SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

25 Oktober 2009

CUEPACS HARAP KERAJAAN TIMBANG BONUS BAGI PENJAWAT AWAM

Bernama
25/10/2009




KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan menimbangkan pemberian bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam seperti dicadangkannya sebelum ini bagi menghargai usaha mereka dalam membangunkan sektor awam negara.Presidennya Omar Osman berkata, memandangkan peruntukan untuk tujuan itu tidak diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2010 Jumaat lepas, kongres itu akan menghantar surat kepada Perdana Menteri bagi membincangkan semula isu itu."Kita akan menghantar surat kepada Perdana Menteri esok dan berharap dapat berjumpa dengan beliau secepat mungkin iaitu sekurang-kurangnya pada minggu depan dan berharap Perdana Menteri dapat mempertimbangkan semula permintaan kami ini," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar Cuepacs yang dihadiri kira-kira 120 ahli di sini pada Ahad.Selain itu katanya, Cuepacs juga mahu kerajaan menimbangkan semula pemberian bantuan khas sebanyak RM500 yang diperuntukkan kepada penjawat awam dan pesara wajib, turut diberi kepada pesara pilihan dan pesara penswastaan."Kita turut akan membawakan isu ini kepada Perdana Menteri nanti kerana merasakan pesara pilihan dan pesara penswastaan layak menerima bantuan khas itu," katanya.Di samping itu, kata Omar, kongres akan turut membangkitkan isu 5,000 pekerja kontrak dan sambilan yang masih lagi tidak diserap menjadi pekerja tetap di sektor awam, dalam pertemuan dengan Perdana Menteri nanti.-- BERNAMA

35 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sudahlah.....cuepacs. tuan PM tak akan layan kamu lah. nanti beliau kata, jika kamu kakitangan awam tak setuju, kamu boleh letak jawatan segera. luar ramai orang nak menjadi kakitangan awam malaysia.

kesimpulannya, 1 malaysia =bohong

Tanpa Nama berkata...

memang pun..pak omar auta jer lebih..temberang jer kuat..dulu kena kejut dgn pak lah pun,esoknya tergagap2 masuk tv,tak jd buat demo lah,apa lah..mcm2.apatah lg kali ni ngan najib,sure tak angkat muka punya lah...go to hell lah omar..

Tanpa Nama berkata...

dapat datuk macam siva, omar akan senyap. dia nak minta pertimbangan bukan mendesak. jelas dia tak berani. jika pm tolak maka besarlah kemaluan cik omar ya...... ahli-ahli akan persendakan kepimpinannya.

jebat berkata...

kami dah tawar hati dah..nampak sangat kami P.A pentingkan ganjaran..sudahlah Cuepacs..baik kasi orang miskin jea..potong dari gaji P.A..senang-senang dapat juga buat bekal kat saner nanti..perjuang dunia pun tak kemana..simpanlah hajat perjuagan yang berkobar-kobar tu..kami tahu usaha penat jerih anda semua memperjuangkan P.A..tapi apakan daya..anda cuma insan biasa yang lemah seperti kami..sudahlah..nanti jangan marah lak yea..tetiba jea datang kerja kul 9am balik kul 2pm..kalau paper work minta minggu nie 3 bulan kemudian baru nak cari bahan...pasal anak nak sekolah tahun depan tu.pepandailah kami usahakan..jangan terkejut lak yea..ada P.A kena kurung kat AH LONG nanti..siapalah nak bela kami yang tersiksa dibumi sendiri..

Tanpa Nama berkata...

balik tidur lah.......omar

Tanpa Nama berkata...

Bukan apa... Omar nak sedapkan hati kakitangan awam lah tu. Dia memang dah tahu tak kan dapat punya. Jadi, sebelum kakitangan awam kata dia tak buat kerja, dia pun buatlah harapan ini dan itu. Nak alihkan perhatian....

Hamba kaya berkata...

"" katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar Cuepacs yang dihadiri kira-kira 120 ahli di sini pada Ahad ""



ehmmmm...terharu sungguh apabila cuepacs buat meeting hari ahad..kuat kerja sungguh pengerusi kita nie yea... kebajikan diutamakan !!!..apalah nak jadi penjawat awam nie yea,,korang menjerit melolong pun tak ada gunanya..lepas nie pakat tanam sayur tepi rumah la..cari duit tepi..korang semua jangan mengharap lagi pada bonus..bonus telah dimansuhkan..macam PPSMI...berdikari untuk majulah..kerja mesti mantap demi Negara tercinta " ada satu kisah pasal sebuah pondok...!!!! seorang Tuan tanah menyuruh pekerjanya membuat sebuah pondok , dia kata..bila ada pondok nie kita semua dapat berteduh dan berehat sama-sama.Tugas tuan tanah hanya bagi arahan jea..Potong kayu 8 batang !!! Guna atap nipah !!!!..tanam tiang 4 kaki dalam !!! ikat tiang dengan kuat !!! selepas pondok siap maka datanglah seorang penjual ubi kayu rebus.."Tuan tanah itu pun membeli beberapa potong untuk dimakan..apabila pekerjanya sedang berehat di atas pondok maka dihalaunya supaya turun..""korang kena ikut perintah aku""apabila semua pekerja turun,maka dimakannya ubi kayu rebus itu sampai licin.. padahal semua pekerjanya tidak menjamah makanan sejak dari pagi tadi lagi..Salah seorang dari pekerjanya agak marah dan ingin berunding dengan tuan tanah itu..tapi apakan daya..siapalah ketua pengerusi pekerja itu tadi.. wassalam..korang sambunglah sendiri..

morale the story..
#)sabar itu separuh dari iman..

2bz4money berkata...

Kegagalan mendapat bonus boleh menyebabkan ada segelintir penjawat awam akan mencari 'bonus' mereka sendiri kerana terpaksa menanggung kos-kos mendesak pada penghujung tahun dan menjelang 2010 seperti persediaan persekolahan anak-anak, cukai/insuran kenderaan, cukai pendapatan etc. Adalah ditakuti kes-kes seperti penyediaan pakej perolehan yang tidak munasabah, caj-caja tambahan dikenakan oleh mereka-mereka ini. Penjawat awam tidak boleh dianggap sekadar kuli di mata PM, mereka juga adalah segolongan RAKYAT yang perlu dibela serta dipenuhi haknya..

Tanpa Nama berkata...

sure pilihanraya next time kalah,
sbb kakitangan kerajaan mcm undi pos jugak ( zon selamat )

Tanpa Nama berkata...

omar mu kena jupe gok najib, bagi dia dua pilihan, suruh dia pilih satu antara dua : samada bonus 1 bln atau selaraskan cola rm100 dan itp naikkan dr rm180 kpd rm230

ppa berkata...

teruskan perjuangan en.omar..InsyaAllah ade rezeki.. i always support you..biarlah org lain nak kate ape pun.klu dapat senyapla dieorg.biasela klu xdapat akan bising..

Tanpa Nama berkata...

Aku dah kata hari tu lagi...bonus tahun ni bergantung pada keputusan pilihanraya kecil Bagan Pinang..apa nak kato..tak depek den nak nolong yo

Tanpa Nama berkata...

berbuih-buih mulut aku bercakap dah bagi tu sudahlah..rakyat didahulukan dak begitu !!!!!

Tanpa Nama berkata...

aduh berpa lama aku menungu pembentangan belanjawa 2010 menungu
bunos tiba-tiba apa=apa pun tiada
hanya abuk sahaja yang ada.

Tok Janggut berkata...

Dulu saya tabik kat kerajaan kini, bila Najib kedekut sangat nak bagi bonus, rasa hormat kat Kerajaan kini sudah luntur.

Susah sangatkah nak bagi Bonus ????

Kerajaan Indonesia dan Filipina pun mampu bagi sebulan bonus dekat Kakitangan Awam mereka, inikan pula Malaysia yang kaya raya dan aman makmur tak mampu.

Pelik betullah melihat keadaan kini.

Dulu Sokong, sekarang tidak lagi berkata...

Wahai Cuepacs, teruskan perjuangan mu menuntut bonus tahun ini, Tahun lepas pun tak dapat bonus, Tahun ini pun tak dapat, jenuhlah kakitangan awam ni meminjam di sana dan di sini untuk persekolah anak-anak.

Ah long menunggu dengan senyuman.

P.A. KECEWA berkata...

Udahlah yuran bulanan Keatuan dipotong RM 5.00 sebulan untuk perjuangan Kesatuan Sekerja.

Bonus pun tak dapat.

Nak berhentilah jadi ahli Kesatuan ni.

Tanpa Nama berkata...

Kenapalah pekerja gov ni yg tetap dan berpencen tak reti nak bersyukur?Kalo hangpa nak bonus besar,belajar rajin2x dan kerja rajin2x di swasta..kalo hangpa nak rasa duit banyak benti kerja kerajaan dan buatlah bisnes.Kalo hangpa nak duit dan kuasa,benti kerja kerajaan dan jadilah ahli politik..

Otai Kakitangan Awam berkata...

Wahai Cuepacs, tak perlulah bermesyuarat aje.........

Buktikan anda berkemampuan memegang jawatan yang diamanahkan oleh 1.6 juta Penjawat Awam.

Jangan leka denga elaun yang anda semua dapati.

Berkerjalah .

Cakap Pandai berkata...

Hang cakap pakai air liur senanglah.

Pirahhhhhhhhhhh berkata...

la ni RM 500 boleh wat pe...........

ah long berkata...

sapa mau pinjam wang sama wa...sebulan gaji wa boleh bagi sama lu all..

Tanpa Nama berkata...

Bersyukurlah...bapak aku kata, kalau tak reti bersyukur nanti Allah tarik balik nikmat yang diberi. Wallahualam ...

Pening kepala berkata...

Bersyukur mestilah bersyukur, mestilah ingat RM 500 boleh wat pe kalau anak ada 5 orang, kos kehidupan tinggi.

Penjawat Awam yang masih bujang tak de masalah.............

Lu Menteri boleh lah, gaji besar, elaun besar, makan free dan makan pun besar.

Kami ni, Penjawat Awam bawahan macam-mana ?????????

kerani cabuk berkata...

kembalikanlah bonus kami...kami amat memerlukannya untuk perbelanjaan sekolah anak2 hujung tahun ni..

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kepada presiden cuepacs tn hj omar keran memperjuangkan K.Awam tanpa mengira pangkat dan jawatan. Pada yang asik nak mengeji tu lebih baik duduk diam dan belajar. Tak tahu sila bertanya. ko ingat presiden tak buat homework ker sebelum mintak sesuatu...setakat cakap jer tunjuk pandai tapi ilmu habuk...TAHNIAH pada ajk CUEPACS

abekhalid berkata...

ala nanti SEBELUM PRU13 najib bagi kow-kow punya bonus mesti kamu bersemangat angkat bendera dacing juga.......hamba kaya punya pandangan amat bernas sekali

Tanpa Nama berkata...

tak rugi bagi bonus pada kakitangan kerajaan...pusing punye pusing...duit balik kepada kerajaan jugak.... bagus lagi mase zaman Tun mahathir.

Tanpa Nama berkata...

bonus...bonus..bonus..mane bonus niii....$$$$$$$$$$$

Encik Jamil berkata...

tak dapat 2 bulan dapt 1 bulan bonus pun jadila...kerja tetap jalan walau tiada bonus,komitmen x pernah luntur,motivasi tetap ada,slogan bersih,cekap,mesra,amanah,telus tetap kami junjung...penghargaan utk kami juga satu tanggungjawab murni..

Tanpa Nama berkata...

Tajuk artikel ni pun macam ala2 lebut gitu, geli gelemen. Cuba tukar statement HARAP menjadi PAKSA, kan lebih tegas tu. Barulah nampak kita nak bersungguh-sungguh.

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan Indonesia dan Filipina pun mampu bagi sebulan bonus dekat Kakitangan Awam mereka, inikan pula Malaysia yang kaya raya dan aman makmur tak mampu

Tanpa Nama berkata...

ha..ha..ha.. 1MALAYSIA TIADA BONUS....

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak timbang takut nanti timbang kena tukar dengan bulan

Tanpa Nama berkata...

harap negeri PKR boleh beri 1 bulan bonus kpad kakitangan awam di negeri PKR. biar BN malu................