Bernama
2/7/2012
2/7/2012
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Nasib lebih 500 jurufoto dan
jurukamera yang berkhidmat dengan agensi-agensi di bawah Kementerian
Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) mendapat pembelaan
menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim yang mahu mereka menerima faedah
perkhidmatan dan gaji yang lebih baik.
Sehubungan itu, beliau mengarahkan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf supaya mengkaji semula beberapa cadangan bagi menambah baik perkhidmatan kumpulan itu.
Antaranya ialah kenaikan pangkat sehingga Gred 54 berbanding Gred 38 sebagai gred maksimum bagi jawatan itu di bawah Sistem Saraan Malaysia pada masa ini, kata Rais dalam perjumpaan khas pertama beliau dengan jurufoto dan jurukamera dari Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di kementerian itu di sini, pada Isnin.
Turut hadir dalam perjumpaan itu ialah Kamaruddin dan Timbalan Ketua Setiausaha KPKK Datuk Dr Rothiah Omar.
Rais berkata langkah itu akan membuka laluan kerjaya yang lebih luas kepada mereka memandangkan dunia fotografi begitu luas manakala foto dan video adalah pemangkin kepada tamadun moden.
Beliau berkata pada permulaannya KPPK akan membawa perkara itu kepada perhatian pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan sekiranya tidak selesai di peringkat itu, beliau akan membawanya ke Kabinet untuk pertimbangan.
Rais berharap faedah dan syarat perkhidmatan lebih baik dapat meningkatkan produktiviti negara melalui bidang fotografi memandangkan kehidupan masyarakat tidak lengkap tanpa foto dan video yang dilihat dan ditonton menerusi akhbar dan televisyen setiap hari.
Katanya melalui penambahbaikan itu juga seseorang jurufoto mungkin boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat walaupun tidak memiliki kelayakan ijazah kerana pertimbangan dibuat berdasarkan bakat dan kebolehannya merakam gambar dengan baik.
Rais turut menasihati kumpulan itu agar meningkatkan lagi tahap profesionalisme mereka sejajar dengan peningkatan dalam skim perkhidmatan mereka.
Beliau turut mengarahkan Ketua Setiausaha kementerian supaya mengkaji semula kes-kes jurufoto dan jurukamera yang tidak menerima kenaikan pangkat selama lebih 10 tahun untuk membawa perkara itu ke perhatian pihak JPA.
Pada sidang akhbar selepas itu, Rais berkata beliau berharap dengan langkah itu kumpulan berkenaan tidak akan terasa terasing dan berasa perkhidmatan mereka dihargai.
Sementara itu, Ketua Unit Foto Bernama Mustaza Mohd Yusoff mengucapkan terima kasih kepada menteri dan menyifatkan langkah itu sebagai telah meningkatkan semangat jurufoto dan jurukamera dan berharap ia akan menjanjikan masa depan yang lebih cerah.
Timbalan ketua unit yang sama, Zid Omar juga berterima kasih kepada Rais dan yakin langkah itu akan membuka ruang kepada para jurufoto dan jurukamera untuk meningkatkan tahap profesionalisme mereka.
"Selama ini jurufoto dan jurukamera melakukan pekerjaan yang mencabar dan berbahaya tetapi kurang dihargai. Saya gembira kerana menteri nampak tugas kami dan menghargai kami dan melihat kerjaya ini sebagai mempunyai masa depan," kata beliau.
Seorang lagi jurufoto Bernama, yang juga timbalan ketua di unit yang sama, Kasim Saad menaruh harapan tinggi agar langkah baik yang diusahakan Rais itu akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat.
-- BERNAMA

14 ulasan:
Ini Skim Bersepadu ... kenaikan tanpa kelayakan akademik pun boleh ! Pengalaman diambilkira.
Berapa ramai Pak Menteri sanggup bawa keluhan PA ke JPA dan Kabinet .,.
gred J apa cerita?
harap lebih ramai lagi Pak Menteri contohi Dato Rais Yatim yang ambik tahu pasal pekerja dibawah Kementeriannya...apa jadi pada bomba?penjara?pekerja kesihatan selain dr dan jururawat? paling terkini gred J....jjjjjJJJJJJJJ
mari lobi supaya pak rais yatim dilantik menjadi perdana menteri. yeahhhhhhhhhhh!!!
PUSTAKAWAN MACAMANA KERJA DAH BERPULUH-PUPUH TAHUN TAK ADA KENAIKAN PANGKAT.PIHAK PNM DI HARAP BUKA MATA PERKARA NI.MALU LAH KAMI DENGAN SKIM LAIN YANG SENTIASA ADA KENAIKAN PANGKAT
Bunyinya sedap didengar tapi bila dilaksanakan mungkin adalah dua tiga orang dalam malaysia ni yang dapat itu pun mungkin lagi sebulan dua nak pencen...agaknyalah.
Pegawai Kastam sokongan rendah pun gaji kecik.PM tak bela pun wpun dia Menteri Kewangan.Ketua Pengarah Kastam pulak PTD haprak.Hanya ujud jawatan sesama PTD dalam pengurusan,sapu gaji besar,elaun sana sini.Guna kenderaan mewah jabatan.Ada pencacai gosok belakang..,dari Datuk jadi Datuk Sri lepas ni.Haha..dunia cacamerba.
cakap tak serupa bikin.........
Semua cakap cakap politik aje..maklumlah dgn dekat dgn PRU13
Tanpa Nama berkata...
Pegawai Kastam sokongan rendah pun gaji kecik.PM tak bela pun wpun dia Menteri Kewangan.Ketua Pengarah Kastam pulak PTD haprak.Hanya ujud jawatan sesama PTD dalam pengurusan,sapu gaji besar,elaun sana sini.Guna kenderaan mewah jabatan.Ada pencacai gosok belakang..,dari Datuk jadi Datuk Sri lepas ni.Haha..dunia cacamerba.
Jumaat, Julai 06, 2012 4:58:00 PM
gelak besar PTD dapat duduk semula ke jawatan ketua pengarah kastam yang sebelum ni diisi oleh orang kastam sendiri.
semua skim telah diperbodohkan oleh PTD. tu tak ambil kira lagi imigresen, pendaftaran, jpj yang memang sejak azali lagi dikuasai oleh PTD.
selamat pagi,salam sejetara dan salam satu malaysia.Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim kerana telah mengutarakan hajat serta hasrat beliau untuk melihat penambabaikkan skim perkhidmatan jurufoto/jurukamera diantaranya adalah kenaikan pangkat sehingga Gred 54.Sehubungan dengan perkara ini,diharapkan juga bahawa gred-gred bawahan seperti gred B11,B17/B18,B21/B22 tidak diabaikan untuk diberi perhatian untuk di pertimbangkan untuk di naikkan pangkat ke gred yang lebih tinggi.Dalam perkara ini saya difahamkan bahawa ramai jurufoto/jurukamera yang telah berkhidmat selama 20 hingga 30 tahun sudah tetapi belum menikmati kenaikkan pangkat ke gred yang lebih tinggi.Baru-baru ini juga dasar KUP 15 tahun berkhidmat ke atas juga sangat mengerilukan kepada penjawat-penjawat ahli fotografi.Perkara ini mengerilukan kerana di pejabat kami ada dua Ahli fotografi masing-masing menjawat jawatan Gred B11 dan B18.Gred B11 layak dinaikkan pangkat ke gred B18 tetapi gred B18 pula tidak layak dinaikkan pangkat ke gred B22 sedangkan sudah cukup tempoh 15 tahun menjawat jawatan tersebut.Ini bermakna bahawa dalam jabatan kami terdapat dua gred jawatan yang bertindi iaitu dua gred B18 sedangkan sebelum ini dua gred yang berlainan B11 dan B18.Saya merasa ganjil jika perkara ini berlalutan,di mana agaknya saya pergi jika B18 ini tidak ke mana-mana.Tolong beri khidmat nasihat dalam perkara ini,kalau ada sesiapa yang sudih...?
Selamat petang kepada persatuan jurufoto perkhidmatan awam seluruh Malaysia.Sebenarnya,ulasan ke 11 itu di tulis oleh seorang insan biasa dari Bumi di bawah bayu(Sabah).Rakan -rakan saya panggil saya "NOKOIKOT ZOU NO".Maaf kerana saya tidak dapat selasaikan ulasan tadi kerana di arah untuk mengambil gambar.Ini adalah tugas rasmi jabatan, saya harus laksanakan dan kendalikan seperti yang diharapkan oleh jabatan saya.Hasil daripada gambar yang saya rakamkan semestinya berkualiti tinggi,composisi yang baik dan dirakam dari sudut yang terbaik.Itulah tugas saya sebagai Jurufoto.Baiklah saya sambung saja kekeliruan pagi tadi.Sebanarnya saya sudah berkhimat dalam jabatan kerajaan selama 31 tahun.Syarat-syarat kenaikkan pangkat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan Ahli Fotografi semuanya telah saya tepati dengan jayanya.Sebagai contoh,tiap-tiap tahun saya memperolehi markah prestasi kerja melebihi 80% dan 90%.Saya juga berjaya lulus peperiksaan PTK2 dalam gred Aras 4.Tetapi malang sekali kejayaan demi kejayaan yang saya perolehi tidak mendatangkan serta menhasil kelebihan yang positif dan berfaedah kepada diri saya .Jika dirujuk keperluan dalam skim perkhidmatan saya dan dasar atau prinsip peperiksaan PTK,saya sepatutnya wajar diberi keutamaan untuk dinaikkan pangkat yang lebih tinggi berdasarkan markah yang cemerlang yang saya perolehi sepertimana yang ditetapkan dan dikehendaki.Malang sekali lagi apabila saya dianugerahkan sebagai kakitangan cemerlang(APC) pada tahun 2006 tapi tidak pula mendapat anjakan gaji kerana saya sudah berada dalam gred B18 P2.Sehingga sekarang saya gagal melihat lampu di hujung terowong yang memihak diri saya .Sifir gaji saya pun sudah sampai ke penghujung iaitu B18 P2 T24.Bukanlah saya ini minta pertimbangan yang tidakwajar tetapi sekadar minta apa yang patut.Kelulusan akademik pun cuma SRP itulah makanya saya memilih bekerja sebagai jurufoto setaraf dengan kelulusan saya.Sehubungan dengan perkara ini apakah pengalaman dan pengatahuan saya dalam bidang fotografi selama 31 tahun tidak diambilkira untuk dipertimbangkan untuk dinaikkan pangkat? Kalau saya tidak silap,pacik saya yang cuma berkelulusan darjah 5 tetapi diberi peluang untuk menjawat jawatan ketua kerani gred C3 (sekarang gred S22).Harap-harap niat dan hajat Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais yatim untuk menambabaikan skim perkhidmatn jurufoto dapat mempertimbangkan Jurufoto kerajaan seperti saya dan rakan-rakan dalam keadaan dan situasi seperti ini dapat respon yang positif .Di konklusi ulasan ini saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih kepada Datuk Seri Dr Rais Yatm khasnya dan pihak-pihak yang berkenaan amnya.Harap-harap berjaya....Sekian terima kasih.
Agak2nya sesi luahan perasan kat sini ada orang ambil kisah ke?..Cuepacs sendiri tak pernah ambil respon setiap keluhan di dalam blog ini..
Mcm mna pulak jawatan lain tapi diarahkan jadi jurufoto untuk sesebuah jabatan tak dapat elaun jurufoto ke?wujudkan la sesuai dengan arus moden sekarang..
Catat Ulasan