SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

05 Oktober 2009

CUEPACS MINTA SELARAS KEMUDAHAN KAKITANGAN 7 BADAN BERKANUN

Berita Harian
5/10/2009



KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan menimbangkan untuk menyelaras kemudahan lebih 60,000 kakitangan tujuh badan berkanun supaya kebajikan mereka terjamin. Presidennya, Omar Osman, berkata pada masa ini, kemudahan serta kebajikan kakitangan ketujuh-tujuh agensi berkenaan berbeza sedangkan mereka juga penjawat awam. Beliau berkata, perbezaan kemudahan itu termasuk kenaikan gaji dan pangkat, pampasan perkhidmatan dan perubatan.
Tujuh badan berkanun berkenaan ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Perbadanan Hal Ehwal Tentera (Perhebat), Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). "Pada masa ini, kemudahan ketujuh-tujuh agensi ini berbeza bergantung kepada keputusan lembaga eksekutif masing-masing. Sepatutnya kemudahan dan kebajikan mereka diselaraskan kerana mereka juga penjawat awam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Terdahulu, beliau menghadiri taklimat dan majlis penyerahan memorandum bagi mengkaji semula kemudahan dan caruman KWSP penjawat awam ketujuh-tujuh badan berkanun berkenaan di sini.
Mengulas lanjut, Omar berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat minggu depan bagi memperhalusi cadangan tersebut sebelum membentangkannya kepada kerajaan tidak lama lagi. "Kita akan semak cadangan tersebut dan berharap dapat mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) pada November ini," katanya. Beliau berkata, Cuepacs juga meminta kerajaan untuk menimbangkan supaya caruman KWSP bagi kakitangan ketujuh-tujuh badan berkenaan dinaikkan. Beliau berkata, kenaikan itu wajar kerana mereka yang berkhidmat dengan tujuh agensi tersebut sekarang, tidak mendapat kemudahan pencen.
"Pada masa ini caruman bagi ketujuh-tujuh agensi berkenaan adalah sama dengan penjawat awam lain iaitu 11 peratus bagi pekerja manakala 12 peratus majikan dan jumlah ini terlalu kecil. "Oleh kerana mereka tidak menikmati kemudahan pencen, kita cadangkan caruman daripada majikan dinaikkan antara 16 dan 18 peratus supaya kehidupan mereka selepas bersara terjamin," katanya. Dalam perkembangan lain, Omar berkata Cuepacs akan mengadakan mesyuarat kongres 16 Okt ini dan antara perkara yang akan dibincangkan ialah mengenai pembayaran bonus dan kenaikan pangkat penjawat awam mengikut tempoh perkhidmatan. - Bernama



5 ulasan:

1Borneo berkata...

Bukankah pekerja badan berkanun mempunyai lebih banyak keistimewaan berbanding dengan kakitangan awam seperti gaji, bonus dan kemudahan-kemudahan lain, mintalah lembaga pengarah lebih prihatin dengan kakitangan mereka, bukan minta kerajaan yang nak atur semua, gaji untuk ahli lembaga bukannya sikit,belum termasuk elaun-elaun tambahan, takkan benda seringkas ini tak boleh nak dipikir untuk kesenangan pekerja,kalau boleh, ahli lembaga tukar setiap 2 tahun, janganlah asyik muka yang sama jer kalau tiada transformasi yang dilakukan...Kalau saya silap, maafkan saya......

Penyibuk berkata...

Saya sokong pandangan tuan. masih dulu mereka seronok dapat tawaran....kita sektor awam dipandang rendah dari segi gaji..sekarang baru sedar dan kesannya di bawah GLC...Bos atas mewah hingga lupa kakitangan bawahan

Unknown berkata...

badan berkanun ni kalau sakit ada panel..kalau kakitangan kerajaan penuh samada negeri atau persekutuan terpaksa beratur panjang nk dapatkan rawatan doktor kat mana2 klinik atau hospital kerajaan...bab gaji dan elaun...cuba tengok skim gaji LHDN..PAR dgn PT je dh brapa jauh beza dgn gaji kakitangan kerajaan biasa?? nk dekat 3x ganda...apa lagi yang mereka ni tak puas ati?? tak bersyukur betul la...

Tanpa Nama berkata...

KAKITANGAN KONTRAK KERAJAAN BILA LAGI DAPAT PEMBELAAN?????

hd berkata...

memang tidak dinafikan sesetengah perkara memang badan berkanun dpt lebih dari kerajaan tapi ada juga kekurangan pada sesetengah perkara cth : graduiti dan elaun. saya sokong untuk kenaikan caruman kwsp majikan bukannya caruman pekerja tau!. Langkah yg bagus utk menjamin simpanan persaraan kakitangan badan berkanun yg tak dapat pencen.