SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

07 Oktober 2011

MUHYIDDIN MINTA PENJAWAT AWAM, GURU BERI PERKHIDMATAN LEBIH BAIK

Bernama
7/10/2011



KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Belanjawan 2012 sebagai yang terbaik dalam sejarah negara kerana ia memberi perhatian kepada semua peringkat rakyat selain mengimbangi defisit negara dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya membentangkan Belanjawan yang seimbang di mana Malaysia mampu menyeimbangkan antara pertumbuhan ekonomi dengan usaha mengurangkan defisit negara dengan mensasarkan pengurangan pada 4.7 peratus tahun depan.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, turut menyambut baik penambahbaikan dalam sektor awam khususnya sektor pendidikan, yang turut menerima insentif-insentif istimewa.

Justeru, beliau meminta kira-kira 1.3 juta penjawat awam termasuk 480,000 guru, yang menerima imbuhan istimewa, supaya menanam semangat untuk bersedia memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat.

Beliau berkata imbuhan yang diterima para penjawat awam itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan menambahbaik perkhidmatan awam secara menyeluruh.

"Pengumuman yang dibuat itu merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh semua penjawat awam terutamanya warga Kementerian Pelajaran.

"Saya harap dengan tawaran yang lebih baik ini, mereka bukan sahaja merasa gembira tetapi dapat meningkatkan mutu kerja dan lebih bersemangat memikul tanggungjawab lebih besar terutamanya kerana sektor pendidikan sekolah amat penting dalam menjana modal insan negara," katanya pada sidang media selepas perbentangan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat Jumaat.

Antara insentif untuk perkhidmatan awam ialah pengenalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) di mana melalui sistem baru itu, penjawat awam akan menerima kenaikan gaji tahunan yang ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred mulai 2012.

Penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA juga akan mendapat faedah kenaikan gaji di antara tujuh hingga 13 peratus selain pelanjutan umur persaraan wajib penjawat awam dari 58 tahun ke 60 tahun dan penambahbaikan sistem kenaikan gred bagi guru.

Sektor pendidikan juga menerima banyak ganjaran termasuk Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah berjumlah RM1 bilion, pemberian baucar buku kepada semua pelajar di peringkat pengajian tinggi dan pemansuhan bayaran yuran tambahan RM24.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah.

Pemansuhan yuran itu membabitkan RM72.4 juta merangkumi 2,956,397 murid sekolah rendah dan RM80.4 juta bagi 2,400,835 pelajar sekolah menengah.

Muhyiddin berkata dengan keputusan itu, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak sewajarnya mengenakan sebarang bayaran yuran kepada pelajar dan sekiranya perlu mengenakan sebarang bayaran bagi membiayai projek tertentu, ia perlu merujuk perkara itu kepada Jabatan Pelajaran Negeri terlebih dahulu.

Katanya beliau akan mengumumkan secara terperinci kandungan penambahbaikan sektor pendidikan awal bulan depan.

Mengenai pengenalan SBPA, Muhyiddin berkata keputusan untuk mewujudkan skim baru itu diputuskan selepas kerajaan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pelbagai pihak berkaitan.

"Pendekatan itu bukan diputuskan begitu sahaja. Kita sudah berbincang dengan pelbagai pihak termasuk Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), sektor awam perguruan dan mereka sudah mengemukakan cadangan yang mana kita ambil kira," katanya.

Dalam pada itu, menjawab andaian bahawa Belanjawan yang dibentangkan itu sebagai 'Belanjawan Pilihan raya', Muhyiddin berkata :"Saya tidak fikir perkara itu menjadi pertimbangan utama kerana situasi dan keadaan hari ini memerlukan kerajaan prihatin akan keperluan rakyat".

Beliau berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama membentangkan Belanjawan yang berteras kepada kebajikan rakyat dan tahun ini semangat itu sejajar dengan Gagasan 1Malaysia yang berkonsep kepada rakyat didahulukan.

"Yang di sana (pembangkang), selepas 54 tahun baru nak sebut nak laksana negara kebajikan...kita sudah laksana dulu. Kita lebih tahu apa yang harus dibuat untuk kepentingan rakyat tetapi pembangkang baru sedar, baru hendak bawa ke Parlimen Buku Jingga untuk tarik minat rakyat, tapi rakyat sudah tahu," katanya.

Mengenai cukai rokok yang tidak dinaikkan, Muhyiddin berkata, keputusan itu dibuat kerana kerajaan berpandangan bahawa pendapatan sedia ada memadai.

Katanya, kerajaan juga khuatir jika harga rokok meningkat ia akan menjurus kepada masalah lain termasuk penyeludupan yang mana usaha untuk mencegahnya akan memakan kos lebih tinggi daripada pendapatan yang diperoleh daripada cukai rokok.

-- BERNAMA

28 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yelah tu,lepas ni namakan bajet untuk penjawat awam, 'Bajet Untuk Guru Guru Skim Lain Tutup Telinga',kerana diaorang kalau lapar bpleh makan batu

Adam berkata...

Setiap kali semakan Gaji Kakitangan Awam, kaum guru dapatlah sedikit habuannya. Kita tahu dalam perkhidmatan Guru, tiada peluang kenaikan pangkat maka kerajaan beri kenaikan pangkat kepada kaum guru melalui Time Base.Peluang kerjaya guru ditambah dengan mewujudkan Guru Pendita, Guru Mithali, Guru Wibawa, Guru Cemerlang, guru Biasa. Nampak banyak laluan kerjaya tetapi hakikatnya hanya dapat dinaimati oleh sebahagian kecil sahaja daripada ribuan GURU di seluruh Malaysia. Seharusnya, kerajaan perlu pertimbangkan satu ELAUN KHAS untuk semua kaum GURU. Kalau Pakatan Rakyat cadang RM500 elaun untuk semua guru, kerajaan seharusnya pertimbangkan RM400. sebulan sebagai penghargaan khusus kepada kaum guru. Fikir-fikirkanlah, GURULAH YANG MELAHIRKAN MODAL INSAN NEGARA KITA SEKARANG DAN ANAK DATANG. Hargailah mereka..!!!

Maznah bt Abdullah Sani berkata...

apa pula guru, sebenarnya PT lah yg byk menyumbang pada sekolah dengan idea yang melangkaui sempadan dan bernas. PT juga penggerak UMNO yg setia. minta PM kaji semula hak PT utk naik ke N41.

Tanpa Nama berkata...

Terkilan juga Budget 2012, adalah budget eksklusif utk guru, bila pelajar masuk U, bahyak yang mereka tak faham semasa di sekolah, bila di tanya cikgu tak ajarpun. Tapi, bagi pensyarah terlalu sukar untuk naik pangkat, terpaksa buat research, bentang di seminar dll. Cikgu senang2 saja bagi time base, cikgu malas pun akan naik gred selepas 8 tahun.
PENSYARAH KERDIL

Tanpa Nama berkata...

Tapi saya bersyukur dengan kenaikan gaji, bonus, kenaikan gaji tahunan, 60 tahun umur persaraan. Cuma menyesal tukar dari profesyen guru ke pensyarah yang gelap kenaikan pangkat.
PENSYARAH kERDIL

Tanpa Nama berkata...

betul 2 pensyrah kerdil..guru wlapun ade timed based ptt ditmbah lg dgn inovasi,research,inovasi dll..bru setimpal..bkn dok sng2 bg 8thun 44,16 thun 48..dh trf KJ2 2 if di poly..gji kmi pensyrah di poly sm jek ngn guru + bebanan kerja bnyk..nk naik pngkat payah!

GM berkata...

so d kettle says d potblack. hmmm...bloated mind is all human have.

for me...i dun care a damp what others do get or have. well...d promotion...d leap.... n d whatever swop others get they r nothing to do with me.

as long as i get my pocket full am not impress with what d others perceive. to fulfill it i work out my way. i'm not gonna bang my head for what d others cant give me.

hopefully u all make less grumble if u like to live ur live happily. or it rather goes snappy.

Tanpa Nama berkata...

berpuashati dgn belanjawan yg dibentangkan cuma sedikit kecewa kerana tiada penambah baikan gred bg kakitangan gred 41 yg bkn guru. Ramai antara kami yg perlu berkhidmat lebih 15 thn br dpt peluang naik 44 dan tiada peluang naik 48. Mengapa sistem time based tidak digunakan di seluruh perkhidmatan awam

Tanpa Nama berkata...

cikgu dekat dgn ibu bapa sbb di sekolah ada PIBG. Poli ada ker persatuan mcm PIBG??? Tak kan tak faham ... Baru2 ni pun TPM kerap jumpa cikgu, minta sokongan, sambil tu ada pecacai sebarkan dokumen pembangkang. Sambil nyelam tu teguklah sikit air ...

Tanpa Nama berkata...

Salam..buat pensyarah kerdil,Kenapa agaknya anda menyesal daripada guru jadi pensyarah..Deme dah jadi pensyarah patutnya bersyukur..Kerja tu ibadat kena ingat,jangan duk kejar duit je.Cikgu kerja ikhlas sebab tu berkat dapat insentif dari kerajaan..Cikgu sanggup kerja sampai malam buat tuisyen free untuk anak didiknya..Anjur pelbagai jenis kem untuk meningktkan sahsiah & akhlah pelajar<demi melahirkan modal insan yang unggul.Semua ini kami lakukan dengan hati ihklas Kerana Allah..Untuk makluman Kami guru juga sering bertugas di luar waktu kerja..SEMUA INI KAMI LAKUKAN TANPA MENDAPAT BAYARAN KERANA IA ADALAH ATAS PROGRAM SEKOLAH.KADANGKALA PERLU MENGELUARKAN DUIT POKET SENDIRI WALAUPUN JUMLAHNYA TIDAK BANYAK..ITU TIDAK APA YANG PENTING KAMI GURU IKHLAS..BIARLAH ORANG DILUAR SANA YANG BUKAN DALAM BIDANG PERGURUAN SERING MENGATA DAN MENGHINA KAMI..

cikgu morni berkata...

selalu kena pergi bengkel pembelajaran, atau bawak budak pi mana2, sesen pun x berkira, cuba PA lain, haaa riuh sekampung la mintak claim atau balasan

Tanpa Nama berkata...

Menurut ucapan PM, kenaikan pangkat melaliu time-based 8 tahun hanya melibatkan guru DG29 ke DG32 dan DG32 ke DG 36. Guru DG41 dan keatas tidak terlibat

Tanpa Nama berkata...

wah...wah....wah sedapnya didengar.....35 tahun dah sebagai PA pak muhyiddin....banyak halangan/ringtangan/asam dan garam dah di tempuhi dan dirasai...apa yang saya dapat...2008 baru dpt naik ke 22...apa itu.karang 15 tahun dah grenti dpt...tak perlu interview...asal lulus angkat burit/bodek boss.

so, bagi yg grd17 sebagai PA pada tahun 1978... dan dpt grd22 secara hakiki minta lihatlah perbezaan gaji dengan yg 15 tahun berkhidmat (KUP) 22...

Tanpa Nama berkata...

Apapun kita kena bersyukur kepada Allah kerana diberikan peluang untuk menikmati ganjaran yang ada. Ada yang langsung tidak dapat peluang yang kita ada. Nak penuhi setiap orang rakyat Malaysia ni yang berlainan cita rasa dan masalah setiap orang (27 juta) boleh tumbang pemimpin negara dibuatnya. Tak kiralah siapa yang jadi pemimpin.

Tanpa Nama berkata...

gu.guru. guru macam kakitangan awam yang lain ni tak menyumbangkan khidmat bakti kat bumi malaysia ni untuk menjana ekonomi,sosial da budaya dan sebagainya, mengapakah guru sahaja diberi time base 8 tahun tidak bagi kaki tangan yang lain yang terpaksa tunggu 15 tahun sedangkan masa sambung belajar selepas ambil SPM semua pakai duit juga nak belajar bukan nya "free"....jangan nanti harab sokong. sokong ni yang bawak rebah..

Tanpa Nama berkata...

Saya percaya semua penjawat awam sentiasa bekerja dengan penuh "komitmen [Sikap (pendirian atau perbuatan) memberikan sepenuh tenaga dan perhatian dsb atau menunjukkan sokongan dan azam yg sepenuhnya kpd sesuatu, iltizam: semuanya dihasilkan oleh barisan pekerja yg bersemangat tinggi, bermotivasi, dan mempunyai ~ yg tinggi terhadap kerja"] walaupun ada yang menyatakan sekumpulan kecil penjawat awam menyokong pembangkang. Yang tak sokong tu ada sebab, antaranya perkara-perkara yang melibatkan aqidah dan hukum hakam Allah. Yang ini tak boleh kompromi. Hak ALLAH tetap.

Tanpa Nama berkata...

Ya, Allah Guru adalah anak emas kerajaan, termasuk polis dan felda. PA lain tidak menyumbang apa2 kpd ekonomi negara. Tapi sayang sikit, yang guru bertungkus lumus mendidik secara 'free', camping sana sini TAPi bila masuk U, pelajar2 yang cemerlang, tak terserlahpun. Ckp BI lintang pukang, apa yang guru pakar buat di sekolahpun x tau, asyik dok kejo pangkat, sek 5 bintang dll. Percayalah wpun pelajar lulus dgn cemerlang, tetapi di U tidak.
PENSYARAH KerDIL

Tanpa Nama berkata...

kepada pensyarah kerdil, sila download teks ucapan dan baca betul2.Time base untuk semua kakitangan dan diberi contoh guru.Lainkali baca dulu supaya tak melenting tanpa usul periksa.Kalau dah phd susahlah.

Tanpa Nama berkata...

Pensyarah kerdil nih pening..apa yang dia nak entahlah..kita kat malaysia perlu pentingkan bahasa malaysia..Toksah komen cikgu la en pensyarah kerdi..entah berapa puluh ribu lulusan u yang tidak berkualiti ada kat bumi malaysia ni..siap terlibat dengan gejala sosial lagi ha..acer citer acer citer apasal jadi camtu pensyarah tak pandai ajar atau apa apa apa

Tanpa Nama berkata...

Pensyarah kerdil hanya terima individu yang dah digilap oleh seorang guru dari tak tau membaca dan menulis macam pensyarah kerdil yang hanya memberi ilmu bukan mendidik.Masa aku di U pun ada pensyarah yg sampaikan ilmu merapu jugak. P&P lagi tak de.Tak de daya menarik. Maklum la sampaikan ilmu je. Cikgu jugak pening nak pastikan etr, disiplin, keselamatan, perkeranian dsb.

Tanpa Nama berkata...

Agaknya masa jadi cikgu dulu pensyarah kerdil ni seorang guru yang tidak berminat nak didik anak anak yang kita tahu memang susah dan mencabar..sebabtu minta jadi pensyarah,Mashur sket pangkat pun nampak gah.Guru apalah sangat kan..kan..kan..Alih alih cikgu dapat insentif,dia kata cikgu macam macam dengki lahtu dengki lah tu..Peragai lama dia lah tu ,masa jadi cikgu ajar budak tak bersungguh

Tanpa Nama berkata...

x perlu semua bergaduh2...kita semua perlu bersyukur sebanyak2nya dgn nikmat yg Allah berikan...bygkan mereka yg lgsung x terlibat dlm bajet ni,bapak aku penoreh,aku tgk die asyik bersyukur jer...jadi,kita yg ada nikmat ni syukur dan bantu mereka yg kurang...baru Allah syg...kan kan?renung2kan dan slmat beramal

Tanpa Nama berkata...

zaman skrg ni sesetngah org keja mgkin xikhlas krn Allah, sbb tu dpt gaji xsmpai tngah bln dah abis..zakat pn blum tntu bayar mn nak berkat,kn? Ayah sy dlu keja motong getah aja, gaji lk rm250 ja, sara anak sampai 8 org, Alhamdulillah cukup ja pn..

Tanpa Nama berkata...

SYUKUR PADA BAJET 2012 YG TENTU TIAP TAHUN ADA IMBUHAN BUAT GURU..TAPI PARA GURU KENALAH MENGHARGAI DENGAN MEMILIH PEMIMPIN YG ADIL SEPERTI BN, JGN ASYIK NAK DUDUK DI BULAN DAN BINTANG JE . SEPERTI GURU YG BERDARAH DK.SETAKAT DIPLOMA DAN IJAZAH DEKAT SEKTOR AWAM BERSEPAH2. TAPI X ADA PELUANG MCM CIKGU...

Tanpa Nama berkata...

SYUKUR PADA BAJET 2012 YG TENTU TIAP TAHUN ADA IMBUHAN BUAT GURU..TAPI PARA GURU KENALAH MENGHARGAI DENGAN MEMILIH PEMIMPIN YG ADIL SEPERTI BN, JGN ASYIK NAK DUDUK DI BULAN DAN BINTANG JE . SEPERTI GURU YG BERDARAH DK.SETAKAT DIPLOMA DAN IJAZAH DEKAT SEKTOR AWAM BERSEPAH2. TAPI X ADA PELUANG MCM CIKGU...

Tanpa Nama berkata...

ingatlah kata-kata imam Al_ghazali, hormatilah guru sebagaimana anda menghormati ibubapa anda. Tanpa guru siapalah kita semua. walaupun tak dinafikan ada juga guru yg suka curi tulang namun jgnlah hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Rasanya tak wujudpun satu cabang perkhidmatan yang mana semua pekerjanya sangat amanah dalam menjalankan tugas. Bersyukurlah dengan rezeki yang kita ada. jika mahu rezeki yg lebih, maka kita digalakkan berusaha. Yang bekerja sebagai PA, bolehlah melanjutkan pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi(sekiranya berkemampuan). Ruang dan peluang untuk memajukan diri tidak pernah ditutup oleh mana-mana pihak. semuanya terpulang kpd diri sendiri. epuk dada, tanya selera..

CIKGU 'FRESH GRADUATE' berkata...

Memang golongan guru perlu bersyukur dengan pengumuman PM dalam pembentangan bajet. Cuma kalau diteliti keuntungan yang diperolehi hanya kepada guru-guru muda. Ramai guru-guru lama terlalu rugi. Ada yang dah cecah 18, 19, 20 malah 21 tahun belum mendapat DG48. mHarap Tan Sri Muhyidin tengok-tengokkan la cikgu-cikgu lama ni. Berikanla kenaikan tangga gaji mengikut tahun yang terlewat. Harap Tan Sri pandaang-pandang la sikit dasar kementerian Pelajaran, asyik-asyik beri keistimewaan kepada guru ex-ppld yang masuk ke skim ppps. Ijazah pun buat melalui PJJ takda kualiti. Tengok-tengok ye Tan Sri..

Tanpa Nama berkata...

ape2 pn guru yg untg.. asyik2 guru je, jwtn ln xpntg agaknya, bkn sume guru ikhls nk mendidik, nk keje je, tp keje xserius, tb rmai jgk yg btl2 mnt n ikls mndidik.. ape2 pn tahniah bt guru2 kerana memilih profesion yg tepat