SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

02 Oktober 2011

KESIHATAN FAKTOR PENTING DALAM MELANJUTKAN HAD UMUR PERSARAAN - CUEPACS

Bernama
1/10/2011



JOHOR BAHARU, 1 Okt (Bernama) -- Faktor kesihatan akan menjadi perkara yang penting dalam menentukan had umur persaraan penjawat awam yang dicadang dinaikkan daripada 58 ke 60 tahun, kata presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.

Beliau berkata ini bagi memastikan penjawat awam mampu memikul tugas untuk membantu melaksanakan agenda kerajaan dalam membangunkan negara.

"Hanya mereka yang benar-benar sihat dan cergas boleh dilanjutkan had umur persaraan mereka kerana kita tidak mahu mereka asyik mengambil cuti sakit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Kesatuan Kebangsaan Pembantu Tadbir Kesihatan Semenanjung Malaysia di sini hari ini.

Beliau juga berkata ramai penjawat awam akan memilih untuk bersara khasnya wanita dan ini akan menjadikan hanya 40 peratus sahaja penjawat awam yang bakal bersara, dijangka terus bekerja sehingga usia 60 tahun.

Omar juga menjelaskan bahawa apa yang CUEPACS mahu ialah lanjutan umur persaraan tidak diberikan secara opsyen seperti sekarang di mana penjawat awam terpaksa membuat permohonan terlebih dahulu untuk bekerja secara kontrak hingga usia 58 tahun.

Sehubungan itu katanya, satu mekanisme khas perlu diwujudkan bagi menentukan penjawat awam boleh terus berkhidmat sehingga usia 60 tahun.

Golongan muda dan mereka yang masih belajar di universiti katanya, tidak perlu bimbang terhadap cadangan tersebut kerana ia tidak memberi kesan yang banyak.

Menurut beliau, banyak peluang akan wujud pada masa akan datang berikutan kerajaan kini melaksanakan pelan transformasi dan apa yang penting ialah bagi menyiapkan diri dengan pelbagai ilmu kemahiran.

Dalam pada itu Omar berharap Kementerian Kesihatan mempertimbangkan untuk turut menempatkan pembantu tadbir kesihatan bergred tinggi di hospital-hospital daerah.

Ini katanya akan dapat memberikan ruang kenaikan pangkat yang lebih besar kepada pembantu-pembantu tadbir kesihatan.

-- BERNAMA

49 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya memang tidak setuju umur persaraan 60thn.. walaupun kesihatan elok. Cthny di sekolah..guru berumur ni mudah sgt lupa.. kena ingatkan banyak kali.. bila bg keja selalu bg alasan sudah tua tak larat, tapi bila ada persaraan 60 thn... masing2 sibuk nk sambung.. ape kes kalau banyak yg mcm nie???

Tanpa Nama berkata...

kenapa x naikan umur persaraan ke 100 tahun.. kan senang? golongan muda x payah keja.x yah belajar tinggi2 dan sebagainya.ungkapan yang diwawarkan.. (GENERASI MUDA MASA DEPAN NEGARA)slogan je LEBIH..peluang x diberikan..kadar pengangguran meningkat.kes jenayah meningkat dll. disebabkan peluangkan kerja yg terhad.

Tanpa Nama berkata...

UMUR BERSARA 60 TAHUN TAK SESUAI.....PERCAYALAH UMUR BERSARA 60 TAHUN TAK SESUAI.... UMUR BERSARA YANG SESUAI ADALAH 80 TAHUN.... MCM TUN DR. MAHATHIR..TENGOK MANTAN PM TU UMUR PENCEN DAH BERAPA...SO FIKIRKANLAH..LEBIH BAIK UMUR PENCEN 80 TAHUN..

bagi golongan mudah kilang2 kan banyak,perniagaan dan sebagainya..lagi besar gaji

Pegawai gaji mati berkata...

Tangga gaji pun satu lagi faktor penting dalam soal melanjutkan had umur persaraan.

Cuba bayangkan, siapa ada motivasi untuk kerja sampai 60 tahun bila gaji dah mati maksimum pada umur 50atau lebih awal.

Tanpa Nama berkata...

UMUR BERSARA 60 TAHUN TAK SESUAI.....PERCAYALAH UMUR BERSARA 60 TAHUN TAK SESUAI.... UMUR BERSARA YANG SESUAI ADALAH 80 TAHUN.... MCM TUN DR. MAHATHIR..TENGOK MANTAN PM TU UMUR PENCEN DAH BERAPA...SO FIKIRKANLAH..LEBIH BAIK UMUR PENCEN 80 TAHUN..

bagi golongan muda kilang2 kan banyak,perniagaan dan sebagainya..lagi besar gaji...

keje goverment ok juga..tapi kekosongan tak banyak

Tanpa Nama berkata...

umur 60 bkn berada di gred bwa lg.jd golongan muda xperlu risau.kjaan perlu wjudkan byk jwtan yg tggi bg yg da umur nk pencen.bkn ke ini membuatkan gred jawatan lebey renda brtmb byk n membuka peluang pekerjaan kepada golongan muda..renung2kan

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...

More untuk mentor-mentee sangat sesuai.Lagipun kerajaan berada dalam landasan yang konsisten.Ini kerana dewasa ini jika kita dapat lihat,kadar persaraan berbanding nisbah kemasukan adalah kurang seimbang.

Benar akan timbul perkara2 seperti faktor fizikal dan mental yang agak kurang sihat tapi kerajaan harus memberikan sedikit kelonggaran kepada PA yang extra servis 55 tahun keatas.

Jika dikaji kesan nisbah persaraan keatas kemasukkan yang kurang seimbang ini,kerajaan ternya akan menjadi terencat dek perkara tesebut.Ibarat kita ingin develop kembali pasukan bola yang dah bertahun bermain bersama dan mempunyai target serta tahu akan hiruk pikuk bersama.

2-3 tahun kerajaan berada dalam situasi kejat dimana PA baru masuk menggantikan PA yang dah bersara.sedangkan dalam pada masa 2-3tahun itu juga ramai lagi yang akan bersara.

Saya hanya melontarkan sedikit pendapat dan bukan dengan niat untuk mengguris ati pihak tertentu.

Yang baik semua datang dari Allah dan selebihnya yang buruk itu datang dari diri saya sendiri.

Wallahualam...sekian

abe berkata...

dah masuk lubang kubor dahhhhhh

Hj. Anuar berkata...

Pembantu Tadbir kesihatan lebih byk kenaikan pangkat...
Mana Pembantu Pertanian,Veterinar dan lain2 Pembantu tak payah naik pangkat kah???
Adil kah??? Ini 1 Malaysia lah mesti seragam tahu tak???

Tanpa Nama berkata...

omar ni, kenapa tak minta umor persaraan 80 jer? kan sennag! kerja sampai mampos!

Tanpa Nama berkata...

kerja pelukis pelan..hari2 ngadap autocad...buat presentation ngadap adobe photoshop....kalo orang atas xpaham drawing...kene la naik lukisan 3D guna sketchup atau pun 3dmax..pas 2 kene buat BQ taw sebutharga...releven ke gaji seorang plukis pelan ikot gaji SPM?patotnya kami diberi gaji sama juruteknik...pelukis pelan dianaktirikan oleh kerajaan BN

Tanpa Nama berkata...

kerja pelukis pelan..hari2 ngadap autocad...buat presentation ngadap adobe photoshop....kalo orang atas xpaham drawing...kene la naik lukisan 3D guna sketchup atau pun 3dmax..pas 2 kene buat BQ taw sebutharga...releven ke gaji seorang plukis pelan ikot gaji SPM?patotnya kami diberi gaji sama juruteknik...pelukis pelan dianaktirikan oleh kerajaan BN

Tanpa Nama berkata...

PM dalam keadaan kritikal utk hadapi PRU 13...besar kemungkinan kecundang/tersungkur sama sekali jadi berwaspadalah...
Tunaikan kenaikan pangkat, elaun dan gaji yg lumayan + bonus....utk PA 1 Malaysia sebelum terlambat utk mendpt sokongan padu mereka..
nescaya PM akan selamat dari malapetaka PRU 13 kelak.

Tanpa Nama berkata...

biasa kalo PA yg dekat2 nak pencen dorg selalu kata.. korg saja buat / meeting tu saya tua sudah buat pun tak guna bukan lama lg mok kerja.. kasi peluang org muda2 mcm kamu org
( alasan malas yang selalu di beri )apatah lagi kalo lanjut sampai 60thn.. lupa jalan pegi pejabat mungkin. Bos tanya kenapa tak turun semalam? maaf bos, saya lupa mana jalan ke pejabat

PEMERHATI LUAR SEKOLAH berkata...

GURU MUDA LAGI TERUK, ASYIK MEMBURUKKAN PEMIMPIN, ASYIK MINTA TUKAR TEMPAT YANG SELESA KALAU TIDAK MULALAH KOMPLEN PENGETUA/GURUBESAR/PPD/JPN/KPM DAN MENTERI SENDIRI, KALAU DAH DUDUK KANTIN HABIS MASA BERPERIOD,PANDAI PULA MAIN PROJEK DILUAR KELUAR TANPA KEBENARAN, DATANG SURUH KAWAN TULIS, MACAM GURU MUDA INI? NAMPAK PELAJAR SEKSI DAH ADA KES LIWAT, TAK BOLEH DIHARAP LANGSUNG.

Tanpa Nama berkata...

kenapa omar tak konsisten dlm perjuangan ?? mengapa pembantu tadbir kesihatan yg diperjuangkan.. pembantu tadbir lain di mana?? sepatutnya semua pembantu tadbir perlu diberi peluang utk naik pangkat dan luas kerjaya.
Ini tidak ... maknanya umur kalau PA bagi 60 thn pencen ... negara malaysia akan jadik spt omar ... mudah lupa.

Kaum muda akan merempaat di negri sendiri. usah salahkam kaum muda .. kaum tua sebenarnya hipokrit.

Tanpa Nama berkata...

Mamak Omar, ngko ingat semua orang nak sakit ??
Ngko ingat hanya orang tak sakit saja perlu duitttt !!
orang sakitttt perlu bnyk duitttt..

jadik bila sakit .. PA tak layak dpt 60 thn!
Ngko ingat kamu tak sakit?

renung-renung omar masa utk kau sakit dah tiba ...

kassim baharum berkata...

aku rasa guru2 veteran yg suka buat perangai, guru muda biasanya yg pulun jika ada apa2 aktiviti sekolah. pelik la org atas ni. buduh nak mampus. mesti org pembangkang nak jatuhkan imej guru. aku kerja di sekolah aku tahu la

semua N22 KUP berjanji akan bersama seluruh PA menyokong keputusan BN dalam apa2 sahaja pengumuman bajet, kita jgn terikut2 dakyah pembangkang kononnya terpaksa naik gaji sbb brg naik.

Tanpa Nama berkata...

Hai...pembantu2 tadbir kesihatan je kena naik pangkat ke. Jabatan2 lain tak perlu naik ke pembantu tadbir ni.......hanya pembantu2 tadbir kesihatan je ke yg diikhtiraf kan Malaysia ni rupanya.

Tanpa Nama berkata...

Yang penting OMAR OSMAN pencen dulu. Serah jawatan kepada orang lain pula, terutama kpd yang bergred 41 ke atas.

Tanpa Nama berkata...

sbenarnya.....ada yg tak terima gelaran bakal pencen thn ni....sbb nak berkuasa lagi..kalau nak pencen buat cara pencen...tak nak lepas jwtan..lepas 2.....busuk hati..tulis dlm skt.....mencarut..mburukan kakitangan bhwan....

Tanpa Nama berkata...

saya sgt tidak setuju tarikh persaraan dilanjutkan ke 60 tahun. Ia secara tidak langsung boleh menjatuhkan ekonomi negara dlm jangka masa panjang. Sekiranya khidmat seseorg itu diperlukan sehingga 60 tahun, ia boleh dilakukan secara kontrak. Ambil contoh di jabatan saya bertugas sekarang, ia lebih menguntungkan pegawai P&P sahaja, kerana semua kerja dilakukan org bawahan. Mereka yg tertaraf jusa, hanya goyang kaki, pergi mtg sambil makan angin dsbnya...saya rasa pihak mereka yg lebih byk faedah daripada kami yang bertaraf sokongan. Kalau nak ditulis byk keburukan drp kebaikan kepada cadangan pelanjutan umur 60 tahun ini. Jadi pihak CUEPACS perlu melihat sensitiviti penjawat awam dari peringkat bawah hingga ke peringkat tertinggi.

Pesden Kupek Somalia berkata...

bersara umo 60 ni sebenarnya misi pribadi mamak oma, sebab elaun pesden kupek saja 8 ribu hengget brader!

Tanpa Nama berkata...

8 RIBU SeTAHUN elaun Pesden Kupek?? ... TERGADAI MARUAH PA KERNA honorium ...!!

Tanpa Nama berkata...

OOooopPPPsssSSS SEBULAN bro.

Tanpa Nama berkata...

bersara umo 60 ni sebenarnya misi pribadi mamak oma, sebab elaun pesden kupek saja 8 ribu hengget brader!

Isnin, Oktober 03, 2011 10:04:00 AM

Patutlah Omar Osman berjuang BERMATI - MATIAN pasal had umur persaraan ke 60 thn. Merasa lagi elaun RM8K/. Boleh merapu lagi dengan karut marut dia tu

Maznah Bt Abdullah Sani berkata...

JAWATAN CUEPACS ADALAH SUKARELA. AKAK X PERCAYA DENGAN FITNAH PEMBANGKANG NI KONONNYA DATUK OMAR TERIMA WANG ATAS JAWATAN PRESIDEN CUEPACS. RM8 RIBU BUKAN SIKIT, DAH MCM WAKIL RAKYAT DAH.

herannnnnnnnnnnnnnn berkata...

PERLU TANYA?

TADI BUKAK LAMAN www.spa.gov.my - maklumat jawatan

PASAL JURUTEKNIK & PENOLONG PENGAWAI:

JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA Gred J17

Syarat Lantikan:

Sijil Perancang Bandar dan Wilayah dari Politeknik-politeknik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred J17

KALAU PENOLONG PENGAWAI TANAH Gred NT27

Syarat Lantikan :

Sijil dalam bidang kejuruteraan (ukur tanah atau perancang bandar dan wilayah) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred NT27

SIJIL politeknik yang sama tapi 1 jawatan dapat 17 dan 1 lagi penolong pengawai 27, rugi la..elaun perkhidmatan awam 17 dengan 27 kan berbeza..elaun lain lagi ..dan ada 2 jawatan guna sijil politeknik leh dapat gred 27..sijil politeknik yang lain tak dapat 27 ker?bukan ke sijil politeknik dibawah kementerian pengajian tinggi.

cuba bgtau?
klik www.spa.gov.my - maklumat jawatan - NT27,C27 dan E27.

Tgk kat SSM patutnya semua min dapat gred 27 tp kenapa dah 20 tahun tak naik2 pun.DATO tak boleh tolong ker


INI TIDAK ADIL

Tanpa Nama berkata...

kami dengar kalau BN menang besar, hospital seluruh malaysia akan di swastakan.. betul kea.. dahsyatnya..!!

Tanpa Nama berkata...

ko ni macam tak betul je ' herannnnnnnnnnnnnnn '..asyik2x dengan gaji ko tu..org bkn nk ambak tau pun pasai gaji ko tu..pehal ko x mntk tlg ko kat judin je bl dia jd KP JKR dulu?..ni skg dia dh g cidb lg..tup2,dia yg dpt Turus 2,lompat terus dr Jusa A..korang masih sama lg...17 yang tingin sangat 29..

Tanpa Nama berkata...

pada pendapat saya tak payah la lanjut usia.bagi la pluang kt org2 muda.kesian kt depa.lagi tua spatutnya lagi igt pada kubur..bayakkan ibadat untuk bekalan kita nanti.lagi satu gaji harap2 naik la.kami ni gred 17 pergi kerja pon x makan.balik rumah baru mkn.sebb nak bagi anak2 dan istri cukup duit nak makan.klu kami makan kt tmpat kerja alamat anak2 x mkn.kami ni kluar poli.tp bagi gaji spm.kami pon nk kena bayar pinjaman pengajian jgk.buat pe kami belajar kt poli klu sijil poli tak laku.harap naik gaji...

Tanpa Nama berkata...

gaji pon ada gaji mati..orang x igat mati ker.tua2 dah.bayak berzikir kat surau.

Tanpa Nama berkata...

kami dengar kalau BN menang besar, hospital
seluruh malaysia akan di swastakan.. betul kea..
dahsyatnya.. !!
Isnin, Oktober 03 , 2011 12 :41 :00 PM

Ni mesti byk dgr ceramah pembangkang! Weiii sudah la, ko soh pemimpin2 pembangkang tu buat keja. Ni asyik ceramah, makin byk ckap makin byk yg karut marut keluar. Makin menampakkan kejahilan dan kebodohan pemimpin yg ada dlm pakatan rakyat!!! Mcm ni nak harap perintah negara? Buang masa...

Tanpa Nama berkata...

Wahai Presiden Cuepacs, tolong perjuangkan isu yg betul2 penting dan menberi manfaat kpd majoriti PA. Tentang umur bersara 60 tahun ni tolong KIV dulu. Lg 10 tahun pun aku rasa isu ni sempat untuk dikaji oleh kjaan.

Kami skarang ni mahu KENAIKKAN GAJI. Ini isu penting dan perlu tindakkan ASAP. Naik gaji sekurang2 minimum 50% untuk PA gaji rendah 1-16, dan 10% bagi PA gred 48 ke atas!

Kalau naik setakat 10%-15% semua gred, itu memang tak berbaloi sebabnya, selepas PM umum pd 7hb, 8hb harga barang terutamanya barang makanan di gerai dan kedai mamak akan turut naik 10-15%! Tak mustahil roti canai akan dijial pada harga RM1.20, kuih RM0.60 seketul!

Jadi kami mohon agar kenaikkan gaji diberi mengikut kadar seperti yg diberi oleh PAK LAH atau lebih lagi...


g perjuangkan isu yg betul2 penting dan menberi manfaat kpd majoriti PA. Tentang umur bersara 60 tahun ni tolong KIV dulu. Lg 10 tahun pun aku rasa isu ni sempat untuk dikaji oleh kjaan.

Kami skarang ni mahu KENAIKKAN GAJI. Ini isu penting dan perlu tindakkan ASAP. Naik gaji sekurang2 minimum 50% untuk PA gaji rendah 1-16, dan 10% bagi PA gred 48 ke atas!

Kalau naik setakat 10%-15% semua gred, itu memang tak berbaloi sebabnya, selepas PM umum pd 7hb, 8hb harga barang terutamanya barang makanan di gerai dan kedai mamak akan turut naik 10-15%! Tak mustahil roti canai akan dijial pada harga RM1.20, kuih RM0.60 seketul!

Jadi kami mohon agar kenaikkan gaji diberi mengikut kadar seperti yg diberi oleh PAK LAH atau lebih lagi...

Pegawai Kerajaan Seumur Hidup berkata...

Saya tidak setuju jika umur persaraan dinaikkan ke 60 tahun. Sewajarnya hanya pegawai-pegawai tertentu sahaja yang patut ditawarkan berkhidmat sehingga 60 tahun itupun secara kontrak. Pegawai tersebut antara ialah Pegawai pengurusan tertinggi yg mentadbir kementerian/jabatan, profesor/pensyarah di Universiti, golongan profesional dlm bidang2 kritikal. Mereka ini sangat diperlukan dalam profesyen mereka yg mementingkan pengalaman & pengetahuan. Itulah yg diamalkan oleh negara-negara maju.

Bukannya semata-mata memancing undi utk PRU13 dengan memberi opsyen kepada semua penjawat awam. Kebanyakan PA yg berumur 55++tahun krg produktiviti dan tahap kesihatan mereka amat rendah dgn menghidap pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung etc. Keadaan ini amat berbeza berbanding negara maju lain seperti Jepun yg mana ramai generasi tua mereka yg sihat dan panjang umur.

Tanpa Nama berkata...

ape kebende pak umar duk merapu hah? sebab dia dah dekat tu pasai duk mintak sampai 60..nie kepentingan diri ka?
bawa2 pikior bende depan mata cukup lah..harga barang naik dekat 50% tuh kene ingat..gaji kene naik lebih dari tu..baru boleh kejar kadar inflasi sekarang..barang kalau dah naik jangan harap nak turun lagi..tengok nimyak lah sekarang dah balik harga 80++ tapi harga tak turun-turun jugak kan? lagi satu sebab aku cakap kena naik gaji banyak sebab time pak lah naikkan gaji rasa dalam 2 tahun dah ramai melalak kat sini mintak persatuan perjuang gaji (tu pun kalau pak umar tak akur lah..)
ape-ape pun aku nak ucap tahniah kat kawan-kawan kita yang kerje dengan kerajaan negeri selangor..mereka dapat gaji minimun rm1500 mula januari 2012..tahniah buat diaorang..aku cakap ni betul bukan janji dalam menifesto sebelum pilihan raya..tapi dah kuatkuasa pekeliling dah keluar..kita ape lagi orang-orang fedral teruskan melalak..mane lah tau kot pak jib tersedar dari lamunan..

Tanpa Nama berkata...

GAJI AKAN NAIK 40% /SEMUA ELAU AKAN POTONG/UNTUNG PA LUAR BANDAR. PENCEN UNTUNG/KERAJAAN UNTUNG KUTIP CUKAI

Tanpa Nama berkata...

Bersetuju persaraan kakitangan awam pada umur 60 tahun kerana golongan yg baru masuk dalam perkhidmatan kerajaan rata rata umur dah lanjut. Sedangkan golongan muda sekarang lewat mendirikasn rumah tangga. Adalah wajar juga kemasukkan PA sekarang hendaklah dengan ijazah kerana gaji mereka lebih baik dari sektor swasta. Gred 1 -16 sahaja hendaklah dengan kemasukkan sijil SPM. Kalau tidak jangan cakap nak tolong graduan ganggur.

Anak Tiri Angkat berkata...

Salam.....semuaaaaa.........
setuju ke tidak bersara umur 60 thn itu semua kerja kerajaan....
korang x payah nak bising-bising la.. dulu x di bagi bersara 58...bising kata kt jepun boleh kerja sampai 60 tahun....pastu lg org lelaki setakat umur 60 tahun kuat lg lah...x tau la apa yg kuat tp betul la tgk dalam paper ada kes ehem-ehem tu lelaki nyer ada yg umur lebih 60 tahun so mmg lelaki boleh kerja lebih 60 tahun....jadi sokonglah umur bersara 60 thn....he he he....renung-renungkan dan selamat berfikir.

GRADUAN JUGA berkata...

graduan menganggur yg kecoh2 kenapa, kerja swasta kan banyak, ni asyik nak kerja kerajaan sebab tgk byk contoh PA sokongan pemalas tetapi tetap dapat bonus dan kenaikan gaji. Contoh buruk yg ditunjukkan oleh majoriti PA menyebabkan semua org luar yg malas nak masuk gomen.

Ikhlas: J17 Sijil poli

Tanpa Nama berkata...

waris najib

x semua kakitgn sokongan pemalas,gred 41 ke atas pom pemalas jugak

Tanpa Nama berkata...

--Kenapa 60 thn ?
--Kenapa tidak 65 tahun?

FIKIR-FIKIRkanlah ...
-- Kenapa tidak sekadar yg ada skrg 58 tahun??

Persekitaran di LUAR :
1. Ramai graduan/pencari kerja spm.
2. PA yg dihimpit beban kewangan.
3. PA yg mengejar /pertambahan pendapatan/PANGKAT.

Persekitaran POLITIK.
1. Adakah semua PA akan terus menyokong kerajaan BN?
2. Adakah graduan/pencari kerja spm akan sokong BN?

KEPUTUSAN pru13.
1. Siapa akan menang? BN? PR?

PERTANYAAN
1. Apakah nasib PA akan terbela di bawah BN?
2. Apakah PR membela PA jika memerentah?

KONKLUSI:
Bersyukur apa yg ada & berdoa serta solat hajat, bagilah kemenangan kpd Kumpulan yg menyokong PA.

Tanpa Nama berkata...

Setakat hari ni, gaji kakitangan awam akan naik 8-40% ikut gred dan gaji. Sistem Saraan Malaysia akan dimansuhkan dan sistem gaji satu lapis diperkenalkan...

So kpd PA gaji < RM1000, naik la 40%!
Kump P&P naik 8-20%....jadilah. Tidak ada lagi kump Sokongan 1 & 2 diganti dengan Kumpulan Pelaksana.

Sekian, harap maklum.

Tanpa Nama berkata...

aku juga yg untung.. gred aku dah 36,baru 19 tahun berkhidmat..itu untungnya duduk kat gred kesihatan.. tak lama lagi aku naik gred41.. ada ijazah.. gred DG,N,W,NP,NT,S berakarlah kau org nak naik.. padan muka kau org.. spa,jpa n cuepacs tengah tido..lagi satu kau org punya pengerusi dah tua-tua.. apa dia org boleh buat..tunggu pencen jealah..kah..!!kah..!!

Tanpa Nama berkata...

Ehh ehh...dh 19 thn baru gred 36? Bangang nk mampos! Aku masuk gred 27, lpas 6 thn dh naik 32.. 10 thn gred 38! Keja mengulor, sib baik ko tak mampos kt gred 36 tu....

Pesden Kupek Somalia berkata...

mamak oma patut di tendang keluar dulu sbb dia tu pun bukan sihat sangat, cakap merapu sana sini, tek kuda pun tadak.

Tanpa Nama berkata...

lu org memang tak reti bahasa ooiii..!! kami org muda dah cakap sama lu org.. umur bersara jgn sampai 60 thn lo.. tarak bahasa kau org cuepacs,spa n jpa, kami tau kau org tua-tua nak mampus tapi ada hati nak sapu gaji n elaun lagi.. buat turus,jusca A,B,C n gred 52-54 lu org muka tak reti malu.. lu org tengok org muda punya pukulan PRU-13 nanti.. kasi tendang ini kerajaan sama lu org sekali.. lu org cabar kami org muda loo..!!

Tanpa Nama berkata...

kita keja gomen ni kebanyakkan mana ada kwsp dah. gomen nak tambah umor persaraan pun pikir 2X. kalau swasta tu cepat je, ada udang balik mee kot? banyak det dalam kwsp tuuuu...

Tanpa Nama berkata...

minta kerajaan pertimbangkan semula menaikkan had umur bersara...tidak adil kepada yg ingin menyertai kerajaan..mereka yg kini kakitangan gov, sudah pasti menerima pencen ....fikirlah kakitangan kerajaan yg bertaraf kontrak/ sambilan...kasihan mereka...bekerja bersungguh2 utk menarik perhatian penyelia agar disambung kontrak..benefit xseberapa..