SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

23 Oktober 2009

SABAH, SARAWAK SAMBUT BAIK BAJET 2010

Bernama
23/10/2009




KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Pemimpin di Sabah dan Sarawak hari ini yakin Bajet 2010 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Tun Razak akan membawa pengagihan yang adil kepada kedua-dua negeri itu di bawah gagasan 1Malaysia.Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menghargai keprihatinan Perdana Menteri terhadap masalah yang dihadapi di Sabah, khususnya gangguan bekalan elektrik.Najib memberi jaminan tempoh gangguan elektrik di Sabah akan dikurangkan kepada 700 minit pada tahun depan."Dengan meletakkan asas kepada modal ekonomi baru ini, semua penekanan secara khusus akan diberikan ke arah mencapai kesejahteraan rakyat dan merealisasikan pelaksanaan bidang-bidang keberhasilan utama negara (NKRA)," katanya.Di KUCHING, Menteri Pembangunan Tanah Sarawak Datuk Seri Dr James Masing menyambut baik penekanan yang diberi bagi pembangunan luar luar bandar di Sarawak dan Sabah."Perdana Menteri dalam pembentangan bajet itu berjanji begitu banyak kepada Sarawak dan Sabah dalam soal kemudahan awam dan jalan dan beliau sebenarnya mengotakan janjinya," katanya kepada Bernama."Ini menunjukkan kredibiliti Barisan Nasional pada pandangan rakyat Malaysia," katanya.Dr Masing, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Baleh berkata peruntukan RM1.5 bilion bagi projek-projek termasuk pembinaan jalan masuk ke empangan Murum di Kapit di bawah Koridor Tenaga Yang Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) dan empangan Baram di Miri, akan menjana kegiatan ekonomi bagi penduduknya.Menteri Perumahan Negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata komitmen kerajaan pusat bagi membina lebih banyak rumah mampu milik Program Perumahan Rakyat (PPR) akan memastikan agihan seimbang bagi program perumahan di bandar-bandar utama di Sarawak."Komitmen bagi membina rumah mampu milik menunjukkan Perdana Menteri begitu prihatin dengan kebajikan kumpulan berpendapatan rendah dan diharap ia akan dapat dilaksanakan mengikut rancangan," katanya.Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Sumber Manusia dan Latihan) Datin Fatimah Abdullah memuji bajet itu yang memberi penekanan kepada pembangunan pendidikan di peringkat prasekolah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi."Sarawak berterima kasih kepada Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan yang sentiasa mengambil berat dalam pembangunan modal insan yang menjadi tunjang utama negara untuk menjadi sebuah negara maju," katanya.Fatimah berkata dengan adanya peruntukan diharap blok kelas dan asrama di luar bandar dapat diperbaiki segera.Naib Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) William Ghani Bina pula gembira dengan bayaran khas RM500 untuk penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 termasuk pesara wajib.-- BERNAMA

Tiada ulasan: