SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

19 Oktober 2011

SAMBUNG KONTRAK PEKERJA

Sinar Harian
19/10/2011



KUANTAN - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan menyambung semula kontrak kira-kira 45,000 penjawat awam yang akan tamat pada 31 Disember ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, beliau menerima aduan dari pelbagai agensi, jabatan dan badan berkanun bahawa semua penjawat awam daripada pelbagai jawatan itu tidak akan disambung semula kontrak mereka.

Menurutnya, kakitangan terbabit dimaklumkan bahawa kontrak mereka yang bakal tamat penghujung tahun ini tidak disambut seperti biasa.

“Saya merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mempertimbangkan perkara ini dan menyambung semula kontrak mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir taklimat isu semasa dan dialog di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini, semalam.

Omar berkata, seiring dengan dasar kerajaan pada 2012, beliau yakin pelbagai kekosongan jawatan boleh ditawarkan kepada mereka yang terlibat.

“Saya menyeru kerajaan supaya menyambung semula kontrak mereka untuk tempoh antara dua hingga tiga tahun lagi kerana kebanyakan penjawat awam ini berkhidmat antara lima hingga 15 tahun.

“Kebanyakan daripada mereka adalah lepasan universiti dari kumpulan pengurusan dan profesional yang menyandang gred 41 iaitu,” katanya.

Beliau berkata, terdapat jabatan seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat dan staf kontrak dari Kementerian Sumber Manusia disambung semula kontrak perkhidmatan mereka.

“Saya bimbang jika kontrak kakitangan ini tidak disambung akan menimbulkan konflik dan pastinya membebankan kehidupan mereka terutama yang telah berkeluarga,” katanya

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam
itu pasal lah tak perlu lanjut usia sampai 60 tu dato.dan kakitangan yang kontrak tu x perlu dah sambung kontrak mereka.kasi pencen awal had umur 50 tahun sudah.kemudian kasi serap saja kakitangan kontrak tu masuk menggantikan kakitangan yg berpencen tu.senang.ini bila org tidak puas hati pasal had umur pencen 60 dato kata kita menolak usul ceupacs.kononnya ceupacs dah lama ingin perjuangkan had umur 60 tu.adakah lebih baik ceupacs perjuangkan had umur 50 tahun pencen sudah.kasi peluang kepada generasi baru yang tak ada kerja tu.kan relevan pandangan x puas hati umur 60 tu.ini lah relevennya bila kakitangan atau generasi x ada kerja.buat apa dato nk perjuangkan sgt had umur 60 tu.kalau perjuangkan atau merayu sama PM kasi naik elaun dan dasar gaji minima tak pe lah jugak.berapa lama dah tak naik elaun dari mula paklah dulu lg.x kesian ke pada kakitangan awam ?cukuplah ,sudahlah.umur kita ni makin tua makin tak larat dan berdaya dah nk bekerja.banyak mana pun makan ubat utk jaga kesihatan kalau dah sampai umur 50 tu dh tahap org kata jalan panggil pulang dah dekat.perjuangkan agar kakitangan dpt pencen awal dan moga dapat memberi peluang mereka yg berumur begitu rehat bersama keluarga ,beramal ibadat dan melakukan aktiviti silaturahim sesama.silaturahim sanak saudara dah masa kita ni umur 50 nih.yg jauh di dekat kan .saudara mara yg tak pernah kenal sapa tu boleh lah mula kenal semula.rapat semula.

Tanpa Nama berkata...

Setuju dgn yang di atas..
jgn paksa lambakan graduan memilih kerja yang rendah dari kelayakan pendidikan mereka semata2 kerana mahu memperjuangkan pencen umur 60.
apabila apa yang dirancang jauh tersasar dari apa yang mereka dapat setelah berhempas pulas menamatkan pengajian, perancangan hidup generasi muda juga tergendala..
menjadikan kerajaan xboleh nak salahkan mereka yang sudah bertahun pun kerja tapi masih tidak mampu membayar pinjaman pelajaran..
terpaksa melakukan 2 kerja demi menyara hidup keluarga semata2 perjuangan yg pada saya tidak relevan itu!
had umur persaraan patut dikembalikan ke umur 55.sudah cukup memadai..
atau apakah pihak cuepacs & kerajaan sengaja menutup mata memperlihatkan lambakan graduan menganggur sejak had pencen dinaikkan??

Tanpa Nama berkata...

kalau da banyak yg terlibat tu P&P takkan la tak paham2 maknanya KONTRAK??P&P ni bila orang kata bodoh sama tinggi ngan tahap pelajaran tu marah...sumer yg tetap tu da terbela sgt ka??

Tanpa Nama berkata...

kontrak..baik jadi kontraktor

Tanpa Nama berkata...

pekerja kontrak, nak buat takut... pemain bola sepak profesional pun kontrak gak... relex je... nama pun pengurusan dan profesional..

Fadli Haikal dari Kementerian berkata...

Dato' seri P.M / Dato' Presiden CUEPAC
Saya adalah pegawai lantikan Contract for Service sejak Julai 2009 hinga sekarang dan berani tampil dengan nama ID email saya kerana saya dan rakan2:
1.Ikhlas membantu kerajaan ini dalam melaksanakan dasar2 yg telah ditetapkan
2.Setiap hari datang bekerja dengan lebih Ikhlas dan komitmen sama tinggi malah lebih tinggi dari penjawat awam yg lain. walaupun tiada KWSP, SOCSO dan Perlindungan Risiko Kemalangan di tempat kerja.
2. walaupun akhirnya acap kali idea dan pandangan kami dicedok bulat2 dari pekerja 'tetap' tapi kami tetap mencurahkan idea
3. Jumlah kami lebih ramai dari staff 'tetap' walaupun tiada bilik, komputer lembab, berkongsi telefon dan printer kami tetap sabar malah lebih ikhlas bekerja
4.walaupun Kerani N17 'tetap' kami pun pandang sebelah mata malah dihina kerana kami kontrak kami sabar melakukan kerja dengan dedikasi penuh.
5.Kalangan kami terdiri dari Pegawai, Arkitek, Juruukur Bahan, Jurutera Awam, Mekanikal, Kimia yang amat berpengalaman akan tetapi ini dibazirkan oleh Kerajaan ini pada penghujung tahun 2011.
6. Kamilah antara menjayakan Pakej Rangsangan Ekonomi dengan jayanya,
7. Kami tidak perlukan lagi dilatih di didik untuk membuat kerja kerana kami berpengalaman lebih 3-15 tahun dalam kerajaan.
8. "Ini bagi tempoh 2 tahun bagi membolehkan mereka mencari pekerjaa lain???"-Mana ada peluang kami hendak berkerja di swasta - mereka mengatakan pengalaman kami tidak sesuai dengan kehendak mereka!!!
7. Kami melihat kempen-kempen mendekati rakyat,turun padang buat itu dan ini untuk rakyat-tapi kami staff dibelakang akhirnya terabai.
8. Kami muda kami bertenaga kami ada idea kami bersemangat dan kami tak peruntukan berjuta-juta pun Dato' seri P.M / Dato' Presiden kami cuma nak KERJA!!

-SAYA TIDAK YAKIN Dato' seri P.M / Dato' Presiden CUEPAC AKAN BACA LUAHAN INI kerana mereka terlalu sibuk-tidak tahu pun ada ruangan ini -dan sistem ini pun ditadbir oleh SYSTEM ADMIN samalah seperti web facebook twiter dan seadaanya dari kerajaan.

Penjawat Awam Warga Emas berkata...

Kembalikan umur persaraan wajib kepada 55 tahun!! Pak Omar, anda telah bertanggungjawab mendesak PM untuk melanjutkan umur persaraan wajib daripada 56 tahun kpd 58 tahun pd tahun 2007, dan sekarang kpd umur 60 tahun tanpa mendapat persetujuan majoriti penjawat awam di Malaysia. Pak Omar, anda jgn jadi diktator kpd penjawat awam...!!!

Tanpa Nama berkata...

Memang tahu kan bila masuk kerja kontrak akan tamat ! Carilah kerja lain saudara Fadli oii ! Kan ada degree tu ! Kalo semua nak kerja kerajaan hancus lah Malaysia ! Kesian Pak Najib paksa dia buat macam macam ! Takpayah lah dilanjutkan kontrak ni ! Kat tempat saya pekerja kontrak bukan banyak mana kerja pun ! Lg yang gred 41 ni dok saje ! Lagipun kami kerani boleh buat kerja depa ni lah ! Buat rugi duit kerajaan aje !

Tanpa Nama berkata...

Pertimbangkan nasib pekerja kontrak..klu dh ada kerja tetap tu x payah la menyibuk..buat jer keje ko tuh.!kami memperjuangkan hidup kami yg bekerja kontrak..!!

Tanpa Nama berkata...

Tanpa nama 8.35am
Hang kira perut hang jer. Memang patut CFS ni minta pertimbangan untuk tetap. Hang tenguk cerita Seniman Bujang Lapok tak? Benggali jaga yang kafir tu pun tahu: Apa salah kita sama-sama makan? Ini macam mana lu punya bangsa mau maju? Kalau CFS tu diambil bekerja tetap, bukan gaji hang N17 tu kena potong pun. Memang pendengki kelas wahid!

Tanpa Nama berkata...

Fadli Haikal...
Tak salah awak dan rakan sekontrak awak tu nak merayu dan meminta di tetapkan..tetapi tak perlu nak merendah-rendahkan lain lain org yang berstatus tetap seperti tulisan awak tu.
Jika awak rasa dah sangat bagus, banyak idea dan pengalaman pun dah sangat tinggi, apa nak risau tamat kontrak, gunakan "kelebihan" awak tu di swasta atau bekerja sendiri.

dukun berkata...

Fadli, waktu kontrak...cakap berapi2 ...bila dapat dapat tetap nanti....jangan tak buat mcm waktu kontrak dulu.

Tanpa Nama berkata...

1PA kontrak 1 undi.. PRU-13 nie.. ha..!!ha..!!

SS BIZ ENTERPIRSE berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

kontrak pekerja patut sambung tapi pemerintahan BN patut dihentikan PRU13

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa tak payahla sambung lagi kontrak yg pegawai kontrak sebab yg cerdik dari mereka dah lama cari kerja lain. mereka yg ada tu nak harap kerajaan semata2.. setengah jawatan mcm engineer ada yg buat service (perlhidmatan kenakan pangkat). Dah tu buat kerja pun tak tentu arah...patut pembantu tadbir aja...bayaran perkhidmatan engineer 2638 sebulan...kalau ambil pembantu tadbir boleh ambil 4 orang. Bodoh juga kerajaan ni

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.