Berita Harian
12/10/2009
BARU-BARU ini, kerajaan menaikkan pencen persaraan kakitangan awam yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun iaitu sebanyak RM250. Timbul persoalan pula, bagaimana dengan mereka yang berkhidmat dalam dua sektor awam iaitu berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia selama 16 tahun dan kemudiannya menyambung tugas sebagai kakitangan awam lain untuk satu tempoh perkhidmatan. Adakah mereka tidak layak untuk menerima bayaran pencen sebagai bekas angkatan tentera? Kami berharap dengan transformasi pentadbiran dan kepemimpinan khususnya dalam Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia, ia tidak akan mengabaikan kebajikan golongan kami sebagai bekas tentera.
BEKAS TENTERA '88,
Pontian, Johor
3 ulasan:
wahai bapak2 dalam ceupacs... kami kakitangan kontrak kerajaan tiap masa menghitung hari kontrak yg hampir tamat. entah dapat sambung lg ke tak.
anak bini kt rumah mahu dijaga. nk buat pinjaman bank pun susah. kalau pinjaman peribadi tak dapat, jgn harap jgn bermimpi nk beli rumah. kami pun mahu memiliki rumah walaupun tak lah sebesar mana.. cuma cukup sekadar tempat berteduh kami anak-beranak.
wahai bapak2 besar dalam ceupacs... tolonglah perjuangkan nasib kami semua yg bertaraf kontrak ini. sudah lama kami inginkan supaya diserapkan terus ke jawatan tetap kerajaan.
tugas kami semakin bertambah. kalau pegawai tetap sentiasa sibuk, kami pegawai kontrak lagi sibuk. kerana apa? kerana mahu nyawa kami dipanjangkan hanya untuk sesuap rezeki. kalau malas, alamatnya hilanglah pekerjaan dan sumber pendapatan kami...
tolonglah perjuangkan nasib kami semua...
PEGAWAI PENERANGAN S41 (KONTRAK)
kakitangan awam sokongan,saya menyokong kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam seiring dengan peredaran masa serta kos sara hidup yang makin meningkat...namun langkah untuk mengurangkan kakitangan awam secara exit policy,tidak sepaututnya berlaku.pemberian prestasi/markah tahunan oleh pegawai atasan bukan sesuatu yang adil pada dasarnya,,,,,,kerana terdapat pegawai yang lebih cenderung memberi markah tinggi pada yg kaki mengampu serta tidak menjalankan tugas hakiki dgn sempurna,apa salah nya jika prosedur lama diguna pakai contoh kakitangan awam yang tidak hadir bertugas pada satu jangka masa yang panjang tanpa sebab atau yang dihadap ke mahkamah,dijatuh hukum oleh mahkamah yang mana jelas melakukan jenayah,itu lah perlu patuhi exit policy,,,,,sekian
Sokong
Catat Ulasan