbb kita insan kerdil yg x beri kesan pd kertas undi...smua ni politik smata....

Tanpa Nama berkata...

assalam..antara guru DG dan antara pensyarah DH...dua2 tu saya dah ada pengalaman..msg2 ada peranannya tersendiri. beban guru / pensyarah pada saya sama je beratnya berdasarkan bidang tugas/opsyen masing2..11 thn di sekolah dan kini hampir 10 thn di kolej komuniti/poli..beban mengajar, mendidik, membimbing, berakademik, berko-kurikulum, berkomuniti, berjuang utk mcapai kecemrlangan lebih berat berbanding guru..inilah dua jenis pengalaman sy. jadi jgnlah anda guru2 terasa anda juga terbeban dgn tugas anda, kami pensyarah di k.komuniti lagi terbeban hinggakan nak mcapai kenaikan pangkat drp dh41 ke dh44 ke dh48 amat ketara bebannya..tapi guru2 sentiasa diberi keistimeaan, sy bangga sbb dulu sy juga seorg guru di sekolah..tp bila sy bertugas di kolej komuniti dgn skim DH, maka saya rasa sy berhak utk menyokong pendapat2 drp pensyarah skim DH...mintak tolong cuepacs kaji balik pensyarah dh yg telah berkhidmat lebih daripada 18 tahun bermula drp DG di sekolah sehingga kami berada di mana2 kementerian yg berlainan...jazakallah..

Tanpa Nama berkata...

Kita bukan tidak tau bersyukur..tapi kita bercakap ttg hak penjawat awam yg otai2 tak kira di skim DG ataupun DH:
Tolong kaji semula kenaikan gaji tahunan spba yg tidak patot langsung.. antara 41 -44-48..kalu kenaikan tahunan nya sama je nilainya..mmg tidak masuk dek akal. Kenapa baru sekarang dibezakan nilainya. knp 18 thn dahulu tidak?Jadi ape nilainya kenaikan pangkat utk 44, 48 dn seterusnya??? harus diingat, utk mcapai 44 & 48..kami tlah habiskan masa hampir 20 tahun, dan ada yg mencapai 24 thn tp masih di gred 44...tiba2 kenaikan tahunan sama jer ngn staf yg baru 3 tahun berkhidmat..tolonglah bukak mata dan bukak minda.....ayuhai ceupacs...

Tanpa Nama berkata...

pada pendapat aku tntg knaikan tahunan selaras bg gred 41-48 rasanya mmg patut kot...antara gred rersebut dh byk perbezaan dr segi elaun....so kalu kenaikan tahunan sama pun still lg gred yg tinggi tu dpt gaji bersih yg lbh bsr....msh byk beza walaupun kenaikan tahunan sama...at least xla nmpk obvius sgt bezanya....huhuhuh..juz pendapat peribadi jek...

Tanpa Nama berkata...

pada pendapat aku tntg knaikan tahunan selaras bg gred 41-48 rasanya mmg patut kot...antara gred rersebut dh byk perbezaan dr segi elaun....so kalu kenaikan tahunan sama pun still lg gred yg tinggi tu dpt gaji bersih yg lbh bsr....msh byk beza walaupun kenaikan tahunan sama...at least xla nmpk obvius sgt bezanya....huhuhuh..juz pendapat peribadi jek...

Tanpa Nama berkata...

41-48 kenaikan tahunan sama?, nanti 48 kata biar 48 dan 52-54 sama, nanti 52-54 kata biar jusa pun sama, biar turus pun sama. biarlah beza walaupun sedikit. motivasi bagi yang benar2 bekerja keras untuk membantu keluarga, organisasi dan negara.

Tanpa Nama berkata...

Cuba tanya otai2 yg berkhidmat 18 tn ke atas..masa kami dg/dh41, kenaikan tahunan rm–90, bila naik dg/dh44, baru dapat kenaikan rm 150; bila naik dg/dh48 –baru dapat rm201...nak tunggu naik rm201 makan masa 20 hingga 26 thn berkhidmat..hari ini..dg/dh41 yg baru berkhidmat tak sampai pun 3-5 tahun , ta pyh terok2 mengadap ptk, senang2 je disamakan kenaikannya..di mana kata ada pembelaan otai2 yg dah lama berkhidmat selama ini..dulu kami pun susah jugek..nak naik pangkat punyer le terok..cuba amik perhatian sikit wahai cuepacs..

Tanpa Nama berkata...

padan la dgn kadar ekonomi dulu n skrg....mana leh samakan...kalu dulu nasi lemak pun 30 sen sebungkus....lgpun kalu brlaku knaikan bkn nye org lamax rasa...sama jek...xkn la abg2 otai2 lama nk samakan kami dgn diorg 20 tahun lepas yg gajinya start 400...kalu mcm tu kiranya zaman skg kami nk mkn ape...hehe....

Tanpa Nama berkata...

Salam,saya amat tertarik dengan komen pensyarah DS45 dan guru. Apa yang saya lihat ,kebanyakan komen tentan DS45 dengan DG44, sebenar gaji pensyarah DS45 adalh lebih baik jika dibandingkan dengan gaji guru. Biar saya buktikan Pensyarah yag baru dilantik gred DS45 gaji RM2546, Guru DG41 RM1967.Setelah berkhidmat 10 tahun guru naik DG44 dengan gaji RM2986. Manakala pensyarah berkhidmat 10 tahun akan menerima gaji DS45- RM3617. Gaji siapa yang lebih banyak penyarah atau guru??. Sebenar Yang banyak komen hanya pensyarah baru dilantik ke gred 45 dan nak membandingkan dengan guru DG44 yang telah 10 tahun berkhidmat, itu memamglah tak patut.. Fikir-fikirkan

Tanpa Nama berkata...

kalau bersyukur n buat kerja dgn ikhlas, tak timbul pun masalah gaji ni.

i have 1 story to share with all of u. akak saya bekerja di sektor swasta dgn gaji rm1000++. abg saya bekerja di sektor kerajaan dgn gaji rm3000++.

ape yg saye nak ckp, keberkatan tu lebih penting. ape yg kite buat, bergantung pada niat. niat yg suci utk mengajar dan mendidik anak bangsa.

akak saya boleh je menyimpan berpuluh2 ribu n boleh tlg adik beradik lain walhal gaji cukup2 makan je, tapi berlainan sungguh dgn abg saya.fikir2kanlah ye.

Tanpa Nama berkata...

UNIVERSITI....nama jer gah... tp menindas pandidk.... klu pensyarah yg diimport dari luar negara dibyr gaji 3xganda tp pensyarah dalaman gaji cikgu sekolah rendah pon lg besar... memalukan jer... kera dihutan bg susu badan anak sendiri bg susu fm....kesian..kesian...

budget 2012 mensasarkan kemasukan pljr universiti ditingkatkan....heran2... nk tmbh jumlah pljr u...bilangan pnsyarah mcm tu gak... ngajar pljr beratus2 org...nnti marking exam seminggu tk tdo mlm...
nk universiti taraf RU...sedap ckp... yg diletakkan tugas tu semua di bahu pensyarah...
80% pensyarah bertaraf phd 2014... ni nk g smbg bljr pon kena sekat sbb beban di tkder yg nk gnti...pk2 kan lah...

Tanpa Nama berkata...

Ikhlas, syukur, tak kenang budi, ego...
Tak kira cikgu atau pensyarah..itu bkn yg dinilai utk masuk syurga..tp iman..
Hati2lah dengan setiap kata2, kita masing2 rasa kata2 kita yang terbaik..tp jgn sampai memakan diri..
Perbandingan gaji DS & DG
DG54 > DS54 ok la sama level
tapi DG52 > DS54, DG still lg tinggi berbanding DS walaupun pada gred yang berbeza. Ini menggambarkan gaji DS54 terlalu rendah. Pada saya ini amat kritikal, kerajaan perlu menilai semula kesamarataan. Memang munasabah kalau pensyarah melenting tp jgn keterlaluan. Gred gaji sepatutnya menggambarkan kesamaan beban dan tanggungjawab.
SBPA, adakah perubahan dibuat?
adakah masih DG1-5(DG52) > DS1-6(DS54)??

Tanpa Nama berkata...

apa2pon antara ds and dg yang paling tertindas adalah dh pensyarah politeknik. Kami disediakan beban yang banyak sama seperti cikgu dan sama seperti pensyarah ds. kami diminta membuat tugas2 sampingan, hatta membungkus kertas soalan peperiksaan sebelum ini, menjaga di kaunter peperiksaan selain itu turut menyiapkan dewean untuk konvokesyen, menyusun kerusi, menjaga kebun dan sebagainya yang termasuk dalam tugas sampingan disamping itu kami diminta untuk membuat kajian, mempublish dan mempresent hasil kajian yang dimasukkan dalam syarat kenaikan gred. Dengan jam kredit sekarang yang mencapai 25 jam kredit seminggu kami terpaksa melakukan pelbagai kerja sampingan dan dalam masa yang sama cuba untuk membuat kajian juga untuk kenaikn pangkat.

malangnya, gaji kami tetap sama dengan guru. malah, kalau ada master/phd juga tiada kenaikan gaji. cuma kalau kemasukan berserta sekali dengan master/phd.


Kepada guru2, bersyukurlah. kami mengajar sehingga pukul 5 malah sekarang ada yang mengajar sampai 10 malam mengikut jadual anjal. dan cuti 30 hari. tapi gaji kami sama dengan guru or kurang daripada guru kerana guru ada kenaikan gaji apabila mendapat diploma pendidikan.


Saya berharap kami pensyarah politeknik mendapat pembelaan.




p/s : di jabatan saya, cuma terdapat 2 technician dan seorang pembantu tadbir, segala urusan yang tidak dapat dibuat oleh mereka kami yang perlu lakukan. termasuk membuat surat dan sebagainya. saya berharap sangat kami mendapat pembelaan. amin.

Tanpa Nama berkata...

oh lupa nak cakap, 25 jam kredit mengajartu, 1 jam bersamaan 1 kredit boleh saya katakan.

may be ada politeknik yang mengajar kurang daripada ni, tapi politeknik saya yang berada di selatan tanah air. jabatan saya lebih tepat, kami mengajar lebih 20 kredit sem ni dan kemungkinan bertambah sem depan sebab kemasukan pelajar yang bertambah. mungkin 30 jam mengajar seminggu. saya berharap sangat kami dibantu. janganlah kami ditindas sebegini.

laman kesihatan wanita,kelakian berkata...

memang la kita semua sebagai manusia x pernah puas dengan gaji kita. tapi pecaya lah semua rezeki dari allah. contoh saya sendiri. asal guru lepasan sijil perguruan masuk maktab umur 24 mengajar umur 27. lepas tu kawin. gila gila nak belajar tapi suami x bagi sebab masa tu kena tinggal dia dan anak anak. saya reda walaupun hati memberontak gila. kenmudian mintak masuk oum kali ketiga mintak baru boleh.dalam masa sama saya naik pangkat bertalu talu sampai kan di sek hanya saya sorang yang dapat dg32 p2.lulus peksa. walaupun tidak membaca tapi masa peksa baca soalan dan faham apa yang di kehendaki. allahdulilah lulus ijazah tahun 2009. dalam oktober 2009 saya dapat gaji 32 p2 dan bulan saya jugak dapat gaji dg41. kuasa rezeki allah.
moral of the story is sekiranya allah bagi saya belajar daru dulu maknanya walaupun naik 44 sekarangpun gaji saya lebih rendah dari dg32!
bukan nak bongkak tapi ingat semua dari allah.ikhlas dan jujur lah jangan dengki. dalam perkihmatan saya tak pernah dapat apa apa anugerah tapi orng yang dapat walaupun kerja hanya bodek boss saya tak marah saya katakan biarlah itu rezeki dia tapi bila allah bagi gaji kita mencanak lintas si pembodek ini!ini kuasa allah.keberkatan buka pada gaji tapi hidup aman anak semua baik rumah tangga itu adalah rahmat untuk kita. maka bersyukur lah.dapat rezeki berzakatlah, bersedekah lah jangan berkira maka allah pun tak berkira dengan kita. itu amalan saya atelah terbukti .bukan nak bongkak , orang lain rumah 1 buah kita dah nak masuk 6 buah itu semua berkat amalan jsngsan dengki syukur,berzakatsedekah jangan genggam duit tak titis,saya bukan alim cuba berkongsi bersyukur pada allah.semua hak dia...........amin

Tanpa Nama berkata...

aduhai sedih nya saya baca ulasan kawan kawan sampai ada yang marah kawan kawan yang minta kita bersyukur. mengucap la apa lagi yang harus kita katakan selain dari bersyukur.memang lah kita boleh fight tapi jangan lah sampai lupa bersyukur. nak kah kita dapat gaji banyak tapi anak anak jadi setan rumah tanga bagaikan neraka walaupun bagaikan istana??????? percaya lah kawan kawan kita takan dapat semua yang kita nak kerajaan pun tak akan dapat memenuhi semua tuntutan kita. percaya lah syukurlah allah akan buat kita bahagia dan cukup semuanya. mudahan anak anak kawan kawan menjadi anak yang hebat mengatasi gaji tuan tuan dan puan puan.lagi kita dok memberontak lagi la rezeki lari............saya pun buka baik dan alim tapi saya positif....mungkin banyak bergaulan dengan perbagai lapisan masyarakat banyak ikbtibar dan pengajaran saya dapat. contoh depan mata saya..ada satu keluarga ornag tersohor malah memang hebat pasal penulisan tapi keluarganya agama memang out.luaran nampak hebat tapi dalaman rumahtangga hancur dengan maksiat...........so nak ke kita jadi begitu?tidur dalam duit..tapi hakikat..sebaliknya.. letak lah dalam minda kita tiada siapa dapat melawan kuasa allah...... lagi fight boleh tapi jangan lupa bersyukur.......saya bukan ahli tarblih... tapi seorang guru yang happy go lucky....positif thinking..innallillah wanalillah irajiun.........amin

Tanpa Nama berkata...

emm yang dibincangkan disini ialah gaji pensyarah lulusan sarjana sama gred dengan guru sekolah rendah! Apa kaitan bersyukur? Kalau hak yang sepatutnya diperjuangkan dan orang lain pula senang-senang dapat hak dia tanpa perlu bersusah payah....adakah anda perlu berdiam diri???? tak cayalah kalau ada orang camtu???? tuntutlah hak yang sepatutnya!! bukannya tidak bersyukur tetapi kalau hakikatnya ia patut dituntut..kena tidak???

Tanpa Nama berkata...

Di universiti dilantik terus ke DS45 mana kala di sekolah lantikan hanya DG41..untuk naik ke gred 48 memerlukan sekurang 15-20 tahun. sedangkan kat universiti telah lama menikmati gaji tinggi iaitu DS45.

Tanpa Nama berkata...

Cuba Tuan2 bayangkan Skim DH yang diperkenalkan hanya memperakui DH41T11 bagi lulusan Pdh bagi staf yang baru dan staf yang lama yang lulus phd tiada sebarang kenaikan. kita boleh katakan PTK adalah lebih tinggi nilai berbading Phd dalam skim DH..huhu

Tanpa Nama berkata...

Saya guru sekolah menengah yang naik dg48 selepas 10 tahun berkhidmat. Guru-guru baru untung dpt 48 hanya selepas 8 tahun berkhidmat tapi saya tak kisah sebab rezeki masing -masing. Sekarang pula saya sedang melanjutkan pengajian di peringkat master secara pjj. Cabarannya memang banyak dari segi kewangan (tanggungan sendiri) beban tugas di sekolah dan pengurusan keluarga. Tambahan pula kami yang sambung belajar ni kurang mendapat sokongan dari pihak pengurusan dan rakan-rakan tapi saya tak kisah. Saya juga tak kisah apabila ada master tapi gaji dan pangkat saya tak naik. Saya belajar kerana minat dan hendak menambah ilmu. Rezeki serahkan pada tuhan, baru hati akan berasa tenang.

Tanpa Nama berkata...

Memang la pensyarah DS45 starting..dan guru DG41.. tapi kena ingat.. GURU lepas grad ijazah je terus dapat DG41.. tapi pensyarah? abis degree mana terus dapat DS45.... kena jadi tutor dulu dengan DA41... sama ke tak? samala kan start 41.. tapi kenapa gaji guru lagi tinggi?

nak dapat 45 kena sambung master... tu dulu laaa

sekrang lagi la... ada master pun 41... tutor jugak..sampai la sambung phd baru dapat pensyarah..

Tanpa Nama berkata...

Hahahaha...wahai semua pensyarah, kerja anda semua sebenarnya senang, masuk kuliah, bagi tajuk kat pelajar suruh buat assignment, pastu kutip assignment pelajar, pilih yang berkualiti dan jadikan tesis kita...hahaha...pastu kecoh nak minta naik gaji...hahahaha...banyak cantik...hahahaha...jangan marah....hahahaha...

Tanpa Nama berkata...

Anyone has latest news on Master holders' new salary scheme?

Tanpa Nama berkata...

Aku seronok jadi guru..gaji besar..cuti byk...tension dgn budak aje lah...naik pangkat ttp naik...dg48 tapi guru biasa..bestkan...

Tanpa Nama berkata...

setuju sgt gaji pensyrah universiti lulusan sarjana di kaji semula.. perlu lebih adil kepda semua warga pendidik, bukan sahaja guru yang sentiasa mendapat imbuhan..pensyarah juga pendidik!!..malah tugasnya lebih besar dari guru,.. mngajar, mentadbir, buat soalan, penyelidikan, buat jurnal, pergi conference, buat buku,kauselor, sukan, korikulum...mcm2 lg..apa guna menyambung keperingkat sarjana atau Phd, jika gaji guru yg ade ijazah sama atau lebih tinggi dari mereka...baik jadi guru sahaja..tak payah pening2, mengajar 10 tahun pekara yg sama je..cuti byk..jangan sebab guru ni yg merupakan penentu undi kita, kita abaikan golongan yg ada value pada masyarakat ni..Jangan biar smpai suatu hari nanti takde org nk jadi pensyarah!..dan mungkin la sebabnya ramai mahasiswa suka protes..sebab pensyarahnya pun takpuas ati..

Tanpa Nama berkata...

stuju.. perlu ada 1 garisan n skim berbeza utk guru sarjana/phd.. bilangan mreka tidak ramai d skola tp tiada 1 insentif yg dberikn sbg mnghargai prjuangan mreka meningkatkn profesion pendidikan.. jika dpt 1-3 kenaikan pn sudah cukup mnggembirakn mreka krna br dapat rasa keprihatinan kerajaan dlm mghargai usaha mreka..

Tanpa Nama berkata...

jadi ape keputusan cuepacs dalam hal ini?universiti merupakan pusat pengajian tertinggi dalam negara kita,tapi kadar gaji pensyarah universiti lebih rendah dari kadar gaji guru sekolah rendah?dimana perbezaan penat lelah yang pensyarah korban untuk sambung belajar dalam bidang masing2...harap cuepacs melakukan yang terbaik dalam hal ini.

Budin siregar berkata...

kita perlu tahu bezakan gaji pokok dan gaji yg kita terima setiap bulan. Sebagai kakitangan awam kekuatan gaji kita ialah gaji pokok bukannya termasuk elaun. Elaun bukan hakiki any time boleh diambil semula. Lagipun perkiraan pencen tidak termasuk elaun. Inilah yang dirisaukan oleh para pensyarah. Gaji yang diterima tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan.Persoalan kenapa menerima tawaran kalau dah tahu gaji rendah adalah kenyataan yang nakal. Setiap orang ada matlamat dan kesukaannya. Kebanyakan yang pergi ke universiti kerana ingin menjurus kepada kepakarannya. Pensyarah akan lebih tekun membuat kajian dan pengajaran dalam bidang pengkhususan dan minatnya oleh itu perkembangan akademik lebih mantap. Dibandingkan di sekolah yang terpaksa mengajar subjek yang kebiasaannya bukan minat dan pengkhususannya.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum
Pendapat saya; jika hendak menjadi pensyarah dalam ertikata sebenar, jadilah dengan keikhlasan hati. Sepatutnya semasa hendak bertukar bidang lihat dulu tangga gaji yang ditawarkan kalau masa tu fikirkan gaji lebih la.. kalau nak status dapatlah status pensyarah tu. Mana2 kerja pun susah tak ada yang senang. BIDANG KESUSAHAN TAK SERUPA. tapi keikhlasan hati akan memudahkan segala urusan. Selama mendidik sentiasa bersyukur, dan alhamdulillah, gaji sentiasa saja cukup jika tak OVER la nak bergaya...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...Saya fikir semua yang diadukan perlu mendapat perhatian dari KPT dan KPM, semuanya perlu dikaji semula. Mungkin perlu ada keselarasan, kalau boleh pertimbangkan juga kelulusan yang ada, sebagai contohnya saya pemegang ijazah sarjana dari tahun 2003 (sudah 10 tahun) yang masih berada disekolah. Kementerian menggalakkan semua guru agar menyambung pelajaran untuk menambahkah ilmu pengetahuan. Itu amat baik, tapi bukan semua dapat biasiswa. Sebahagian besarnya menggunakan perbelanjaan sendiri untuk belajar. Malangnya setelah lulus tiada sebarang kenaikan gaji atau elaun untuk pemegang-pemegang sarjana dan PHD yang masih berada di sekolah. Seolah-olah ilmu mereka tidak dihargai. Pada saya walau di mana kita bekerja sama ada di sekolah atau di universiti bukan menjadi soalan. Tahap kelulusan menunjukkan ketinggian ilmu yang dimiliki sekali gus melayakkan pangkat yang boleh disandang dan seterusnya gaji yang patut diperolehi.... Bukan tidak bersyukur tetapi ilmu mesti dihargai.....

Tanpa Nama berkata...

Harap para guru paham bahawa penulis menjadikan tangga gaji guru sebagai asas untuk cuepacs membuat kajian dan bukan untuk mencemuh.

Tanpa Nama berkata...

Tuan nak nama ni sebab tu tuan nak jadi pensyarah. Indah khabar dari rupa tuan..

Aku Budak Minang berkata...

4Assalamualaikum....saya berpendapat apa yg dinyatakan oleh penulis ada kebenarannya....seharusnya pendidik yg bertugas di IPTA, IPG dan sebagainya perlu diberikan tangga gaji yg lebih baik dari guru2 di sekolah tetapi masih berdasarkan tahun semasa mereka mengajar. Kita perlu menghargai pgorbanan mereka melanjutkan pelajaran ke prkt yg lbih tinggi sperti sarjana dan PHD. Bersesuaian dgn kelayakan akademik dan institusi mereka mgjr, jadi mereka perlu dibayar lebih baik apatah lagi bagi pensyarah lama yg berklayakan dan berpengalaman. Saya, seorg guru di sek. rendah yg memiliki sarjana dgn mgorbankan sejmlah wang yg banyak dan cuti hujung minggu bagi mendapat sarjana..namun mmg mengecewakan kerana pihak KPM, masih gagal mmberikan insentif kpd kami, yg ada hanyalah janji-janji penambahbaikan sedang dilakukan....bertahun lamanya pemegang sarjana menantikan imbuhan yg dijanjikan.
Buat penjawat di sector awam, jgn trlalu prejudis dgn kakitgn awam,,,kbykan anda mmg tdk kisah dgn gaji yg anda dapat tetapi kbykan dari anda, saban tahun menikmati bonus yg kdg kala menyamai 3 ke 6 bulan dari gaji kami,,mgkin juga ada yg melebihi daripada itu...
Seperkara lagi....KPM TOLONG UBAH SISTEM, Saya pemegang ijazah yg tlh mgjr slama 20 tahun,tetapi tdk layak mnjadi GURU BESAR dan PEN. KANAN di sekolah atas alasan berada di gred DG41,lalu jawatan diberi kpd guru muda yg baru mngajar slama 9-10 tahun dgn gred 32 dan guru-guru yg tdk mlanjutkan pelajaran. Alangkah menyedihkan, kami yg berani menyahut cabaran belajar, Berjaya dgn kepujian dan cemerlang, akhirnya hanya mnjadi guru biasa dan melihat shaja rakan2 sekerja yg lbih muda dan tdk berani utk blajar mjawat jwtn yg spatutnya kami juga boleh sandang jika tidak belajar...heran sungguh, mana org2 hebat, pemikir2 di KPM yg boleh bfikir secara rasional utk mengatasi masalah yg saya lihat sudah agak lama blaku...TOLONG lakukan TRANSFORMASI utk kami yg ingin juga berasa dihargai dlm mjlnkan tugas...Ada juga ibu bapa yg btanya kpd saya mengapa guru yg baharu 10 thun mgjr dilantik jadi GPK dan mgapa tdk saya, yg mlanjutkan plajaran...Perlukah saya mgatakan ini semua salah KPM......

Tanpa Nama berkata...

..org y plg untong sbnrnye..org y main n alpa masa sklh..dh tua dpt smbg bljr free..lps tu btempik psl gj..tp minded xkan bjk spt y btl2 sedar dr awl..

Pemerhati berkata...

Assalamualaikum semua, please back to the point. Semua dah lari tajuk. Saya mempunyai adik , abang & kakak yang mempunyai profesion sbg pendidik ipta @ guru, memang berbeza keadaannya. Saya rasa kesusahannya adalah sama, cuma kepakaran dlm bidang (tertentu) sebagai pensyarah haruslah diambil kira. Kerana potensi melahirkan bakal graduan mahasiswa yang berkualiti juga mesti dipandang serius. Bayangkan jika perkerjaan guru dan pensyarah diselaraskan sama rata..oklah, kita bayangkan kalau tiada UNIVERSITI di Malaysia ni, slps habis belajar anak2 kita terus bekerja...apakah kualiti mereka? Dimanakah kemampuan anak2 utk bersaing, apakah ilmu yg dibelajar sekolah shj sudah cukup utk menempuh alam pekerjaan? Back to the point, saya rasa WAJAR PIHAK CUEPACS mengKAJI SEMULA GAJI PENSYARAH IPTA ini kerana sudah 2 dekat tidak disemak dan dikaji seperti gaji guru. Kakak saya seorg guru (deegre) lebih tinggu gajinya dari abang saya seorg pensyarah ipta. Banyak bezanya, saya lihat (abang saya) menggunakan masa yg terluang menulis buku, peresent paper, jurnal..malah jurnalnya diterima diperingkat INTERNATIONAL , siapa yg dapat nama? Tentunya IPTA tempat di bekerja.. Lebih menyedihkan...dia sendiri dilantik memegang jawatan yg menguruskan student praktikal , menguruskan tempat student praktikal, berurusan dgn syarikat praktikal sehingga selesai..bukan seorang tetapi semua student yg bakal pergi ke latihan praktikal tersebut. Hari cuti mcm xcuti. Adakah ini kerja pensyarah atau officer? Apa yg saya nampak kakak saya juga sibuk. Kursus xhenti2, tetapi cuti tetap Sabtu & Ahad (Perak) dan menikmati cuti 2 bulan pada Niv & Dec! Gred Gred gaji degree cikgu sama dgn pensyarah Master yg pengalaman selama 15tahun bekerja. SAYA MINTA CUEPACS SEMAK SEMULA. Bukan rasa bersyukur atau tidak tetapi ini berkaitan kepakaran mereka dalam bidang tertentu..klu nak diceritakan kepahitannya memang xhabis2, kira harga barang pun dah naik dll..

Tanpa Nama berkata...

TERIMA KASIH KEPADA PEMERHATI, MAKSUD SAYA PUN SAMPAI RASANYA...HIHI WALAUPUN AYATNYA ADA SALAH EJAAN.. (jgn marah)

Shahidan Bahtiar berkata...

Kepada pengomen sila jangan lari tajuk, tajuk diatas adalah 'GAJI PENSYARAH LULUSAN SARJANA SAMA DGN GAJI GURU SEKOLAH RENDAH' , itu hak beliau utk menyuarakan rasa hati beliau, kalau saudara saudari nak menyuarakan hasrat hati sebegini sila buat blog sendiri..suarakan dan kita tengok apa pula komen dibawahnya.. Ingat kita ada hak kita masing2, jangan sampai bergaduh. Rasa bersyukur itu penting tapi jika mahu bergaduh tetang keyukuran xperlu komen gaduh2 begini. Mahukah saya berkata begini ' Awak bersyukur sahajalah sebab hidup dapat makan, gaji rm100 pun cukup beli telur ayam sepapan utk sebulan...kasihan org diafrica mati kelaparan ' pls be professional.

Juliana Noor Binti Abu Bakar berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.