SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

23 Oktober 2009

BERI PELUANG NAIK GRED TANPA UJIAN PTK

Berita Harian
Oleh Irwan Shafrizan Ismail
bhnews@bharian.com.my
22/10/2009



KUANTAN: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu kerajaan memberi peluang kenaikan gred kepada kira-kira 200,000 penjawat awam yang akan bersara dalam tempoh tiga tahun tanpa perlu lulus peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Presidennya, Omar Osman, berkata mereka yang hampir bersara itu sebaliknya perlu dinilai berdasarkan prestasi dan produktiviti sepanjang perkhidmatan. Beliau berkata, kajian mengenai perkara terbabit sudah dihantar kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan kini dalam pertimbangan pihak berkenaan."Penjawat awam yang berbaki tiga tahun tempoh berkhidmat memang tidak mahu mengambil PTK, jadi kita minta kerajaan berilah pengecualian kepada mereka, naikkan gred mereka berdasarkan prestasi kerja. "Melalui kajian yang diberikan kepada JPA, kita minta 200,000 ini dinaikkan gred mereka berdasarkan prestasi kerja tiga tahun sebelumnya, bermakna jika ada kakitangan yang akan bersara tiga tahun lagi, kenaikan gred mereka akan dinilai melalui prestasi kerja pada 2006 hingga 2009. "Ini juga satu cara untuk elakkan prestasi kerja mereka terganggu, dengan kenaikan gred ia sedikit sebanyak menyuntik semangat penjawat awam untuk terus mengekalkan prestasi kerja yang membanggakan sehingga tamat tempoh perkhidmatan mereka," katanya pada sidang media selepas menghadiri perasmian Seminar Presiden-Presiden Kesatuan Gabungan Cuepacs di sini, malam kelmarin.
Seminar dirasmikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Omar berkata, pihaknya menjangkakan perkara terbabit akan diputuskan JPA menjelang hujung tahun ini. "Lebih cepat lebih baik, kerana kita tidak mahu masa penjawat awam ini terus dibazirkan hanya untuk menduduki PTK," katanya.
Saudara Timbalan Presiden II Cuepacs menerima cendermata
Setiusaha Agung Cuepacs Hadir Semasa Pembentangan

Tiada ulasan: