SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

08 Oktober 2009

PENJAWAT AWAM PERLU KERJA KERAS CAPAI SIFAR ADUAN, KATA KSN

Utusan Malaysia
06/10/2009 8:38pm





PUTRAJAYA 6 Okt. — Penjawat awam perlu berusaha untuk mencapai sifar aduan meskipun menghadapi pelbagai cabaran bagi menepati sasaran itu, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.
Katanya, penjawat awam perlu cuba sedaya mungkin untuk mempermudahakan sistem urusan perkhidmatan dengan pelanggan bagi mencapai sifar aduan.
“Penjawat awam tidak boleh berpuas hati dengan tahap pencapaian perkhidmatan mereka sekarang. Mereka perlu sentiasa melihat kembali cara untuk memperbaiki tahap perkhidmatan masing-masing,” katanya semasa berucap menutup Seminar Pengurusan Pengaduan Awam di sini hari ini.
Menurut Mohd.Sidek, beliau memahami cabaran yang dihadapi penjawat awam dalam menangani pelbagai aduan daripada masyarakat khususnya yang disiarkan dalam media massa.
“Media adalah perantara untuk mempromosikan imej jabatan dan agensi kerajaan kepada masyarakat negara ini serta rakyat luar negara,” katanya. - Bernama

9 ulasan:

Alang berkata...

Betul tu KSN...la ni semua nya ambil konsep "SIFAR"...sebagai standard target. Baru sempurna...

Alang pun nak ambil kesempatan ini menyeru semua majikan (khususnya kerajaan sendiri) agar turut bekerja keras untuk mencapai sifar aduan dan ketidak puashatian para pekerja bawahan, khususnya yang berkaitan kebajikan...(terutama yang melibatkan penjawat awam)!

Kena ada konsep "Reciprocal" lah...betul tak!!!

Tanpa Nama berkata...

Konsep Reciprocal ? tak betullah..salah tu

Alang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Alang berkata...

Ooh...silap, kot!
Tolong betulkan...hehehe...!

Tapi, alang tetap menganjurkan konsep "reciprocal" ni dijiwai...

Baru lah dikatakan...
"Government of the people,
By the people, For the people...!"

Tanpa Nama berkata...

Alahai...Aduan SIFAR Bonus pun SIFAR

Alang berkata...

Oooh...lagu tu!
Hehehe...

Tanpa Nama berkata...

KSN nie dah mabuk dah kot...suruh dia pi tidor ler..mana nk dapat sifar aduan.keja dalam tekanan..diorg mana tau...gaji beribu2...semua org bawah ajer buat.samapi teks ucapan pun suruh org buat...makan gaji buta jer ler..org atasan nie

Tanpa Nama berkata...

Laporan Terhadap Pihak Majian Yang Tidak Bertanggungjawab

Dengan Segala hormatnya, pihak saya mengemukakan maklumat aduan dan laporan seperti berikut:

Maklumat Aduan dan Laporan:

Saya sebagai pekerja bagi pihak majikan IT Network Distribution Sdn Bhd bermula pada 18 August 2009 dan tamat pada hari 24 September 2009.

Disebabkan perkerjaan ini tidak bersesuaian dengan saya, dan telah dapat kebenaran daripada pihak pengarah majikan, maka saya tamat perkerjaan saya pada 24 September 2009.

Manakala pada 7 October 2009, lebih kurang jam 6 petang, saya menerima panggilan telefon daripada pihak pengarah majikan Vincent Low Chye Huat, beliau berkata dengan perasaan yang tidak puas hati dengan saya, sebab saya telah mempersoalkan maklumat pembayaran gaji daripada pihak beliau. sedangkan hari berkenaan adalah 7 october 2009, saya sebagai bekas pekerja syarikat, saya yakin bahawa saya berhak mempersoalkan bila dapat pembayaran gaji saya semasa 7 October 2009 dengan berdasarkan AKTA PEKERJA:

PART III

PAYMENT OF WAGES

Time of payment of wages

19. Every employer shall pay to each of his employees not later
than the seventh day after the last day of any wage period the
wages, less lawful deductions, earned by such employee during
such wage period:

Dengan sedemikian, pihak saya yakin tidak ada alasan yang musnasabah daripada pihak majikan mempertahankan pembayaran gaji saya bagi tempoh 1 September hingga 24 September 2009.

Sehingga hari ini (16 October 2009), saya tidak dapat jawapan daripada pihak majikan yang ingin membuat pembayaran gaji kepada saya, maka saya yakin pihak majikan IT Network Distribution Sdn Bhd dan pengarah syarikat Vincent Low Chye Huat telah tidak mematuhi AKTA PEKERJA tersebut dan SENGAJA berniat tidak baik mempertahankan gaji bulanan saya bagi tempoh 1 September hingga 24 September 2009.

Maklumat terhadap pihak majikan:
Pengarah Syarikat: Vincent Low Chye Huat 016-3388669
IT Network Distribution Sdn Bhd (839813-T)
No. 45, Jalan Alam Jaya 17, Taman Alam Jaya, 43200 Cheras, Selangor. Malaysia.
TEL : 03-9080 1118
FAX : 03-9080 1113

Sekian, Terima kasih!


Yang benar,

Metns Bee Chiou, Teo

Bac. Perakaunan [Kepujian] (Universiti Putra Malaysia)

Ex-Majlis Perwakilan Pelajar UPM

Ahli Alumi UPM

013-3914314

Tanpa Nama berkata...

telah menerima pembayaran gaji bulanan pada 22 Oct 2009, lewat 15 hari.