SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

23 Oktober 2009

CUEPACS MOHON PENJAWAT AWAM HAMPIR BERSARA DIKECUALIKAN PTK

Bernama
23/10/2009






KUANTAN: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu penjawat awam yang hampir bersara diberi peluang kenaikan gred tanpa perlu lulus peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Presidennya, Omar Osman, berkata mereka sebaliknya perlu dinilai berdasarkan prestasi dan produktiviti sepanjang perkhidmatan. "Mereka yang nak bersara lagi tiga tahun sudah agak susah nak menghadapi peperiksaan ini, bagilah pengecualian dari lulus PTK, cukup dengan prestasi yang baik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Seminar Presiden-Presiden Kesatuan Gabungan Cuepacs di sini, malam tadi.Seminar itu dirasmikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Beliau berkata perkara itu telah dibawa ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk dipertimbangkan. Sementara itu, Omar berkata Cuepacs akan memperkemaskan terlebih dahulu kertas cadangan untuk menaikkan tangga gaji mati penjawat awam sebelum diserahkan kepada kerajaan.
Beliau berkata dokumen mengenai tuntutan itu telah siap dan akan dibentang kepada pemimpin-pemimpin kesatuan gabungan Cuepacs melalui seminar tiga hari bermula semalam itu untuk dimuktamadkan. Omar berkata kenaikan tangga gaji mati itu penting dalam usaha membantu kira-kira 45 peratus daripada 1.2 juta penjawat awam di negara ini yang kini mencecah tangga gaji mati. "Ada yang tangga gaji mati awal, dan mereka masih mempunyai tempoh berkhidmat lagi 10 tahun, 15 tahun, ini sudah pasti akan menjejaskan prestasi dan produktiviti," katanya. - Bernama

Tiada ulasan: