SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

28 Oktober 2009

PESARA BOLEH TERAJUI GLC

Berita Harian
Oleh Azman Mahmood
azmanm@bharian.com.my




Cuepacs saran kerajaan ambil kira kebolehan pegawai awam

KUALA LUMPUR: Cuepacs tidak bersetuju saranan supaya kerajaan tidak membenarkan pegawai kerajaan dari kumpulan tertinggi pengurusan dan pentadbiran yang bersara, untuk dilantik menerajui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau mana-mana institusi dalam kerajaan.

Sehubungan itu, kesatuan itu mahu semua pihak termasuk pemimpin politik melihat dari sudut positif terutama kebolehan dan kecemerlangan pegawai awam ketika menerajui badan atau agensi kerajaan sebelum bersara.



Presidennya, Omar Osman berkata, pelantikan pegawai awam yang bersara menerajui sesebuah GLC atau institusi kerajaan juga tidak akan menyekat kenaikan pangkat kakitangan awam lain di agensi terbabit.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri sentiasa menekankan supaya kakitangan awam sentiasa mempunyai hubungan baik dengan pentadbiran kerajaan.

"Jadi, jika pegawai awam yang sudah bersara tetapi mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang dan kerajaan mengambil kira fakta dan latar belakang pegawai terbabit untuk menerajui GLC atau institusi kerajaan, maka semua pihak melihat secara positif.

"Kita tidak boleh melihat secara negatif kononnya boleh menghalang kenaikan pangkat hanya kerana seorang saja dilantik menerajui GLC atau mana-mana institusi dalam kerajaan," katanya di sini, semalam.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden ketika membahas Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 di Dewan Rakyat, kelmarin menyarankan supaya kerajaan tidak membenarkan pegawai kerajaan yang sudah bersara dilantik menerajui mana-mana GLC ataupun institusi dalam kerajaan.

Katanya, langkah itu diamalkan Kerajaan Jepun sebagai usaha meningkatkan sistem penyampaian dalam kerajaan dan menyifatkan tindakan melantik pesara kerajaan menerajui institusi kerajaan dan GLC menyumbang kepada banyak perkara negatif, termasuk mengekang peluang kenaikan pangkat bagi pegawai yang masih dalam perkhidmatan.

Tiada ulasan: