SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

25 Mac 2013

Tiada sebab untuk penjawat awam tukar kerajaan, kata presiden CUEPACS

Malaysia Insider
Oleh Md Izwan
February 21, 2013




KUALA LUMPUR, 21 Feb ― Penjawat awam tidak mempunyai sebab untuk menukar kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Omar Osman hari ini dan menambah pertukaran pemerintah belum mampu menjanjikan kemajuan kepada negara.Dalam majlis bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di ibu kota, Omar (gambar) berkata Putrajaya telah menunaikan hampir kesemua tuntutan mereka membuktikan kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sentiasa peka dan dekat dengan penjawat awam.

“Tidak ada sebab untuk menukar kerajaan yang sedia ada kepada pihak yang belum tentu dapat menjamin apa-apa.“Tidak pernah satupun cadangan yang dikemukakan oleh CUEPACS kerajaan menolak. Sebagai contoh ialah tuntutan kenaikkan dua peratus wang pencen kepada pesara penjawat awam,” kata Omar kepada pemberita.Menurut Omar lagi, sokongan hampir 1.4 juta orang penjawat awam dan 500 ribu pesara sentiasa tidak berbelah bagi kepada kerajaan yang dipimpin oleh Najib dan yakin perkara tersebut akan diterjemahkan dipeti undi dalam Pilihan Raya 2013 yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.“Saya yakin 1.4 juta penjawat awam bersama dengan hampir 500 ribu pesara CUEPACS akan sentiasa menyokong kerajaan sedia ada.

“Penjawat awam dan CUEPACS adalah tiang seri (asas kukuh) kepada kerajaan dan yakinlah sokongan mereka akan sentiasa utuh kepada kerajaan,” ujar beliau lagi.
Selain itu, Omar juga menegaskan penjawat awam berhak untuk terlibat dalam politik secara langsung tetapi perkara itu mestilah dengan kebenaran oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan tidak melanggari undang-undang yang termaktub bagi penjawat awam.“Ya, mereka mereka boleh berpolitik tapi mestilah dengan kebenaran oleh JPA.“Dan penjawat awam yang berpolitik juga mestilah mengikuti undang-undang yang telah ditetapkan, antaranya tidak boleh berpolitik di dalam pejabat atau semasa waktu bekerja,” ujar beliau lagi.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga berucap semasa perhimpunan hari ini menggesa penjawat awam supaya memainkan peranan aktif dan berkesan memandangkan kumpulan tersebut juga bertanggungjawab dalam menyampaikan polisi dan dasar kerajaan kepada masyarakat serta kunci utama kepada kemajuan dan pembangunan negara.“Penjawat sektor awam adalah imej kerajaan, jadi mereka haruslah memainkan peranan yang penting dan berkesan terutamanya dalam menyampaikan polisi dan dasar kerajaan,” tambah beliau.

Penjawat awam merupakan sebahagian daripada 13 juta pengundi berdaftar pada pilihan raya kali ini, serta antara penentu sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) untuk menawan Putrajaya.PRU ke 13 yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada Jun dan dianggap paling sengit dalam sejarah oleh kerana BN yang memerintah Malaysia semenjak 1957 dicabar hebat oleh PR yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS.

87 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1st? omg

Tanpa Nama berkata...

biasala la beruk-beruk yang rajin komen tu cuma pandai guna komputer pejabat & talian internet pejabat saja.


tak percaya tengok esok lepas jam 8. berduyun-duyun la komen nanti.


kah kah kah.

by the way, omar ni makin hari makin merepek. selain dari tukar kerajaan, kita juga boleh tukar kepimpinan cuepacs.

selamat malam!

Tanpa Nama berkata...

kahkahkah... si patung tangan jamali syadat dok merepek apa ni?

PA Mahu Perubahan berkata...

Apehal lak pak omar ni sentuh bab politik ni?? Kerja ko wakil PENJAWAT AWAM JE!!!Paham tak??

Kerajaan mana sekalipun/undi adalah hak masing2. Ini dah sentuh politik seolah2 pak omar dah berkempen utk pihak BeEnd plak..

Kerja tuntutan ko x berjawab...Letak jawatan je la..ke ko pun dapat Telo Saguhati AHH!!!!

Tanpa Nama berkata...

pak omar tua nak mampus nie kalau kena santau, baru kau tau.. elaun itp,cola,pinjaman perumahan 1%,eka tak selesai-selesai untuk kenaikannya, buat kerja la, jgn jadi penjilat dan pengampu, undi hak kami semua, takut kea, kata BN gagah berani sangat, taulah nasib kau org PRU-13 nie..

Tanpa Nama berkata...

Berita terkini: beberapa persatuan kakitangan awam kumpulan gred 40 ke bawah telah ditolak mentah-mentah oleh JPA, mengenai permohonan dan kertas kerja mereka untuk jadual perubahan gred untuk penambaikan PA tersebut spt gred 27,32 dan 36 kepada gred 41,44 dan 48. begitu juga gred 17, 22, 26, kepada 22, 29 dan 32. perubahan gred ini berdasarkan bebanan kerja yang semakin bertambah serta syarat baru kemasukan dengan kelulusan ijazah, malah permohonan kenaikan itp,cola serta lain-lain elaun ditolak tanpa ada permesyuaratan. INI KEZALIMAN YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN DAN JPA SENDIRI, MENINDAS KAKITANGAN AWAM. JPA dan KERAJAAN tidak mahu mendengar langsung keluh-kesah 1.4 juta PA, kami bersumpah dan berikrar dengan nama ALLAH SWT akan bersama-sama PR menumbangkan BN menyembah ke bumi, kami akan menggunakan segala kepakaran kami untuk memberi kemenangan kepada kerajaan yang adil,bijaksana dan berkebajikan kepada PA dan rakyat malaysia. kelebihan kami mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan masyarakat serta kami mempunyai kelulusan master, ijazah,diploma dan sijil di dalam pelbagai bidang, JPA dan kerajaan telah melebihkan kakitangan gred 41 ke atas, yang terdiri daripada PTD dan PEGAWAI TADBIR NEGERI. PRU-13 akan menghukum segala kezaliman yang dilakukan oleh JPA dan kerajaan. rakyat dan 1.4 juta PA telah bangkit di mana dapat dilihat dengan ratusan ribu telah berhimpum dalam anjuran PR.

Tanpa Nama berkata...

Dasar2 yg kerajaan BN buat adalah baik cuma cara perlaksanaan diperingkat jabatan khususnya yg melibatkan pengambilan dan kenaikan pangkat perlu dibuat transformasi besar2an. Harus disingkir para pegawai yg terbukti membuat penyelewengan kerana mereka inilah yg sebenarnya nila dlm susu. Penggunaan kabel, memilih suku sakat, perkauman merupakan antara keluhan yg sering diwar2kan kpd media tapi nampak xda tindakan diambil oleh kerajaan utk menangani isu ini. Xguna bermegah dgn peluang pekerjaan yg banyak jika keadilan xwujud dan masih menguntungkan pihak2 atau golongan tertentu saja. Diharap ada NGO2 yg lantang menentang penyelewengan seumpama ini jika malaysia ingin maju dgn para pekerjanya terdiri drpd warga2 yg benar layak.

Tanpa Nama berkata...

KAU dan KERAJAAN sekarang ni patut ditukar..cukup!

Tanpa Nama berkata...


"Tiada sebab untuk penjawat awam tukar kerajaan, kata presiden CUEPACS"....apa punya omar....undi hak semua org termasuk PA...ada sebabnya Penjawat Awam tukar kerajaan..sebab tuntutan PA pelaksana gred 41 ke bawah langsung tak d layan..elaun perumahan yg d janjikan langsung tak ada berita...tunggu PRU13....

Tanpa Nama berkata...

PEKERJA PDK DAN OKU SELURUH MALAYSIA NAK TUKAR KERAJAAN, HANYA NAMPAK PENJAWAT AWAM YANG GLAMOUR SAJA, PEKERJA KONTRAK DAN SUKARELAWAN KONTRAK DIANGGAP MACAM SAMPAH...CAKAP JE LEBIH GAJI MINIMUN RM 900 LA TAPI DAH BAPE BULA PEKERJA PDK TAK NAIK2 GAJI PN...

Tanpa Nama berkata...

Hoi Omar... pikr dulu sebelum membuat kenyataan... Hang ni wakil PA bukan wakil parti politik... kalu mau sangat keluar cupek dan masuk politik... tengok kalu orang nak undi hang ker tak...kami minta untk PA bukan untuk parti politik.. kalu kamu terus buat cam ni.. mmg kamu pun bakal kena tukar..

Tanpa Nama berkata...

Jangan gaduh. Jom menang RM300 tunai di blog ni:

http://notakanan.blogspot.com/2013/03/teka-silang-kata-warisan-malaysia-siri.html

Tarikh tutup 31 Mac 2013. Mudah sangat!

Tanpa Nama berkata...

Hello Brother Omar... sapa mahu tukar kerajaan... Ini kerajaan tetap KERAJAAN MALAYSIA ..... yg dia orang sibuk2 nak tukar tu pemimpin2 B-END jer nk ganti dgn PR... Kalau kau sibuk sangat nak main politik letak jawatan dan isi borang UMNO dan panggil press utusan, berita harian ngan tv3 sekali ... set satu hari dgn pm ... ambil masa sejam ckp kat dalam tv tu kempen utk B-END...
HAK NAK PILIH SAPA2 TU HAK PA... KALAU MCM TU KT KELANTAN, KEDAH, P.PINANG DGN SELANGOR TU TAK PAYAH TUKAR KERAJAAN LAH.... KAU NI ORANG SURUH BELAJAR TINGGI2 KAU TAK NAK... PANDAI CAKAP AJE... LEPAS NING B-END NAK BAGI KAU PANGKAT TAN SRI PULAK KER?....KAU NING NAK JADI CALON KAWASAN MANA? PARLIMEN KE DUN... KALAU PARLIMEN KAU PERGI PERMATANG PAUH... NUAR TAK NAK JADI CALON KAT SITU....

Tanpa Nama berkata...

ayoyoo.....mau ampu kalu jgn lebih2 lar woiiii.....ko tu kakitangan kejaan jg sama mcm kita rang. nnt aku ketuk kepala ko bertambah pendek nnti...mcm tak faham apa itu kerajaan apa itu umnuu....

Tanpa Nama berkata...

"Tiada sebab untuk penjawat awam tukar kerajaan, kata presiden CUEPACS"....

kita akan kaji dulu perkara ni..lps kita kaji kita akn kaji lg dan kaji..kt jgn berhenti mengkaji..

Tanpa Nama berkata...

cukup2 lah bodek...banyak dah berlaku dlm sejarah silam apabila pemimpin selalu di bodek sampai x boleh di tegur dan kritik...CUEPAC ni bukan badan politik itu perlu di ingatkan..soal undi dan sokong itu HAK MUTLAK RAKYAT MALAYSIA BUKAN MANA2 PRESIDEN PERTUBUHAN K.. ingat jawatan tu amanah dato bukan guna untuk politik..nasib penjawat awam yg perlu dijaga n bnyak lagi kerja belum semak n diselesaikan...x yah dok kecoh dgn siapa naik jadi PM..kita jaga jer PERSATUAN KITA, SOAL SIAPA JADI PM KITA X DXER KAITAN DAN BOLEH DIURUS SECARA PROFESIONAL K DATO

Tanpa Nama berkata...

banyak sebab mesti tukar...wajib

bg rehat kt umno/bn...dh pening sangat

Tanpa Nama berkata...

najip dan polis dan askar aje undi tu kami akan tetap tukar kerajaan pkr memerintah pun negera tak kan bingkarap punya oi najip takut kah nak bubar kalau takut bubar tak apa sekarang ni pun dah hampir dah kau makan lah jadi pm bubar sampai automatik kah kah kah najip bodoh kau menang pun kamu main kotor punya tu

Tanpa Nama berkata...

muhhedin ni lagi satu ada pm ada umum la tapi tidak menyeluruh kami di dalam dewan semua kecewa tapi tak pa kita tukar bn /umnnu awas umnu pr 13 ni terakahir bagi kamu semua

Tanpa Nama berkata...

nk undi pas plak....

Tanpa Nama berkata...

ni lagi c omar tua ni bilang kakitangan tidak boleh berpolitik tapi apa bunyi cakap dia ni kau makan lah botak c najip pui yang sokong tu gaji tinggi tu kami apa macam gaji pe lah najip kami akan tukar punya dulu saya pangkah bn 3x tapi semua tak di tepati bohong aje tu

Tanpa Nama berkata...

saya undi pkr, anuar kasian saudara ni ada aje tuduhan terhadap beliau seluruh jentera bn/umnnu menghantam nya tak pah saudara anuar kami doakan kamu di lindungi Tuhan dan tetap bersama mu sabah bilang ini kali lah simpanan tetap konon, hidup anuar bapa keadilan kami beri gelaran padanya

Tanpa Nama berkata...

najip takut bubarkah dia mau jadi macam c gaddafi kah ahhhhhhhhhh

Tanpa Nama berkata...

saya mahu tukar baju baru ni.bosan pakai baju lama.nanti tiba masanya ku beli baju baru.

GEORGERY berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
AKU SOKONG DATUK OMAR berkata...

Kesian lah sikit kat datuk kita ning... dah lah dia bekerja keras untuk semua PA kat Malaysia untuk dapatkan kenaikan gaji dan semuanya... Kali ini tolonglah dia nak jadi calon PARLIMEN ... dia nak masuk dewan untuk bahas pasal penjawat awam.....

Tanpa Nama berkata...

berita baik konon.heboh pasal itp,cola dan byk lagi elaun yang lain.satu pun tak ada kena dalam ucapan PM.sgat kecewa sekali.asyik-asyik kena buat kajian lebih.berapa lama dah kata-kata ini dimainkan sejak puluh tahun yang lalu pun hingga sekarang masih terngiang-ngiang lagi di telinga yang dah bebal mendengarnya.patutnya kena tukar baju lama dengan baju baru sekarang.

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya banyak sbb PA perlu tukar kerajaan

Tanpa Nama berkata...

Ku Cari Damai Abadi ialah sebuah sajak yang ditulis oleh Perdana Menteri Malaysia kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,

Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi

Nukilan: Tun Abdullah Ahmad Badawi 2004

Puisi itu diterjemahkan ke dalam bahasa Rusia oleh Dr. Victor Pogadaev, Profesor Madya Universiti Malaya.

Tanpa Nama berkata...

buat kerja hakiki kau la wahai si tua bangka... nak masuk politik, kau letak jawatan dlm kupec dan kau jadi calon la n tanding kat mana2 yg kau suka. Presiden BODOH mcm kau ni takkan faham :
-apa itu RASUAH
-apa itu penyelewengan
-apa itu pembaziran
-apa itu ketirisan berbilion
-apa itu salah guna kuasa
-apa itu ketidakadilan
dan aku rasa kau pun tak baca dan tak tahu pun apa itu 'LAPORAN AUDIT NEGARA' yang saban tahun dikeluarkan.
Kau lembabbbbbbbbbb

Tanpa Nama berkata...

Undi adalah rahsia... kata penjawat awam tak boleh kempen!!!! Pttuuihhhh!!!! Tukar parti pemerintah!!! Imbuhan rumah 180 !!! Ni sewa jamban 1 bulan pun xlepas.... terpaksa kerja overtime stp hari utk byr sewa rumah 600 rgt!!! Bila masa nak bersama keluarga!!! Tau bagi gaji kecik... bagi la posting di tempat sendiri!!! Atau sediakan lah kuaters atau flat utk PA yg posting di tempat jaoh dr tempat asal.... 750km tu balik rumah... entah sampai ble entah..... &#£@;*@^=¥@?

Tanpa Nama berkata...

Assalam utk geng2 diploma yg bergred 27-38. Sudah tiba masanya kita pakat tukar pemimpin atas sebab berikut :
1- Paling dianaktirikan kerana skim perjawatan x berdaya maju terutama dlm grup teknikal spt d jkr,jps, hutan,vet,ikan,tani,kew dll.
2- X ke mana skim x diperbaiki.
3- turun taraf dah jd = sarjan.
4- ditinggalkan oleh skim perjwtan jururawat/ha
5- dah nak disamakan dgn yg asal dari gred 17.

Maknanya banyak skim lain dibaiki, skim perjwtn yg dilantik dgn diploma kebnyakannya dibiarkan.
TUKAR PEMIMPIN

Tanpa Nama berkata...

Betul tukar pemimpin..
skim penolong pegawai hok paling terbiar..
nak ke depan x boleh, nak ke blkang pun x boleh..
bnyak buat kerja profesional tapi d layan sbg sokongan/pelksana.
aku pun nak tukar pemimpin , cari yg lebih baik yang boleh mmbantu memperbaiki skim2 perjawatan dgn cemerlang..

1500 sebab berkata...

aku ada 1500 sebab utk tukar kerajaan dan pemimpin2nya..
1. adakah selama ini kerajaan berlaku adil kpd kump d,c dan b??
2. adakah elaun2 yg dibayar kpd mereka berpatutan dan adil??
3. adakah gaji dan elaun yg dibayar merapatkan jurang atau semakin menjauhkan jurang perbezaan terutama A dgn B ??
4. Kenapa perkhidmatan bukan askar,polis,perubatan dan pendidikan spt dibelakangkan??
5. Kenapa penjawat pelaksana hanya sebagai prebet sehingga pencen?? kuat2 pun sekadar dpt KUP sahaja.
6. kenapa x buat skim utk kump pelaksana yang berdaya maju.?? eg: kump A..41,44,48,52 dan 54 -ada 4 kenaikan sdgkan 27,32 dan 36 atau 17,22,26 cuma 2 kenaikan. ?
7. kenapa kerajaan terlalu membela mereka yg berijazah ??
8. yg berdiploma /bersijil terlopong??
9. Kenapa terlalu pentingkan diri apabila kuasa ada di tangan ??
10. Pengalaman tak diiktiraf disektor awam ...eg walaupun semahir mana pun peg B, takkan dpt naik jd A tanpa ijazah.

11. 1490 sebab akan nyusul 6t.

Tanpa Nama berkata...

Teguran buat presiden Cuepacs

Syed Abdullah Jamalullail,

Sebagai seorang pemimpin Kesatuan yang besar saperti CUEPACS, Datuk Omar Osman yang terkenal dengan dedikasinya untuk berjuang hak kakitangan Perkhidmatan Awam terutama sekali memperjuangkan gaji sektor awam itu, tidak sepatutnya mencela pesara Kerajaan yang menyokong parti pembangkang. Hal ini kerana itu adalah hak individu yang tidak boleh dipertikaikan, tambahan pula mereka tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan. Sebagai sebuah negara yang berpandukan kepada prinsip sistem demokrasi adalah wajar sekali untuk pesara-pesara ini memilih jalannya sendiri atau memberikan sokongan kepada sesiapa sahaja yang mereka rasa mereka suka.

Menyokong parti pembangkang sebenarnya bukannya bererti kita anti Kerajaan. Berkemungkinan mereka mahukan suara mereka didengar dengan meluas lagi dan bukan setakat didengarkan diwarung atau kedai kopi atau pun hanya diluahkan kepada rakan dan taulan yang sama-sama pencen sahaja tetapi mesti disampaikan kepada rakyat yang cintakan negara dan mahukan keadilan.

Kebenaran dan luahan yang membina seharusnya diberikan tempat untuk Pegawai-Pegawai Kanan yang telah pun bersara. Hal ini kerana pendapat dan pandangan mereka perlu sekiranya ada kepincangan untuk didedahkan demi kebaikan negara dan rakyat keseluruhannya juga.

Oleh hal yang demikian saya berpendapat bahawa Presiden CUEPACS ini buatlah kerja hanya dalam lingkungan jawatannya sahaja dan jangan pedulikan hal-hal orang lain yang tidak ada kena mengena dengan kuasa beliau, walaupun mungkin tujuan menyebelahi kerajaan bagi kepentingan kenaikan gaji lagi untuk sektor awam.

Tanpa Nama berkata...

TUNGGU JE LPAS NI KERAJAAN PR RAKYAT NK BAGI APA KT PA.RASA2 LG TERUK DARI BN.HABUK PN XDE NI.

Tanpa Nama berkata...

relax la dato omar... sistem demokrasi, sama saja. kerajaan mana yang naik, akan improve.

sbnrnya terpulang pada pemegang ic, pensel, dan jari berdakwat.

KAKITANGAN SOKONGAN BERIJAZAH berkata...

1500 sebab berkata...

aku ada 1500 sebab utk tukar kerajaan dan pemimpin2nya..
1. adakah selama ini kerajaan berlaku adil kpd kump d,c dan b??
2. adakah elaun2 yg dibayar kpd mereka berpatutan dan adil??
3. adakah gaji dan elaun yg dibayar merapatkan jurang atau semakin menjauhkan jurang perbezaan terutama A dgn B ??
4. Kenapa perkhidmatan bukan askar,polis,perubatan dan pendidikan spt dibelakangkan??
5. Kenapa penjawat pelaksana hanya sebagai prebet sehingga pencen?? kuat2 pun sekadar dpt KUP sahaja.
6. kenapa x buat skim utk kump pelaksana yang berdaya maju.?? eg: kump A..41,44,48,52 dan 54 -ada 4 kenaikan sdgkan 27,32 dan 36 atau 17,22,26 cuma 2 kenaikan. ?
7. kenapa kerajaan terlalu membela mereka yg berijazah ??
8. yg berdiploma /bersijil terlopong??
9. Kenapa terlalu pentingkan diri apabila kuasa ada di tangan ??
10. Pengalaman tak diiktiraf disektor awam ...eg walaupun semahir mana pun peg B, takkan dpt naik jd A tanpa ijazah.

11. 1490 sebab akan nyusul 6t.

Rabu, Mac 27, 2013 12:17:00 PTG

-------------------------------

no. 10 tu ada pembetulan. sekarang ni ada ramai penjawat awam kumpulan sokongan I & II yang ada kelulusan tinggi bukan setakat sarjana muda, malah sarjana pun ada, tapi ada suara-suara sumbang dan suara-suara anak kabel besar yang dengan sombongnya berkata mereka tetap tak layak disebabkan mereka itu lulus pointer cukup makan dan pengalaman tak ada makna apa. senang cerita mereka kata street smart ni sampah je, akan kekal jadi kasta paria sampai mati.

itulah kata mereka.


jadi tunggu apa lagi tuan-tuan dan puan-puan? kita bukan nak tumbangkan kerajaan, tapi kita nak tumbangkan golongan sombong dan bongkak ini yang dengan sewenang-wenangnya merampas rezeki dan hak orang lain. hingus tak habis kering, grad pun ala kadar, tapi disebabkan ada "kabel baekk punya", terus dapat keje, bukan calang2 punya jawatan tu!

masa untuk berubah. bak kata iklan tmnet suatu masa dulu, ayuh berubah! takkan nak hidup di zaman batu lagi??? muahahaha


Tanpa Nama berkata...

Omar ni bodoh atau buat BODAH...!! . Fahamkah erti maksud DEMOKRASI tu ? kalau ingin sangat nak masuk bidang politik BERHENTI KERJA... mudah aje . Nasib PA belum terbela dah sibuk pasal PRU13 . Jangan nak sekolahkan PA parti mana nak pangkah . Semua PA tahu nak buat pilihan jangan nak sibuk hal politik ni . Kalau omar nak ajar PA logo mana nak pangkah kami semua PA kena kaji... kaji... kaji... dan kaji... dan kaji lagi... baru PA boleh buat keputusan . Untuk PRU13 biar kami sendiri buat keputusan . Sendiri mau ingatlah..... . Siap pakai baju pink , baik tukar nama Omar Gaga . Chewaahhh......

Tanpa Nama berkata...

pak omar kena kursus lagi nampaknya kerajaan dgn parti politik pun sukar nak dibezakan, siapa kata nak tukar k'jaan, yg ditukar ganti tu mandat yg diberi dlm tempuh 5 tahun sekali dari PRU,
ddlm amalan demokrasi hak rakyat buat penentuan termasuklah kakatangan kerajaan parti mana bagi mereka utk dibuat pilihan

Tanpa Nama berkata...

yang mengatakan kami beruk-beruk tu adalh mereka berukberuk bn/umno kah kah kah oi beruk bn/umno pai mati lah kau bongo

Tanpa Nama berkata...

oi omar bilang kakitangan tidak bole berpolitik tapi kenapa cakap bunyi macam tak nak bn/umno di tukar ,rakyat sekarang bukan bodohlah kamu kena tindakan ni

Tanpa Nama berkata...

dalam satu siri ceramah pakatan rakyat mereka dah berjanji akan meneruskan apa yg telah diputuskan cadangan SST sekiranya mendapat mandat dari rakyat ke Putrajaya serta penambahbaikan kesemua sektor perkihmatan awam termasuk juga tentera, cadangan penambahbaikan termasuklah 5% kenaikan gaji tambahan

Tanpa Nama berkata...

ingat najip ada gelombang rakyat nak tumbangkan umno /bn kami tak terpadayalah dengan janji-janji pembangkang tetapi kami nak kerajan baru bukan bn/umno bilang bn/umno saja dapat membangunkan negara bodoh kah pembangkang ni bagi saya tidak bn/umno ni tiada langsung modal lah asyik asyik anuar pe lah najip oi ingat najip dari perlis hingga ke sabah gelombang tukar pemerintah kepada pakatan rakyat Tuhan menyertai kami untuk kerajan anuar yang kami doa semoga memanjangkan umur beliau

Tanpa Nama berkata...

Korang PA nak sokong bn korang punya pasal la. Kami cikgu2 dan cikgi2 tetap dengan pendirian kami untuk mengundi PR kerana bila PR menjadi kerajaan, gaji kami akan dinaikkan RM500.00. Ini adalah perjuangan kami dan kami menyokong mana2 parti yang mampu menjaga kebajikan kami. Untuk cikgu2 dan cikgi2, sila download Buku Jingga jika belum faham dan belum buat keputusan untuk memilih simbol utk dipangkah. Kita tukar sekali pemimpin Cuepacs yang kini sudah mula mengipas dan berpolitaik.

Tanpa Nama berkata...

kalau tengok cara dan bentuk kipasannya, ada harapan la untuk dipilih sebagai calon atau setidak2nya dilantik sebagai senator.

Tanpa Nama berkata...

Kakitangan awam adalah pegawai pelaksana kepada kerajaan pemerintah yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.Jadi adalah hak masing-masing untuk memilih kerajaan. Jadi kerajaan yang menang itu seharusnya menjaga kebajikan kakitangan awam secara keseluruhannya daripada peringkat paling bawah sekali kerana kakitangan bawahan yang banyak melaksana dasar-dasar kerajaan dan patut diberi lebih manfaat daripada kakitangan atasan yang hanya sebagai pembuat dasar serta pemantauan sahaja. Ini tidak kakitangan atasan pula yang dapat lebih.nampak gaya kena tukar baju lah kerajaan sekarang ini.

Tanpa Nama berkata...

Asyik elaun dan imbuhan kakitangan awam gred bawah 41 je dibuat kajian memanjang-manjang. Bagi gred atas 41 ke atas x payah wat kajian terus je laksana.tak adil tak adil.patut ke begitu.kena tukar pemandu la.dah luput lesennya.cari pemandu baru.

Tanpa Nama berkata...

Orang kat JPA perlu ditukar. Kalau PTD saja yang dok kat situ, inilah hasilnya. Bagi peluang pihak profesional saperti dari kumpulan J, UD , W pula dok kat JPA , baru sebarang perangcangan lebih baik dan adil. PTD asik kaji bagi mudah naik pangkat pada group mereka saja... muda muda dah dapat jusa. Kumpulan lain sampai beruban masih gred 44 atau 48 saja. KITA PATUT TUKAT PEMANDU .. samada di JPA atau di Parlimen. KPPA dan KSN patut dari kumpulan W , atau J atau UD pila... Wahai PM , tranformasikan ini agar lebih adil dalam perkhidmatan awam.

Tanpa Nama berkata...

Wahai PM, tolong bagi peluang pada Jurutera, ahli akademik, doktor, ahli ekonomi jadi KSN dan KPPA sama. Baru tranformasi perkhidmatan awam bermakna dan adil. baru kami sokong kerajaan sedia ada.

Tanpa Nama berkata...

Berita terkini: beberapa persatuan kakitangan awam kumpulan gred 40 ke bawah telah ditolak mentah-mentah oleh JPA, mengenai permohonan dan kertas kerja mereka untuk jadual perubahan gred untuk penambaikan PA tersebut spt gred 27,32 dan 36 kepada gred 41,44 dan 48. begitu juga gred 17, 22, 26, kepada 22, 29 dan 32. perubahan gred ini berdasarkan bebanan kerja yang semakin bertambah serta syarat baru kemasukan dengan kelulusan ijazah, malah permohonan kenaikan itp,cola serta lain-lain elaun ditolak tanpa ada permesyuaratan. INI KEZALIMAN YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN DAN JPA SENDIRI, MENINDAS KAKITANGAN AWAM. JPA dan KERAJAAN tidak mahu mendengar langsung keluh-kesah 1.4 juta PA, kami bersumpah dan berikrar dengan nama ALLAH SWT akan bersama-sama PR menumbangkan BN menyembah ke bumi, kami akan menggunakan segala kepakaran kami untuk memberi kemenangan kepada kerajaan yang adil,bijaksana dan berkebajikan kepada PA dan rakyat malaysia. kelebihan kami mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan masyarakat serta kami mempunyai kelulusan master, ijazah,diploma dan sijil di dalam pelbagai bidang, JPA dan kerajaan telah melebihkan kakitangan gred 41 ke atas, yang terdiri daripada PTD dan PEGAWAI TADBIR NEGERI. PRU-13 akan menghukum segala kezaliman yang dilakukan oleh JPA dan kerajaan. rakyat dan 1.4 juta PA telah bangkit di mana dapat dilihat dengan ratusan ribu telah berhimpum dalam anjuran PR.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Harap Kerajaan mendengar keluhan PA ini. Bagi gol. pendidik, tentera, dan polis bagi yang mempunyai Ijazah telah dinaikkan ke Gred 41/42 atau setaraf. Bagi gred N spt Pembantu Tadbir dan Pen. Peg Tadbir seta beberapa lagi jawatan dalam perkhid awamnya, nampaknya tiada prospek, tidak ada peluang naik pangkat, walaupun telah mempunyai kelulusan... Kesian.. Apakah PRU13 boleh merubah nasib mereka2 ini.. Tunggu dan Lihat

Tanpa Nama berkata...

benda yang dah rosak jangan pening kepala untuk dibaikpulih lagi.


sebaliknya perlu ditukar dengan alatganti yang baru

ingat tu tuan-tuan dan puan-puan. usah jadi seperti tikus membaiki labu!

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
TUNGGU JE LPAS NI KERAJAAN PR RAKYAT NK BAGI APA KT PA.RASA2 LG TERUK DARI BN.HABUK PN XDE NI.

Rabu, Mac 27, 2013 4:20:00 PTG

....

HELLO BRO...

KAU INGAT DUIT KERAJAAN TU DUIT HARTA MUTLAK B-END/UMNOOO KE? NI DUIT RAKYAT... KERAJAAN AKAN DATANG ADALAH KERAJAAN RAKYAT...KALAU TENGOK NEGERI2 DI BAWAH PR BUKANNYA MEMPUNYAI PEMIMPIN BOROSSSSS.... JANGAN DUK DENGAR SANGAT NGAN TV3/UTUSAN MELOYA TU....

J22 berkata...

Aku dah buat keputusan siapa aku akan undi.
Agak-agak kau olang boleh teka dak?

Tanpa Nama berkata...

hello bro, kau ckp mmng xpkai akal lah.mmng la skrg ni dia org x borossssssss.tp tgk jap lg bila dh jd pemimpin dengan kau2 skali dia jual.hehehe...

Tanpa Nama berkata...

J22 ni pn satu hal..lantak kau la nk undi sapa2 pn.ade aku kesah ke....

Tanpa Nama berkata...

Pakcik saya kata tidak ada sebab kita tak nak tukar kerajaan...
Aku mesti pilih...

Tanpa Nama berkata...

parti sarkas kita tukar la plak..tuan tuan tau mana satu parti sarkas...tanya itu sama pak omar oopss pak aziz sattar

Tanpa Nama berkata...

ada sebab untuk penjawat awam tkar umaq dari presiden cuepacs

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

benda yang dah rosak jangan pening kepala untuk dibaikpulih lagi.


sebaliknya perlu ditukar dengan alatganti yang baru

ingat tu tuan-tuan dan puan-puan. usah jadi seperti tikus membaiki labu!

Khamis, Mac 28, 2013 1:15:00 PTG


-------------------

suatu metafora yg menarik! stuju dgn statement nih. usah kita dok repair & support govt yg dh rosak. tuka govt baru. klu govt yg baru pun rosak, tukar lg & lg mcm tuka kete!

Tanpa Nama berkata...

Orang kat JPA perlu ditukar. Kalau PTD saja yang dok kat situ, inilah hasilnya. Bagi peluang pihak profesional saperti dari kumpulan J, UD , W pula dok kat JPA , baru sebarang perangcangan lebih baik dan adil. PTD asik kaji bagi mudah naik pangkat pada group mereka saja... muda muda dah dapat jusa. Kumpulan lain sampai beruban masih gred 44 atau 48 saja. KITA PATUT TUKAT PEMANDU .. samada di JPA atau di Parlimen. KPPA dan KSN patut dari kumpulan W , atau J atau UD pila... Wahai PM , tranformasikan ini agar lebih adil dalam perkhidmatan awam.

Khamis, Mac 28, 2013 9:19:00 PG
---------------

Setuju...ptd x payah amek ptk (masa zaman ada ptk) pun boleh naik gred..umor 34 dah gred 52..skim lain yg lulus ptk aras 4 pun x leh naik pangkat...sampai pencen pun gred 41...

Tanpa Nama berkata...

masa aku menyewa rumah dulu,,minta tukar pun susah...elok je beli rumah terus kena tukar....jauh plak tu....kena sewa rumah baru....rumah yang ada nak sewa kan pun tak balik modal....kurang ajar punya jabatan ...itu contoh....

aku kerja di penang elok jer dah kahwin dengan anak mami tanjong tetiba kena tukar plak ke selangor..bini aku ngajar kat penanng...adoh...penang rumah sendiri nak kena bayar jugak,,selangor nak kena sewa tiap tiap minggu nak kena balik
krang ajar punya jabatan...
itu contoh...
....dilemma penjawat awam yang bergaji kecil...

AKU NAK JADI CALON PRESIDEN berkata...

JOM TUKAR DATUK OO... BAGI ORANG LAIN PULAK MERASA JAWATAN TU.... BAGI KAT KUMPULAN PROFESIONAL PULAK JADI PRESIDEN....PASAL DATUK OO NAK BERTANDING PRU13 ning.... DIA NAK BERTANDING PARTI BEBAS....

Tanpa Nama berkata...

"tarikh luput" kena tukar dah ganti yang lebih memahami kehidupan PA yang gred rendah betapa sukarnya dengan elaun rumah tak pernah meningkat, satu bayar rumah sendiri dan satu lagi kena bayar sewa atas sebab dipindahkan oleh jabatan.teruk sungguh pihak jabatan ni.mereka atasan cuma tau dapat gaji yg sememangnya tinggi ubah kerja org bawahan dia itu je.duduk di kerusi di pejabat dia saja.tunggu dan sain je kerja.

Tanpa Nama berkata...

DUO SATU KOCIK BONAAAAA


OMPEK SATU SONYUM LEBAAAAA

AH HA

hareez berkata...

Kenapa ramai sgt tak suka ptd? Haha. Saya dulu biasiswa jpa. Grad tahun lepas. Kena pgl pg exam, assesment sume. Hari tu dah pegi interview ptd. 31 march ni keluar result. Tp tak tau nak accept ke tak. Sbb nnt gaji lagi rendah dr ptd. Lps tu dgr pulak cte mcm ni. Hurm. Lg la. Haha.

Tanpa Nama berkata...

buat perhatian tanpa nama JUMLAH PA YG 1.4 juta tu termasuk kategori 41 dan keatas,yg jadi ketua cuepacstu adalah kategori 40 kebawah,pasaitu lah dia selalu perjuangkan kategoro 40 kebawah,untuk pengetahuan tanpa nama kami kumpulan 41 keatas dah lama sokong pakatan rakyat,ISLAM FOR ALL.

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan omno/BeEnd mahu undi dari pasukan keselamatan saja. Sebab itu polis dan tentera jer yang dijaga. Tak apa, kami PA tetap pangkah PR.

Tanpa Nama berkata...

Kami seluruh PA, kecuali beberapa kakitangan yang bermasalah insyaalah akan pangkah BN...supaya negara kekal harmoni dan mudah cari rezki seperti sekarang. Kami tak mahu jadi seperti contoh, Somalia, Nigeria, uganda, Syria di Iraq walaupon sebelumnya & negaranya kaya tetapi rakyat menderita selepas pertukaran seperti kata perpatah dengar guruh di Langit, air ditempayan dicurahkan...amin!.

BHAGGYA berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
Saya guru siswazah yang memiliki Sarjana (master) sains dalam pembangunan manusia. Saya merupakan lepasan KPLI. Saya dan seorang guru lagi telah posting disekolah yang sama, dia juga lepasan kpli seperti saya bezanya saya mempunyai sarjana sebelum memasuki perkhidmatan dan dia hanya mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang perakaunan. Perbezaan gaji permulaan antara saya dan dia adalah antara RM500, alasannya dia mempunyai Ijazah sarjana muda dalam bidang perakaunan, saya pula mempunyai Ijazah dalam bidang Pembangunan Manusia, sedangkan saya telah mempunyai Sarjana Master, jika buat perbandingan saya mempunyai kelulusan akademik yang lebih tinggi dengan guru berkenaan. Tetapi gajinya lebih tinggi RM500 daripada saya. saya perlu bekerja lebih kurang 3 tahun untuk mendapatkan kenaikan RM500. Saya tidak cemburu dengan guru berkenaan dan skim gaji yang sedia ada tidak betul dan perlu diambilkira secara mendalam. Adakah Sarjana Master lebih rendah kredibilitinya berbanding dengan sarjana muda? apabila saya melihat skim gaji antara kami saya berasa amat kecil hati dan ini adalah kerana skim gaji yang sedia ada untuk guru patut diubahsuai dengan perubahan masa. Skim perkhidmatan yang lain mempunyai gaji permulaan ikut sarjana muda, sarjana master dan kelulusan phd. gaji permulaan contohnya PTD ataupun pegawai perkhidmatan yang lain mempunyai skim gaji permulaan mengikut kelulusan, tetapi sampai sekarang tiada skim seperti itu untuk pegawai perkhidmatan pelajaran SPPS. Manakala pegawai-pegawai inilah yang secara langsung terlimat dengan pendidikan negara tetapi kelulusan tertinggi yang dimiliki oleh para pendidik tidak diberi pengiktirafan yang sewajarnya.Jika master dan phd tidak diambilkira dalam skim gaji maka sepatutnya tidak diberi keistimewaan kepada yang mempunyai ijazah dalam bidang-bidang yang tertentu. saya tidak menunding jari kepada sesiapa tetapi saya berfikir apa yang dipersoalkan disini adalah benar dan patut diberi perhatian. Secara logiknya jika ijazah sarjana muda perakaunan, kejuruteraan, kedoktoran dan sebagainya dikategorikan dalam bidang profesional maka sesungguhnya ia tidak berkaitan dengan pengajaran disekolah terutamanya disekolah rendah. Maka guru-guru yang telah memiliki sarjana dan phd tidak diberi pengiktirafan yang sewajarnya! Memang gaji naik setiap tahun dan akan naik pangkat lepas 8 tahun, terima kasih kepada pihak atasan yang telah memberikannya kepada kita tetapi persoalan saya adalah skim yang tersedia ada untuk Pegawai Perkhidmatan Pelajaran -GURU patut diubahsuai dan perlu memberi pertimbangan kepada guru-guru yang mempunyai ijazah lanjutan supaya kualiti pendidik akan bertambah maju pada masa akan datang. Sekian

Tanpa Nama berkata...

Begini lh keadaan gaji dan elaun PA selagi puak-puak PTD duk pegang JPA. Mereka hny buat utk diri dia org saja. tgk Gred N juga adalah gred gunasama ttp nk naik pangkat amat lh ssh. duduklah gred N17 sampai berbelas tahun. PTD 2 tahun dah naik pangkat. Kesian dengan PA dalam kump. Pelaksana yg ditindas oleh puak PTD.

Tanpa Nama berkata...

Negeri dibawah Pakatan Rakyat telah terbukti dengan tadbir urus yang terbaik sebagaimana mendapat pegiktirafan dan penghargaan dari Lembaga odit Negara, justru Pakatan Rakyat mengajak bersama sektor awam untuk bersama kita membuat perubahan demi masa depan Malaysia yang lebih Cemerlang dan maju untuk turut dinikmati bersama oleh rakyat termasuk kakitangan disemua sektor awam, "Negara terus maju berjaya rakyat dan kakitangan yang berjasa turut tetap merasa"

Parklee berkata...

dah lama dahh..

nak cuba bini muda pulak.

Kelantan dah cuba tak muflis.

Selangor tak cuba tak muflis.

Tak usah cakap nak membela Melayu sangat..

Letak agama depan, Islam sempurna dunia akhirat.

Tanpa Nama berkata...

kepada KAMI SELURUH PA (YG NAK X BN)Aku rasa 15% je yang suka BN,tu pun yang HIGH LEVEL kalau yg bawah2 ni jenis tak ambik peduli pasal politik main ikut je,jenis bengap (bengong + bengap)....pakaile otak sikit kalau kita tukar pun 5 tahun je kalu tak bagus kita tukar pulak...baru betul?, tak nak cuba yg baru....mcm naik bangunan tinggi org cakap naik lif lagi cepat,tak penat,tak buang masa.....tapi org yang jenis tak nak cuba ni , dia kata guna tangga lagi ok,eksesis la..klau lif jatuh mampus kita..nila yg dikatakan jenis bengap...........

Tanpa Nama berkata...

Omar berkata, walaupun elaun cola dan perumahan tidak diumumkan kerajaan, namun kenaikan gaji tahunan (KGT) lebih baik untuk kakitangan awam...!! apa semua ni ? bagaimana dengan nasib PA gred rendah dengan kenaikan KGT RM80 ? KGT yang di umumkan MAPPA13 oleh najib hanya membantu golongan PA gred tinggi sahaja . Ia langsung tidak membantu nasib PA gred rendah sama sekali . Sepatutnya logo BN tu kena sengetkan sikit TIMBANGAN tu agar tidak mengelirukan rakyat . Bila rakyat nak minta kerajaan kawal kenaikan harga barang BN jawab tidak boleh sebab pasaran global , bila PA minta kenaikan gaji tinggi sikit bagi PA gred rendah agar selaras dengan taraf ekonomi sekarang BN jawab kena kaji terlebih dulu tapi bila Rakyat dan PA nak tukar pemerintahan kena label lupa diri , camana cerita ni?
Saya amat bersyukur dengan bantuan BR1M RM500. Tapi bila guna kaedah matematik karajaan cuma salur bantuan kepada rakyat sebanyak RM41.60 sebulan selama setahun , tidak memadai dengan kos sara hidup yang seringkali meningkat . Di tahun akan datang nilai RM41.60 tu akan susut sehingga bawa belanja kat kedai pun cuma dapat cover 3,4 item barang sahaja . Kalau PA tidak dapat kenaikan dan penyelarasan ETP dan cola tapi harga barang atau kadar sewa masih dalam julat mampu milik mungkin semua PA tidak naik angin . Jangan asyik nak salahkan PA bila tidak mampu nak laksanakan kewajipan , jangan nak marahkan PA tukar baju kalau tidak mampu berlaku adil dan jangan nak bagi harapan kepada PA kalu tidak mampu nak tunaikan impian . Jika sesuatu berlaku di luar jangkaan masa PRU13 nanti saya cadangkan beli cermin dulu pandang 24jam tanpa kelip mata barulah jawab soalan kenapa aku K.... ?

Tanpa Nama berkata...

Oh Malaysiaku....bidang teknikal terlalu diabaikan..kecewa2...

Tanpa Nama berkata...

Dato Husam Musa yg bakal menjadi calon yang akan bertanding di Parlimen Putrajaya telah menjanjikan akan meneruskan SST sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menagambil alih mandat pentadbiran di Putrajaya, dalam usaha mengemaskini sektor penjawatan serta beberapa penambahbaikan yg perlu bagi menghargai sumbangan sektor awam kpd rakyat dan negara.

mat syabu berkata...

tu dia.kebanyakkan yg sokong pembangkang ni og kelantan. puii

dap akan buang korang semua yg tak kompeten .kerja malas nak gaji tinggi.smua boleh blah balik kelantan. dengan husan jamnapari sekali

Tanpa Nama berkata...

TOK OMAR SEPATUTNYA NASIHAT NAJIB DAN BN AGAR JANGAN MENGGANGU TUGAS2 PA DGN CAMPUR POLITIK, BIAR PA BERTUGAS DGN TENANG TANPA ADA GANGGUAN POLITIK, INI TIDAK!!! MENGGUNAKAN KAKITANGAN AWAM SEHINGGA PA NAK BEKERJA PUN TERGANGGU, CUKUP2LAH TOK OMAR OIIIIIII PARTI POLITIK BLH BERTUKAR GANTI,, PA TETAP PA WALAU KERAJAAN PARTI MANA PUN MEMERINTAH

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH SUME SYABAS KERANA KRITIKAN DAN KUTUKAN ANDA..
TUNGGU SAJA NASIB JAWATAN ANDA BILA PKR AMBIL ALIH PEMERINTAHAN..
SERAMAI 50% NASIB MELAYU AKAN DIBUANG MCM SAMPAH ATAS DASAR & POLISI YANG BARU..CTH DAH ADE -TANAH RIZAB MELAYU OWNERNYA ORG CINA..GERAN 999 TAHUN KEPADA KMPUNG/TANAH DIDIAMI ORG CINA..UITM /POLI/MRSM/VOKASIONAL AKAN DIBUKA KUOTA 100% KPD ORG BKN MELAYU...RUMAH MELAYU DI BANDAR /KAMPUNG MASIH MAMPU DI BELI? SEWA?..SKRG PON DAH NAMPAK.. KORANG JE YANG BUTA. -MELAYU MUDAH LUPA....

Tanpa Nama berkata...

PA bertugas dan bekerja dibawah titah baginda Agong bukan BN atau PKR.. Mana2 parti politik yang memerintah atas perkenan DYMM Agong, parti itulah akan menerajui halatuju perjalanan pengurusan awam. Bukan Parti Politik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Beraja di mata, bersultan dihati...

Tanpa Nama berkata...

apa la mamat cuepacs ni,merapu dan merepek pulak.PA bukan bekerja untuk barisan nasional.tapi yang dipertuan Agung.tidak bermakna kerja kerajaan mesti sokong barisan nasional.PA awam berhak sokong mana2 sebagai seorang rakyat malaysia.INI kali... lah penduduk putrajaya sokong husam.

Tanpa Nama berkata...

EM, EM, EM, EM, EM, EM, EM...

Tanpa Nama berkata...

Bila omar osman dh terhutang budi dgn bn..prinsip diketepikan uk kepentngan peribadi ..puiii

Tanpa Nama berkata...

Penjawat awam banyak yang tak mengerti apa itu syukur, tiap2 tahun ada bonus, ada naik gaji, saya ni seorg bapa berusia 40an yg tiada kelulusan tinggi, kerja di sebuah kilang pencetakan cina, dah bertahun tahun tidak naik gaji, bonus pun tak ada, kerja pula yg bertambah banyak, mereka yg kerja kerajaan ini berada dalam keadaan selesa, kadang tu kerja bukannya bnyk sangat pun, tak reti syukur pada pihak kerajaan BN. apa lagi yg korang tak puas hatinya, masing2 nak gaji RM20,000 ke? elaun banyak, duduk kuarters, loan bayar bulanan ciput, tukar tukar lah, ikut suka hati korang , mungkin anwar boleh kasi korang gaji RM50,000 sebulan, tukarlah .. ubah segalanya, destroy