SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

04 Oktober 2011

CUEPACS HARAP TUNTUTAN DILULUSKAN DALAM BELANJAWAN 2012

Bernama
4/10/2011



KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berharap beberapa tuntutan yang dikemukakan kepada kerajaan akan diluluskan dalam pembentangan Belanjawan 2012 pada Jumaat ini.

"Berita gembira kepada kakitangan kerajaan ini tidak mustahil dan kita telah menanti sekian lama. Kita faham kalau dahulu tidak dapat laksanakan (tuntuan) kerana faktor ekonomi semasa.

"Tapi kini tiada apa yang menghalang tuntutan itu diluluskan memandangkan ekonomi bertambah baik dan tuntutan ini pun untuk menaikkan taraf perkhidmatan penjawat awam untuk keluar daripada beban kewangan selain meningkatkan mutu perkhidmatan," katanya pada sidang akhbar di sini Selasa.

Tuntutan tersebut adalah semakan semula Sistem Saraan Malaysia (SSM), menaikkan umur persaraan daripada 58 tahun kepada 60 tahun, pemberian bonus dua bulan kepada penjawat awam dan pelaksanaan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).

Omar berkata tuntutan ini hanya cadangan sahaja dan tertakluk kepada kemampuan kerajaan untuk meluluskannya.

-- BERNAMA

208 ulasan:

«Lebih lama   ‹Lebih lama   201 – 208 daripada 208
Tanpa Nama berkata...

cakap jer letup2 minta itu ini satu pun xleh pakai lerr...buat rugi bayar elaun presiden cuepecs jer lerrr...

Tanpa Nama berkata...

kami dah cakap budget pilihanraya.. kau org PA tak percaya..!! turus, jusca A,B,C and gred 54-52 senyum lebar..yg untung cukai pendapatan mereka potongan 70%.. umur bersara 58-60 thn, yg untungnya tetap turus, jusca A,B,and C, masih dpt menikmati gaji n elaun puluhan ribu ringgit, ahli parlimen elaun semakin naik,berdekah-dekah mereka ketawa, gaji n elaun mereka naik ribuan ringgit.. rumah pertamaku RM220,000-400,000 apa cite.. sape yg mampu milik, kalau tak org atasan juga..kau org mampu kea.. makan bubur jawabnya, PA berjawatan rendah n sederhana tak dpt apa-apa, just 1/2 bukan gaji lagi..kenaikan 8 - 13% daripada kenakan tahunan..gaji naik ciput jea.. mananye harapan cuepacs pegi 2 bulan kau org.. elaun-elaun spt cola,eka,etp langsung tak disentuh kenaikannya, yg kami gelihati kerajaan suruh buat master, kami PA sokongan rata-ratanya nak buat ijazah dulu, kalau adapun sebahagian tengah buat master.. nak buat master sekarang pngk 2.5 ke atas agaknya itu dulu..skg tak tau la.. cikgu-cikgi gigit jari jealah.. beban guru semakin bertambah, tiada perubahan, kesian.. lepas nie PA semua akan menerima bahangnya dengan cas kenaikan 6% perkhidmatan pra-bayar, GST akan dikuatkuasakan, minyak akan naik, interest bank peratusannya naik, kereta nasional semakin mahal,kos pembelajaran di universiti semakin meningkat, UPSR dan PMR di mansuhkan bebanan guru dan ibu-bapa semakin bertambah, tiada peruntukan tambang haji bagi yang akan berpencen, tiada rawatan pakar setahun sekali bagi PA kumpulan sokongan ,tarif elektrik dan air bertambah tinggi, bayaran astro naik, PTPTN mencengkam perlajar,graduan ramai menggangur, kos sara hidup semakin tinggi, kadar jenayah semakin meningkat, rasuah berleluasa dikalangan golongan atasan, akhir sekali kami ucapkan tahniah gaji dan elaun PM,TPM,Wakil Rakyat, Turus, Jusca A,B,C dan gred 54-52 semakin naik dan terus naik tidak termasuk MOU dgn Syarikat GLC terus menerus naik mencecah jutaan ringgit.. akhir sekali Lu org PA fikirlah sendiri.. ha..!!ha..!!

Tanpa Nama berkata...

guru otai fresh graduate.. kau spe, blah lu.. aku umur baru 38 thn dah jadi GPK HEM, aku layak ape cite..aku cadang kau pencen jea..

Tanpa Nama berkata...

celakalah ke atas mereka yg menipu daya dan mereka yg menafik..!!

Tanpa Nama berkata...

Wakakakaka.. Kita kakitangan kerajaan diperbodohkan orang-orang politik tak kira kerajaan atau pembangkang. Hang dok dengar tak, ciput je kenaikan gaji tahunan untuk kakitangan kerajaan. Tapi elaun untuk YB-YB si Najib tak umum pun nilainya. Bannyak tu bro.... celaka kau orang politik. Tembolok hang penuh kami kakitangan jadi pecacai.. celako-celako..

Tanpa Nama berkata...

Khi..khi.. Umur dah 38 tahun baru jadi gpk hem? Bodohnye cikgu ni. Aku PTD baru umur 28 dah pegawai M48. Huuuuu bodoh piangnya cikgu, baru takat naik pangkat gpk hem dah bangga. Huuuu...

Datin Maimunah Shafie berkata...

saya meminta maaf jika ada terkasar bahasa, cuma saya geram membaca tulisan yang kuat berangan tanpa mahu berusaha. sama seperti staf saya yang kuat mengular dan pemalas semasa kerja, tetapi sangat kuat berpolitik (walau untuk parti memerintah).

Penggali Kubur berkata...

haih korang ni...cikgu2,polis2,dan semua PA lain tak perlu la nak berebut2 mintak perhatian...cuba ikut aku ni,tak kira siapa pun jawatan korang aku gali sama je ukurannya tepat2 ikut saiz badan korang,dalam pun sama lbih kurang 4 hasta..ada tak aku mintak apa2 dari korang?takda kan?oleh itu, saya sbg wakil semua penggali kubur seluruh Malaysia memohon agar tuan PM buat satu skim jawatan kami dalam Perkhidmatan Awam dan ada skel gaji ikut gred kelayakan..what say you?

«Lebih lama ‹Lebih lama   201 – 208 daripada 208   Terbaru› Baru»