SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

06 Mac 2013

SOKONGAN PROGRAM SKUAD PENGGUNA

Utusan Malaysia
Oleh ALI MAHMOOD

Ismail Sabri Yaakob (tengah) sambil diperhatikan Omar Osman (kanan) menyampaikan kad Skuad Pengguna kepada pesara tentera, Jang Nong Chik pada Program CUEPACS dan Pesara Kerajaan Bersama KPDNKK di Bera, kelmarin.

BERA 5 Mac - Seramai 1.4 juta penjawat awam di seluruh negara digesa memberi sokongan jitu terhadap program Skuad Pengguna bagi meningkatkan kesedaran dalam mendapatkan maklumat dan pendidikan berkaitan kepenggunaan.Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tahap kesedaran pengguna sekarang masih rendah menyebabkan ramai di kalangan mereka mudah tertipu dengan perkhidmatan ditawarkan atau produk yang dibeli sekali gus mengalami kerugian.

Menurut beliau, menerusi penjenamaan semula Skuad Pengguna, pengguna akan menjadi mata dan telinga kerajaan yang boleh membantu menyalurkan maklumat mengenai sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika supaya mengatasi masalah itu dengan berkesan."Pengguna tidak boleh mengharapkan perlindungan, pemantauan atau penguatkuasaan sepenuhnya daripada kerajaan sebaliknya perlu melindungi hak mereka bersama dengan menjadi pengguna yang berinformasi.

"Sebagai contoh, masih ramai tidak memahami Pindaan Akta Sewa Beli (2010) terutama yang berkaitan kes penarikan balik kenderaan.''Sebenarnya, apabila pembayaran sudah dibuat melebihi 75 peratus, pihak berkenaan tidak boleh menarik kenderaan itu sesuka hati kecuali atas perintah mahkamah namun tidak ramai yang menyedari perkara itu," katanya ketika berucap dalam Program Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Pesara Kerajaan Bersama kementerian itu di sini semalam.Yang turut hadir Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.

Menurut Ismail Sabri, Skuad Pengguna yang kini mempunyai keahlian 87,000 orang itu dapat mewujudkan kumpulan masyarakat bertanggungjawab dan berinformasi terhadap keseluruhan isu kepenggunaan."Mereka yang memiliki kad Skuad Pengguna ini juga berpeluang menikmati kadar diskaun di 195 perniagaan terpilih dengan ditawarkan 11 segmen perniagaan seperti barangan runcit, penginapan, rawatan kecantikan dan produk teknologi maklumat (IT)," katanya.

1 ulasan:

eric berkata...

Teruskan Usaha anda CUEPACS!