SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

26 Oktober 2011

SPBA PERKENAL DASAR KELUAR BAGI PENJAWAT AWAM

Bernama
26/10/2011


KUCHING, 25 Okt (Bernama) -- Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dilaksanakan mulai tahun depan bakal menguatkuasakan "dasar keluar" bagi penjawat awam yang berprestasi rendah atau yang ingin bertukar ke agensi lain termasuk swasta.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berkata buat permulaan dasar itu melibatkan penjawat awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan penilaian dibuat berdasarkan laporan prestasi tahunan serta Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) penjawat awam berkenaan.

Kumpulan Pengurusan dan Profesional melibatkan penjawat awam Gred 41 ke atas.

"Ia bagus kerana di bawah dasar baru tersebut penjawat awam tidak akan hilang status pencen serta faedah lain yang layak diterima," katanya kepada Bernama selepas taklimat isu semasa Cuepacs untuk ketua-ketua jabatan dan penjawat awam negeri ini di Bangunan Sultan Iskandar Selasa.

Omar berkata berbeza dengan Skim Saraan Malaysia (SSM) pada masa ini yang membenarkan penjawat awam untuk pencen awal pada umur 40 tahun, SBPA membenarkan penjawat awam berbuat demikian lebih awal tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang akan ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Katanya dasar baru itu memberi ruang kepada penjawat awam untuk bertukar kerjaya sama ada berkhidmat di agensi lain seperti Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) atau swasta yang sedia ada sekarang.

"Dasar ini bagus kerana mungkin penjawat awam tersebut boleh meningkatkan produktiviti di sektor lain yang dirasakan sesuai untuk mereka," katanya.

Mengenai tarikh pelaksanaan SBPA, Omar berkata Cuepacs memohon kepada kerajaan sistem itu dikuatkuasakan serentak dengan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bermula 1 Januari 2012 namun tarikh pelaksanaan sebenar belum dipastikan kerana Cuepacs akan bertemu JPA pada 1 Nov ini untuk perbincangan dan taklimat lanjut SBPA.

Terdahulu semasa sesi taklimat, beliau berkata dua komponen Prospek bakal diperkenalkan iaitu Penilaian Khas Kompetensi (PKK) dan Program Pembangunan Potensi (PBR) melibatkan gred 17 ke atas manakala gred 16 ke bawah hanya memerlukan penjawat awam kategori berkenaan menghadiri kursus selama tujuh hari.

Katanya tiada langsung peperiksaan dan PKK akan dinilai oleh penyelia atau ketua jabatan manakala PBR dikendalikan bersama dengan wakil daripada Cuepacs.

Beliau memberi jaminan penjawat awam yang layak mengikuti PBR dinaikkan pangkat secara automatik kerana mereka hanya akan dipanggil mengikuti kursus PBR berdasarkan kekosongan jawatan.

"Sebagai contoh, jika ada 30 jawatan kosong maka 30 calon akan dipanggil mengikuti PBR dan bukan seperti amalan sedia ada sekiranya ada tiga jawatan kosong maka lebih 10 atau 20 dipanggil untuk temuduga atau menduduki peperiksaan walaupun yang diisi hanya tiga sahaja. Ini membuang masa dan merugikan wang kerajaan," katanya.

Omar berkata di bawah SBPA, Kumpulan Sokongan 1 dan 2 akan dikenali sebagai Kumpulan Pegawai Pelaksana 1 dan 2 selaras dengan tugas-tugas tambahan yang bakal dilakukan selain daripada tugas hakiki sekarang.



-- BERNAMA

32 ulasan:

www.sunankasih.com berkata...

Dasar yang bagus jika dilihat dengan mata kasar..

Tanpa Nama berkata...

masih lagi 1-16 mcm takde peluang naik lagi...hhmm...sampai bila lah agaknye kan..puas dah amik peksa ptk n kpsl. dua2 dah lulus tapi nampaknya mcm tak de guna...dunia...dunia....

Tanpa Nama berkata...

"SPBA PERKENAL DASAR KELUAR BAGI PENJAWAT AWAM"

___________________________________

kalau dah PA prestasi rendah nak tukar kat company..jawabnya bankrup le company tu nanti....tak fikir ke sebelum buat dasar ni..

kalau PA yang prestasi baik amat mustahil mereka ni nak pergi ke syarikat2 ...kalau dorang dah buat keje dengan baik kat kerajaan ,gaji pun baik...tak mungkin dorang nak tukar...

so sudah tentu PA prestasi yang rendah pindah kat company...alamat bankrup le company...

Tanpa Nama berkata...

"Sebagai contoh, jika ada 30 jawatan kosong maka 30 calon akan dipanggil mengikuti PBR dan bukan seperti amalan sedia ada sekiranya ada tiga jawatan kosong maka lebih 10 atau 20 dipanggil untuk temuduga atau menduduki peperiksaan walaupun yang diisi hanya tiga sahaja. Ini membuang masa dan merugikan wang kerajaan," katanya.

___________________________________

dasar ni tak sesuai...tak memberi peluang kepada individu2 lain yang layak. takkan nak panggil interview individu yang terbaik je...jadi individu yang kurang cemerlang tapi layak..tak dipanggil interview...ffuuh tutup jalan langsung lah macam ni..perlu diingat tidak semesti individu yang cemerlang layak dapat jawatan..selalunya individu kurang cemerlang tapi azam tinggi yang memberi perkhidmatan terbaik...

so mohon fikir panjang-panjang perkara ini...macam terlalu menutup peluang kepada invividu lain menaruh nasib.

apa kriterian individu yang dipanggil interview tu..adakah mereka yang cemerlang sangat????

so yang sederhana cemerlang tapi layak di interview nak letak mana..ini langsung menutup rezeki orang....

2bz4money berkata...

Bagi yg merasa x puas hati dan suka merungut, bolehlah kuar..Yg berprestasi baik dan ingin buat transformasi diri pasti menyukai SBPA ini..Namun kalu dah berprestasi tinggi, diperkudakan pulak pun senang hati keluar mencari suasana yg lebih Hijau di luar. Resipi mudah, ikutlah acuan mrk yg berjaya dan rezeki berada di mana2..

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
"Sebagai contoh, jika ada 30 jawatan kosong maka 30 calon akan dipanggil mengikuti PBR dan bukan seperti amalan sedia ada sekiranya ada tiga jawatan kosong maka lebih 10 atau 20 dipanggil untuk temuduga atau menduduki peperiksaan walaupun yang diisi hanya tiga sahaja. Ini membuang masa dan merugikan wang kerajaan," katanya.

___________________________________

dasar ni tak sesuai...tak memberi peluang kepada individu2 lain yang layak. takkan nak panggil interview individu yang terbaik je...jadi individu yang kurang cemerlang tapi layak..tak dipanggil interview...ffuuh tutup jalan langsung lah macam ni..perlu diingat tidak semesti individu yang cemerlang layak dapat jawatan..selalunya individu kurang cemerlang tapi azam tinggi yang memberi perkhidmatan terbaik...

so mohon fikir panjang-panjang perkara ini...macam terlalu menutup peluang kepada invividu lain menaruh nasib.

apa kriterian individu yang dipanggil interview tu..adakah mereka yang cemerlang sangat????

so yang sederhana cemerlang tapi layak di interview nak letak mana..ini langsung menutup rezeki orang....

Khamis, Oktober 27, 2011 3:45:00 PM

----------------------------

kena pandai2lah kipas2 & bodek2 boss supaya boleh dicalonkan.. hahahahahaahha

Tanpa Nama berkata...

mamak omar presden cupec, kamu bincang betul2 dgn JPA. nanti PA kamu jual pulak !!
Bila dpt keputusan bawa ke PA utk kami nilai balik .. jangan main stuju jer... !!!

Wang_Segera berkata...

baguslah ada exit policy kasi bersih sikit pa yang bermasalah...

Tanpa Nama berkata...

dasar SBPA nie kalut nampaknye.. nak keluar ke sykt glc mcm petronas, sime darby dsbnye.. mengarut jealah kau org nie..sape nak layan, idea sape nie..sengallah kau org.. pasal kenaikan gaji,gred dan kekananan tak kau org bincangkan.. jom protes besar-besaran..

Tanpa Nama berkata...

pasal time based dipendekkan dari 15 tu tak korang bincangkan.. elaun rumah bila lagi nak naik kepada rm350? elaun cola bila nak selaras? elaun wilayah sabah & sarawak bila nak semak..? dah 15 tahun masih di takuk lama... mengapa malaysia timur tak diberi elaun cola..? bila nak upgrade N17 kepada N27..? ramai N17 lepasan diploma sekarang ni... bila nak tetapkan gaji minimum Rm1,5000.00 seperti kerajaan selangor...? yg ada diploma/digree tetapi masih di gred yg tak sepatutnya bila nak buat pembelaan...? interview banyak kali tapi tak lepas2.. bagilah keistimewaan sikit barulah ramai penjawat awam berminat nak sambung belajar....

Tanpa Nama berkata...

dasar ni bg golongan biasa mmg x terpikir...tp negara akan rugi...dasar ini amat-amat baik golongan jurutera...semasa di jkr...dpt title Ir...pastu umur 45 buka firm....kepada kumpulan profesional kump J....dasar exit policy amat berbaloi bg mereka....jurutera swasta lg kaya dari engineer gov.....

Tanpa Nama berkata...

kalau dok bising2 takyah tukar ke SBPA kekal ke SSM duduk bising2 je

watakunci berkata...

Omar berkata berbeza dengan Skim Saraan Malaysia (SSM) pada masa ini yang membenarkan penjawat awam untuk pencen awal pada umur 40 tahun, SBPA membenarkan penjawat awam berbuat demikian lebih awal tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang akan ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

DAH BOLEH PENCEN DAH SAYA ......
BERAPA AGAKNYA BOLEH DAPAT SEBULAN KALAU KERJA BARU 15 TAHUN GAJI AKHIR 3200. SESIAPA YANG TAHU TOLONG KIRAKAN UNTUK SAYA.
BOLEH DUDUK RUMAH, PAGI PAGI PEGI PASAR, LEPAK KAT PASAR BACA HARAKAH.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
kalau dok bising2 takyah tukar ke SBPA kekal ke SSM duduk bising2 je
_________________________________

ini lagi silap....kerajaan sepatutnta memberi keistimewaan naik gaji kepada semua PA tanpa mengira yg pilih ssm atau sbpa...kalau gololgan terimma sbpa sahaja terima kononya naik gaji or naik pangkat...maknahnya tidak adil dan sama rata...

kita tak boleh jangka berapa ramai yang setuju terima sbpa..entah2 dasar tu dah keluar ramai tak pilih.

Tanpa Nama berkata...

dasar ni bagus. tapi kena laksana semua peringkat dari gred 1 hgga gred paling tinggi. mana2 PA yg bermasalah kasi berenti sama dia.

Tanpa Nama berkata...

KENAPA TAK PERBAIKI SAHAJA DASAR SSM..KENAPA PERLU WUJUDKAN DASAR BARU...SEPATUTNYA SSM BOLEH DITOKOK TAMBAH MANA ELEMEN2 YANG LEMAH..SO TAK SUSAH2 KERAJAAN NAK DAPAT KELULUSAN PARLIMEN..

LAGIPUN SAYA TAK PERNAH TENGOK DASAR SSM INI LEMAH...PERBAIKI JE SSM NI..TAKYAHLAH WUJUDKAN NAMA BARU...BUAT PENING JE

Tanpa Nama berkata...

Mungkin akan berlaku penganiayaan nanti kalau boss tak suka dinasihatkan berhenti sama macam APC masa SSB dulu, kuat kipas terus hidup kalau tidak boleh jalan

Tanpa Nama berkata...

Kpd yang tak setuju dasar ini jangan sain SBPA. Duduk la dalam SSM. Apa daa...

Tanpa Nama berkata...

kalau gaji langgar dinding dan nak tinggal 1-2 tahun nak pencen umur 58... pilihlaa SSM apa susah.. mahu bising2 lagi.. klau banyak masalah tu yang takut terketar2 sampai terkencing mahu pilih SBPA/SSM. Pilih SSM/ SBPA ke takder sapa2 nak kisah pun...terpulang msing2.

Tanpa Nama berkata...

SPBA sistem untuk orang gomen yg pemalas dan otak penipu. Baru kerja 10 tahun malas kerja berenti dapat pencen. Lepas tu minta kerja kontrek dapan gaji, pencen pun dapat. 2019 BENGKRAP.

Tanpa Nama berkata...

PENJAWAT AWAM YANG BERTARAF KONTRAK PLAK MCM MANE.....APA PERKEMBANGAN DAN KESUDAHANNYA

Tanpa Nama berkata...

mengapa skim sekarang ni mesti nak kene kipas baru boleh naik pangkat?? bukan ke sistem peperiksaan tu lebih adil.. base on performence baru la adil.. tambah lagi banyak sangat 'freshies' yang baru grad dan terus dapat gred tinggi.. (ok la tu.. advantage untuk graduan) tetapi kebanyakan graduan yang baru tahap kerja masih di tahap bawah dan tiada banyak pengalaman.. tak perlu la 'naik tocang' bila pegawai gred bawahan yang lebih berpengalaman memberi teguran.. kursus dah berpuluh kali pergi tetapi masih di takuk lama.. bila beri penilaian kepada gred dibawah seliaan.. tak perlu la emosi.. markah yang diberi bukan dari segi profesional.. mengapa perlu 'kipas' baru nak beri markah yang elok sikit?? jika permakahan diberi dari segi emosi memang ramai la pegawai yang akan pilih pencen pada umur 40 dan bekerja di pihak swasta.. prestasi di pihak swasta akan naik kan ekonomi negara berbanding dengan prestasi dari penjawat awam..

Tanpa Nama berkata...

mengapa skim sekarang ni mesti nak kene kipas baru boleh naik pangkat?? bukan ke sistem peperiksaan tu lebih adil..

..........................................

Sokong PTK dikembalikan ! No to PROSPEK ! Kena beli byk kipas angin !

Tanpa Nama berkata...

sokong PTK...

Malas kerja boleh naik asalkan Ulat Buku..lagipun aku nie ulat buku...HAHAHAHAHA sokong PTK...

Tanpa Nama berkata...

"Katanya tiada langsung peperiksaan dan PKK akan dinilai oleh penyelia atau ketua jabatan manakala PBR dikendalikan bersama dengan wakil daripada Cuepacs.

Beliau memberi jaminan penjawat awam yang layak mengikuti PBR dinaikkan pangkat secara automatik kerana mereka hanya akan dipanggil mengikuti kursus PBR berdasarkan kekosongan jawatan.

"Sebagai contoh, jika ada 30 jawatan kosong maka 30 calon akan dipanggil mengikuti PBR dan bukan seperti amalan sedia ada sekiranya ada tiga jawatan kosong maka lebih 10 atau 20 dipanggil untuk temuduga atau menduduki peperiksaan"

___________________________________ Sistem ini sama dgn SSB malah lebih teruk lg kerana melibatkan kenaikan, SSB hanya naik gaji. Sebagai pejawat awam yg telah melalui semua sistem ini, saya yakin dan pasti SBPA akan menyuburkan budaya mengampu dan membodek Bos. Natijahnya, akan wujud suasana yang ketidaktenteraman di tempat kerja akibat dari rs ketidkpuasan hati dikalangan staff.

Seperi yg pernah berlaku dlm SSB, pegawai yg dinilai sbg bagus apabila seseorg pegawai itu kerap tersua-sua muka kepada bos, kerap menunjuk2 apa yg telah dilakukan, mencuri idea org lain dan senyap2 masuk bilik bos mengutarakan idea tersebut, kononnya lahir dari pemikirannya. Pegawai yg akan dinilai sbg bagus juga adalh seseorg yg "manis mulut" dpn bos dan sentiasa "yes Bos" dan akan sanggup apa saje yg bos suruh, tp, bila bos pusing belakang, beliau akan mengarahkan org lain melakukannya, hasilnya beliau akan persembahkan kepada bos, kononnya itulah hasil kerjanya.

pegawai akan dinilai bagus juga apabila, seseorg itu sanggup melakukan ape2 tugas peribadi bos spt, hantar kereta ke wkshop, tlg ambik anak bos dr sekolah, teman bos pegi memancing dan pelbagai lagi lh.Kalu bos perempuan cukup sekadar dipuji baju cantik , kulit cantik.

Lihatlah sekarang, di mana2 jbtn kita dapati EO, CC (KPSL)yg xtau ape2 (kami gelarkan EO @ CC air sejuk)malah bukan lg tempat rujuk staff bawahan. bila pegang title "bos" lagi senang buat arahan kpd anak buah.

Saya mohon, JPA tetapkan kriteria, untuk bos menilai seseorg pegawai itu sebagai "berpotensi" untuk dinaikkan pgkat dan boleh dijadikan tempat rujukan kpd staff bawahannya nnti. JPA jg mesti melantik bos yg menilai, memiliki sahsiah yg terbukti bagus, mentalitiyg berkualiti dan kerasionalan yg tinggi serta bebas dari unsur2 pilih kasih, emosi dan makan ampu.

Tanpa Nama berkata...

SETUJU DGN Tanpa Nama, Nov 04, 10.54 di atas.

Saya cadangkann JPA sediakan borang untuk diisi oleh bos penilai, nyatakan "apa" yg telah staf yg dicadangkan untuk dinaikkan pgkat itu buat, sehingga bos bersetuju mencalonkannya untuk dinaikkan pangkat, dan kenyataan itu perlu disokong oleh beberapa org pegawai lain.

Jika pegawai itu memberi idea2 baru, nyatakan juga di dlm borang tersebut dan bukti idea pegawai tersebut memang bernas dan boleh digunapakai. Idea2 ini jg perlu disokong oleh beberapa org pegawai lain utk mengelakkan staf tersebut menceduk idea org lain dan mengaku itu idea sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Saya Mamat (nama samaran) berjawatan PT(Kewangan). Saya mempunyai pengalaman bekerja di sektor swasta lebih kurang 7 tahun dalam bidang kewangan dan perakaunan sebelum menjawat jawatan dalam kerajaan. Saya layak mendapat gaji permulaan yang lebih tinggi berdasarkan pengalaman mengikut PERATURAN 23(2) PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN 2005) dan PERKARA 70.1 (ii) PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 9/1991, dan dikukuhkan lagi dengan jawapan yang dijelaskan melalui BERITA HARIAN pada 05/05/2009 ms 29, perenggan 6 oleh pihak SPA. Tetapi malangnya pelarasan tersebut ditolak disebabkan oleh keputusan mesyuarat SPA bil ... (mohon maaf saya lupa) yang menjelaskan pelarasan akan dibenarkan jika jawatan yang disandang adalah jawatan teknikal. Mengikut PERATURAN DAN PEKELILING langsung tidak disebut tentang jawatan teknikal ataupun bukan teknikal. Mohon pihak CEUPACS menyemak perkara ini agar pihak SPA membenarkan pelarasan ini. Sekian terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Ini adalah dasar DAP nak perintah

Tanpa Nama berkata...

Korang jangan risau sangat, SBPA gerenti akan ditukar selepas 5 tahun. mana ada sistem yg boleh tahan selama-lamanya. Jika anda berkhidmat 25 tahun maka anda akan dijangka berdepan dgn 5 sistem saraan sebelum anda bersara/pencen. Pening kepala kan ......?

Tanpa Nama berkata...

Hmm SPBA... kes kipas lipas pasti la ada... kes menjatuhkan rakan sejawat pun ada...

Tanpa Nama berkata...

Salam KSU nak tinggalkan jawatan ke macam ni?

Anda pejawat awam perlu buat sesuatu.

SBPA hanya menguntungkan golongan JUSA dan premier

KSN - RM75k
KSU - RM50k

JUSA - menerima pelarasan gaji RM3k-7k untuk JGS

Tanpa Nama berkata...

Jumpa jadual conversion gaji sbpa di sini http://nobatas.blogspot.com/2011/12/sbpa-ada-guru-yang-dapat-kenaikan-cuma.html