SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

28 Oktober 2011

GUNA KUASA PENGGUNA

Utusan Malaysia
Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my
28/10/2011




SUNGGUH, memang benar berlaku kenaikan harga ayam. Ia terjadi di beberapa negeri ket ika ini. Malah bukan daging ayam sahaja. Produk-produk lain turut terpalit sama, antaranya susu pekat manis, Nestle dan Milo.

Maka tidak hairanlah setiap waktu rehat tengah hari atau selepas waktu pejabat sekitar pukul 5 petang, Aras G Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Putrajaya yang menempatkan Kedai Rakyat 1Malaysia di situ diserbu orang - sebahagian besarnya penjawat awam.

Yang 'menyerbu'nya bukan semuanya daripada kakitangan sokongan pun (kerani atau budak pejabat) tetapi yang berkereta mewah dari Camry dan Mercedez Benz. Kalau tidak percaya, cuba-cubalah lepak di situ waktu tersebut.

Mana tidaknya, produk kicap kipas udang sahaja anda boleh jimat hampir RM2 berbanding membeli di luar. Itu belum lagi barang makanan lain.

Permintaan terhadap produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia memang cukup hangat sehinggakan Mydin yang berperanan sebagai pengedar barangan tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan orang ramai.

Bukan setakat itu sahaja, Mydin juga dikatakan masih berusaha mencari lebih banyak setor untuk menempatkan produk Kedai Rakyat 1Malaysia yang kualitinya sama dan terjamin meskipun tidak berjenama dengan berlogokan 1Malaysia.

Berbalik kepada kenaikan harga ayam yang menjadi sebab Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) melakukan protes secara senyap terhadap kenaikan harga barang, Utusan Malaysia difahamkan ia turut mendapat sokongan daripada kementerian.

Meskipun kementerian berkenaan lebih gemar menggunakan istilah 'kuasa pengguna harus ditunjukkan untuk menggalakkan perniagaan beretika' manakala CUEPACS yang kini disokong Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Perkasa terarah kepada tindakan protes dan boikot, nadanya tetap sama - demi kepentingan pengguna.

Sebenarnya, kenaikan harga ini dipantau oleh Majlis Harga Barang Negara (MHBN). Data dikumpul setiap minggu. Seorang jurucakap MHBN memberitahu Utusan Malaysia petang semalam, kenaikan harga ayam tersebut di luar skim kawalan musim perayaan memang berlaku.

"Barang-barang kawalan bagaimanapun tidak naik tetapi untuk barangan yang dikawal pada musim perayaan, kenaikan biasanya berlaku selepas ia di luar tempoh skim tersebut.

"Untuk isu semasa ini seperti mana dituntut oleh CUEPACS, kita mengesahkan memang ada kenaikan harga ayam. Tetapi kenaikan berbeza-beza mengikut kawasan dan negeri antaranya mencecah RM9.30 sekilogram untuk ayam standard berbanding RM7.30 yang ditetapkan," menurut jurucakap tersebut.

Seorang pegawai KPDNKK pula memberitahu akhbar ini, peniaga atau pihak tertentu tidak boleh sesuka hati menaikkan harga barang setelah kerajaan memberikan subsidi.

Harga tidak boleh dinaikkan walaupun harga komoditi barang mentah yang diimport adalah tinggi kerana kadar perbezaannya ditanggung kerajaan.

Yang pasti, sesuatu perlu diusahakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk membendung kenaikan harga ayam.

Di Johor pada Jun lalu, masalah anak ayam berpenyakit dikatakan menjadi antara faktor menyebabkan bekalan daging ayam berkurangan di negeri ini sekali gus mencatatkan peningkatan harga terlalu tinggi sehingga menghampiri RM9 sekilogram.

Juga, punca kenaikan harga ayam disebabkan oleh kenaikan tarif elektrik di ladang pembekal serta penternak dan pengurangan subsidi diesel untuk pengangkutan lori membawa ayam.

Tetapi lebih ramai yang merasakan ia lebih kepada sikap tamak pembekal yang mahu berbuat demikian menjelang musim cuti sekolah dan Hari Raya Haji (di mana ayam mendapat permintaan tinggi).

Tambah lagi, seperti mana kata CUEPACS, kenaikan harga seperti satu fenomena apabila kerajaan mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam pada pembentangan bajet tahunan.

Ini menyebabkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang walaupun kakitangan awam belum menerima imbuhan tersebut.

Ketika ini kerajaan sudah membuat apa sahaja untuk membela nasib rakyat yang terus berhadapan dengan kenaikan harga barangan sehingga menjejaskan kualiti kehidupan mereka.

Antaranya mengambil langkah proaktif mengawal harga beberapa jenis barangan asas seperti petrol, diesel, gula, tepung gandum, minyak masak, gas petroleum cecair (LPG) dan beras yang memberi kesan langsung terhadap kos barangan akhir yang lain.

Kawalan harga ini dibuat melalui pemberian subsidi oleh kerajaan dimana perbezaan di antara harga pasaran dan harga kawalan ditampung oleh pemberian subsidi yang bertambah setiap tahun.

Jadi, mengapa harga ayam di sesetengah kawasan di Pulau Pinang sahaja kini sudah mencecah RM12 sekilogram.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

barang tetap naik .kata boikot, semua tempat dan negeri naik nok cari mana tempat murah kalu doh cukai naik .KITA TUKAR JE KERAJAAN BUKAN RUGI PUN NGUNDI SEKALI AGI KALU DOK PUAS HATI KITA TUKAR BALIK KE GUANA.

senapi berkata...

hahaha.. masih lagi segelintir PA terpengaruh fitnah pembangkang kononnya harga naik padahal setakat berapa sen tu apa la sgt, lagipun menteri dan kementerian pengguna dah beri penjelasan. x tonton tv ke?

sebagai PA, kita wajib sokong BN dan UMNO tanpa berbelah bagi,, apa lagi mempersoalkan mereka. Kita di pihak kebenaran, dan sebab itulah BN selalu menang.

Tanpa Nama berkata...

Ahad, Oktober 30, 2011 10:19:00 AM
senapi berkata...
hahaha.. masih lagi segelintir PA terpengaruh fitnah pembangkang kononnya harga naik padahal setakat berapa sen tu apa la sgt, lagipun menteri dan kementerian pengguna dah beri penjelasan. x tonton tv ke?

sebagai PA, kita wajib sokong BN dan UMNO tanpa berbelah bagi,, apa lagi mempersoalkan mereka. Kita di pihak kebenaran, dan sebab itulah BN selalu menang.
__________________________________

Berapa sen tu lah harus dipantau..bagi orang miskin sen tu amat berharga....lagipun kenaikan sen tu lah perlu dikawal..hari ni naik 10 sen..beseok 20 sen..lama2 jadi ringgit...

Sebagai PA sokong Kerajaan..kenapa pula sokong Politik...heee hehe....PA di bawah kerajaan iaitu lantikan di bawah yang dipertuan Agung...bukan dilantik BN or UMNO....hehehehe lucuh

Tanpa Nama berkata...

Dan kini tibalah masa kira untuk mengambil tindakan proaktif dengan menukar kerajaan yang gagal menjalankan tanggungjawap ngan berkesan...

Tanpa Nama berkata...

kat sarawak sayap ayam rm15 sekilo
dada rm12.... kalau naik sen sen tak pa... ini rm3 sekali.... kementerian tolong lah... gaji tak naik lagi ni.. kalau naik nanti.. confirm harga barangan terus naik

Tanpa Nama berkata...

Apa boleh buat..dah nasib badan. Tunggu aje lah PRU nanti.

Tanpa Nama berkata...

kenapa pengguna pulak dapat beban... patutnya "guna kuasa kerajaan" sebab kerajaan berkuasa untuk selesaikan masalah ni...... kalau guna kuasa pengguna karang dapat kerajaan baru pulak.....hehehe

nanina berkata...

Bodohnya sape yang nak tukar kerajaan tu tak tengok ke apa yang berlaku di selangor,Pulau Pinang dan kelantan tu...

Tanpa Nama berkata...

sokong memang boleh sokong, tapi status kontrak masih lagi kontrak...kerja hendak buat yang terbaik sahaja, kebajikan kontrak tidak pernah di pedulikan. status sambung kontrak ke atau tidak pun tidak tahu macam mana...

Tanpa Nama berkata...

pengeluar atau pembekal peduli ape harga naik.. kau org nak beli, kau org beli, tak nak sudah.. org lain ada, ape da..!! tak hairan beb.. gula tak cukup dulu..mengelupur masing-masing tak da gula.. mana kuasa pengguna.. salah sape.. sape naikkan harga minyak.. tahun depan semua brg kena GST.. ape cite..!!

joeharry80 berkata...

hehehehehe... kita tukar lah makan burung (free je) utk gantikan ayam.... kita tukar pakai nira @ tebu ganti gula... kita tukar makan ubi kayu @ sagu ganti beras... kita tukar semua... garam kita tukar dgn air laut... kasut kita tukar dgn selipar... motosikal kita tukar dengan basikal... kopi kita tukar dgn arang... dapur gas kita tukar dapur kayu... lampu elektirk kita tukar dgn pelita minyak kelapa... minyak petro @ desel kita tukar dgn minyak kelapa sawit (dulu siap iklan pam minyak dr pokok kelapa sawit)... kita boykot segala2 nyer....