SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

07 Mac 2013

BADAN BERKANUN PERLU DITRANSFOPRMASI DEMI KEBAJIKAN ANGGOTANYA - CUEPACS

Bernama
7/3/2013


SHAH ALAM, 6 Mac (Bernama) -- Suatu bentuk transformasi perlu dilakukan terhadap badan berkanun bagi menjamin kebajikan anggota dan pegawainya, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman.

Beliau berkata antara perkara yang perlu diteliti semula ialah sistem kenaikan pangkat dan perjawatan dalam badan berkanun dari kumpulan pelaksana hingga ketua jabatan.

"Ada di antara ketua pengarah (badan berkanun) yang memegang gred jawatan Jusa C, ada yang 54 dan mereka memegang gred jawatan mereka itu terlalu lama," katanya selepas majlis perasmian Persidangan Kebangsaan Pertama Anggota Badan Berkanun 'Transformasi dan Revolusi' yang dirasmikan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa di sini.

Oleh itu, katanya gred jawatan tertinggi bagi ketua pengarah badan berkanun ini perlu diseragamkan.

Selain itu beliau berkata pesara daripada badan berkanun tidak memiliki kad pencen sebagaimana rakan penjawat awam daripada jabatan kerajaan.

"Pesara badan berkanun menghadapi masalah apabila ingin mendapatkan rawatan di hospital kerajaan kerana mereka perlu membayar dahulu rawatan disebabkan mereka tidak memiliki kad pencen.

"Berlaku juga ketidakseragaman di antara badan berkanun terutamanya dalam pembayaran bonus kerana ada yang mampu membayar empat bulan manakala ada yang tidak mampu membayar satu setengah bulan sehingga terpaksa memotong peruntukan lain untuk membayar bonus," katanya.

Beliau juga berkata perlu ada jaminan kepada anggota dan pegawai badan berkanun sekiranya organisasi mereka diswastakan kerana kemampuan menjana pendapatan sendiri.

Lazimnya apabila organisasi mereka diswastakan mereka hanya diberikan pilihan sama ada kekal bekerja dengan agensi itu sebagaimana sektor swasta atau berhenti bekerja, katanya.

Omar berkata dari segi pentadbiran pula tidak ada keseragaman dalam pelaksanaan arahan kerajaan menerusi surat pekeliling kerana ia diputuskan lembaga pengarah organisasi masing-masing.

Oleh itu beliau berkata persidangan yang berakhir esok akan menyediakan kerangka cadangan bagi mewujudkan akta khusus badan berkanun yang menyentuh aspek perjawatan, persaraan, penswastaan dan prosedur operasi.



-- BERNAMA

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Negara kita amalkan demokrasi, maka cadangkanlah apa sahaja yang terlintas di kepala otak kita(pemimpin ceupacs)sebab pada akhirnya ia sekadar cadangan semata-mata. Malam ni sama-sama kita fikirkan apa cadangan yang hendak diusulkan kepada kerajaan esok dan jangan lupa tunaikan kewajipan masing-masing. Jangan asyik terbayang-bayang tentang gaji yang belum tentu naik hingga kerja hakiki yang telah diamanahkan terbengkalai.

nak kup 36 lak berkata...

Kenaikan pangkat anggota pelaksana di jabatan kerajaan teruk juga malah sangat teruk di sebhgian jabatan. Mujur la ada KUP..kalau tak ada KUP, 25-30 tahun masih lg duk gred 27/29 or 17 or 1. Dr Ali perlu ubah dgn segera sebelum pa pelaksana tukar kerajaan. Dato' Omar dah cakap banyak kali hal ini tapi masih tiada penambahbaikan, cuma sekadar ada KUP je.

Tanpa Nama berkata...

ONAR ni tak habis mcm2 permintaan baru. Nasib PA tetap belum terbela ada hati nak jadi hero hindustan. semua nak.. mcmmna la nak tunai sekaligus. minta satu2. Biar permasalahan PA tetap selesai dulu.. Biar semua PA dapat seadil-adilnya mengikut pengalaman, kelususan dan prestasi keja...

Tanpa Nama berkata...

SALAM BERSYUKUR R..
PENAH KORANG TAHU.PEKERJA PEGAWAI PEMANATAU HARGA(PPH) GAJI HANYA 1500...TOLAK KWSP TGGL 1350....XDE ELAUN PON...BESYUKUR R...KAMI PUN DA KAWIN TP KERJA DA 3-4THN STILL GAJI BYK NI SEBULAN...
OHHH CUEPACS CUBA LAH BERI KAMI ELAUN...HANYA ELAUN BKN KENAIKAN GAJI...

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas sokongan pihak cuepacs memperjuangkan nasib pegawai dan kakitangan badan berkanun terutama badan berkanun negeri. Dari segi perjawatan dan kenaikan pangkat amat mengecewakan pegawai dan kakitangan kerana tiada peluang jawatan kenaikan pangkat diwujudkan. Kalau mereka menjawat jawatan di gred 17 tiada gred keniakan pangkat di gred 22 atau 26 dan sebagainya. Maka ramai mereka yang setia berkhidmat di badan berkanun erpaksa akur dengan gred jawatan sediaada sehinggalah ke umur persaraan walaupun mereka ini telah cukup syarat untuk diberi kenaikan pangkat...Harap pihak cuepacs memperjuangkan nasib perjawatan di badan-badan berkanun..terma kasih..