SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

31 Julai 2012

RM20J BONUS KAKITANGAN TERENGGANU

Utusan Malaysia
AHMAD Said (kiri) menyampaikan bantuan pendidikan Yayasan Terengganu kepada sebahagian pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2012 di Dewan Besar Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.
KUALA TERENGGANU 30 Julai - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said hari ini mengumumkan kerajaan negeri akan turut membayar bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada kakitangan awam di negeri ini sempena Aidilfitri.Beliau memberitahu, bayaran bonus itu yang akan dinikmati kira-kira 18,000 penjawat awam termasuk badan berkanun serta pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini membabitkan peruntukan kira-kira RM20 juta."Tunggulah, janji mesti kita tepati (bayar bonus kepada penjawat awam negeri). Sama macam tahun lepas juga (jumlah peruntukan) iaitu RM20 juta," katanya.

Ahmad mengumumkan berita baik itu selepas menyempurnakan majlis penyampaian bantuan pendidikan Yayasan Terengganu kepada pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 di sini hari ini.Beliau berkata, pemberian oleh kerajaan negeri itu adakah susulan daripada langkah kerajaan Pusat berbuat demikian seperti mana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,baru baru ini.Terdahulu itu, ketika berucap pada majlis itu, Menteri Besar menarik perhatian sambil berseloroh bahawa beliau 'bimbang dan berdebar' apabila setiap kali ada tuntutan daripada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) agar kerajaan membayar bonus kepada kakitangan awam.
"Saya sering berdebar kalau ada tuntutan CUEPACS agar kerajaan bayar bonus kepada kakitangan kerajaan, sebab ini (peruntukan bonus) tiada dalam bajet kita. 

"Untuk bayar bonus ini, kerajaan kena memperuntukkan RM20 juta. Jadi untuk kita bayar bonus ini pada Ogos ini, kita terpaksa tambah peruntukan lain," katanya.Pada majlis tersebut, seramai 2,150 pelajar tingkatan enam atas di seluruh negeri ini menerima wang bantuan STPM RM1,000 setiap orang yang disampaikan oleh Menteri Besar membabitkan peruntukan RM2.1 juta.Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman; Pengarah Yayasan Terengganu, Zakaria Yusof dan Pengarah Pelajaran negeri, Zakaria Husin.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lalalalalalalal..bonus dh masuk...lalalalalall

Tanpa Nama berkata...

bukan macam negeri selangor hanya bayar kerajaan negeri ajer ..pihak berkuasa tempatan tak bayar.